Sunday, February 13, 2011

MUNCUL KEMBALI (937)

PRK Merlimau: Umno/BN boleh menang mudah dengan majoriti mewah

BERBANDING
dengan pihak pembangkang, Barisan Nasional (BN) kebelakangan ini lebih menepati amalan demokrasi dan tuntutan berpolitik dan berparti politik secara Islam. termasuk jika dilihat perbezaan dengan Pas yang kononnya perjuangannya berlandaskan Islam.

Kerana itu saya berani kata bahawa dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka, seperti juga di Galas dan di Tenang, Umno/BN bukan sahaja akan menang tetapi akan menang dengan jumlah majoriti yang akan meningkat. Tindakan Pas atau mana-mana parti dari Pakatan Rakyat meletakkan calon hanya akan buang wang, masa dan tenaga sahaja.

Parti-parti pembangkang kena terima hakikat bahawa zaman yang kononnya memerlukan reformasi kepada pemerintahan negara sudah berlalu dan pakatan pembangkang gagal terus menarik minat dan simpati rakyat kerana kegagalan kerajaan-kerajaan negeri yang berada dibawah penerintahan mereka. Pada umumnya janji-jani pakatan pembangkang hanyalah retorik.

Rindakan pakatan pembangkang untuk memanipulasi rakyat negara ini yang majmuk sifatnya serta pelbagai anutan agama, budaya dan adat resam, gagal kerana mahu tidak mahu parti-parti politik Islam tidak boleh bergerak tanpa bersepakat dengan kalangan bukan Islam. Apa yang Pas cuba lakukan yakni berpakat dengan parti bukan Islam adalah cedokan kepada apa yang telah dilakukan olej Umno/BN.

Sesungguhnya bekerjasama dengan bukan Islam tidak dilarang tetapi kena melihat kepada status bukan Islam itu sama ada ianya dari kelas 'zinni' atau 'harbi'. Yang dibolehkan umat Islam bekerjsama adalah dengan 'kafir zinni' tetapi dengan 'klafirharbi dilarang'. Antara 'kafir harbi' adalah syaitan dan iblis.

Dalam konteks Malaysia, MAC, MIC dan parti-parti komponen yang lain adalah merupakan 'kafir zinni. yakni walaupun bukan Islam tetapi merekat tidak menentang, apatah lagi menghina Islam dan umatnya secara total sebagaimana penentangan DAP.

Ertinya kerjasama Umno dengan rakan-rakan dalam BN adalah dibenarkan oleh hukum hakam manakala kerkasama Pas dengan DAP adalah merupakan kerjasama yang terlarang kerana pimpinan parti itu mahu mayatnya dilangkah sebelum negara negara dan pentadbiran secara Islam dilaksanakan di negara ini.

Justeru tidak hairanlah apabila dalam mendabik dada sebagai parti yang memperjuangkan Islam, Pas boleh melakukan, malah pastinya menghalalkan fitnah, maki hamun dan sumpah seranag terhadap orang lain kerana parti itu berada dalam pakatan kerjasama yang tidak dihalalkan oleh Islam.

Itu yang sedang Pas lakukan dan menadi punca utama kekalahannya di Galas dan di Tenang, malah akan turut menjadi faktor kekalahannya di Merliamu dan juga yang bakal menyaksikan kekalahan kerajaan yang dideminasi Pas di Kelantan dan Kedah pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Adalah haram bagi umat Islam memberi undi kepada parti yang menjalinkan pakatan secara yang tidak dihalalkan oleh Islam, yakni parti yang bekerjsama dengan 'kafir harbi', kafir yang secara terang-terang dan terbuka menentang Islam.

Sehubungan dengan itu walaupun saya mungkin ditohmah dan dipersepsi sombong serta mendahului takdir kalau saya katakan Pas sebagai pilihanraya kecil Galas dan Tenang, Pas hanya membuang masa dan tenaga mempertaruhkan calonnya dalam pilihanraua kecil DUN Merlimau

Saya yakin tidak ada sebab untuk para pengundi di Merlimau perlu mengucap 'sayunara' kepada Umno/BN dan berahlamwasahlam kepada Pas yang perjuangannya dalam keadaan tidak dihalalkan oleh Islam kerana menjalin kerjasama dengan 'kafir harbi, malah parti itu sedang berdepan dengan kifarah kerana perjuangan sudah lari jauh dari matlamat dan tujuan asalah penubuhannya..

Pun begitu Umno/BN tetap kena bekeja kuat dengan semangat berpasukan bagi memastikan kemenangan akan diraih dengan majoriti yang paling besar, yakni bekerja bukan saja untuk kekalkan kemenangan tetapi untuk mengumpul majoroiti yang lebih besar dan mewah di Merlimau sebagaimana yang telah dicapai di Galas dan Tenang.

1 comment:

Anonymous said...

salam,

kalau dah pasti UMNOBN akan menang besar,kenapa UMNOBN gelabah semacam jer....awal2 lagi dah tabur mcm2 janji utk pancing undi....hahahahha

Meli ni org kuat UMNOBN ka??? Nampak kuat dok promote....bila plak nak jadi calon UNMOBN????