Monday, February 21, 2011

MUNCUL KEMBALI (945)

Tanpa penghasilan terbaik sarjana tak patut bergelar sarjana

SAYA amat bersetuju dengan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya para sarjana politik Islam mengemukakan model terbaik sebuah negara Islam yang bukan sahaja demokratik tetapi stabil dan makmur.

Lebih-lebih lagi di Malaysia yang masyarakatnya bukan sahaja majmuk dari sudut bangsa dan keturunan rakyatnya tetapi juga majmuk dari sudut anutan agama, budaya dan adat resam: sangat-sangat memerlukan para sarjana dan jurisprundens Islam, sesuai dengan negara ini yang mengamalkan demokrasi.

Para sarjana dan jurisprundens Islam kena berperanan penting mengemukakan jawapan kepada persoalan baru yang barangkali tidak pernah dibincangkan secara mendalam melalui karya-karya klasik politik Islam sebelum ini.

Antaranya adalah soal hubungan antara masyarakat pelbagai anutan agama yang semakin penting di negara-negara Islam, termasuk di Malaysia akhir-akhir ini dengan Islam sebagai agama yang datang dari Allah yang disalurkan melalui Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul-Nya bagi memberi rahmat berada pada kedudukanyang tidak tergugat, apatah lagi diperhina dan diperlekeh, termasuk melalui teori pluralisme agama.

Dengan kata lain, keutamaan hendaklah diberikan kepada menjamin kerharmonian dalam hubungan antara masyarakat pelbagai agama di samping mempertahankan kesucian agama Islam. Bagi merealisasikannya, memerlukan pengklaborasian dan sumbangan para sarjana yang mampu menghasilkan model terbaik.

Lagi pun dalam apa juga bidang dan fungsi sekali pun, para sarjana kena menyediakan model dan peranan terbaik, kalau tidak, yakni seandainya sarjana tidak mampu menyediakan model dan fungsi terbaik dalam apa bidang sekali pun, seseorang sarjana tidak patut bergelar sarjana.

Justeru para sarjana, terutama sarjana Islam dalam pelbagai displin ilmu di universiti-iniversiti tempatan patut mengadakan usaha kelaborasi bagi mengkaji secara mendalam model politik Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang majmuk, makmur dan stabil.

Antara usaha yang sewajibnya dibuat termasuklah mencari formula asas yang mendatari kelangsungan sistem politik demokrasi negara ini yang menerima Islam sebagai agama Perskutruan di samping sewajarnya dilihat bagaimana selama ini masyarakat brrbilang agama, budaya dan etnik dapat hidup secara bersama dan menghormati hak masing-masing.

Bagaimana kestabilan politih boleh dipertahankan dalam keadaan masyarakat paling majmuk dan pilihan raya di negara ini pula paling kompetitif juga adalah merupakan persoalan yang patut dicari jawapannya oleh para sarjana dan jurisprundens Islam.

Jawapan kepada persoalan itu nanti pasti akan menemukan formula penting yang menjadi faktor kritikal kepada pencapaian negara ini sebagai sebuah negara Islam yang majmuk dan demokratik yang perlu dipertahankan. atas nama kepentingan agama, bangsa dan negara serta masyarakat majmuk.

No comments: