Monday, May 9, 2011

COME-BACK (11/2011)

Pilu hati seorang abah

TIDAK ada sesiapa pun mahu gagal dalam hidup, gagal hidup berkeluarga, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam perniagaan dan sebagainya. Antara yang tidak mahu gagal itu adalah saya. Segala kudrat dikerah untuk kebahagiaan keluarga dan menggembirakan anak-anak yang tidak menikmati kasih sayang seorang ibu ketika masih lagi menaungi mereka bersama saya sebagai abah, apatah lagilah setelah runtuhnya sebuah rumahtangga.

Hakikat dah hakikinya apa yang dimimpikan tidak semestinya menjadi realiti. Saya gagal sebagai ketua keluarga, anak-anak tidak ada sebab untuk bergembira dan bangga kerana berabahkan saya, apatah lagi seorang bini yang sanggup mufarakah dari perkongsian hidup selama 31 tahun. Dia pergi bersama keangkuhannya dan saya meredainya. Suratan takdir tidak akan ada daya upaya saya untuk menghadangnya.

Menjaga kualiti makanan untuk anak-anak adalah keutamaan saya. Ikan, sotong, ketam, udang, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijaja dengan motosikal tidak pernah saya beli untuk anak-anak. Yang dibeli adalah yang masih segar dan berkualiti tinggi. Pengalaman pendek menjadi bapa dan sekaligus menjadi ibu kepada anak-anak menjadikan segala-galanya tidak terurus, kegagalan dalam kehidupan, termasuk dalam perniagaan kerana sikap buruk pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menjadi faktor kepada kemusnahan sebuah rumahtangga menjadikan saya bapa serba tidak mampu.

Pilu, sebak dan mengilukan petang tadi ketika anak bongsu bercerita tentang kehebatan rumah baru dan kehidupan baru selesa ibunya bersama suami baru, saya melihat anak bongsu dan cucu mengonggong kueh kering yang tidak habis dijual di sebuah warung mamak yang dibawa pulang oleh bekas tukang picit bekas bini saya yang bekerja di kedai berkenaan. Mereka menjadi begitu pelahap.

Menitis airmata saya melihat kepelahapan mereka yang sanggup menggonggong kueh kering yang hanyak layak diberi makan pada ayam dan tidak akan disentuh ketika saya berada dalam keadaan serba mampu. Tambah memilukan melihat keadaan tidur yang sangat tidak terurus dan waktu makan yang tidak menentu sedangkan seekor ibu kucing akan memastikan anak-anaknya kenyang dan selesa barulah seibu akan makan.

Tetapi sayang tidak demikian halnya dengan ibu kepada anak-anak saya, dia lebih utamakan keselesaan sendiri dan rela anak terbiar dan tunggang langgang, dia sanggup menjunjung keangkuhan dan kesombongan dan membiarkan anak cucu pelahap dan terhina, mungkin dia adalah ibu pertama dan terakhir ada di dunia ini berfeel perangai sepertinya.

Tak apalah kerana demikian takdir anak-anak saya, beribukan seorang yang tidak melihat anak-anak sebagai harta berfaedah dan bernilai buatnya. Ibu ganti Insyallah akan memberi khidmat keibuan yang lebih baik. Ibu sendiri tidak pernah peluk dan cium anak-anak tetapi ibu gantian tidak pernah rasa jijik memeluk dan mencium anak yang bukan dikandung dan dilahirkan tetapi telah memberikan khidmat keibuan yang saya yakin membuatkan anak-anak saya sebak, terharu dan dihargai kerananya!

Terima kasih Allah kerana akhirnya mendatangkan seorang ibu ke dalam kehidupan anak-anakku yang tidak pernah menerima curahan dan belaian kasih sayang sebenar seorang ibu. Semuga dengan kurniaan ibu ganti buat mereka akan merangsang mereka untuk menjadi anak-anak yang lebih baik, yang akan merasai disayangi dan dihargai serta akan menyayangi dan menghargai seorang ibu dengan erti kata sebenar. Biarlah ibu tulen mereka terjun dengan labu-labunya!


4 comments:

Anonymous said...

Teraso sebok membaca nukilan abe li, dan beraso sedih kepado anok bongsu abe atas kedhaifan hidup yang ditanggung walau masih kecil, teraso jugo pade muko ko MELAH derako sbb keno kifarah cash dari tuhe sbb derako ko abe li.

Semogo semuo anok abe li ake dipeliharo oleh abe Li dan isteri baru. Amin

Anonymous said...

banyak kan bersabar.Saya doakan agar Abe Li akan diberi kebahagiaan dimasa akan datang.
Cuma satu pesan saya, teruskan usaha kearah meningkatkan ekonomi keluarga dan anak2 juga mesti dipastikan agar tidak tercicir dlm bidang pelajaran.
Jgn terlalu memuji kpd perkara yg baru. Tak duduk sekali tak tahu.
Susah senang kita dan anak2 tetap kita sendiri yg kena ubah.

Anonymous said...

dari huraian 31 tahun hidup nga bini lamo tu,berat bedo'oh perangai bekas bini tu. Narak tok rajin cium anok2 tu..pah apo hok si suami ajar slamo tu?..hanya Allah yang tahu...satu lagi, kalu setaro tuh lah perangai bekas bini meli, berat benar le muslimat pas ni. Tok leh jadi ni..perkara ni perlu dibasmi. Kita, pas tak mahu petugas yang x mempunyai perasaan 'ehsan' dalam menjalankan tugas2 parti..minta jauh ni.

Anonymous said...

huduh benar nampaknya bekas bini demo. Tak sikit pun nampak baik. Kawe tak berapa caya tu. Kawe rasa demo lebih-lebih dalam hal ni. Nampak kecek tu kemah benar, tapi nak ajar bini tak boleh. Sia-sia 31 tahun demo nikoh dengan dia.