Thursday, March 3, 2011

MUNCUL KEMBALI (947)/4

Ramalan dan firasat untuk DUN Cempaka bagi PRU-13

DUN Cempaka mempunyai 17,818 pengundi berdaftar berdasarkan perangkaan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) dengan 99.07% daripadanya adalah Melayu, 0.62% Cina, India 0.11% dan tidak ada bangsa-bangsa lain. Pas/PR akan tumbang kerana para pengundi atas pagar tidak akan berpihak kepada Pas/PR ekoran Pas dianggap sudah tergelincir rel dari matlamat dan tujuan asal penubuhannya kerana bekerjasama dengan DAP. Ramalan dan firasat kekalahan di Tanjong Mas adalah sperti berikut:

Keputusan PRU-12
UMNO/BN: 5,265
PAS/PR: 9,514
MAJORITI: 4,249
UNDI ROSAK: 242
KELUAR MENGUNDI: 15,021

Keputusan PRU-13 (berdasarkan ramalan dan firasat)
UMNO/BN: 11,562
PAS/PR: 4,253
AKIM/KITA: 101
MAJORITI: 4,359
UNDI ROSAK: 5
KELUAR MENGUNDI:15,921

NOTA: esok saya akan berikan ramalan/firasat untuk DUN Kijang. Ramalan hanya tertumpu kepada DUN-DUN sahaja kerana ianya akan menentukan pembentukkan kerajaan negeri. Di Pusat pada hemat/firasat saya Umno/BN tidak akan tergugat untuk tempoh 230 tahun akan datang.

7 comments:

Anonymous said...

bodo molik mu ni meli,mu COPY PASTE eh,NOK COPY PUN BIAR LA LOJIK

tajuk DUN CEMPAKO,HURAIAN PULOK DUN TANJUNG MAS,FAKTA2 XKENO.

BASO JENG GILO TALOK 3 AKU SERO.

Anonymous said...

betul la anonymous kata....isk2

Ramalan dan firasat untuk DUN Cempaka bagi PRU-13

DUN Tanjong Mas mempunyai
17,818 pengundi berdaftar berdasarkan perangkaan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) dengan 99.07% daripadanya adalah Melayu, 0.62% Cina, India 0.11% dan tidak ada bangsa-bangsa lain. Pas/PR akan tumbang kerana para pengundi atas pagar tidak akan berpihak kepada Pas/PR ekoran Pas dianggap sudah tergelincir rel dari matlamat dan tujuan asal penubuhannya kerana bekerjasama dengan DAP. Ramalan dan firasat kekalahan di Tanjong Mas adalah sperti berikut:

Keputusan PRU-12
UMNO/BN: 5,265
PAS/PR: 9,514
MAJORITI: 4,249
UNDI ROSAK: 242
KELUAR MENGUNDI: 15,021

Keputusan PRU-13 (berdasarkan ramalan dan firasat)
UMNO/BN: 11,562
PAS/PR: 4,253
AKIM/KITA: 101
MAJORITI: 4,359
UNDI ROSAK: 5
KELUAR MENGUNDI:15,921

Anonymous said...

Berato demo Meli, salah tak baiki nama DUN dari Tanjong Mas ke Chempaka berdosa besar demo. Si akhirat seksok kena ccaro 500,000 tahun tak slesai lagi. Demo tahu ko dok, Pas tu parti ahli syurga?

Demo godam Umno takpo, godam Pas jangan. Orang Pas dia ada kuasa nak suruh demo dipilih masuk styurga ke neraka. nak masuk syurga sokong Pas, nak masuk neraka tentang Pas. Mudah jah humkuman syurga-neraka bagi orang Pas.

Anonymous said...

ayat alik atas tukar doh dun cempako,ayat alik bawah bakpo masih dun tanjung mas?karupp molik demo ni meli,demo buat kerja gano ni,kadang2 ajaan pun kawe tgk salah byk kat blog demo ni,demo ni jolo ko penulis,ko koya sasterawan je?

acu demo baca semula hok demo tulis ni.


Ramalan dan firasat untuk DUN Cempaka bagi PRU-13

DUN Cempaka mempunyai 17,818 pengundi berdaftar berdasarkan perangkaan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) dengan 99.07% daripadanya adalah Melayu, 0.62% Cina, India 0.11% dan tidak ada bangsa-bangsa lain. Pas/PR akan tumbang kerana para pengundi atas pagar tidak akan berpihak kepada Pas/PR ekoran Pas dianggap sudah tergelincir rel dari matlamat dan tujuan asal penubuhannya kerana bekerjasama dengan DAP. Ramalan dan firasat kekalahan di Tanjong Mas adalah sperti berikut:

kawe sero demo ni bukan stakat buto mata,pah ko hati jadi buto(gelap hati)
dulu demo jurus molik,loni jadi tolol sebab bdemdem dgn seseorg,
ingat la meli,setiap kali demo buat kjahatan/kburukkan,akan timbul titik2 hitam gi hati demo tu,

setiap apa yg kita buat di atas dunia ini,malaikat akan catit,

kawe harap demo balik la kpd diri asal demo hok dulu2 meli,jgn la disebabkan bekas bini demo(org kuat pas),demo habis nok bmusuh dgn org pas.

org pas bukan semuanya malaikat,org umno bukannya semua iblis.

Anonymous said...

Salam tue Meli...,

Kalu pembaco tu otak come sngoti, dio fahe lako2, tu tersilap CnP, tapi bakponyo demo wat cplat, kato ko tue Meli koya, la gapo lagilo...

Tue Meli ambo sukong tue minta wat semula fakta tu. Ramale tue tu ambo sukong sngoti...

Rake setio tue Meli

melikapakjangak said...

Tuan!
Yang tuan kena tahu...saya bukan orang parti politik walaupun saya bukan baru dalam dunia politik. Soal bini saya (bini bekas) kuat Pas atau tidak, bukan menjadi penyebab saya buat ramalan dan firasat. Yang dorong dia masuk Pas dari S46 adalah saya.

Sejak lama dulu saya menang penyokong kuat Pas, tetapi saya bukan ahli pas. Ratusan ribu duit saya hanyut terbitkan buku julang tkoh Pas. Tuan boleh semak buku saya. Antaranya: Gara-Gara Penangan Tok Guru Orang Istana Merana, Amat Tok Guru, Menteri Besar Kopiah Bawaa Tuah, Parti Pilihan Rakyat Kelantan, Panglima Jihad Pas, Nik Adli Hero Baru Persada Politik Negara dan sebagainya di samping siri Membangun Bersama Islam, serta akhbar mingguan dan majalah bulanan yang saya terbitkan.

Kerana itulah agaknya, maka saya diundang berkhidmat di Urusetia Penerangan, bukan kerana saya orang parti politik tetapi keana profesionalisme saya sebagai pengamal media. Mrsyuarat cawangan parti buat ditingkat bawah rumah saya pun saya tak pernah turun.

Bila masuk di urusetia, saya mula kenal orang-orang Pas. Lapan tahun makan gaji dengan Pas adalah suatu pemenjaraan minda dan perasaan yang yang anti ketaksuban dan kejumudan. Pas molek tapi orang Pas yang menjadi pertikaian. Macam juga Umno, matlamatnya baik tapi orang yang mencoraknya yang buat masalah.

Saya mula menegur Pas masa saya masih bekerja di urusetia lagi, bukan baru. Kerana itu walaupun ada yang anggap saya banyak hentam Pas kerana dendam dan kecewa tidak disambung kontrak, saya tak ambil kisah kerana ianya tohamah liar dan andaian kalangan yang tidak tahu duduk perkara sebenar.

Demikian juga kes perceraian saya dengan bini saya. Bukan kerana bercerai dengan bini, maka saya serang Pas. Saya ceraikan dia kerana tidak mahu dia terus memikul dosa kerana abiakan suami dan anak-anak serta dosa menghina saya sebagai suami di depan rakan-rakan Pasnya.

Dia anggap Pas boleh menjanjikan syurga berbanding dengan memberi perkhidmatan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Dia tidak tahun dan tidak diberitahu bahawa syurga bagi seorang isteri dibawah telapak kaki suami. Kalau say bagi tahu dia perlekeh kerana saya bukan ustaz, tapi saya mengaji sekolah agama dan banyak juga tadah kitab, setidak-tidaknya darah Tok Padang Jelapang dan Tok Wali Hassan ada mengalir dalam tubuh saya walaupun tidak banyak.

Dia tidak akan fail permohona cerai kalau saya berhenti menegurpimpinan Pas sebagaimana yang dia mahukan apabila dia serang terdedah dengan kecaman, perli sendiri dalam mesyuarat parti kerana tylusan-tlusan saya yang tidak labakan Pas tetapi saya ada prinsip, saya bersekolah agama. - BERSAMBUNG

melikapakjangak said...

SAMBUNGAN....

Saya tahu bekas bini saya terlalu mentah dalam soal politik di samping dia bukan dari didikan sekolah agama, dia terpedaya dengan tabiyah songsang Pas. Dia ibarat orang buta jamah ekor gajah, kerana buta ekor pun dah dikata gajah dah.

Saya hormati minat dan ketaksuban dia, malah bersimoati. Untuk elak dari dia terus pikul dosa kerana derhaka sebagai isteri, maka saya ceraikan dia kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk dia dan juga saya yang dia sendiri labelkan sebagai dayus kerana tidak ceraikan dia yang kononnya kalau saya ceraikan dia pagi ni, petang dah ada ada yang akan masuk pinang dia. Saya faham, dia orang populat kerana itu dia mengaklami kejutan budaya.

Tidak timbul soal gila talak tiga dan sebagainya kerana saya yakin bekas bini saya cukup tahu sikap dan prinsup saya. Untuk makluman saya yang nak bagi dia talak tiga tetapi dia yang minta saya hanya bagi talak satu semasa di mahkamah. Walaupun bukan lagi laki bini, kami tetap sahabat, lagi pun antara kami ada pertalian keluraga walaupun pada sekadar bau-bau bacang. Dia juga waris kepada bapa tiri saya.

Saya sanggup kehilangan bini dan menyebabkan anak-anak sedih dan kecewa kerana bagi saya fardu kifayah bagi saya untuk menegur Pas kerana bila mati Allah akan tanya apa yang saya buat semasa di dunia.

Pasal bini kalau saya ada selera untuk kawin lagi, saya boleh kawin bila-bila masa. Ada muslimat Pas sendiri pun yang tawarkan diri sebagai pengganti, kononnya saya seorang saumi yang terlalu baik. Saya tak tahu pula saya ini baik. Lagi pun kalau baik macam mana bini boleh tuntut cerai.

Kepada muslimat berkiatan saya kata saya belum bersedia untuk berkahein lagi kerana saya mahu beri tumpuan dalam mendidik anak-anak, terutama anak paling krcil yang agak terabai kerana kegilaan melampau bekas bini saya dengan kerja-kerja politiknya. Lepas anak saya besar dan mampu berdikari nantilah, kalau masih ada hayat barulah saya akan kawin, itu pun kalau ada selera.

Sekarang pun saya ketepikan penggunaan telefon bimbit kerana bosan: asal saja kawan panggil, mulalah nak kira bini. Bagi saya bini bukan satu keperluan terdesak dalam hidup kerana saya bukan kaki kemarik seks pun...masa saya lebih banyak kepada berkarya serta memberi tumpuan kepada menunaikan tuntutan fardu kifayah di samping melipat-gnasakan keawjipan fardu ain kerana umur pun dah semakin senja. Lagi pun saya ada juga kemahiran memasak.

Soal pertukaran nama DUN Tanjong Mas dengan Cempaka dalam posting saya, itu adalah kerana masa saya terlupa nak padamkannya masa buat paste copy. Macam mana pun butiran dan fakta tasanya tak silap.

Apa pun yang saya buat hanyalah ramalan dan firasat. Macam mana pun keputusan sebenar pilihanraya umum ke-13 nanti, sudah sedia ada dalam skrip takdir yang tidak akan ada siapa pun mampu mengubahnya. Itu hakikat dan natijahnya.

Terima kasih atas kritikan dan penghinaan terhadap saya. Saya seronok menerimanya kerana ianya akan dapat menampung jumlah pahala yang tidak seberapa yang mampu yang himpunkan kerana kejahilan dan kurangnya ilmu saya. Melalui tuduhan, tohmahan, tanggapan, andaian liar, penghinaan dan sebarang usaha untuk buruk dan hina saya adalah bonus pahala buat saya.

Saya yakin walaupun kepada orang Pas saya lebih hina dan tidak berguna dari anjing kurap buruk kepala, di sisi Allah saya tetap ada harga, kalau tidak awal-awal lagi saya tidak akan dicipta-Nya kerana kelahiran saya ke dunia ini bukan saya yang minta. Kerana itu saya ridak pernah berdukacita dengan penghinaan sesama manusia kerana saya yakin Allah akan berlaku seadil-adilnya terhadap setiap hamba-Nya, termasuk saya selagi saya mampu bersabar dan redha dengan apa yang berlaku dan dirancang serta dilakukan terhadap saya.