Sunday, May 8, 2011

COME-BACK (10/2011)

Kelantan kaut sumber haram dari pembekalan air

ISLAM mewajipkan urusniaga dan perkhidmatan yang tulus dan telus. Apa-apa jua ketidak-telusan dan ketidak-tulusan pastinya akan dibalas dengan dosa.

Setiap barangan yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan mestilah berkualiti disamping disaluti ketulusan dan ketelusan. Pengguna/pelanggan sebagai raja dalam urusniaga dan penerima perkhidmatan mestilah berpuashati dan merasa tidak tertipu dengan urusniaga dan perkhimatan yang diberikan.

Merujuk kepada pembekalan air di Kelantan secara peribadi saya berpendirian kerajaan Pas negeri Kelantan telah, sedang dan akan mengaut sumber haram dari pembekalan air.

Ini adalah kerana selain dari bekalan air sering terganggu airnya juga berkeladak dan tidak boleh diminum atau digunakan untuk memasak. Bagaimanapun alim ulama patut tampil memberikan hukum berikutan pendirian peribadi saya.

Saya berpendirian kerajaan Pas Kelantan mengaut sumber haram dari pembekalan air kerana selain dari airnya tidak berkualiti dan membahayakan kesihatan pengguna, bekalan air juga sering terganggu, banyak masa muncung paip tidak mengalirkan air dari memancutkan air sedangkan pengguna dibilkan setiap bulan.

Untuk minum dan memasak para pengguna terpaksa membeli air-air yang dibotolkan, menjadikan industri penjualan air botol sangat laris di Kelantan. Sekurang-kurangnya dua botol besar diperlukan setiap hari untuk minum dan memasak bagi keluarga dengan isi keluarga seramai lima orang. Harga sebotol RM4.00 x 2 botol = RM8.00 x 30 hari = RM240.00.

Maknanya selain dari terpaksa membayar bil air yang tidak selamat digunakan pengguna juga terpaksa berbelanja RM240.00 sebulan bagi menampung keperluan air. Jumlah perbelanjaan tentunya lebih besar jika isi keluarga dalam sesebuah keluarga lebih ramai jumlahnya.

Justeru itu bagi saya kerajaan Pas negeri Kelantan telah, sedang dan akan terus berdosa dan dalam keadaan haram memungut hasil dari sumber pembekalan air yang tidak berkualiti serta boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Atas faktor ini sahaja, pada saya, adalah fardu kifayah pada rakyat Kelantan menyumbang buah fikiran dan tenaga untuk menukar kerajaan pada PRU-13. Jika tidak ada seorang pun yang berusaha ke arah itu dari dalam Pas sendiri seluruh pendokong dan penyokong Pas akan berdosa.

Kerana itulah, kerana tuntutan fardu kifayahlah , maka saya mengambil risiko mengajak rakyat Kelantan menolak kerajaan Pas Kelantan pada PRU-13. Insyaallah banyak lagi faktor-faktor penyebab kenapa kerajaan Pas Kelantan kena ditolak pada PRU-13 akan saya catatkan kemudian.

Jumpa lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Saya sokong 100%. Mari lah kita sama2 tolak PAS laknatullah yg bertopengkan agama demi kepentingan diri masing2. Masing2 puak PAS ni sedang berlumba2 mengaut kekayaan utk simpanan dimasa2 akan datang kerana mereka tahu mereka dah dipenghujung jalan.
Puak PAS memang KAYA-KAYA belako lo ni...dgn hanya bermodalkan ayat Quran dan baca hadis. Tak perlu susah2 kerja kua. Apa lagi nak fikir pasal rakyat.

Anonymous said...

ya mari2 tolak pas..tolak ke putrajaya pula..mari2 kita buat isu negara kristian pula,..mari2 kita lupakan soal akidah islam..mari kita banyakkan program2 hiburan...mari kita tambahkan beban rakyat..mari kita naikkan harga barang supaya poket kita penuh..marri...marri...marri..

Anonymous said...

Marilah Kita tegakkan negara Islam dengan DAP dan PKR. Marilah kita laksanakan hukum hudud dengan DAP. Marilah kita laksanakan tanggungjawab agar nama Allah juga boleh dipakai semua agama. Allah hu akhbar 3X.Marilah kita isytiharkan P.Pinang negeri Islam dan Lim Guan Eng sebagai Khalifah Amirul mukminin. Marilah kita Isytiharkan Khalid Gagap sebagai Khalifah Selangor Darul Islam.

Madi said...

bodo punye artikel....klu haram...report kat badan beroutoriti la syeikh....stakat post kat blog x jadi ape syeikh....