BESAR kemungkinan blog saya terpaksa dilupuskan atas faktor penuh keterpaksaan, malah saya sendiri terpaksa bertukar identiti walaupun dalam bentuk wajah yang sama. Itulah perjalanan hidup yang terpaksa dilalui dan dihadapi walaupun sangat pahit menjadam.
Saya sangat sayangi para penjenguk sama ada yang julang atau yang hentam saya sepanjang mengendalikan blog ini. Saya tahun hentaman para penjenguk yang menghentam saya adalah kerana ketulusan untuk menyedarkan saya dari kesilapan. Saya hormati dan kagumi.
Manakala yang julang saya juga jujur bersetuju dengan pandangan saya dan saya juga berterima kasih, saya hormati dan kagumi. Adat dalam kehidupan akan ada yang suka dan ada yang tidak sukakan kita. Saya menerinya dengan minda dan dada terbuka.
Seandainya saya terpaksa lupuskan blog ini termasuk identiti saya sekali (saya akan guba memerangi keterpaksaan semampu mungkin), maka pada kesempatan ini saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut kepada sesiapa sahaja yang terasa hati dan tersinggung dengan apa yang saya catatkan.
Walaupun mungkin kita berpisah di dunia, namun di akhirat kita tetap akan berjumpa sama ada dalam keadaan hasanah atau sebaliknya. Yang pasti blog ini ada faedah dan musibahnya kepada diri saya sekeluarga. Apa pun pelupusan blog ini tidak akan merubah prinsip hidup saya walaupun nama dan identiti saya barangkali berubah.
Sementara tiba saat keterpaksaan melupuskan blog ini, saya akan terus berblog. Segala komen-komen akan saya save dalam cd untuk simpanan dan rujukan pada masa-masa akan datang. Percayalah kalau Meli sudah mati dan media cetak dan elektonik menyiarkan tntang kematiannya, namun dalam bentuk hakikatnya dia tetap hidup selagi ajal belum benar-benar menjemput.
Meli terpaksa meneruskan hidup berdasarkan skrip takdir dan suratan. Dengan menggunakan nama samaran Melipriapapa MH, sebuah nama yang saya sendiri tidak tahu macam mana boleh menjadikan antara nama yang banyak memberi jasa kepada saya, maka itulah, di sebalik nama itulah kakikat kehidupan saya dan saya reda dengannya.
Bagi mana-mana individu yang pernah saya susahkan hidup mereka, yang saya termakan dan terminum harta benda mereka, saya memohon ampun dan maaf dan mohon halalkan yang termakan dan terminum itu. Pun hutang piutang tetap akan dilunasi.
Rakan-rakan kata saya terlalu baik dan sering menjadi mangsa keadaan dan menyebabkan orang pandang lekeh, orang tidak menghormati saya, malah menghina saya. Insyaallah saya akan terus jadi baik, malah akan berusaha untuk terus jadi lebih baik.
Saya tidak pernah harap dipandang mulia atau dijulang, justeru itu saya sentiasa memilih laluan kiri. Saya banyak menangis dalam mengharungi lautan hidup ini sejak sedari kecil lagi tetapi saya harap di akhirat nanti saya tidak akan menangis lagi. Tangisan di dunia hanya sementara sahaja akhirat jua yang kekal abadi.
Apa pun diharap setiap air mata saya yang menitis akan menjadi antara wangian syurga dan bukannya menjadi bara-bara negara kepada mereka yang menjadi tanggungan saya yang barangkali saya dizahirkan ke dunia untuk menjadi manusia serba gagal yang pasti ada hikmah dan teladan untuk hamba-hamba-Nya.
Saya akan cuba jadi pemaaf yang telus dan tulus. Insyaallah!
12 comments:
Salam buat saudara Ramli..
Hampir bertahun saya mengkuti blog tuan dan ternyata gaya penulisan tuan berlainan dengan blogger lain. Tentunya saya akan kehilangan satu halaman blog yang banyak ilmu dan kisah kemanusiaan yang tuan sendiri alami. Kadang-kadang kisah perjalanan hidup tuan membuat saya ikut tersedu dan berfikir panjang mengenai skrip kehidupan yang telah ditetapkan oleh setiap orang.
Biar apa pun diharapkan tuan tidak akan serik untuk terus berkarya dan tidak akan patah semangat. Saya yakin tuan bukan orang yang demikian kerana melalui catatan dan pengalaman tuan yang lepas-lepas tuan bukan orang yang mudah menyerah kalah.
Yang pasti saya tetap mengikuti perkembangan tuan dan akan bersama memberi ulasan jika ianya dirasakan benar miski pun saya juga terseret sama dimaki hamun dalam ulasan blog tuan.... memilukan....walahualam.
Perjuangan untuk membetulkan kesilapan 'menyamatarafkan parti dengan agama Islam' perlau di teruskan hingga akhir hayat. Insya'Allah perjuangan kita diredhai Allah. Mohon diberkati setiap tulisan tuan walau dihinakeji oleh manusia yang jenias PASik ini. Bukankah bersabar itu ganjaran pahalanya besar disisi Allah. Sesungguhnya manusia itu sentiasa bertelagah kerana nafsu amarahnya didepan sedangkan imannya ditinggal dibelakang.
Saudara Ramli,
Terima kasih di atas sumbangan saudara di dalam dunia siber.
Saya akan rindu membaca tulisan saudara.
Salam
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Salam buat saudara Ramli...
Terima kasih di atas segala sumbangan tuan di dalam dunia siber. Saya harap selepas ini tuan dapat muncul kembali dengan wajah dan indentiti yang baru. Semoga tuan dapat terus berkarya dan tidak patah semangat...
Salam perjuangan...
Salam tuan Meli...,
Terima kasih atas sumbangan idea bernas sepanjang pengetahuan saya semuanya mencerminkan keluhuran hati tuan secara peribadi, sindirin, kecaman dan sanjungan. Pandangan tuan benar2 jujur dan ikhlas walaupun ada yang pahit dan sakit mendengarnya.
Semuga jelamaan tuan dalam wajah baru lebih anggun dan santai...
Rakan Setia ... p5b.
salam...
terkejut juga saya mengapa tuan berkeputusan sedemikian?
tapi apa pun blog tuan tetap saya rindui sepanjang hayat saya!
biar bertukar wajah blog tuan akan saya ikuti...
mohon maaf dari saya kepada semua penjenguk blog ini sekiranya komen saya menyinggun perasaan...
adatlah...rambut kita sama hitam tapi perasaan kita lain-lain...
wasallam...
Salam...Abe Li..
..harap abe Li tidak mengalah dan undur walau setapak pun dalam perjuangan untuk menyedarkan anak bangsa yang masih nanar pening kerana terkena serangan ceramah2 PAS yang mengegarkan kepala sehingga tidak dapat membeza diantara agama Islam dan permainan politik..mereka menganggap PAS itu Islam, Islam itu PAS..ada yang masih rasa tidak sempurna Islam mereka sekiranya tidak menyokong PAS. Seolah-olah menyokong PAS itu merupakan Rukun Islam yang ke 6 pula..mengapa begini sekali jadinya orang kita ni..
..Abe Li adalah orang yang mengenali PAS luar dalam, sumbangan Abe Li masih diperlukan di alam siber untuk menyedarkan anak bangsa kita yang tengah nanar itu..
..teruskan perjuangan..demi Islam, bangsa, dan tanah air..
Cucu Pak Pandir
Pondok Kota Jembar
tutup tutup la klu nak tutup gak meli...buat gimik la pulok
salam,
Tak tahu la saya cadangan untuk menutup blog ini hanya sekadar untuk "test market" dari penjengok, tetapi kakikatnya inilah lakonan hidup yang telah dipepatahkan dengan bidalan melayu "teman ketawa senang dicari,bila menanggis ramai jauhkan diri".
Saya tumpang simpati dgn nasib yang menimpa yang mana adakalanya musibah yang menimpa hampir serupa dihadapi olih kebanyakkan orang orang kita....
Abg Meli..ambo tentunya saloh sore yg akan merindui buah "buah tangan" Abg Meli..Bernas, padat dan berfakta.. Firasat Abg Meli yg sgt saya suka..sebab Abg Meli melihat sesuatu dengan kejujuran.. Bagi saya Abg Meli "lebih" mulia dari Dato MB Kelantan...
Kalu buleh teruskan berblog..rakyat Kelantan nak mengikuti perkembangan terkini hasil tangan Abg Meli.. Masalah ada dimana2.. tak kecil,besar dan kalu tak besar kecil. Agi Idup.. mesti ada masalah..
salam..
salam rindu dan simpati buat Tuan.....
walau apa pun syabas di atas keberanian dan keikhlasan tuan dalam penulisan..
tuan ramli,
hanya ada dua blog yang saya sering membacanya dan blog saudara adalah satu daripadanya. Ia menjadi teman saya dikala sunyi. saya akan kehilangan teman apabila saudara tidak lagi menulis. sekadar meminjam lirik lagu daripada penyanyi kesukaan saya, iwan fals :
"teruskanlah kau bernyanyi, kanku dengar itu pasti.teruskanlah kau bernyanyi dan jangan lagumu terhenti"..
Post a Comment