Monday, March 21, 2011

LAGI CATATAN KHAS

Saya bukan pejuang

EKORAN dari hasrat saya untuk melupuskan blog saya ini, banyak pihak hantar email dan sms selain dari melalui ruangan komen penjenguk meminta saya jangan lupuskan. Antaranya yang amat menyentuh perasaan saya adalah SMS berikut:

Sdra Ramli yang dihormati, hendaknya saudara dalam rahmat-Nya.
Salam. Pejuang tulin yang tulus sentiasa tidak bernasib baik, haknya sering dirampas, malah air mata, keringat dan darah sentiasa tumpah. sentiasa give but no take. Percayalah Allah akan nanti membuatkan saudara tersenyum puas dan pihak yang melemaskan saudara akan dilaknat. Mungkin yang membuat saudara rasa kecewa, sengsara dan terhina ketawa besar dengan kejayaan mereka tetapi ketawa mereka tidak akan panjang. Mohon jangan lupuskan blog saudara kerana masih banyak yang saudara kena perjuangakan dengan telu dan tulus. - more

Jika kerana perceraian punca saudara putus asa sampai mahu lupuskan blog saudara, bukan mahu jual anak tetapi saya sanggup untuk menjodohkan anak perempuan saya dengan saudara sebagai ganti isteri saudara yang secara penuh terhina lagi menghinakan menuntut cerai dari saudara. Cukup hanya bermaskahwinkan hanya sebuah al-Quran, sehelai sejadah dan seset telekung sembahyag. Saya sanggup bermenantukan saudara walaupun barangkali saudara lebih tua dari saya. - more

Anak perempuan saya lepasan universiti di negara arab, ada pekerjaan. Saya dah cakap dengannya, dia sedia jadi pengganti, malah dia anggap bekas isteri saudara gagal mengesan permata berharga yang menjadi miliknya dan sanggup dibuang dengan penuh kehinaan. Ikut kata anak saya yang mengaji dalam bidang agama, tidak ada syurga untuk bekas isteri saudara selagi tidak meminta dan menerima maaf secara terbukan dari saudara, malah kerana kemurkaan-Nya, tidak mustahil akan datang bala dalam tempoh terdekat. - more

Jika saudara sudi, bagilah respon, saya akan aturkan pertemuan untuk siri perkenalan ringkas dengan anak saya yang belum pun mencecah umur 30 tahun, paras rupanya menarik dan santun, malah saya amat menyayanginya dan berharap dia akan dapat seorang suami yang boleh mendorongnya menjadi lebih baik.

Allahuakbar! Terharu saya. Saya mahu lupuskan blog saya bukan kerana kes perceraian saya dengan bini saya tetapi kerana saya bercadang mahu pulang ke kampung kerana sudah tidak ada apa lagi yang perlu saya lakukan dengan bermastautin di bandar. Di kampung barangkali tidak ada kemudahan untuk saya berblog mahupun berfacebook.

Tiga anak saya sudah berkahwin dan telah menyumbang tujuh cucu kepada saya. Hanya anak lelaki yang sudah dewasa masih belum berkahwin dan dia sendiri nampaknya tidak cenderung untuk berumahtangga pada waktu ini. Seorang anak perempuan yang mengaji peringkat sarjana komunikasi (penyiaran) tamat belajar tahun ini. Hanya ada seorang lagi anak bongsu yang baru di darjah enam.

Tujuan asal saya berhijrah ke bandar walaupun saya dari kampung pedalaman, malah bekas bini saya juga dari kampung pedalaman adalah dengan hasrat agar anak-anak kami mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan akan memilik daya saiangan yang tinggi. Sepanjang tinggal di bandar, saya tidak pernah tenang, malah imej kekampungan saya tidak dapat dikikis. Berada di kawasan perkampungan menjadi saya serba lega.

Lagi pun saya tidak ada pekerjaan tetap dan perniagaan saya mula dimusnahkan oleh perlakuan tidak jujur dan tidak takut dosa oleh kalangan tertentu menyebabkan saya umpama sedang terkapai-kapai di tengah lautan nan bergelora, tidak ada nampak langsung perahu, apatah lagi kapal yang akan menyelamatkan saya dari mati kelemasan atau dibaham jerung.

Memikirkan bahawa tidak lama lagi barangkali saya akan hanya tinggal seorang diri apabila anak-anak sudah berkeluarga dan kewajipan menanggung kehidupan mereka tidak lagi terpikul atas batu jemala saya, maka sampai masanya untuk saya melakukan apa yang menyeronok dan menghiburkan saya, yakni kembali ke kampung dan hidup cara kampung.

Saya ada sedikit tanah peninggalan arwah ayah dan saya bercadang untuk membina kediaman standard kampung pedalaman di sana yang tidak akan guna kemudahan air paip dan api elektrik. Saya berhasrat mengusahakan tanaman pokok mahkota dewa yang akan mula membuahkan hasil dalam tempoh lapan bulan sahaja. Ianya akan ditanam dalam kebun getah di samping itu saya boleh menoreh sendiri pokok-pokok getah dalam tanah berkenaan.

Saya rasa bersalah apabila tanah yang ada tidak dimenfaatkan sedangkan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiaa memiliki tanah, hendaklah mengusahakanannya. Kalau tidak mamu hendaklah memberikan kepada saudaranya yang muslim dan tidak menyewakan kepada saudaranya itu" - Hadis Riwayat Imam Muslim.

Banyak masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit yang telah saya sumbangkan untuk perjuangan kalau boleh dinamakan perjuangan, malah adakalanya ianya mengatasi sumbangan kepada anggota keluarga dan anak bini. Rasanya sudah cukup untuk saya terus membakar diri bagaikan lilin ketika diri kian dimamah usia.

Yang pastik saya bukan seorang pejuang pun, hanya penyumbang sedikit masa, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit. Paling besar pun pengorbanan saya adalah MEWAKAFKAN BINI SAYA untuk apa yang dinamakan perjuang dan sebagai imbalannya, berlakulah apa yang telah berlaku, saya reda tetapi anak paling kecil menjadi mangsa kerana dia belum reti apa-apa.

Namun demi masa depannya, saya sanggup berusaha sehingga keringat dan air mata saya akan membanjiri mayapada ini. Saya telah membawa dia ke hutan Sokor untuk melihat reaksinya dan saya nampak dia pun macam saya, menggemari suasana perkampungan. Atas faktor itu saya mahu kembali ke dunia asal saya. Masa depan anak lelaki saya yang kini membuang diri ke rantauan juga menjadi perhitungan saya.

Malah memikirkan masa depan anak teruna saya di perantauan menjadikan saya tidak sanggup untuk terus menyedut dan menghembuskan nafas dalam kehidupan sekarang. Dia menjadi mangsa keadaan kerana kesilapan saya MEWAKAFKAN BINI SAYA (kini bekas bini) dan saya merasa amat berdosa, memikirkan masa depannya juga membuatkan hati saya amat tersentyh.

Melihat gambarnya atau teringatkan kekelertahannya ketika masih kanak-kanak sehingga ia membesar dalam keadaan yang agak terbiar kerana saya sibuk dengan tugas-tugas kemediaan manakala bekas bini pula kemaruk dengan tugas-tugas parti politiknya menjadikan dia seorang pemerotes tegar dan akhirnya dia memilih untuk menjadi perantau kerana baginya dia tidak ada nilai dalam keluarga.

Saya akan menangis mengigatkan saat dia mencium tangan saya untuk pergi, dan banyak keluhan dilepaskan kerana harapan untuk menemui orang yang patut dia temui dan memohon maaf sebelum pergi tidak muncul sehingga dengan linangan air mata serta linangan air mata saya, dia melangkah pergi.

