Hanya agama boleh banteras amalan memberi dan menerima rasuah
JUMLAH RM10 bilion kalau dalam bentuk jutanya adalah RM10,000 juta, satu jumlah yang cukup besar.
Kerugian negara sebanyak itu di negara ini bagi tempoh setahun kerana gejala rasuah perlukan langkah dan pelan tindakan yang proaktif agar ianya tidak terus menjadi virus, wabak dan sindrom yang berterusan.
Dengan kata lain pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Stinah Sutan mengenai gejala tersebut patut dipandang serius oleh semua pihak.
Pada pendapat saya, sebagai negara yang menggerezetkan Islam sebagai agama resmi, penularan gejala rasuah adalah memalukan dan tidak sepatunya belaku, di samping penggezetan Islam sebagai agama resmi semacam cyba dipsesendakan. oleh pelaku.
Bayangkanlah dengan nilai sebanyak itu sepatutnya boleh dibiayai untuk pembinaan 900 buah sekolah atau 50,000 byatan jambatan atau 60,667kilometer jalan luarbandar dan 600,667 kilometer jalan kampung.
Secara makrifatnya, walaupun yang menerima dan memberi rasuah seronok dan lega kerana mereka terlepas dari tindakan undang-uandang, mereka yang terlibat sedang mengumpul 10 bilion atau 10,000 juta kayu api neraka.
Kalau pelakunya seorang suami, bukan sahaja bermakna dikumpul kayu api neraka untuk membakar diri sendiri tetapi juga bagi membakar isteri dan anak-anak dan mereka yang dibawah tanggunannya.
Seandainya pelakunya seorang anak, ianya sengaja mengumpul kayu api neraka untuk membakar kedua ibubapa dan adik-adik yang ditanggung. Sesungguhnya daging yang tumbuh kerana memakan makanan yang tidak halal tidak akan membawa bahagia, sebaliknya akan membawa celaka.
Penggubalan apa jua undang atau seberat mana pun hukuman diperuntukkan kepada penerima dan pemberi rasuah ianya tidak akan memberi kesan kerana kebijaksanaan dan keupayaan manusia selaku kakitangan SPRM sangat terbatas untuk mengesan kalangan yang terbabit dalam gejala rasuah.
Hanya satu cara sahaja yang mampu membanterasnya yakni dengan mengiman dan mentakwakan kalangan yang terdedah kepada kemungkinan menerima dan memberi rasuah.
Kalangan yang beriman dan bertakwa bukan sahaja tidak melakukan rasuah tetapi ponteng kerja atau datang lewat dan balik awal dari tempat kerja pun tidak akan berani dilakukan kerana akan disedari walaupun mereka tidak akan diambil tindakan oleh majikan atau pihak SPRM, namun apa yang dibuat sama ada secara terang atau tersembunyi akan dicatat oleh ara malaikat dan akan dihukum dengan azab yang sangat pedih di akhirat nanti.
Orang yang benar-benar beriman dan bertakwa tidak akan ada sikap 'kalau kita tak ambil, orang lain akan ambil' yang mendorong ikut sama terbabit dalam gejala rasuah, sebaliknya akan bertindak menyedarkan pelaku gejala rasuah supaya jangan melakukannya, atay setidak-tidaknya ditanam rasa benci terhadap gejala itu.
No comments:
Post a Comment