Nilai-nilai murni yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW cukup mampu menyatukan seluruh umat manusia sekiranya setiap ikhlas untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, setiap orang kena berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan Sunnah, manakala yang bukan Islam pula akan menerima tempias kesempurnaan al-Quran dan sunnah.
Setiap kali diadakan perayaan Maulidur-Rasul adalah amat wajar jika dirancang program-prpgram yang menonjolkan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang bukan sahaja melibatkan penyertaan di kalangan umat Islam semata-mata tetapi juga patut membabitkan sama kalangan bukan Islam kerana dengan itu dapatlah kalangan bukabn Islam mengenali keperbadian Rasulullah s,a.w. untuk diteladani.
Rasulullah s.a.w. memperlihatkan akhlak yang sangat terpuji, hatta sebelum diangkat menjadi Rasul. Akhlak baginda bukan sahaja cemerlang dalam hubungan dengan Allah tapi juga amat indah dalam hubungan sesama manusia. Baginda membawa cahaya tauhid yang mampu merubah kehidupan insan dan juga merubah kehidupan manusia yang berada dalam kegelapan jahiliah kepada cahaya keamanan yang hakiki.
Jasa dan sumbangan Rasulullah itu bukan sahaja sewajarnya dihargai oleh seluruh umat Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh tetapi juga patut dipraktikkan oleh kalangan bukan Islam di negara ini, khususnya dan di seluruh dunia amnya kerana Rasulullah s,a.w. adalah pembawa rahmat kepada seluruh isi alam dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja.
Supata kalangan bukan Islam tertarik untuk amalkan cara hidup Islam, maka umat Islam sendiri kena menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan landasan Tauhid sebagai panduan. Dengan itu umat Islam akan menjadi umat yang terbaik dan akan menarik minat bukan Islam untuk hidup cara Islam agar mereka juga akan jadi terbaik.
.Sehubungan dengan itu umat Islam kena terus berusaha mempertingkatkan pencapaian, termasuk dalam bidang ekonomi, supaya umat dan negara terus cemerlang dan sekaligus dapat merealisasikan keindahan Islam dalam kehidupan demi untuk mencapai hasanah di dunia dan di akhirat.
6 comments:
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Belia, Badan Bukan Kerajaan, Guru-Guru Sekolah dan sebagainya.
Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang PRK Merlimau.
Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.
Kita bangga dengan prestasi badan dan agensi Islam seperti Tabung Haji dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Bagaimanapun kita amat kecewa dengan YaPEIM ( yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) yang banyak buat potongan gaji kakitangan kerajaan termasuk saya tetapi kita sangsi mengenai ketelusan pengurusannya. Rekod perbelanjaan tidak pernah dipaparkan kepada umum ( contoh nya melalui media perdana).Saya dimaklumkan bahawa Pengurusannya sangat lemah, tidak berperanan sepertimana yang diharapkan,angkuh dan sombong dan tidak inovatif.Ketua Pengarahnya sering kali guna DR didepan (cap ayam) pengajian peringkat MA pun takde. Penipu punya orang. Dalam sektor ekonomi didapati YaPEIM telah gagal membangunkankan Projek Perumahan PJ Perdana( Di Paroi Jaya, NS). Pelaburan lain yang disertai turut gagal. Sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu yang diusahakan YaPIEM menurut sumber dalaman tidak nampak keuntungannya ( walapun diwawar kan dalam kertas ada keuntungan) Ini berbeza dengan Ar-Rahnu Bank Rakyat yang melaporkan memperolehi keuntungan yang besar. Inilah bahananya bila pengurusan yang lemah sejak 16 tahun yang lalu tidak berganti manakala kerajaan cuma pandang sebelah mata sahaja walaupun tahun YaPIEM adalah liabiliti kepada kerajaan. Menurut sumber 40 % daripada sumbangan potongan gaji adalah untuk membayar hutang. saya dan isteri saya telah membatalkan potongan RM 10 setiap bulan yang disalurkan kepada YaPEIM melalui potongan gaji Angkasa. Saya amat kecewa dengan situasi ini. Manakala gaji yang dibatalkan itu saya salurkan terus kepada anak-anak Yatim( Fahamilah maksud surah Ad-Dhuha) Kita tahu kemana duit itu dibelanjakan. Moga kawan-kawan dapat melakukan yang terbaik demi kepentingan ummah dan tuntutan agama.Semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada kita.
Saya bersetuju dengan pandangan anon 15 Feb 2011, jam 7.20 pm.
Saya pernah terlintas untuk mendedahkan tentang YaPIEM . Ni baru dapat maklumat. Moga diperbetulkan kelemahan tersebut demi imej Islam yang dibawa YaPIEM.
Punca utama kegagalan kebanyakan institusi/ badan milik kerajaan seperti YaPEIM, majlis agama, jabatan agama, GLC dll adalah kerana 'pemimpin' dan 'pengurusan' yang "lemah". Lemah tadbir urus= tidak "ahli"
Tiada keahlian = tidak layak, tidak mahir, tidak kompeten, tidak cekap, tidak berkualiti, tidak amanah, tidak berdisiplin, tidak berintegriti.
Sabda Nabi yang bermaksud: “Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran. Ketika ditanya “bagaimana mensia-siakannya?” Nabi menjawab: "Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak ahli (tidak layak).”
Dalam memilih pemimpin, ingatlah selalu sabda Rasulullah yang bermaksud: “Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jawatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada orang yang lebih baik (dari seseorang yang telah dilantik), maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslimin.” (Riwayat al-Hakim)
salam semua,bagaimana mahu membatalkan skim potongan gaji yg disalurkan kepada YAPEIM ya?terima kasih.
Post a Comment