Sunday, February 20, 2011

MUNCUL KEMBALI (942)

Gelombang Merah resahkan Pas Kelantan, 1Malaysia gelisahkan PR

KEHEBATAN Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mula meniti di bibir pimpinan, aktivitis, ahli dan penyokong Pas sejak pelancaran program Gelombang Merah, Transformasi 1 Kelantan Gelombang Rakyat yang dilancarkannya baru-baru ini.

Beberapa pimpinan Pas yang mengambil masa bagi 'sesi bual politik sambil sarapan pagi' dengan saya mengakui Gelombang Merah merupakan ledakan bom yang mendatangkan ancaman kemusnahan dan sangat meresahkan Pas. Taktik, teknik dan pendekatan Mustapa dilihat lebih membahaya dan menggugatPas berbanding dengan era Tan Sri Annuar Musa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Sebagai contoh kehebatan Mustapa ialah semasa beliau menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Kerajaan Pas Kelantan nyaris-nyaris tersungkur pada pilihanraya umum kesebelas apabila parti itu mampu mengekalkan kerajaan hanya dengan majoriti dua kerusi dan kemudiannya hanya tinggal satu kerusi yang mana satu kerusi itu pula hanya dimenangi dengan majoriti dua undi sahaja.

Melalui program Gelombang Merah, tidak mustahil Kerajaan Pas akan tumbang pada pilihanraya umum akan datang dan terpaksa menunggu setidak-tidaknya selama 20 tahun untuk kembali merampas Kelantan, itu pun kalau Umno/BN cuai dalam menjaga dan memelihara hati dan kebajikan rakyat selaku pengundi.

Kerana itulah, tambah mereka, Mursyidul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan yang sebelum ini tegar dengan pendirian mahukan apa pandangan dan perlakuannya dianggap betul belaka dan kalau dibantah alamat boleh kena marah, telah menukar pendirian dari tidak bangga menjadi dan dilahirkan sebagai Melayu kepada perjuangan Pas akan utamakan Melayu.

Sasaran utama Pas Kelantan melalui kumpulan propaganda dan gerak sarafnya bagi menyekat kebangkitan Umno di Kelantan melalui Gelombang Merah ialah dengan mewujud dan memprovokasi ketidak-sefahaman di kalangan pimpinan Umno. Antaranya mewujudkan Kumpulan Hussein Serama, Kumpulan Mustapa, Kumpulan Annuar Musa, Kumpulan Awang Adek dan sebagainya, termasuk Kumpulan Ibrahim Ali yang kononnya sangat berpotensi memecah-belahkan perpaduan Umno Kelantan.

Seandainya Umno gagal dipecah-belahkan dan semua pimpinan Umno pula boleh membulatkan mandat mereka bagi membolehkan Mustapa mengatur strategi, taktik dan teknik, maka Kerajaan Pas Kelantan akan tumbang kerana pimpinan, aktiviti, ahli dan penyokong parti itu sedar dan kena menerima hakikat serta natijah bahawa sama ada parti atau pun kerajaan Pas Kelantan selama berkuasa di Kelantan hanya beretorik dalam hampir semua perkara dan ianyakini ibarat telur busuk yang telah pecah dan baunya tidak boleh dihadang dari menusuk hidung rakyat lagi.

Gelombang Merah adalah suatu kejutan dan ledakan yang benar-benar mencemaskan Pas sehingga sebagai tindakan bagi menyerkat gelombang itu telah menterpaksakan Kerajaan Pas mengagih-agihkan beras percuma bagi menfaat 4,500 rakyat miskin pada jumlah sekampit yang beratnya 10 kilogram sebulan.

Bagaimanapun kata mereka 4,500 rakyat miskin itu tidak akan dapat membantu mempertahankan kerajaan kerana kebajikan seluruh rakyat diabaikan selama Pas memerintah Kelantan manakala para peneroka tanah secara haram di Ulu Kelantan marah dan dendam apabila tanah yang mereka rintah berpuluh tahun dan penuh dengan pelbagai tanaman diberikan kepada syarikat-syarikat milik orang asing bersama Ladang rakyat, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YKLIN) ntuk dijadikan ladang sawit dan getah klon.

Pimpinan Pas yang mengambil masa dalam 'sesi bual politik dambil sarapan pagi' dengan saya yakin program Gelombang Merah akan memanipulasi kegagalan kerajaan Pas membuktikan kepada rakyat bahawa mereka telah menjadi lebih baik dari kerajaan Umno/BN yang memerintah sebelumnya serta kemarahan dan dendam rakyat di kalangan para peneroka tanah secara haram, termasuk di kalangan Orang Asli dan pemanipulasian itu akan menjadi umpama bom kimia dan tembakan peluru berpandu kepada kerajaan Pas yang tidak mudah untuk ditangkis.

Mereka juga berkata pada peringkat pusat pula, 1Malaysia yang menjadi slogan yang dipraktikkan oleh kerajaan terajuan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menggelisahkan Pakatan Rakyat (PR) kerana semakin hari menjadikan Umno/BN semakin mantap. Ini terbukti apabila dalam pilihanraya kecil yang diadakan, bukan sahaja Umno/BN boleh mempertahankan kerusi yang disandang dan merampas kerusi milik pembangkang, tetapi pungutan majoritinya amat meningkat.

Keghairahan menyerang kerajaan Umno/BN sedangkan kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang sama ada yang didomenasi oleh Pas, PKR atau pun DAP gagal membuktikan mereka lebih baik dari kerajaan Umno/BN yang memerintah sebelumnya menjadikan pembangkang silihat oleh rakjat hanya beretorik, berangan-angan dan bermimpi terapi gagal membuktikannya dalam bentuk realiti, menyebabkan hilangnya keyakinan rakyat. Dakwaan kononnya PR semakin kuat, hebat dan mantap pada hakikat dan natijahnya umpama menegakkan benang basah.

No comments: