Friday, February 18, 2011

MUNCUL KEMBALI (940)

Dakwah Pas/Nik Aziz: berak biar padan dengan saiz jubur
(tulisan ini turut dihantar ke sebuah akhbar arus perdana untuk pertimbangan siaran)

PAS selepas era kepimpinan pengasas parti itu mengkafirkan Umno kerana kononnya bekerjasama dengan parti politik orang kafir, yakni bekerjasama dengan MCA dan MIC melalui Parti Perikatan yang kemudiannya bertukar kepada Barisan Nasional (BN) apabila jumlah parti yang berkomponen dalam BN kian bertambah.

Amanat Haji Hadi (kini Presiden Pas) secara terang direct menkafirkan Umno manakala Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri besar Kelantan secara penghukuman berlapis maknanya menyatakan hanya orang Pas layak masuk syurga manakala orang Umno, termasuk yang mengundi Umno tidak lakan masuk syurga.

Bila tidak layak masuk syurga, maka yang tidak layak masuk sayurga itu tentulah orang kafir atau yang setaraf dengan syaitan dan iblis. Bagi orang Islam yang beriman walaupun barangkali kurang takwanya dan sebesar mana dosanya sekali pun tetap akan masuk syurga juga akhirnmya setelah menjalani hukuman neraka.

Kini Pas sendiri menjalin kerjasama dengan parti pimpinan kafir 'harbi', yakni DAP yang secara terang-terang menentang Islam berbanding dengan MCA dan MIC serta parti-parti komponen BN yang lain, walaupun bukan Islam tetapi tidak menentang Islam secara terbuka, mereka bagi penulis tergolong sebagai kafir 'zinni', kafir yang dibolehkan orang Islam berbaik sangka dan bekerjasama ttapi dalam serba waspada.

Pimpinan parti-parti komponen BN yang bukan Islam tidak pernah salahguna masjid atau memperalatakan ayat-ayat al-Quran seperti yang dilakukan oleh orang DAP atau wakil-wakil rakyat dan tokoh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bukan beagama Islam yang direstui oleh Pas yang kononnya terdiri dari kalangan' maha pandai' hukum hakam.

Bila rampasan arak dibuat atas arahan exco Kerajaan Negeri Selangor dari Pas, rampasan ittu dibatalkan oleh exco dari DAP, exco Pas dalam kerajaan yang berdomsnasikan PKR hanya gigit jari, malah dalam banyak hal, exco dari DAP lebih berkuasa berbandinding dengan exco dari Pas dan PKR dalam Kerajaan Selangor

Alasan yang diberikan oleh Nik Aziz yang mana demi kerana kepentingan politik maka beliau dilabel dan digezetkan dengan gelaran 'tok guru' oleh setiauhasa politiknya ketika itu Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang ketika itu juga adalah Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan (kini Cikgu Wan Abdul Rahim yang juga bekas Speraker Drwan Undangan Negeri Kelantan adalah Ahli Parlimen Kota Bhau dan bergelar Dato') tentang kenapa Pas boleh bekerjaama dengan DAP meragukan dan boleh dipertikaikan.

Cikgu Wan Abdul Rahim jugalah yang kata langkah mayat beliau dulu kalau nak apa-apakan Karpal Singh dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak menasihat Cikgu Wan Abdul Rahim menarik balik kata-kata yang membuat orang Pas yang berpolitik secara lebih terbuka mula mengkaji kedudukan dalam Pas dan sokongan terhadap parti itu yang matlamat asal ditubuhkan oleh kalangan yang berpendidikan agama dalam Umno bagi menegur Umno dari sudut keagamaan. Itu fakta yang tidak boleh dipadamkan dari catat sejarah.

Sebelum menjadi Menteri Besar, Nik Aziz yang pernah menjadi 'guru sekolah buta' (sekolah orang dewasa) dibawah seliaan agensi yang kini dikenali dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (Kemas), beliau hanya dipanggil 'ustaz' sahaja. Itu pun kerana beliau megajar di Maahad Muhammadi dan menjadi tradisi bagi negara ini guru-guru agama dilabel dengan 'ustaz'. Lazimnya pelabelan 'tok guru' diberikan kepada guru-guru pondok.

