Murid bawa telefon ke sekolah: wajar dibenar tetapi bersyarat
SEKARANG zaman berteknolgi tinggi, segala-galanya berada di hujung jari. Tidak hairan kalau para pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah ianya boleh dibeli dengan harga yang murah, ianya bukannya menjadi suatu bebanan kepada ibubapa misalnya kerana ada telefon bimbit yang harganya lebih murah dari harga set buku-buku kerja tambahan, stimulus dan sebagainya yang kadang-kadang tidak digunakan pun.
Bagi saya telefon bimbit sama juga seperti ubat-ubatan, termasuk daun pokok ketum. Kalau digunakan dengan betul, ubat-ubatan boleh menymbuh penyakit. Daun ketum umpamanya sangat mustajab bagi menyembuhkan penyakit kencing manis dan pemulihan saraf. Tetapi kerana disalahgunakan, ianya menjadi dadah dan mendatangkan bahaya.
Demikian juga dengan telefon bimbit. Ia dicipta oleh kebijaksanaan otak manusia untuk menfaat kepada pengguna, memudahkan dan mempercerpatkan perhubungan serta penyampaian maklumat dan menjimatkan kos, malah ianya sangat berguna pada saat-saat kecemasan.
Justeru pada pendapat saya, para pelajar tidak patut dilarang membawa telefon ke sekolah tetapi kenalah bersyarat. Antaranya telefon hanya boleh dion pada waktu rehat dan selepas habisnya waktu bersekolah. Masa dalam kelas hendaklah dipastikan telefon dimatikan.
Dengan itu juga secara tidak langsung para pelajar boleh didedahkan kepada displin serta boleh dilihat sama ada seseorang pelajar itu berdisplin atau tidak sebagaimana larangan terhadap jemaah supaya jangan on telefon sewaktu berada dalam masjid.
Bagi yang berdisplin, masuk sahaja kawasan masjid akan dioffkan telefonnya tetapi bagi yang tidak berdisplin, dalam masjid, malah ketika bilal bang atau qamat pun masih juga membuat dan menerima panggilan.
Pelajar yang berdisplin, yang didengar kata dan ada minat dan kecenderungan belajar, mereka bukan sahaja tidak akan on telefon bimbit sewaktu dalam kelas jika mereka dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, sebaliknya menghantar pesanan ringkas (SMS) atau menghantar gambar-gambar lucah pun tidak akan dilakukan.
Mereka pastinya akan menggunakan telefon untuk membuat panggilan supaya ibu atau bapa mereka datang ambil lebih awal atau lewatkan waktu datang mengambilnya kerana ada aktiviti-aktiviti sekolah dan tidak menyebabkan ibu bapa terpaksa lama menunggu atau akan digunakan sewaktu kecemasan, tambah-tambah dalam keadaan kebanyakan telefon awam banyak dirosakkan.
Bagi yang tidak berdsiplin dan tidak diajar serta tidak didedahkan dengan tuntutan kedisplinan, bukan sahaja akan melanggar larangan jangan guna telefon bimbit dalam kelas jika dibenarkan bawa telefon, cara berpakaian pun tidak akan dipatuhi, malah akan tidur berdengkurdalam kelas.
Ada juga yang usik rakan, sorok pensel, getah pemadan rakan dan sebagainya di samping suka buat bising, tambah-tambah di kalangan murid yang kalau guru marah akan diadukan pada bapa dan pula pula akan datang ke sekolah maki guru kerana marahkan anaknya.
No comments:
Post a Comment