Sampai saat ini dia tidak pernah hubungi saya, bukan kerana dia tidak teringat atau kerana bencikan saya tetapi dia tahu keluhan siksa batin yang kena saya tanggung kerana dia terpaksa meninggalkan saya dan adik beradik yang sangat disayanginya walaupun barangkali adik beradik tidak menyananginya.

Dia pun macam saya, lebih suka menjadi lilin membakar diri bagi menerangi orang lain dan lilin tidak mampu meneerangankan kegelapan di bawah pacakannya. Saya tidak sanggup membayangkan siksa dan kehinaan yang akan ditanggungnya kerana saya telah cukup berpengalaman menjalani hidup penuh sengsara dan terhina, malah sehingga kini, sehingga berada pada usia senja, saya belum merdeka dari sengsara dan kehinaan dengan erti kata sebenar.

Justeru saya rasa tidak patut saya membawa orang baru ke dalam kehidupan penuh sengsara dan hina saya. Pengorban untuk bebaskan saya dari kesengengsaraan dan kehinaan bersandarkan pada simpati akan menjadi jeangkap samar kepada mereka yang berkorban untuk. Justeru itu biarlah saya dengan dunia saya.

Kepada yang mahu menjadikan saya menantu dan kepada yang bersedia untuk menjadi pengganti kepada bekas bini saya, terima kasih banyak-banyak tetapi maafkan saya kerana saya tidak sanggup untuk mempalitkan kesengsaraan dan kehinaan saya pada mereka yang tidak patut dipaliti.

Saya doakan semuga bapa anak yang nak jadikan anaknya isteri saya dapat menantu yang baik manakala anakanya pula mendapat suami yang bukan sahaja baik tetapi beriman dan bertakwa. Orang yang baik akan bertemu jodoh dengan orang yang baik juga manakala yang jahat biar pun mampu mencipta lakunan baik akan tetap bertemu pasangan yang jahat kerana itulah namanya keadilan Allah yang mana kita tidak akan dapat melihatnya kalau tidak direnung dengan mata iman dan takwa!

8 comments:

hassan said...

Salam,
Walau apa pun keputusan Pak Cik, Meli Kapak Jangak tetap dalam kenangan.Sampai masa aktif kembali...

hassan said...

Kalu tok sir oghe nok bui, bagi ko ambo la, ambo pun tengah cari calon isteri.Minta yang ada solehah dalam dirinya...

8431 said...

minhajul islam...

formula::ASLI::

" jika kamu syukur AKU tambah nikmatKU atas kamu... " demo pakar define 'syukur'..

hambo tumpang doa je..

Abdul Hayee said...

Tersentuh membaca posting saudara. Saya mendoakan semoga saudara menemui apa yang dicari.

Assalamualaikum.

K.Kangsar.
0103441001

Anonymous said...

meli...ada dr. tino,tokey kopi gilo ko mu loni

Anonymous said...

Siasat Pengurusan utama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang dikatakan menyokong kuat Anwar Al Juburi di belakang tabir. Kononnya sebagai penghargaan dan terima kasih kepada AlJuburi kerana menubuhkan YaPEIM dulu.

Anonymous said...

Dah lama saya sangsikan duit hasil potongan gaji yang diuruskan oleh YaPEIM yang tdk pernah dilaporkan aliran perbelanjaannya. Dlm pengurusananya banyak jin dan hantu bungkus. nape kerajaan tak pernah ambil tahu keadaan ini. Saya setuju kalau disegerakan penyiasatan krn banyak perkara yg disangsikan ttg perbelanjaannya.

Nota Fikir said...

Wah! Untungnya Pak Meli ni, ada orang sanggup 'meminang' Pak Meli untuk dijodohkan sendiri dengan anak gadisnya itu.
Hanya lelaki yang hebat dan berhati mulia sahaja yang dapat menawan hati bakal mertua sampai begitu sekali...
Kalau saya ini semacam dapat gunung emas ni...he he he