Friday, May 13, 2011

COME-BACK (16/2011)

PRU-13 Kerajaan Pas Kelantan Musnah

DUA faktor induk pada firasat saya akan menjadi penyebab kepada kehancuran kerajaan Pas Kelantan pada pilihanraya umum ke 13 nanti yakni masalah bekalan air dan isu ladang rakyat.

Pada umumnya para penerima bekalan air tidak berpuashati dengan kualiti air dan menyebabkan mereka terpaksa membeli air yang dibotolkan di pasaran terbuka bagi keperluan minum dan memasak terutamanya.

Manakala isu ladang rakyat pula banyak melibatkan para penduduk di bahagian Ulu Kelantan apabila tanah-tanah yang mereka teroka sejak belasan dan puluhan tahun yang lampau telah dirampas dan diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu untuk di majukan secara ladang komersil.

Alasan tanah-tanah yang diteroka itu dirampas kerana para peneroka haram gagal membayar premium. Orang ramai pula tidak bayar premium kerana kadarnya terlalu tinggi dan memang tidak mampu dibayar oleh para peneroka. Kenaikannya dikatakan sehingga 1,000%.

Dua faktor ini menyebabkan rakyat selaku pengundi tidak sabar menunggu tibanya pilihanraya umum bagi membolehkan mereka menggunakan kuasa undi untuk memberi pengajaran kepada kerajaan yang kononnya berteraskan Islam tetapi hakikat dan hakikinya adalah sebaliknya.

Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada kekalahan Kerajaan Pas Kelantan pada PRU-13 adalah kerana pentadbiran yang lemah dan tidak ber'blue-print', sebaliknya kegagalan akan cuba disebab musababkan kepada pihak pusat manakala apa-apa faedah untuk rakyat sumbangan pusat disusut punca.

Masalah tanah-tanah di kawasan bandar Kota Bharu milik orang Melayu telah bertukar tangan kepada bangsa asing juga antara puncanya, terutama projek Lembah Sireh yang telah menyebabkan ramai orang Melayu yang bergantung hidup sebagai penanam sayur kehilangan punca pendapatan, malah status pemilikan tanah penduduk sekitar telah, sedang dan akan bertukar.

Projek Lembah Sireh dan punca pertukaran hakmilik tanah orang Melayu di kawasa bandar dan pinggir bandar sebelum ini dikaitkan dengan 'demo dalam pagar', terutama Raja Perempuan tetapi setelah kedudukan dan takhta sultan dinafikan secara halus dan penuh muslihat, keadaan yang serupa terus berlaku.

Maknanya apa yang telah dan sedang berlaku sepanjang Pas diberi mandat membentuk kerajaan bermula pada penghujung tahun 1990 adalah berpunca dari kelemahan dan keewekkan kerajaan sendiri tetapi di'embok' atas kepala pihak lain bagi menutup kelemahan dan kegagalan kerajaan.

Rakyat tahu walaupun mereka ditipu dan agak lama tertipu bahawa selama ini mereka telah ditipu dan tertipu kerana mahukan sebuah kerajaan sama seperti kerajaan berketuakan Rasulullah s.a.w, atau yang mirip kekhalifahan khalifah-khalifah ar-Rasyidin atau sekurang-kurangnya dibayangi kualiti kekhalifahan Umar bin Abdul Aziz dari baka Umar Al-Khattab.

Tetapi hakikatnya kerajaan yang Pas bentuk menyimpang jauh dari apa yang diharapkan dan diimpikan, Justeru rakyat tidak sabar menunggu saat akan tibanya PRU-13 bagi menukar kerajaan demi untuk masa depan negeri dan rakyat yang jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain, malah orang Melayu Kelantan terdedah kepada kemungkinan akan jadi bangsa Palestin jika terus berada dibawah kerajaan Pas.

Kalau menganggap firasat saya hampas, cubalah MB, TMB, exco dan wakil-wakil rakyat menyamar dan ubah identiti diri supaya tidak dikenali dan turunlah ke dalam masyarakat terbanyak untuk dapatkan maklumat sebenar, bukannya makumat berdasarkan laporan penghulu mukim atau pun cawangan-cawangan parti yang membuat laporan berunsurkan kepentingan-kepentingan tertentu.

5 comments:

Anonymous said...

'Bakal MB kita' yang baru? Awae Adik lagi ko?

Rakyat dahagkan ilmu dan amanah dari pemimpin.... MB boleh beri ceramah/ kuliah fardhu ain....

wahai UMNO, KEMBALIKAN WANG RAKYAT... ROYALTI MINYAK KELANTAN kepada rakyat Kelantan....

Anonymous said...

projoek lembah sireh tu mmg ada kaitan dgn istana,mmg masalah benar kawsan tu sebab campur tangan istana,pah kerajaan negeri nk wak gano,mugo raja nak,raja ppuan dulu pehe2 la dia gano,klu der nok gak,nok la,xkiro doh...demo biso sgt gak,acu demo ajes dgn raja baru kito tu,demo kan pandai pasal tanah2 ni.

Anonymous said...

Ramai org kelantan masuk syurga. ni tak kira lagi dap di p.pinang dan org pkr di selabgor. biso nik aziz.

Anonymous said...

insyallah ramai org kelate yg masuk syurga...amin,terima kasih kerana mdoakan kami

Anonymous said...

peringatan untuk diri sendiri,meli dan pembaca2 blog meli ni.

Surah Al-Zalzalah (سورة الزلزلة) adalah surat ke-99 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan tergolong pada surat Madaniyah. Surat ini diturunkan setelah Surah An-Nisaa’. Nama Az Zalzalah diambil dari kata Zilzaal yang bererti 'goncangan' dan terdapat pada ayat pertama surat ini.

si Kandungan menceritakan kejadian pada hari kiamat di mana bumi digoncangkan dan manusia bertanya-tanya mengenai kejadian saat itu. Dan janji bahawa setiap kebaikan dan kejahatan walau sekecil apapun akan mendapatkan perhitungan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),
وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",
يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula