Tuesday, February 8, 2011

MUNCUL KEMBALI (935)

Patutkah MARA pukul anak sindir menantu?

SEORANG pelajar, Mohd Asraf Samsudin, 22, yag mendakwa peminat rungan ini dan sering membaca tulisan penulis datang ke rumah, meminta penulis tuliskan tentang nasib malang dirinya yang menjadi anak kepada peminjam MARA bagi pembiayaan kos pengajian bapanya di Amerika Syarikat.


Padahnya, pelajar pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) itu tidak dapat meneruskan pengajinnya yang sepatutnya bermula pada 14 Januari lalu kerana keputusan peperiksaannya digantung apabila MARA tidak luluskan pinjaman hanya kerana bapanya disenaraihitamkan sebagai peminjam MARA.

Beliau memperolehi Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45. Beliau diberi jainan oleh pihak universiti akan memperolehi pinjaman MARA. Sementara menunggu keputusan permohnan pinjaman berjumah RM40,000 beliau mengikuti kelas bersama ratusan pelajar lain. Hanya pada akhir semesta pertama, beliau menerima surat daripada UNIKL berhubung keputusan peperiksaannya digantung apabila MARA tidak luluskan pinjaman pembiayaan pengajian kerana baanya tersenarai sebagai peminjam yag disenarai-hitamkan oleh MARA.

Mungkin dari sudut keperluan, MARA perlu mengambil apa jua langkah dan bentuk tindakan supaya peminjam membayar balik pinjaman mereka, termasuk bertindak terhadap anak-anak peminjam. Soalnya apakah ianya adil kepada anak peminjam sedangkan anak peminjan tidak minta dilahirkan sebagai anak peminjam yang disenarai-hitamkan MARA.

Jika peminjam ada kemampuan dan sengaja tidak mahu bayar balik pinjaman barangkali tindakan itu amat wajr akan mendorong peminjam tampil membuat bayaran demi masa depan anak-anak. Tetapi bagaimana halnya dengan peminjam yang tidak mampu membayar balik sebagaimana kes bapa Mohd. Asyraf yang tidak ada pekerjaan, malah ada unsur-unsur silp faham yang patut pihak MARA rujuk kepada fail mahkamah.

Bukankah menghalang langkah anak bangsa ke gedung ilmu adalah suatu perlakuan keji dan merugikan. Dalam negara menghadapi masalah remaja terbabit dengan pelbagai masalah sosial, termasuk salahguna dadah, apakah pelajar yang ada peluang, minat dan kesungguhan untuk belajar mesti disekat kerana kesalahan yang dilakukan oleh bapa mereka.

Langkah pukul anak sindir menantu, kerana kesalahan bapa anak dihukum dalam kes pinjaman patut dikaji semula kesan buruknya kepada bangsa dan negara sama seperti kes penjamin bagi sesuatu pinjaman dihukum apabila peminja tidak bayar balik pinjaman. Matlamat penjamin adalah menolong peminjam tetapi akhirnya dihukum, maka jadilah umpama bunga dihulur dibalas dengan tahi. Jika keadaan ini terus berlaku, tidak akan ada yang sanggup jadi penjamin dan akhirnya aliran ekonomi negara akan terbantut.

Dalam kes Mohd Asraf, beliau bukannya pelajar tunggal yang mengalami nasib malang itu tetapi ada juga pelajar lain yang mengalami nasib yang sama tetapi tidak mempunyai saluran untuk selesaikan masalah mereka. Ada sesetengahnya mengambil keputusan meninggalkan alam pengajian dan memilih menjadi penoreh getah dan sesetengahnya bekerja sebagai buruh di Singapura. Dengan tindakan mereka itu, apakah negara akan laba atau sebaliknya.

Pada saya matalamat penubuhan MARA itu sendiri patut dipeinci sebelum tindakan-tindakan yag merugikan agama, bangsa dan negara dilakukan oleh MARA semata-mata kerana mahu mendapatkan balik pinjaman walaupun pada hakikatnya kalau peminjam yag benar-benar tidak mampu bayar balik pinjaman dikecualikan dari membayar bailk pinjaman masing-masing, ianya tidak akan menyebabkan MARA bankrap pun.

4 comments:

Anonymous said...

tujuan mara ditubuhkan untuk menaikan taraf ekonomi orang melayu.
mara telah banyak memberi pinjaman tapi dah jadi adat dan kebiasaan orang melayu bila berhutang susah nak bayar.
bila timbul masaalah pandai pula menyalahkan pihak mara.
orang melayu sampai bila pun tidak akan senang dan berjaya jika masih punyai sifat lepas tangan dan tidak bertanggungjawab.
masa nak pinjam,...tak sabar2 hingga pegawai yang mengurus pinjaman tak dapat tidor lena.
bila dah diberi pinjaman ambil mudah dengan buat2 lupa bayar.
elok juga mara mengajar orang2 melayu supaya sedar,mara untuk melayu tapi melayu juga yang melingkupkanya.
mara tidak kejam,yang kejam peminjam sendiri.
bila disenarai hitamkan dan anak tak dapat buat pinjaman salahkan mara.
kalau dah bapa borek...tak mustahil anak juga rintik.
contohnya dah ada..
anak akan kata..bapa aku dulu tak bayar pun..hidup juga bapa aku..
akhirnya mara akan lingkup.
manusia yang paling susah bayar hutang didunia ini adalah bangsa melayu.

syabas mara...jangan diberi muka kepada manusia yang berhutang tapi tak reti bayar.
sekurangya tak banyak dosa mereka kerana berhutang.

irs-Hursaini said...

Dalam situasi ini..saya menyokong MARA..

Papatengo said...

Saya rasa tindakan MARA tu tepat sekali.Berapa ramai peminjam mara sebelum ini yang sengaja tak mau bayar!!!!
Saya sediri adalah penjamin kapada peminjam mara.....tapi hingga kini peminjam lansung membisu, walaupun beberapa kali mendapat peringatan dari MARA, secara tak lansung saya juga jadi mangsa.
Pinjaman diberi utk mendapatkan ilmu....bila dah dapat tak mahu bayar!! Berkat kah ilmu tu?
Saya menyokong 100% tindakan MARA itu. Dlm kes ini pemijam masih ada cara lain...dgn pinjaman pelajaran atau peribadi dari bank.
Syabass MARA.

Anonymous said...

Kita kena ingat Kerajaan tubuhkan MARA hanya nak bantu Bumiputera. Kita hendaklah ingat wang / dana yang diperuntukkan kepada MARA setiap tahun adalah kutipan cukai dari keringat bukan Melayu juga. 85% daripada cukai pendapatan yang dikutip oleh LHDN datangnya dari individu dan syarikat-syarikat bukan Bumiputera (iaitu Chinese). Mereka yang bayar cukai pendapatan paling tinggi jika nak dibandingkan dengan India, jauh sekali orang Melayu. Orang Melayu elak bayar Cukai Pendapatan untuk pembangunan negara sebaliknya membayar kepada Zakat yang diberi rebat 100% atas zakat dibayar.

Jadi orang Melayu hendaklah sedar diri atas pertolongan yang diberikan itu. Bayarlah hutang supaya generasi anak Melayu dapat juga peluang melanjutkan pelajaran dengan bantuan kewangan MARA sebagaimana peminjam yang lari tanggungjawab membayar hutang.

Bila bercakap mengenai agama bukan main dahsyat lagi, dosa pahala, tetapi diri sendiri terlibat tak mahu bayar hutang. Lagi zalim. Bila mati, bukannya berhutang kepada MARA, tetapi berhutang kepada pembayar-pembayar cukai.