Tuesday, May 10, 2011

COME-BACK (13/2011)

Tidak mudah untuk mendapat kemudahan

"ABANG boleh ke nak pinjam RM3,000.00, anak nak masuk U, kena beli pelbagai keperluan. Nanti akan dibayar balik" - permintaan dipenuhi dalam bentuk sumbangan, bukannya pinjaman/hutang.

"Abe li boleh tolong ke. budak nak ke Mesir, ibu bapa tidak mampu. nak kena beli pelbagai kelengkapan dan tambang" - masalah diselesaikan.

"Saya baru muaalaf, boss. Nak belajar pondok Pasir Tumboh. Nak kena beli jubah, kopiah, kitab dan lain-lain. Saya perlu RM500.00. Saya asal Pahang, keluarga sudah tak terima saya lagi kerana masuk Islam. Saya dah ke pejabat MB tetapi dihalau" - diselesaikan dengan diberitahu pejabat MB minta tolong berikan sejumlah sumbangan yang diperlukan.

"Demo kena tulung kawe. Duduk jauh. Penat berulang ke tempat kerja dengan motosikal. Kawe kena beli kereta. Demo kena tulung, kawe tak dok pitih" - diselesaikan dalam bentuk sumbangan, bukan hutang.

"Lusa ambo nok menikoh. Pitih belanja tak cukup. Minta tulung RM500.00, kalau tok leh buwi RM500.00 buwilah RM1,000.00 koho molek. Ada pitih bayar balik" - diselesaikan.

"Budak awe ayahanda nak buat bekwah di masjid ayahanda. Tok guru akan berucap. hulurlah sikit-sikit untuk kenduri aruah kepada orang tua" - diselesaikan.

"Kesian ko demo teraweh kehausan. Kalau demo sponsor alat penyejuk dan pemanas air lima unit lagu mano? Selagi alat itu orang guna, demo dapat pahala" - diselesaikan.

"Minta bola dan jersi kat tok wakil sampai lani tok leh. Minta dengan demo mudah buleh. Nak sepuluh biji bola dan tiga set jersi" - diselesaikan dengan dimaklumkan wakil rakyat kawasan berkaitan yang minta tolong sampaikan.

"Kesian ko mak kawe, ore tua. Uzur. Nok berak payah. Kawe nak minta demo sponsor mangkuk jamban dan upah tukang sekali. Nok minta kat tok wakil tak dek peruntukan" - diselesaikan.

"Rumah ambo tak siap. Tak dan pitih. Boleh ke sponsor lima belas beg simen? Kena banyak buat pahala, baru mudah masuk syurga" - diselesaikan.

Kesemua permintaan itu ditunai dan diselesaikan. Tetapi sepanjang siang tadi rata saya membuat panggilan untuk dapatkan RM10,000.00 bagi laksanakan projek yang boleh memberi pulangan RM30,000.00 sebulan, sehingga malam ini saya masih gagal dapatkannya.

Hakikat dan natijahnya tidak mudah untuk dapatkan kemudahan, rata-rata kalangan tertentu hanya mudah dalam bercakap dan berjanji tetapi payah dalam menjayakan apa yang dicakap sebagai suatu kenyataan dan jarang sangat janji ditunaikan, lebih-lebih lagi dikalangan orang parti politik.

Setakat ini belum ada satu pun janji yang orang politik buat pada saya ditunaikan, yang kononnya beres tetapi semuanya rebeh. Betul kata orang, janji-janji orang politik tidak boleh masuk buku, kita diburu ketika diperlukan dan ketika memberi laba kepada parti. Bila jelepek akan dipandang jelek.


3 comments:

Anonymous said...

Sapo gitu mu lalu mintok mugo denga abe li tu, abe li keno bezo antaro ore nok GUNO denga ore nok mintok tulong...kalu belah tu Allah tok bui buat...rujuk surah Al ISra'...janganlah kamu jadikan tangan kamu tergantung di leher kamu (sebab terlampau kedekut)dab jgnlah terlampau buka seluas-luas tanpa batasan, jika tidak kamu akan terjerumus kelembah kehinaan...

Anonymous said...

bior le ore nok mintok tu. Kalu serro nok bui gak bui je..kalu serro tok ser bui pon tak po mugo hok kito..tapi keno ingat le, x semestinyo kito suko membui, bilo kito nok meminto pulo mudoh seperti mano kito membui..kijo Tuhe blako..syukur je la..ado hikmah kok lain..tapi bilo kito ungkit smula kijo pemberian kito tu, takut niat jadi lain pulok!...cari lah keredhoaanNya...

Anonymous said...

Apetah lagi yang berjanji itu Anwar Ibrahim. Pasti dimungkiri selalu.

Lihat nasib orang kampung Buah Pala Pulau Pinang (Lihat sendiri video janjinya). Kesihan penduduk Kg Buah Pala, rumah mereka dirobohkan.