Monday, March 14, 2011

MUNCUL KEMBALI (954)

Meli penakut dan dayus?

Hasbiyallahinikmatil-wakil. Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk memberi balasan bila saya hamba-Nya dihina. Allah tidak akan cipta saya kalau bukan kerana ada tujuannya. Bila hamba-Nya dihina, Allah tidak akan biarkan begitu saja kerana ciptaan-Nya serba sempurna dan bukan untuk dihina melalui kata-kata atau perbuatan oleh sama ada makhluk di langit atau di bumi.

Takut dan dayus? Saya boleh jadi pembunuh yang kejam kalau saya mahu. Tidak ramai yang tidak kenal Halim Padang Jelapang arwah ayah saya. Tetapi saya tidak bangga dengan kesamsengan arwah ayah, malah memikirkan keterlanjurannya saya sering menangis dan meminta Allah ampuninya, semuga lubang kuburnya menjadi antara taman-taman syurga Allah.

Sepupu saya antara orang yang ada pengaruh kesamsengan di Chow Kit. Pok Nik Man yang jarang kepala-kepala samseng di Kuala Lumpur dan Kelantan tidak kenal, kini menetap di Jeli waris terdekat saya. Li tidak boleh dianiaya selagi Pak Nik ada, itu ketegasan dan jaminannya. Pengaruhnya melangkaui Selatan Thai.

Masing-masing mahu memberi pembelaan jika saya dianiaya. Tetapi itu bukan prinsip saya. Membawa orang lain mencampuri urusan hidup saya, bukan cara hidup saya. Kalau saya rasa saya perlu berkasar, termasuk membunuh, saya akan lakukan sendiri. Saya akan lakukan secara berdepan, tidak main curi-curi. Rakan-rakan sewaktu muda saya tahu sikap saya.

Saya dipelawa menyertai PERKIDA, juga ditawar menyertai PERKEMIN dan kedudukan dalam struktur organisi pada tahap saya dipanggil 'ayahnda'. Tetapi saya menolak kerana berkongsi keberanian dan kesamsengan bukan prinsip hidup saya. Saya cintakan keharmonian, ukhwah dan toleran.

Lagi pun saya tidak anggap saya dianiaya, sebaliknya lebih kepada diuji oleh Allah bagi mengukur tahap kesabaran dan ketegaran saya untuk membuktikan bahawa 'baka' tidak kekal, bapak borek anak tidak semestinya rintik. Kesediaan rakan-rakan yang ramai untuk membantu tidak menjadikan saya jadi pemberani tetapi tidak semestinya saya penakut walaupun saya hanya lebih suka berseorang diri.

Saya tidak menyimpan dendam walaupun saya mulai sedar betapa 31 tahun lamanya saya dihina dan dipersendakan, sekaligus saya menyaksikan lakunan dan temberang seorang teman yang tidur sebantal, seselimut dan sekatil, malah dalam penuh kepura-puraan boleh pula menjadi ibu kepada anak-anak saya.

Saya selalu berdoa dalam sujud: Laailaahailla-antasubhainiii-kuntuninadzoliminnnnnn. Seisi dunia perlu melihat keadilan Allah supaya akan menjadi pengajaran dan iktibar untuk generasi akan datang. Saya akan boleh rela, redha dan bersabar selagi air mata anak-anak saya tidak gugur menanggung kesedihan. Itu sumpah saya kepada diri saya sendiri.

Demi anak-anak, bukan sahaja saya sanggup membunuh tetapi meletupkan diri sendiri demi untuk anak-anak pun sanggup saya lakukan. Bagi saya anak-anak dan cucu adalah raja dan saya adalah hamba yang akan berkorban apa sahaja untuk menjunjung kedaulatan raja. Sehina mana pun anak saya, dia tetap mulia di sisi saya, sebusuk mana pun anak saya, dia tetap wangi di sisi saya. Orang yang paling saya benci adalah orang yang membenci anak-anak saya.

Sebenarnya saya dah tahu lama gerak geri teman tidur sebantal, seselimut dan sekatil saya. SMSnya saya baca. Siapa yang bersekongkol pun ada dalam pengetahuan saya. Tapi saya hanya diamkan saja walaupun ianya adalah suatu kedayusan, malah dianggap bacul dan penakut. Saya lebih rela Allah yang membuat pengadilan kerana pengadilan Allah akan cukup saksama dan maha sempurna.

Cuma yang menjadi kebimbangan saya adalah bala yang bakal diterima yang pastinya tidak akan tertanggung olehnya....saya minta Allah jangan menjatuhkan hukuman terlalu berat supaya anak-anak tidak akan sedih dan ngeri melihat keadaan ibu mereka.

