Saturday, February 19, 2011

MUNCUL KEMBALI (941)

Ubah nada: Nik Aziz rujuk warna kitab ikut kepentingan

TIDAK bergunanya Melayu kepada Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan sehingga sanggup dikatakan beliau tidak bangga jadi dan dilahirkan sebagai Melayu.

Tidak hairalah kalau Umno yang merupakan parti terbesar milik orang Melayu beragama Islam dimusuhinya semacam memusuhi 'kafir harbi' tetapi DAP yang pemimpin utamanya anti Islam dijadikan rakan dalam perjuangan kerana rasa keMelayuan bukannya perencah dalam kamus hidup beliau.

Hanya apabila hasil kejadian mendapati pembangkang akan kehilangan 34 kerusi parlimen jika Pas gagal mengemnbalikan sokongan Melayu pada pilihanraya umum akan datang, maka Nik Aziz mengubah nada dan pendirian daritidak bergunanya Melayu kepada mengakui bahawa perjuangan terhadap Melayu pelu diutamakan.

Nampaknya begitu mudah Nik Aziz menukar haluan dan nada perjuangan, tidak ubah seperti 'taubat sambal belacan' pula rupanya. Soalnya apakah Orang Melayu boleh terima perubahan nada dari seorang yang pernah mendakwa tidak pernah bangga dilahirkan sebagai Melayu. Sama-samalah kita lihat dalam pilihanraya umum nanti.

Pendirian yang jarang statik dan ibarat lalang ditiup angin itu menambahkan lagi keyakinan saya, malah tentunya keyakinan majorti rakyat ini yang gagal ditaksubkan oleh retorik Pas juga, bahawa Nik Aziz lsebenarnya pengamal parti politik yang berkepentingan politik kepartian, bukannya ilmuan Islam yang kena statik pendiriannya berpasakkan hukum hakam, status 'tok guru'nya jelas menampakkan lebih kepada kepentingan politik kepartian.

Sikapnya juga lebih kepada sifat .mentadak menrtaduk' dan kitab rujukannya sentiasa berubah wara kulit mengikut keperluan yang melabakan parti politiknya dan kedudukannya sebagai rokoh dan pemimpin parti yang segala cakapnya kena ditelan walaupun pahit menjadam.

Seluruh makhluk di langit dan di bumi pasti masih tidak lupa betapa gedebe, betapa berapi-berasapnya marah Nik Aziz kepada Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa yang menyokong gagasan kerajaan perpaduan dengan Umno yang digagaskan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Marahnya siap dengan hambat halau dan caci hina yang mana saya rasa Ustaz Nasaruddin bukan sahaja jenis manusia tawar tetapi 'lecas' dan 'tawar ebe' perut pedalnya kalau tidak rasa terkilan, terguris dan berkecil hati dengan maki seranah yang diteriamanya kerana menyokong gagasan yang sewajarnya disokong kerana ianya gagasan presiden.

Kenapa Nik Aziz begitu marah? Jawabnya kerana Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan itu bagi Nik Aziz adalah parti kebangsaan yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan dasarnya skularisme.

Bagi Nik Aziz DAP, lebih bernilai, lebih baik dan lebih segala-galanya berbanding dengani Umno sehingga beliau sebagai orang Melayu boleh berkata beliau tidak bangga jadi Melayu dan dilahirkan sebagai Melayu. Tetapi bila dirasakan Pas dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan banyak kerusi tanpa sokongan Melayu, maka nadanya berubah sejuta darjah.

Saya yakin seluruh baka tersenyum dan ketawa sinis dengan buang tabiat terbaru Nik Aziz yang mengubah nada dari merasa tidak bergunanya Melayu kepada amat berguna. Masing-masing tentu akan bertanya macam mana tiba-tiba orang Melayu yang hebat tanpa identiti Melayu sehingga tidak rasa megah jadi Melayu dan dilahirkan sebagai Melayu mahu mengutamakan orang Melayu dalam perjuangannya.

Kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Nik Aziz, mereka tidak akan rasa pelik dengan sikap lalang ditiup angin serta bersikap mentadak menatduk Nik Aziz itu kereana beliau pernah menyatakan kesanggupkan untuk bekerjasama dengan syaitan.

Wabak dan sindrom buka kitab ikut warna kulit ikut keperluan dalam Pas bukan seperkara yang anih kepada Nik Aziz. Sikapnya itulah juga sebenarnya telah merosakkan reputasi Pas, malah menyebabkan Pas kini jauh tersasar dari tujuan dan matlamat sebenar penubuhannya oleh kalangan yang berpendidikan agama dalam Umno.

Bagi orang Melayu yang ada mata tengoklah, ada telinga dengarlah, ada otak fikirlah dengan gelagat, sikap dan buang tabiat Nik Aziz. Mudah-mudahan Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai akhbar yang sentiasa bersumberkan dongengan dan orang Pas lazim menamakannya dengan UTUSAN MELOYO tidak akan akan dianggap salah lapor atau membuat laporan berniat jahat dengan 'kemengigauan' dan 'buang tabiat' serta 'maru' terbaru Nik Aziz berkaitan perubahan nada terkininya.

Dalam kes kemarahannya terhadap Nasaruddin atas nama Timbalan Presiden Pas yang menyokong gagasan presidennya yang mana saya ada menulis mengenainya pada ruangan PENDAPAT Utusan Malaysia tidak lama dulu telah disaman oleh Nik Aziz bersama akhbar Utusan Malaysia kerana kononnya laporan Utusan Malaysia dan ulasan saya di PENDAPAT akhara ini dianggap menfitnahnya.

Saya bersedia untuk bersemuka di mahkamah dan tidak pernah merasa gentar kerana berpegang kepada PRINSIP BERANI KERANA BENAR. Sebagaimana Nik Aziz boleh menyatakan pandangannya, saya juga ada hak menyatakan pandanngan saya kerana negara ini mengamalkan demokrasi. Sebagai pengamal media tulen, Nik Aziz bukan orang pertama yang menyaman saya, menjadikan saya tidak pernah rasa gentar untuk menerima berjuta saman lagi.

5 comments:

lastikmelayu said...

Idealisme Tun Mahathir Angkat Peradaban Melayu Islam

TUN sebagai bapa pemodenan Malaysia suatu gelaran yang mengiktiraf jasa bakti beliau dalam pembangunan dan kemajuan benda dan minda masyarakat Islam sama ada tempatan atau dunia.

Masyarakat Islam yang digambarkan mundur dan sengketa oleh musuh Islam termasuk idealogi yang menggunakan pertubuhan agama seperti Parti Agama Se-Malaysia atau PAS menyebabkan orang awam keliru dan umat Islam lemah dalam usaha meraih kemajuan hidup.

Apalagi tujuan hidup pemimpin yang berjuang atas landasan parti Islam mengutamakan menang pilihan raya atau kuasa semata-mata berbanding perpaduan umat dan pembinaan peradaban Melayu Islam.

Dalam entri blog Tun yang menjawab segala dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap beliau dan UMNO, Tun menjelaskan tujuan hidup Menteri Besar Kelantan itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR berbanding mengutamakan perpaduan dan kuasa Melayu-Islam.

Beliau menentang amat nasionalis UMNO kerana kononya memisahkan politik dengan agama. Sedangkan nasionalisme beliau memisahkan kawasan dan bangsa dengan agama telah menafikan kewujudan manusia pelbagai bangsa untuk saling mengenal antara satu dengan lain.

Bahkan manusia makin kuat keimanan dan takwa kerana mengakui keagungan Allah mencipta manusia pelbagai rupa dan warna di atas muka bumi ini.

Beliau mempertahankan asas ideologi melalui parti hingga membuta mata dan hati kebaikan dan kebajikan pihak dan organisasi lain. Dengan kata lain beliau menafikan peradaban bangsa Melayu-Islam yang dibawa UMNO amat longgar dari sudut ritual dan keagamaan.

Rancangan British yang dulu menjajah Tanah Melayu ingin melihat perpecahan umat Melayu melalui penubuhan PAS tahun 1951 ketika umat Melayu bersatu di bawah panji-panji UMNO yang menjadi penyatu umat Melayu sebagai metodologi sopan tapi licik golongan Yahudi dan Nasrani.
Idealogi politik yang pelbagai memang dibenarkan dalam demokrasi tapi menggunakan nama “Islam” dalam meraih pegangan idealogi parti poltik suatu yang mengundang mala petaka pada masyarakat dan negara.

Agama menjadi penentu dan pengikat jiwa dan pemikiran manusia. Oleh itu, kepercayaan agama suatu yang serius dan terkesan sekalipun orang itu bukannya pengikut yang taat dan baik amalan agamanya.

Prinsip beragama yang menjadi asas perpaduan telah dinafikan dalam amalan ideologi parti mana-mana negara. Ini akan melahirkan perpecahan umat Islam apalagi perpecahan umat Melayu kian meruncing kerana pemimpin mengutamakan kuasa politik berbanding aspek keselamatan masyarakat dan kemuliaan agama di samping demokrasi itu sendiri.

Sikap menuding jari bahawa pemimpin nasiolisme tidak Islamik hanya mendedahkan keaiban diri kerana empat jari memperlihatkan kelemahan, keburukan dan kemunduran diri.

Apalagi sebagai pemimpin perlu malu dan takut kepada Allah kerana gagal menyediakan kemudahan dan menjaga kebajikan umat.

Sebagai rakyat Kelantan yang mencari rezeki di Malaysia mengharapkan beliau perlu muhasabah diri dan menjaga mulut betapa ramai mereka tinggal di negeri orang berasa malu dan tidak matangnya sebagai seorang bergelar ulamak dan Menteri Besar.

Jadi, sebagai ketua eksekutif negeri perlu menjaga taraf diri apalagi Tun sebagai negarawan dan bekas Perdana Menteri perlu dihormati bukan dikutuk dan dikritik terutama soal ketentuan syurga dan neraka kerana amalan baik dan kebajikan di dunia menjadi asset dan harta di akhirat.
Sekian.

Dr. Zulkeflee Yaacob
Kota Bharu

Cikgu Di said...

Salam persaudaraan buat tuan dan semua penjenguk blog......

Sejarah pernah menjelaskan kepada kita bahawa pandangan yang berbeza selalunya membawa perpecahan ummah. Apatah lagi jika segala budi dan kebaikan telah dibuat oleh pemerintah dikebelakangkan. Malah hilangnya kecintaan kepada Negara dan rasa kebencian yang telah di tanam antara satu sama lain akan menjerumuskan bangsa dan Negara kearah kemusnahan.

Bila antara kita sudah bermusuhan kerana berlainan pegangan idealogi parti maka tunjang kekuatan ummah semakin rapuh lalu tidak hairanlah suatu ketika nanti kita akan sama-sama lihat orang lain akan menjadi "tokey" dan kita akan menjadi "koli" nanti. Kesilapan inilah yang perlu kita sedari sekarang.

Penyatuan ummah adalah hakikat kekuatan dalam jamaah dan satu fikir. Maka kenapa gagasan murni seperti ini perlu kita tolak ?....
Walahualam...

pok nik said...

Saya nampak kebenarannya bila mantan PM, Tun Mahathir mengatakan Nik Abdul Aziz tidak ubah seperti pejuang nasionalisma yg lain..berpaksikan kemenangan politik kepartian...Saya jugak hairan manusia yang tidak berbangga dgn bangsanya tiba2 nak menjadi "jaguh" untuk berjuang untuk bangsanya pulak...Apakan Nik Abdul Aziz baru terjumpa ayat2 mana dalam Al Quran yg membolehkan berjuang untuk kepentingan bangsa.

Bagi saya yang tidak berparti ni..benda2 macam ini membuatkan kita terfikir adakah berbaloi utk terus memberi undi simpati kepada PAS dalam PRU akan datang? Saya nampak Nik Abdul Aziz terlalu "berserabut" pemikiran politik beliau muthakir ini..Siapa penasihat politik beliau ni? Kecelaruan ini ditimbulkan oleh seseorang ibarat "sokong membawa rebah"..gunting dalam lipatan. Sy tidak rasa ini permainan politik UMNO melainkan ini permaainan politik dalaman PAS terutama PAS Kelantan sendiri..

Hati org2 melayu yg terluka dek kenyataan Nik Abdul Aziz yg tidak "bangga" dilahirkan dan menjadi bangsa melayu amat mengguris hati ramai org melayu..hatta di Kelantan sendiri pun. Sy banyak mendengar keluhan ini bila sesekali pulang bercuti di Kelantan..Pak2 sedara/sepupu sepapat di Bachok banyak berbicara tentang ini..Nasi telah menjadi bubur kot. Kenalah tunggu 10 tahun lagi utk org melayu mula mempercayai PAS kembali..

Anonymous said...

..Melayu tidak akan pupus tanpa UMNO..Islam tidak akan hapus tanpa PAS...tapi Melayu akan jadi PARIA di negara sendiri kerana kegilaan sebahagian pemimpin PAS dan Anuwar nak jadi PM..

Cucu Pak Pandir

Anonymous said...

Tok Guru PASik tak mengaku Melayu sedangkan Rasulullah berpesan kepada Saidina Abu Bakar Assidiq bahawa pengganti baginda nanti (Khalifah) hendaklah dipilih dari keturunan Bani Hashim (Bangsa Quraisy) kerana keturunan ini adalah mulia. Ambo harap kalau dipanjangkan usia pemimpin puak PASik yang tafsir Quran ikut sedap mulut dan nafsu diri taklah sapa dok kuca taik disebabkan keangkuhan dan kesombongannya.