Monday, May 9, 2011

COME-BACK (12/2011)

Pilu hati seorang abah (2)

RAMAI kawan-kawan kata punca kegagalan saya dalam merenangi lautan hidup adalah kerana saya terlalu baik hati dan mudah berkira. Pun begitu saya tidak bercadang untuk berhenti jadi baik hati dan mudah berkira walaupun saya akan papa kedana dan akan mengalami berjuta kali gagal kerananya.

Falsafah yang saya pegang ialah kita tidak boleh mengaku wali tetapi kena berusaha mewalikan diri kerana pahala dan syurga adalah milik para wali selain dari para anbia. nak masuk syurga kena mewalikan diri, tidak boleh bercagarkan anutan parti politik atau membawa bendera parti sebagai tiket, permit, pasport mahupun sebagai surat jaminan dan rekomen.

Pagi ini hati seorang abah saya pilu dan sebak lagi apabila anak bongsu terpaksa membetis ke sekolah gara-gara sikap terlalu baik hati dan mudah berkira saya. Kisahnya berlaku apabila seorang ibu bersama anaknya menahan kereta buruk saya dan meminta saya tolong hantarkan anak lelakinya ke sebuah sekolah menengah, kalau lewat takut kena denda.

Katanya basikal anaknya rosak. Lama tunggu bas tetapi bas tidak muncul-muncul. Melihat pada waktu baru jam 7.30 pagi dan anak bongsu kena masuk kelas selewat-lewatnya jam 7.45, atas rasa kesian dan simpati saya hantar pelajar berkenaan ke sekolahnya.

Dalam perjalanan saya tanya kenapa ayahnya tak hantar, pelajar itu berkata ayahnya tidak ada dan dia hanya tinggal bersama emaknya, ayah dan emaknya telah bercerai. Emaknya terpaksa membuat kuih untuk menampung keperluan hidup keluarga setelah ditinggalkan oleh suaminya. Dia ada lima lagi adik beradik.

Kerap kali dia tidak ke sekolah kerana bila tunggu bas, bas tidak muncul. Bila ditanya kenapa tidak baiki basikal, katanya maknya tak ada duit. Dia ke sekolah pun tidak membawa duit saku kecuali duit tambang bas, hanya berbekalkan kuih yang dibuat emaknya dan air sejuk. Sebak saya mendengar ceritanya. Ianya tidak mustahil akan berlaku juga kepada anak saya, mangsa perceraian.

Selesai hantar pelajar berkenaan, saya berpatah balik untuk hantar anak bongsu ke sekolah. Tetapi sampai dekat pejabat PERKESO, kereta saya mampus kehabisan minyak. Oleh kerana kereta asyik bertukar tangan akhir-akhir ini saya tidak dapat agak tangkinya ada minyak atau tidak. Kebetulan meter minyaknya tidak berfungsi.

Terpaksalah saya yang membimbit tong kosong untuk membeli minyak dan anak bongsu menggalas beg sekolah yang agak berat membetis melalui lorong belakang pejabat PERKESO. Terkedu saya, malah terdetik bisikan dihati, rupanya kebaikan yang dilakukan tidak semestinya dibalas dengan kebaikan.

Gara-gara mahu selamatkan seorang pelajar dari didenda kerana lambat masuk kelas, anak bongsu saya pula terdedah akan didenda kerana akan lewat masuk kelas bila kereta mampus. Dalam melayani rasa pilu dihati, tiba-tiba seorang wanita memberhentikan motosikal yang diboncengi anaknya dan dia bertanya kenapa jalan kaki. Bila diceritakan tentang kereta mampus habis minyak, dia meminta anak bongsu saya memboncengi motosikalnya supaya tidak lewat masuk kelas. Kebetulan anaknya belajar di sekolah yang sama.

Walaupun anak bongsu agak keberatan tetapi akhirnya bersetuju memboncengi motosikal wanita berkenaan setelah saya ikut sama mendesaknya. Terima kasih insan baik hati yang kerana kecuaian saya sampai terlupa untuk bertanya namanya. Saya teruskan perjalanan untuk ke stesen minyak dan tidak semena-mena terserempak dengan bekas rakan setugas di Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan (UPKn) dulu.

Dia bukan sahaja membawa saya ke stesen minyak dengan keretanya dan menghantar saya ke tempat kereta saya mampus tetapi telah belanja saya bersarapan pagi. Dia bertanya macam-macam tentang perkembangan terbaru saya tetapi dia tidak percaya dengan apa yang sedang menghimpit hidup saya pada waktu ini atas alasan saya terlalu baik dan mudah berkira yang pastinya sekelian makhluk di langit dan di bumi akan berlumba-lumba mahu membantu saya bila saya dalam kesempitan dan kesusahan. Kerana tidak percayanya itu membuatkan saya terkedu, hiba dan pilu kerana hakikatnya kebaikan tidak semetinya dibalas dengan kebaikan, namun saya tetap akan memilih jadi baik dan mudah berkira hingga ke hembusan nafas terakhir walaupun saya terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan dan kesempitan.

3 comments:

Anonymous said...

abe meli:
lepas ambo baco posting ni...sedarlah ambo bahawa rahmat Allah tu banyok.....tok ternilai...abe meli tulong ore...diujiNya dgn minyak kereta habis....tapi di tulungNya pulok dgn bantuan lain....Subhanallah...
nikmat Allah itu hanyak napok pado ore yg dikehendakiNya sajo....DIA napok apo hok kito tok napok...

Anonymous said...

tulisan yg kawe baca hari ni...kawe suka mbacanya

so bgitu la khidupan,kadang2 kita buat BAIK,tuhan xbalas slalu...

tapi manusia ni meli,

biasa klu wak baik,kita xambik tahu sgt,kita puji la hari tu,esok lupa dah,tapi skali buat jahat,hok jahat tu la hok kita duk jaja sampai ke mana,ingat pah ko 7 keterunan dok oyat ko org,hok baik tu...walaupun 1000benda baik kita wak,xnampak dah,nampak hok salah tu jah.

ibarat satu kertas A4 PUTIH YER BERSIH,DEMO AMBIK MAKER,DEMO TITIK SATU BULATAN KAT TENGAH2 KERTAS TU,DEMO TUNJUK KO ORG,DEMO TANYA DIA NAMPAK GAPO,MESTI DIA AKAN JAWAP NAMPAK TITIK HITAM TU.

TITIK HITAM :KESALAHAN YG DILAKUKAN
KERTAS A4 YG PUTIH BERSIH:KEBAIKKAN YG DILAKUKAN.

DEMO FIKIR2KAN SMULA KATA2 KAWE NI MELI,

DEMO BOLEH PATAH BALIK...360 DARJAH.

AMEEN.

hakemtacke said...

2021 ford fusion hybrid titanium
We know that the fusion caroline nier titanium alloy wheel is titanium properties perfect for a fusion of Titanium infiniti pro rainbow titanium flat iron and the titanium jewelry engine. titanium hammers You might also be interested in