Dalam tahajud dan istikarah saya...saya diberi bayangan yang seisi alam akan ngeri mendengar bari tentang siksaan yang akan diterimanya, apatah lagi menyaksikannya. Cuma kalau Allah mahu balakannya...saya mohon biarlah setelah anak bongsu saya dewasa dan boleh faham kenapa sedemikian dasyat hukuman yang diterima oleh wanita yang melahirkannya, persedsiaan persediaan mental dan fizikalnya cukup sempyrna. Itu yang tidak lupa saya doakan

Curang (tidak semestinya melakukan perzinaan tetapi berkasih dengan orang lain sedangkan sudah bersuami juga adalah suatu kejalangan) dan menderhakai suami adalah dosa yang amat besar....perlu meminta dan menerima maaf secara terbuka walaupun sudah bercerai. Perceraian tidak akan melupuskan dosa masa lalu ketika bersama. Saya pula berhak untuk tidak memaafkan secara percuma kalau orang ynag perlu dimaafkan merasa tidak perlu menerima maaf untuk bersih dari senarai isteri yang derhaka.

Dalam kes ini saya tak rugi apa-apa kerana kesabaran dan reda dengan segala ujian adalah berpahala. Barangkali inilah bonus pahala buat saya yang adakalanya terleka dalam menyegerakan menunaikan sembahyang fardu dan sebagainya kerana terleka dengan tugas mencari rezeki untuk anak bini, juga apabila menjadi seorang ketua keluarga yang terlalu baik hati dan serba selamba lagi terbuka.

Apa yang berlaku menginsafkan saya bahawa apa jua usaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak bini tidak akan ke mana kerana apa yang dikejar hanya daki dunia semata. Kesetiaan, ketidak-cemburuan, tidak curang dan toleran bukan sesautu yang murni bagi mereka yang bukan jauhari mengenal manikam.

Barangkali kegedeberan baginya adalah satu kemegahan dan kehebatan menjadikan dilupai tentang kematian dan keperluan untuk bekalan hidup abadi di akhirat nanti. Jika berlaku kera di hutan disusukan anak di riba mati kehausan yakni anak tiri dimegah-banggakan kerana kegilaan melampau kepada bapa mereka sedangkan anak sendiri dipandang lekeh, malah diabaikan, maka tunggulah saat tiba mala petakanya.

Saya tidak malu membongkar masalah hidup saya dengan harapan iannya akan menjadi pedoman untuk generasi akan datang. Insyaallah! Saya sedang novelkannya dan kalau ada rezeki saya akan terbitkan nanti. Insyaallah novel ini adalah yang paling tebal dan mungkin karya terakhir saya sebelum saya pulang ke alam abadi.

Cuma apa yang saya harapkan supaya saya tidak terus diganggu dengan provokasi dan 'pong jijak' dalam menghadapi keruntuhan rumahtangga dan kemusnahan serta keremuk-redaman hati dan perasaan anak-anak saya kerana provokasi boleh menyebabkan saya akan melihat masa depan anak saya serba terancam dan saya boleh hilang rasa sabar dan toleran.

Saya mahu minum dan menikmati nasi berlauk gulai kuning ikan kering dan sebijir telur di samping sekelosong pulut inti dan secawan teh serta segelas air suam setiap pagi dengan aman dan selamba. Sebagai seorang yang banyak berdiam diri dari bercakap, saya tidak reti untuk meminta secara lisan agar saya tidak diprovokasi, maka saya terpaksa garapkan dalam bentuk tulisan, sekurang-kurangnya boleh hilang sakit kepala saya.

Betul saya barangkali penakut, dayus, bacul dan macam-macam label lagi yang buruk-buruk tetapi segalanya ada batasannya. Biarkan saya terus penakut supaya saya tidak akan diresapi keberanian yang mungkin tidak mampu dikawal dan dibendung oleh anggota polis sebuah negeri atau oleh sebatalion anggota tentera nanti. Kalau boleh saya tidak mahu catatkan sejarah berdarah dengan darah.

10 comments:

Anonymous said...

Saya dipelawa menyertai PERKIDA, juga ditawar menyertai PERKEMIN dan kedudukan dalam struktur organisi pada tahap saya dipanggil 'ayahnda'. Tetapi saya menolak kerana berkongsi keberanian dan kesamsengan bukan prinsip hidup saya. Saya cintakan keharmonian, ukhwah dan toleran.

ADAKAH DEMO ANGGAP BAHAWA PEKIDA NI SAMSENG(SET2 JAHAT JALANAN)MENYEBABKAN DEMO MENGELUARKAN KENYATAAN SEDEMOKIAN?MMG ADA SEGELINTIR,TETAPI DEMO XLEH TUJU TERUS KEPADA PEKIDA,PEKIDA TELAH PUN BUAT OPERASI PEMUTIHAN,TUJUAN DAN MATLAMAT PEKIDA UNTUK MEMBELA ORG MELAYU,BUKAN MENJADI AHLINYA SEMSENG SEPERTI KEYATAAN DEMO TU!

melikapakjangak said...

Kawe tak kata PERKIDA atau PERKEMIN samseng. Cuma kawe tak mahu sertai kedua-duanya takut kawe jadi berani kerana bila bergaduh ada group support. Lagi pun saya tidak akan rancangan nak bergaduh dengan sesiapa.

Kawe dah dapat penjelasan mengenai kedua-duanya dari Pakcuk Keri, bekas orang PERKISA yang kini Presiden PERKEMIN. Beliau mahu saya menerajui biro ekonomi.

