Monday, February 14, 2011

MUNCUL KEMBALI (938)

Bukan mudah PR atasi BN

MEMPERTIKAIKAN apa yang patut dan yang tidak patut oleh sesebuah parti politik tehadap parti lawan, lebuih mempedulikan masalah parti lawan dari masalah dalam parti sendiri menjadi semacam suatu tradisi kepada pemain politik negara ini.

Pernah ada cadangan supaya Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadlian Rakyat (PKR) dan DAP manakala Pas dan PKR pula sering mencadangkan apa yang patut dan tidak patut dibuat oleh Umno/BN sebagai parti lawan.

Bekas Ketua Angkatan Pemuda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad misalnya pernah membuat saranan supaya Pas mengakaji semula hubungan dengan PKR san DAP agar perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dapat dilaksanakan kelak.

Sepatutnya yang membuat cadangan itu aalah ketua Dewan Pemuda Pas Negeri atau mana-mana tokoh Pas kerana ianya melibatkan kepentingan Pas. Kalau Pas akur kepada saranan itu. Pas akan jadi kuat dan mantap, sekali gus akan mengancam kekuatan dan kemanpatan Umno/BN sebagai parti pemerintah.

Matlamat lawan Pas adalah untuk kalahkan parti itu dalam pilihanraya. Kalau dirasakan kerjasama Pas-PKR-DAP boleh menyebabkan Pas kalah dan tidakan Pas itu tersasar dari matlamat asal penubuhannya, kenapa pula dicadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR). Sepatutnya biarlah Pas kekal dalam keadaan begiutu dan parti itu akan hilang sokongan.

Demikian juga jika ada program atau kerjasama Umno/BN didapati boleh melemahkan parti itu, kenapa lawan membuat saranan supaya Umno/BN membaiki kelemahan. Mana mungkin lawan yang dalam keadaan kuat dan mantap boleh digugat dan dikalahkan. Bukankah lawan dalam keadaan lemah lebih membuka peluang untuk dikalahkan.

Jika Pas keluar dari PR, maka dengan sendirinya kemerosotan sokongan terhadap Pas yang goyah kerana silap strategi tentunya akan menjadi kembali kuat dan utuh. Padahnya Pas mungkin tidak boleh dikalahkan tetapi sebaliknya akan boleh mengalahkan lawan.

Penulis yakin calon-calon Pas menang bukan hanya kerana menerima undi dari ahli dan penyokong Pas semata-mata tetapi juga dari ahli dan penyokong Umno. Begitulah sebaliknya, Umno menang bukan kerana menerima sokongan dari penyokong Umno semata-mata tetapi turut menerima undi dari Pas dan PKR.

Hakikat dan natijahnya, setiap orang Melayu beragama Islam tidak mahu Pas atau Umno hancur kerana kedua-duanya merupakan wadah politik utama mereka dan peranan kedua-duanya sama-sama penting dan sama-sama diperlukan sama ada sebagai pendomenasi pemerintah mahu pun pendomenasi pakatan pembangkang.

Punca kebencian Melayu terhadap kedua-dua parti adalah kerana adanya kerjasama dengan parti lain yang dilihat cuba mencabuli hak ketuanan Melayu, lebih-lebih kalau Pas atau Umno dilihat tunduk, mengundur dan banyak mengalah kepada parti sepakatan yang bukan Melayu.

Orang Melayu beragama Islam tahu jika Pas berada dalam PR dan jika PR menerima mandat untuk menubuhkan kerajaan, yang mendomenasi kerajaan itu nanti bukan Pas, tetapi sama ada PKR atau DAP. Kalau PKR atau DAP sebaga pendomenasi adalah pastiknya kerajan itu nanti tidak akan jauh berbeza dengan kerajaan BN berdomenasikan Umno, malah tidak mustahil akan lebih teruk.

Kalau PKR yang mendomenasi kerajaan PR pun tidak ada apa bezanya dengan DAP kerana keanggotaan PKR bersifat cacamarba yang secara tidak langsung akan mewujudkan pemerintahan dan pentadbiran bersifat cacamarba. Yang diharapkan oleh rakyat adalah pemnerintahan secara Islam tulen.

Ertinya kalau mahukan Pas kalah dan PR ditolak majoriti rakyat dan pengundi, Pas kena terus dibiarkan berada dalam PR supaya akan timbul ketidak-seragaman, supaya rakyat nampak bahaya sedang menunggu mereka jika kerajaan bertukar tangan kerana yang akan mendomenasi kerajaan itu nanti bukan Pas, sebaliknya antara PKR dan DAP. Yang jelas DAP lebih berpotensi sebagai pendomenasi.

Kalau Umno/BN cuba mngungkit punca dan faktor yang menjadi penyebab kekalahan Pas, pasti parti itu akan membaiki segala kelemahan, sekali gus ia akan menjadi mantap dan kuat. Kalau Pas bertanding pada keseluruhan kerusi parlimen dan bukan sekadar 60 kerusi sahaja, penulis yakin Pas akan menang besar kerana pengundi/rakyat akan melihat Pas serius mahu buat kerajaan Islam.

Tetapi dengan jumlah yang ditandingi tidak memampukan Pas wujudkan kerajaan walaupun semua kerusi yang ditandingi dimenangi, maka rakyat selaku pengundi akan nampak dengan jelas bahawa Pas tidak yakin mampu menjadi kerajaan dan nantinya akan terpaksa tunduk dibawah cengekaman pendomenasi. Rakyat selaku pengundi pasti tidak akan memberi mandat untuk tubuhkan kerajaan kepada yang tidak mampu, tidak layak dan tidak cukup kuota.

Demikian juga apabila Pas asyik menwarwarkan faktor penyebab yang memungkinkan Umno boleh tumbang dengan program dan aktiviti yang dilihat boleh menyebabkan rakyat selaku pengundi tidak akan memberi undi, maka Umno akan membaiki segala kelemahan dan akan kembali kuat dan mantap.

Padahnya bila tiba pilihanraya, Umno akan terus menerima mandat rakyat dan Pas terus kekal dalam angan-angan untuk menjadi kerajaan. Sepatutnya tradisi mengajar itik berenang dengan mengutamakan penwarwaran kelemahan lawan tanpa mengkaji secara terperinci kelemahan parti sendiri tidak patut diamalkan oleh para pemain politik yang benar-benar profesional, matang dan berpengalaman.

Keghairahan menyelongkar dan menwarwarkan kelemahan lawan tetapi tidak cuba memuhasabah, mencari dan mengatasi kelemahan parti sendiri menyebabkan bila berlaku pilihanraya, keputusannya sering bercanggah dengan apa yang dirangka dan dikerangkakan, termasuk oleh para pakar pilihanraya.

Lagi pun hakikat dan narijahnya tidak mudah untuk pakatan pembangkang atasi Umno/BN dalam pemilikan undi kerana berdasarkan perangkaan Pilihanraya Umum ke-12, bagi kerusi parlimen misalnya, Pas hanya pungut 1,140,598 undi atau 14.4%, PKR pungut 1,529,256 (19.3%) dan DAP pungut 1,0097,752 (13.8%). Kalau dicampur ketiga-tiganya, undi yang dipungut baru berjumlah 3,767,606 atau 47.5 pertaus dengan Umno/BN pula memungut 4,081,115 atau 51.4% undi.

Manakala 85,182 atau 1.5 peratus undi lagi dipungut oleh Bebas, PRM SNAP dan BERSEKUTU. Dengan ikatan dalam PR sendiri bukannya ikatan resmi dan ada jaminan pakatan akan kekal untuk selamanya, adalah sukar untuk PR mengatasi Umno/BN, tambahan pula PR sedang berdepan dengan sindrom lompat parti oleh wakil-wakil rakyatnya.

No comments: