Saturday, February 12, 2011

MUNCUL KEMBALI (936)

Melayu jangan kalah roma semata-mata kerana rasisme

PENYUARAAN yang bagi saya berupa keluhan kebimbangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi SeMalaysia (ASpirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putera sebagaimana yang dilapotkan oleh Mingguan Malaysia semalam bahawa Melayu dalam dilema besar sangat menarik dan menyentuh perasaan saya sebagai bangsa Melayu walaupun pada hakikatnya saya keturunan Melayu ada darah Benua Kecil India.

Pada saya Melayu tidak patut ada dilema tentang kemelayuan dan ketuanannya. Orang Melayu pada bila-bila masa dan dalam semua keadaan serta suasana kena berani mnyatakan hak, hakikat dan natijah bahawa negara ini adalah milik warisan Melayu yang tidak boleh dipadamkan dari sejarah hingga kiamat. Bangsa-bangsa lain kena menerima hakikat bahawa mereka adalah bangsa pendatang dan bertuah kerana Melayu sanggup bersaudara dengan mereka kerana sikap Melayu yang sangat tolenran.

Sememangnya Melayu terlalu baik hati dan terlalu bertoleran sehinggakan nama Semenajnung Tanah Melayu yang juga kemudiannya dikenali dengan Persekutuan Tanah Melayu bertukar nama kepada Malaya yang kemudian ditukar kepada Malaysia hingga kini. Kerana terlalu baik hati dan tidak bersedia untuk bertumpah darah, kehilangan harta benda dan nyawa juga, Melayu boleh reda dengan kehilangan Singapura, orang Melayu boleh menjadi kuli kepada bangsa asing dan menumpang berniaga di kaki lima bagunan milik bukan Melayu.

Kerana terlalu mudah berkira, Bahasa Melayu yang menjadi bahasa resmi negara boleh ditukar kepada Bahasa Malaysia sebelum ianya bertukar kepada Bahasa Melayu semula sekarang. Bila matapelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris yang terang-terang menghina keupayaan Bahasa Melayu sebagai ilmu juga orang Melayu tidak merasa maruah dan harga diri mereka diperhina dan diperkotak-katikkan.

Pada suatu ketika tulisan jawi yang menjadi identiti bangsa Melayu cuba dihapuskan dan ramai di kalangan generasi Melayu yang lahir sekitar tahun 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an buta jawi dan buta identiti bangsa sendiri sedangkan hampir tidak ada orang Cina yang tidak tahu membaca dan menulis tulisan Cina dan hampir tidak ada orang India yang tidak tahu membaca dan menulis India, kecuali di kalangan mereka yang buta huruf.

Kerana Melayu terlalu baik dan terlalu bermurah hati atau kata Tun Dr Mahathir lebih banyak mengalah dan mengundur diri kononnya dengan cara itu mudah untuk mengekalkan keamanan, menyebabkan akhirnya sikap Melayu itu menjadi senjata makan tuan, apabila bangsa-bangsa lain tidak melihat sikap Melayu sebagai suatu bentuk pengorbanan dan tolenran tetapi lebih bersifat kedayusan dan kebahlolan. Hakikat dan natijahnya pengorbanan Melayu tidak dihormati dan dinilai sebagai suartu pengorbanan, sebaliknya dimanipulasi.

Yang memainkan peranan mengikis hak, hakikat dan natijah ketuanan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah orang politik, malah ada tokoh-tokoh politik yang kononnya berbisa, berpengaruh dan tersenarai kepopularannya dalam barisan pemimpin paling popular di dunia menampilkan kedayusan dan kebahlolan dengan mendakwa tidak bangga menjadi Melayu yang kononnya bersifat kebangsaan/sekularisme dan tidak selari dengan tuntutan Islam yang anti sekularisme.

Walhal Rasulullah s.a.w. sebagai pembawah rahmahatal-lilaalamin sendiri mebanggai keturunan dan bangsa baginda dan baginda tidak pernah menyebut bahawa baginda tidak bangga menjadi bangsa Arab Quraisy, malah tidak menyembunyikan tempat kelahirannya serta tidak merahsiakan bahawa Abu Jahal, Abu Lahab dan bapa saudara serta anggota keluarga baginda yang enggan menerima seruan baginda, termasuk bapa saudara kesayangan baginda, Abu Talib yang merupakan ayahnda kepada Sayyidina Ali Karromallau-wajhah, sepupu dan menantu baginda.

Jika didasarkan kepada sikap Rasulullah s.a.w. terhadap keturunan dan bangsa baginda, maka mana-mana bangsa yang tidak bangga dilahirkan sebagai bangsa yang ditakdirkan kepadanya, misalnya orang Melayu yang tidak bangga menjadi Melayu adalah bercangghah dengan sikap Rasulullah s.a.w. yang disirahkan salsilah dan bangsanya sehingga kita tahu baginda adalah bangsa Arab Quraisy dan umat manusia tidak kira yang Islam atau kafir akan kenali identiti dan asal usul baginda hingga kiamat.

Bagi saya bangsa Melayu belum terlambat untuk tidak kalah roma di bumi warisan pertiwi ini semata-mata kerana bayangan rasisme. Orang Melayu kena kembali kepada hak, natijah dan hakikat ketuanan, malah orang Melayu kena bangkit dan kena menerima pelbagai keistimewaan sebagai bangsa pertuanan. Lebih banyak pertubuhan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) perlu ditubuhkan bukan bermatlamat mahu berbalah atau berperang dengan bangsa lain, tetapi demi menjaga dan mendaulatkan maruah serta martabat Melayu supaya terus terpelihara serta pengorbanan, baik hati dan toleran Melayu dihormati dan dihargai
.

2 comments:

Anonymous said...

perjuangan mati-matian umno hari ni.. sekadar dok pertahan segelintir "pemimpin elit kapitalis UBN yang kaya raya" saja ... hak dan kepentingan agama, bangsa dan negara sebagai political gimmick saja. umno masih berkeadaan 'syok sendiri' - rakyat semakin berubah!

Anonymous said...

Raykat reti beza yang mana intan yang mana kaca. Kerana itulah dalam pilihanraya kecil Umno menang sokmo ko guana Abe Li? Dalam pilhanraya umum akan datang pun Umno akan terus kekal menguasai kerajaan bersama rakan-rakan dalam BN.