Tujuannya baik tetapi sesetengah ahli salah guna pertubuhan-pertubuhan tu.

Misalnya bila kawe ditawarkan masuk pertubuhan tu kawe katanya boleh pilih nak pakai kereta apa...tak payah bayar ansuran. Bila saya tanya kalau kaki tarik nak tarik...panggil ahli kita kepung ramai-ranmai. Itu yang kawe tak suka.

Lepas tu masa bawa kawe gi jumpa presiden misalnya...kawe minta berhenti di masjid nak sembahyang...dua orang yang bawa kawe tu tak sembayang pun...sebaliknya hisap rokok di perkarangan masjid.

Kerana itu saya menolak dengan sopan...tidak mahu menyertai kedua-duanya. Mereka macam tak takutkan sesiapa...silap sikit nak lepam orang. Sedangkan Pakcu Keri sendiri selaku presidden tak pula macam tu. Bila ditanya bakpo ahli tak sama dengan pendirian presiden...katanya, presiden tak suruh tetapi kena faham sendirilah.

Kawe bukan jenis macam tu. Di peringkat pimpinan tinggi kawe tak taulah...cuma kawe diberitahu polis pun takut dengan pertubuhan-pertubuhan ni. Kalau polis penjaga ketenteraman awam pun takut, apa fungsi sebenar pertubuhan-pertubuhan itu. Kawe rasa kawe berhak untuk tidak sertainya sebelum kawe faham fungsi sebenarnya.

Kawe minta maaf kalau demo (mungkin pimpinan PEREKIDA) tersinggung. Cuma maksud kawe buat catatan itu nak jelaskan bahawa kawe tak suka anggotai pertubuhan...takut jadi berani. Harap orang PERKIDA atau PERKEMIN jangan salah faham. Jika suatu ketika tenaga Melayu diperlukan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, saya boleh sertainya walaupun hanya sebagai anggota kecil...kalau boleh saya pun nak mati syahid.

Anonymous said...

meli,nampaknya demo tahu byk benda hok salah pasal PERKIDA ni,bila demo nak dedahkan untuk membetulkan pertubuhan ini,olos semua org tahu set perkida ni set semseng,klu ada stiker perkida kat kereto/motor,polis dgn jpj pun tak berani tahan lah mana,
pasal hok jenis tak bhenti sembahnyang/bila bunyi azam tapi tak bhenti bckp dalam majlis,kawe dgr sokmo org duk kecek pasal hal tu,menyebabkan ada ustaz2 mjauhkan diri dari prtubuhan ini,pertubuhan ini ada nama2 islam,tapi dikerumi oleh set2 semseng,set2 tarik kereto,set2 tomoi,set2 kepung org memyebabkan pertubuhan ini jadi punoh.

meli bila demo nak dedahkan pasal pertubuhan ni?ulas la byk sikit,biar ayahda2 yg lain baca komen demo.

Anonymous said...

Pekida ni contoh bagaimana Islam diguna demi kepentingan pertubuhan sedangkan ahlinya berperangai macam syaitan. Elok pertubuhan ini diharamkan kerajaan.

hassan said...

Setahu saya, PEKIDA ni tak laku di kelate, kalu nak ikut gedebe, org kelate lebih gedebe dari pekida,Cuba cek pekida dan perkasa berapa ramai? kat mana di kelate?

Anonymous said...

Di Kel ada tu ada la tapi tak byk kerat tapi semuanya ada kepentingan. Contohnya, ambo dapat makluman di Pasir Puteh, ayahanda Pekida ni bekas Komomando (namanya lupa) kaki bedal pitih berselindung disebalik bantuan kepada orang miskin. Semua orang tahu hal ni tapi pakat dok diam jah. Malah dok baso dgn dia.

Anonymous said...

ambo pun dengar cerita xmolek ttg PEKIDA ni...syabas kpd pokli sebab tabah menghadapi dugaan hidup....n

mat kelaut said...

En Meli,
Bagus pendirian En Meli utk tidak jadi org 'gedebe' tak tentu kalu.

Gedebe diperlukan dalam hal2 kebenaran, dan org kelantan meme terkenal dgn gedebe..yg ramainya gedebe tak tentu kalu...

Anonymous said...

Salam.
Saya tertarik dgn kenyataan diatas cuma ingin memberi pandangan agar kita umat islam bersatu didalam menegakkan islam,memperjuangkan nasib. bangsa kita seterusnya negara kita...
Bila kita menyertai pertubuhan dan mengikut landasan yg betul insya allah kita tidak terpesong.

Anonymous said...

Sambungan....

Saya menyeru kepada semua:..marilah sama sama kita menjaga agama,bangsa dan negara.
Agama kita ditindas
Negara terus dijajah
Bangsa kita makin lemah...
Bangsa kita banyak terlibat dgn najis dadah,jenayah dan sebagainya..
Marilah kita mendaulatkan agama islam dan sama sama menegakkan kebenaran untuk masa depan anak cucu bangsa kita. Insya Allah

Nizam pasir mas kelantan.
012-9992444