Orang Pas yang sedari awal lagi bergelar 'tok guru; adalah Tok Guru Haji Yahya Junid (Kedah), Tok Guru Haji Zakaria Ismail, Tok Guru Haji Harun Repek, Tok Haji Hassan Ismail dan Tok Guru Haji Hadi Awang (kini Datuk Seri) serta sebilangan kecil lagi tokoh parti itu kerana mereka mempunyai pusat pengajian pondok. Allahyarhamn Fadzil Noor walaupun memilik Ph D dan bekas pensyarah, Allahyarham tidak dilabel sebagai 'tok guru' kerana Allahyarham tidak buka sekolah pondok.

Jika diselidiki latarblakang Cikgu Wan Abdul rahim yang berperanan melabelkan Nik Aziz dari 'ustaz' kepada 'tok guru', beliau bukannya lulusan sekolah agama, sebaliknya beliau menerima pendidikan skular tetapi cenderung kepada politik Pas. Atas kapasiti apa, maka Cikgu Wan Rahim boleh menstatuskan Nik Aziz dengan 'tok guru' kalau bukan tujuan kepentingan politik dan boleh diterima pula oleh pimpinan Pas yang lain kalau bukan kerana tujuan dan kepentingan politik.

Kenapa tokoh-tokoh seperti Mahmud Zuhdi Abdul Majid yang memiliki Ph D dan mempunyai tahap keilmuan Islam yang begitu luas tidak berstatus 'tok guru' walhal ilmunya jauh lebih banyak berbanding dengan Nik Aziz yang hanya berkelulusan M.A., malah kenapa Nasharuddin Mat Isa, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dt Mohd. Asri Zainal Abidin yang pernah menjadi pensyarah serta para mufti tidak distatuskan dengan 'tok guru'.

Hakikat dan Natijahnya, ada berjuta manusia di negara ini, termasuk dalam Umno yang lebih berilmu dari Nik Aziz tetapi mereka tidak tonjolkan diri supaya apa yang mereka kata mesti dianggap betul dan bersifat kata-kata ahli syurga dan boleh pula menjamin syurga bagi yang akur dengan apa yang mereka kata, malah mereka tidak tampil untuk memberi jaminan yang sokong Pas akan masuk syurga yang menentang Pas tidak layak masuk syurga. Jawabnya mudah, kerana mereka tidak ada kepentingan untuk selamatkan kedudukan dan jawatan serta mereka tidak ada kepentingan untuk dapatkan sokongan dalam bentuk undi.

Alasan yang diberikan oleh Niik Aziz kenapa boleh bekerjasama dengan DAP adalah kerana mahu berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada DAP. Kononnya hasrat itu telah bejaya. Persoalannya sudah berapa orang pimpinan, ahli dan penyokong DAP yang telah diIslamkan. Apakah Pas memiliki sebuah agensi seperti PERKIM untuk memberi bimbingan tentang amal ibadat dan hukum hakam kepada saudara baru atau mualaf?.

Berapa orang pegawai kerajaan negeri amnya dan pejuang-pejuang Pas khasnya yang ditempatkan di perkampungan Orang Asli, di perkampungan Cina Kampung dan bandar serta Perkampungan Orang Siam penganut Buddha untuk menjalankan seruan dakwah. Juga berapa ramai pendakwah menjalankan kerja dakwah untuk para pelacur dan perkhidmatan seks oleh para pondan di Limau Manis yang letaknya di berhampuran Kota Darulnaim yang merupakan pusat pentadniran negeri dan menempat pejabat Menteri Besar dan exco. Kegiatan maksiat ini juga berlaku dibanyak tempat, malah turut ada di hotel-hotel.

Kenapa bologgers seperti Syed Azisi atau Kickdefella yang juga seperti penulis pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan Pas Kelantan boleh membuat pendedahan melalui blognya dengan menyiarkan gambar pondan bogel dan pelacur bogel, malah disiarkan sekali nombor telefon bapa ayam yang mendakwa kakitangan Majlis Perbandaran kota Bharu (MPKB) dan orang berkopiah pun melanggan pelacur dan pondan. Pelacur-pelacur menunggu pelanggan dalam keadaan bertudung macam muslimat.

Seandainya Kickdefella diupah untuk menfitnah dan memburukkan kerajaan Pas Kelantan, terutama kepimpinan Nik Aziz yang berslogankan Membangun Bersama Islam, kenapa tidak didakwa supaya Kickdefella dihukum kerana memfitnah. Penulis tidak yakin Kickdefella diupah, sebaliknya beliau melakukannya atas tuntutan fardu kifayah sebagaimana penulis yang juga sering ditohmah menerima upah yang mana tohmahan itu sangat palsu, berpendapat adalah fardu kifayah bagi penulis pada waktui ini untuk membuat pendedahan dan menentang Pas.

Keyakinan penulis, malah rakyat Kelantan dan baka Kelantan yang berada di pelosok mana dunia ini yang tidak taksub dengan retorik pemerintahan yang kononnya Islamik diketuai Nik Aziz terhadap pembongkaran, penyelongkaran dan pendedahan Kickdefella semakin mantap apabila anak kepada Nik Aziz sendiri, Nik Abduh yang pada penulis lebih tulen keislamikkan perjuangannya, telah meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana muak dan kecewa dengan sikap ahli majlis dan kakitangan MPKB yang tidak pun membantu kemeriahan bekerja, bahkan mengusut dan melambatkan kerja-kerja benar dan disukai Allah.

Selama lapan tahun penulis bekerja dengan kerajaan negeri dan tugas penulis menuntut penulis bergerak menyertai prgoram-program menteri besar dan anggota exco mendapati kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam tidak pernah serius dalam menjalankan kerja dakwah, sebaliknya lebih ghairah untuk memperlekehkan tahap keislaman, keimanan dan ketakwaan kalangan umat Islam yang tidak menyokong Pas demi untuk kepentingan undi dan kemenangan dalam pilihanraya.

Bila ke perkampungan Orang Asli misalnya, selepas diajar mengucap dua kalimah suahat, dirakam gambar upacara untuk dimuatkan dalam buletin untuk sebarang umum dengan Orang Asli diberkopiah dan akan ikut semabhyang bersama dengan memakaian kopiah dengan sesetengahnya berseluar pendek, maka mereka ditinggalkan tanpa dibuat susulan tntang kerja-kerja dakwah, yakni Orang Asli tidak diajar tentang hukum hakam sehingga mereka faham tentang Islam.

Tidak ramai pegawai-pegaai keajaan negeri, apatah lagi sukarelawan Pas yang sanggup tinggal bersama Orang Asli untuk kerja dakwah sebagaimana kesanggupan para petugas yang cuba mengkristiankan Orang Asli. Kalau ada pun yang tinggal bersama adalah penddwah-pendakwah dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sendiri yang pasti jumlah mereka adalah sangat terhad.

Sepatutnya Kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam ada blue-printnya untuk Islamkan kalangan bukan Islam dengan sekian-sekian jumlah setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun, bukannya terlalu ghairah menyenarai-nerakan kalangan yang tidak sokong Pas. Kewajipan kerajaan berslogankan Membangun bersama Islam adalah mendakwah kalangan bukan Islam di kelantan dan tugas di luar Kelantan bukan tanggungjawabnya.

Kalau Orang Asli, Cina Kampung dan Orang Siam Kampung tidak mampu didakwahi dan diIslaman, janganlah nak berlagak mahu dakwah orang DAP yang dari sudut ilmu siasah dan penentangan terhadap Islamnya berkapasiti tinggi kerana pimpinan DAP itu sndiri terdiri dari kalangan para lawyer dan mereka yang mampu mngahmpar terjremahan al-Quran dalam bahasa Inggeris, bermakna mereka tahu tentang Islam tetapi tetap menolaknya.

Dalam apa pun kerja yang nak dibuiat, kena bermula dari langkah pertama. Pastikan keupayaan mendakwah Orang Asli, Cina Kampung dan Siam Kampung sebelum mahu menawarkan Islam kepada tokoh-tokoh seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan sebagainya. Kena tiru cara Rasulullah s.a.w. berdakwah, bermula dengan kalangan hamba abdi dan kalangan orang miskin dan daif, bukannya dimulakan dengan mendakwah pembesar-pembesar Quraisy.

Skuad dakwah, skuad anti maksiat dan sebagainya di MPKB atau pun apa-apa nama skuad sekali pun dalam kerajaan tidak akan berjaya menghapuskan kegiatan maksiat kalau ahli majlis dan kakitangan MPKB sendiri terlibat dalam perbuatan maksiat, kalau barisan pemuda, muslimat dan mislimin Pas sendiri pantang ada berpegang kepada falsampah:: "cari dak, kalau terkangkang tak akan tolak" atau "dari mampus diluar baik mampus di dalam", buat dulu kemudian taubat nasuha.

3 comments:

Anonymous said...

Sekarang..siapa yang dakwah siapa??????????????????????

Anonymous said...

DAPig dakwah PASik.

Anonymous said...

terang dos..pas totok yang xtau nok pk...yo pkai hadis nabi ulamak pewaris nabi...adakah nik ajis pewaris nabi jeng2........