Saturday, February 26, 2011

MUNCUL KEMBALI (947)

Kerusi-kerusi Pas/PR di Kelantan akan jatuh macam nangka busuk dalam PRU-12

BERDASARKAN pengalaman sebagai pengamal media yang melihat ciri-ciri dan seterusnya kejatuhan Kerajaan Pas Kelantan tahun 1978 serta ciri-ciri dan seterusnya kejatuhan Kerajaan Umno/BN pada tahun 1990, adalah diramalkan dan difirasatkan kerusi demi kerusi Pas/PR di Kelantan akan jatuh macam nangka busuk pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).

Hakikat dan natijahnya, kemenangan Umno/BN atau Pas/PR bukan kerana undi ahli masing-masing tetapi kerana undi kalangan atas pagar yang tidak taksub dalam berpolitik, apatah lagi berparti politik, sebaliknya mereka lebih terbuka, lebih rasional dan lebih pofesional dalam memberi undi.

Pencorakkan dan pendekatan semasa Pas, terutama kesanggipan partti menjalin kerjasama dengan DAP adalah antara faktor penyebab para pengundi atas pagar tidak akan lagi berpihak kepada Pas/PR pada PRU-13 kerana Pas kini dilihat menyongsang dari matlamat dan tujuan asal penubuhan dan hala tuju perjuangannya di samping keceluparan pemimpin utamanya seolah-olah mahu diberHALAkan antara sebab Pas/PR ditolak.

Saya akan mulakan siri ramal dan firasat saya (sehari satu DUN) dengan memberi keputusan yang bakal berlaku di DUN Kota Lama yang mana saya didaftarkan sebagai antara pengundinya dan saya terdedah kepada keadaan semasanya kerana saya berada di dalam kawasannya.

DUN Kota Lama mempunyai 26,364 berdasarkan perangkaan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) dengan 62.8% daripadanya adalah Melayu, 34.9% Cina, 1.7% India dan 0.6% bangsa-bangsa lain. Pas/PR akan tumbang jika Immo/BN mahu menang dengan mempertaruhkan calon dari Umno, bukannya dari MCA seperti sebelumnya.

Keputusan PRU-12
MCA/BN: 7,661
PAS/PR: 12,867
MAJORITI: 5,206
UNDI ROSAK: 276
KELUAR MENGUNDI: 20,804

Keputusan PRU-13 (jika calon BN adalah dari UMNO)
UMNO/BN: 17,782
PAS/PR: 6,867
AKIM/KITA (ZAID IBRAHIM): 1,210
MAJORITI: 9,625
UNDI ROSAK: 6
KELUAR MENGUNDI: 25,865

NOTA: esok saya akan berikan ramalan/firasat untuk DUN Bunut Payong. Ramalan hanya tertumpu kepada DUN-DUN sahaja kerana ianya akan menentukan pembentukkan kerajaan negeri. Di Pusat pada hemat/firasat saya Umno/BN tidak akan tergugat untuk tempoh 230 tahun akan datang.

3 comments:

Anonymous said...

klu demo sebut 20tahun-30tahun kerajaan pusat memerintah,boleh kiro la meli,klu demo sebut 230tahun(dua ratus tiga puluh tahun) tu...berat benar demo,yg hidup pasti mati,setiap benda,pasti xkan kekal,pasti rosak/xboleh guna.

slain di kota lama,agak2 MCA nak letak di kerusi mana?

Anonymous said...

biarlah dio nok sebut 230 tahun ko 2300 tahun ko kan blog ni dia yang punya. nok letok pas hilang deposit pun buleh. ramalannya benar belaka kan. manusia buleh merancang je, Allah yang menentukan. Kalu umno baik buleh ke umno, kalu pas baik buleh ko pas..agak2nya sapa yang lebih baik? kalau ditanya sapa yang kaya antara pas dengan umno memang semua orang buleh jawabkan...

Anonymous said...

Yang matinya orang. Parti boleh bertahan jika ianya dijaga dan diselia dengan baik.