Wednesday, April 6, 2011

COME-BACK (1/2011)

Pas buat kerja haram kalau tentang BN di Sarawak

KALAU pendukung dan penyokong Pas tidak hanya bergantung kepada hukum fiqah semata-mata dalam membuat timbang tara dalam berparti politik, mereka tidak akan menentang Umno/BN, apatah lagi kalau mereka belajar dan pakar dalam Islamik siasah.

Pada pemerhatian penulis, pendukung dan penyokong Pas sangat jahil dan ketinggalan keretapi dalam soal Islamik siasah, apatah lagi sekular siasah. Juga dalam soal mencorakkan pemerintahan negara, tentang halal haram untuk menentang kerajaan dan menjalin kerjasama dalam gerakan politik.

Yang terang lagi bersuluh, kepala pemerintah kepada negara ini sejak merdeka hingga kini adalah tokoh beragama Islam yang tidak pernah menyekat penyibaran Islam, sebaliknya telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan umat Islam dapat beribadah dengan selesa.

Tidak ada penentang pemerintah yang ditembak, dibom atau dibunuh seperti rejim Allahyarham Presiden Saddam Hussein mengganyang pemberontak Syiah di Iraq. Kalau pun ada bentuk tindakan, kerajaan hanya kenakan tahanan ISA yang tidak membabitkan perpisahan nyawa dari jasad, sebaliknya memberi masa, ruang dan peluang untuk mereka yang ditahan memuhasabah diri.

Membunuh pemberontak kepada sebuah kerajaan Islam dibolehkan. Tindakan Allahyarham Presiden Saddam bagi pandangan saya betul demi untuk memasrikan kelancaran pentadbirannya tidak tergugat. Kerajaan Malaysia juga tidak berdosa kalau membunuh penentang yang mengacau ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara.

Tetapi Kerajaan Malaysia tidak melakukannya, sebaliknya lebih bertoleran walaupun perdana menteri dan angota keluarga dicerca, ditohmah dan dihina. Segala kepentingan rakyat disediakan, kecuali tidak disenaraikan kalangan yang akan masuk neraka dan yang akan masuk syurga sebagaimana yang Pas lakukan.

Berdasarkan kepada buku berhubung dengan Islamik Siasah yang dibaca dan penjelasan yang dipinta dari mereka yang pakar mengenainya, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menentang kerajaan sekarang kerana yang menjadi ketua kerajaan adalah orang Islam yang banyak memberi kemudahan kepada penyibaran Islam.

Soal sama ada pemimpin banyak melakukan dosa, tidak kuat iman dan dan takwa, itu bukan urusan sesama manusia untuk membuat penilaian. Yang tentukan soal syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Belum tentu antara Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Najib yang akan masuk neraka lebih dulu dari Nik Aziz.

Najib tak pernah doa pecah perut Nik Aziz tetapi Nik Aziz pernah doakankannya. Nik Aziz kata Allah pun mencarut, Allah pun samseng, malah beliau pernah kata daripada menggunakan perbelanjaaan untuk sambut Maulidur-Rasul, lebih baik digunakan duit itu untuk membaiki tandas masjid. Najib tak pernah ucapkan perkara-perkara sedemikian.

Dari sudut ilmu amal dan lojiknya: siapa sebenarnya yang lebih alim kalau penilaian tidak dibuat berdasarkan ketaksuban, tidak berdasarkan serban dan janggut. Nik Aziz boleh kata undi Umno berdosa, undi Pas berpahala, malah kononnya orang Umno dan penyokong parti itu tidak layak masuk syurga. Najib tak kata undi Pas masuk neraka. Maknanya Najib tak ikut campur urusan Allah berbanding dengan Nik Aziz.

Najib yang beragama Islam dan sebagai perdana menteri beliau tidak menyusahkan umat Islam, malah telah dalam banyak hal dan keadaan mengutamakan agama dan umat Islam dalam negara bermasyarakat makmuk dan majmuk anutan agama ini. Soal sama ada apa myang dilakukannya perbuatan ahli syurga atau neraka, sukar untuk dipastikan kerana ia bergantung kepada penilaian Allah.

Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain juga tidak boleh yakin bakal masuk syurga kerana dalam senarai ahli-ahli syurga sebagaimana yang diberikan kepada As-Saabiquulnal awwalun yakni golongan yang diberitahu tentang keahlian syurga mereka semasa hidup lagi, tidak ada nama Nik Aziz dan nama-nama pimpinan dan penyokong Pas tersenarai sama pun.

Maknanya antara Najib dengan Nik Aziz, untuk masuk syurga atau neraka akan terpaksa menjalani proses perbicaraan yang banyak dan panjang untuk tentukan siapa sebenarnya sebagai pemimpin yang menyumbang kepada kebangkitan Islam atau kepada kemusnahan agama yang diturunkan melalui Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. itu.

Kepada penulis Nik Aziz banyak melakukan perbuatan yang menyongsang sunnah, misalnya beliau mendoakan kemusnahan sedangkan Rasulullah s.a.w. tak pernah berbuat demikian. Menyifatkan lebih baik kos menyambut Maulidur-Rasul digunakan untuk bina tandas masjid bersifat menghina Rasulullah s.a.w. Saya dapati acap kali Nabi Isa a.s. dipersendakan dalam kuliah dan ceramahnya.

Hanya kerana Umno bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti-parti bukan Islam yag lain, maka Pas bekerjasama dengan DAP atas alasan Umno pun jalin kerjasama dengan parti-parti bukan Islam yang mana Pas pernah hukumkannya sebagai kafir. Pas tidak tengok secara telus dan tulus antara sikap parti-parti bukan Islam yang bekerjasama dengan Umno dengan parti bukan Islam yang bekerjasama dengan Pas.

Melihat kepada tindak tanduk Pas sekarang, bagi saya pendukung dan penyokong Pas sedang melakukan kerja haram kerana sedang memainkan peranan untuk menumbangkan kerajaan yang didominasi oleh parti milik orang Islam dan kerajaannya diketuai oleh tokoh beragama Islam.

Pas akan berpahala kalau berperanan menegur atau memperingatkan kerajaan tentang apa jua perkara yang dirasakan tidak selari dengan Islam tetapi bersekongkol dalam apa juga usaha bagi menumbangkan kerajaan adalah haram dan berdosa.

Demikian juga dalam konteks pilihanraya di Sarawak. Pendukung dan penyokong Pas akan membuat kerja haram kalau memainkan peranan untuk menumbangkan kerajaan yang berketua-menterikan seorang muslim walaupun umat Islam adalah minoriti di negeri berkenaan.

Ini adalah kerana jika kerajaan BN tumbang di Sarawak, yang akan jadi ketua menteri bukannya orang Pas, kalau dari PKR pun belum tentu tokohnya beragama Islam. Silap-silap ketua menterinya dari DAP.

Jika itu berlaku, termasuk jika ketua menteri adalah dari bukan Islam, maka sekalian pendukung dan penyokong Pas akan berdosa dan duduk dalam keadaan haram jadah kerana terlibat dalam menjatuihkan kerajaajn BN Sarawak.

14 comments:

lastikmelayu said...

Bagus hujah anda! Semoga lebih ramai yang berlapang dada hadapi situasi politik celaru identiti. Pas telah lama sesat dan menyesatkan. Oleh itu, doakan saja pemimpin utama mereka berhenti agar nafas baru kepada parti yang dilihat menjadi opseyen bagi orang Melayu bukan PKR yang sinonim dengan parti kelentong rakyat!

Amran Zakaria said...

Tahniah atas tulisan yang ikhlas, jujur dan amat baik untuk direnung jauh oleh semua pihak.

kapakRongak said...

bila pula menate UMNO guna kaedah ilmu fiqh dalam penyelesaian politik dan pentadbiran negara?. aku rasa nak terberak bila meli tulis dengan menggunakan kaedah fiqh untuk memenangkan BN. poraaah! menate taik UMNO

Anonymous said...

Kapak Rongat telah membuktikan bahawa dia salah seorang yang terima tarbiyah PAS. Dia juga sah menjadi ahli syurga PAS yang senarai oleh Tok Guru Babuknya itu.

KapakRongak said...

poiiiih! meli taik UMNO buat tak faham-faham, bahawa UMNO hanya guna Islam bila hanya lemas nak mampus, kalau tidak kerana nak lemas, nescaya Islam hanya ditengok sebelah mata.
tak percaya ... kalau tak percaya, itu tandanya mata buta.

Anonymous said...

Kapak Rongok ni jenis sama babuk dengan Tok Guru dia bilamana menyamatarafkan agama dengan parti. Mengkritik PAS seolah-olah mengkritik Islam. Nilah balanya bila parti yang serba lemah itu diletakkan setaraf dengan agama Allah yang lengkap sempurna itu. Harapa kapak Rongok jupa dengan Tok Guru dia untuk tentukan syurga kelas berapa. Jenis Asobiyyah - kumpulan dia jah dipertahankan manakala kumpulan lain tak betul semua. Demo ni jenis buta hati tapi terlebih parti. Jenis mati esok-esok ni bungkus dengan bendera PAS le tuu. tuuuie.

melikapakjangak said...

Para penjenguk sekalian!
Setiap di antara kita sedang menuju jalan mati, yakni kita semua akan mati, terpaksa berada di alam barzakh sebelum akan ke alam abadi, yaknu alam akhirat.

Semua kita mahu masuk syurga. Untuk ke sana, formulanya terkandung dengan sempurna dalam al-Quran dan Hadis. Jalan nak masuk syurga atau neraka, ada diterangkan.

Ertinya bergantung kepada parti politik adalah amat tidak kena, apatah mengharapkan keramat atau kealiman seseorang untuk ke syurga, bukanlah satu langkah yang bijak kerana yang menjamin kita ke syurga adalah keimanan dan ketakwaan kita.

Orang yang buruk bahasa percakapannya, yang memaki haumum, menytumpah, menyerah dan mengutik orang bukan sifat ahli syurga, apatah lagi mendoakan orang pecah perut dan ditimpa pelbagai bala, ianya terang lagi jelas bukan sifat ahli syurga.

Melontarkan ucapan-ucapan buruk kepada seseorang adalah dilaranng oleh Allah, ini kata Quran, bukan kata Meli. sebagai bukti semak ayat 48 hingga 48 Syreah An Nisaaa' yang bermaksud: "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Mengretahui. Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyrmbunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa".

Antara sifat ahli syurga adalah cara bercakapnya, kena ada nilai-nilai kesopanan dan tidak ada unsur-unsur angih dan sombong.

Anonymous said...

Buat maso loning mace2 fucktua dikeluake oleh ostat dari PAsundal hanyo semato2 supayo ore sukung PAsesat...

Anonymous said...

Mmg pun demi kepentingan puak-puak PASik yang PASial ini. Dahlah hamPAS idea dan matlamat perjuangan. Dalam syurga ciptaan mereka ini PASyok hanya berkawan dengan DAPig jah.

kapakRongak said...

cara ahli UMNO nak masuk syurga senang sahaja, buat filem lucah, kemudian tayang kepada orang akhbar, kemudian bahagikan kepada budak sekolah ....
inilah yang dipanggil jalan mati, tariqah orang yang nak mampus.

Anonymous said...

Hei Kapak Rongak !
UMNO tak pernah menjanjikan Syurga kepada ahlinya. Yang menjanjikan Syurga kepada ahli dan pengikut PAS hanyalah Tok Guru Babuk Mu jah dan oleh kerana mu penyokong PAS dan di Tarbiyah oleh PAS maka kata Tok Guru Mu bahawa Mu jugak Layak masuk Syurga PAS. Alai betapa sukanya spesis manusia serupa kapak Rongak yang dijamin masuk syurga. Ada kelaslah demo. Allah Hu Akbar !

Cikgu Di said...

Salam buat semua penjengok blog Abe Lee.

Dalam menilai identiti diri kadang-kadang kita begitu kabur untuk mencari kayu pengukurnya. Maka antara kita kadang-kadang terlepas pandang kepada pesanan Nabi siapakah orang yang perlu dicontohi dan diikuti sebenarnya.

Maka tidak lain ialah baginga sendiri dan diikuti dengan sahabat-sahabatnya. Paling tidak 10 orang yang dijamin syurga masa hidupnya. Bacalah riwayat mereka ini dan kajilah akhlak mereka betapa unggul dan tawadhuknya mereka dalam apa jua tindakan dan bicara hinggakan orang asing tertarik kearah Islam dengan memandang dan berbicara dengan mereka.

Merekalah contoh dan tauladan sebenar sebagaimana sabda Nabi" Sahabat -sahabatku bagaikan bintang-bintang dilangit..barang siapa yang mengikutinya pasti mendapat kejayaan..."...walahualam....

Anonymous said...

sabik kato..meli kecek sajo jah nak tutup blok,wujud lagi rupanya.

Anonymous said...

..orang PAS dan PKR lagi beruntung kerana awal-awal lagi dah dapat tiket ke syurga..kalau buat maksiat, tutuh bini orang ke, cina doll, Siamdoll ke tapi tetap layak jadi pemimpin agung mereka..