Thursday, February 24, 2011

TAKZIAH!

Darinya kita datang, kepadanya kita pergi

ATAS nama peribadi, saya merakamkan rasa sedih dan takziah atas berpulang kerahmatullahnya bekas Ahli Parlimen Kota Bharu (1990-1999) Hajah Ilani Datuk Ishak sebelum Subuh hari ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Allahyarhamah semasa hayatnya yang merupakan seorang pengamal undang-undang adalah penggerak belia yang aktif. Tahun 1990 beliau bertanding atas tikit parti Semangat 46 di kerusi Parlimen Kota Bharu. Dalam pilihan raya tahun 1995 sekali lagi menang. Tahun 1999 beliau bertanding sebagai calon Umno tetapi gagal mengekalkan kerusi yang disandangnya selama dua penggal.

Allahyarhamah adalah antara rakan rapat bekas isteri saya, Romelah Harun (Tpok Ngulu Kak Lah) sebelum Parti Melayu Semangat 46 (S46) berkubur tanpa nesan. Ekoran pembubaran S46 bekas isteri saya menyertai Pas manakala Hajjah Illani kembali ke pangkuan Umno.

Semuga suami anak-anak Allahyarhamah redha dengan peergiannya. Hendaknya roh Allahyarhaman terkumpul bersama para mukminah dan pusaranya menjadi antara taman-taman syurga Allah. Sesungguhnya dari-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita dikembalikan.

1 comment:

Anonymous said...

Al Fatihah...,