Sunday, May 1, 2011

COME-BACK (4/2011)

Minta Pas Keluar PR: Najib sempurnakan tuntutan fardu kifayah

OLEH kerana DAP sebuah parti yang terang-terang menentang Islam, maka bersekongkol dengan parti itu, termasuk menyokong dan memberi undi kepada parti itu atau parti-parti yang bersekongkol dengannya adalah haram dan berdosa kepada umat Islam sejati.

Secara peribadi saya berpandangan bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang berdominasikan DAP bukan sahaja sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan yang sah tetapi ianya haram disokong dan diberi undi dari sudut hukum hakam.

Pas melakukan kerja haram dan berada dalam keadaan haram kerana bukan sahaja bersekongkol dengan DAP yang anti Islam tetpi juga secara terang dan bersembunyi telah sepakat menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berdominasikan Umno, sebuah parti orang Melayu beragama Islam.

Benar dalam BN terdapat banyak parti bukan milik Islam tetapi mereka tidak tentang Islam secara terang-terang sebagaimana DAP menentang Islam. Dalam menentukan sesuatu dasar demi kepentingan agama, bangsa dan negara, mereka masih akur kepada ketentuan parti pendominasi, yakni Umno.

Umat Islam berfadu kifayah untuk memberi teguran dan menyedarkan Pas yang rata-rata pendukung dan penyokongnya adalah orang Melayu bergama Islam, yakni kalangan yang sebangsa dan seagama dengan pendukung dan penyokong Umno.

Tindakan Perdana Mentri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Pas tinggalkan PR adalah satu tindakan yang sangat betul, malah telah bersifat menyempurnakan tuntutan fardu kifayah dan kerana beliau adalah perdana menteri, maka dosa tuntutan fardu kifayah sudah terlepas bagi seluruh umat Islam di negara ini.

Sama ada pendukung Pas akur atau hanya akan 'tungge jubur taik' dengan permintaan itu, dosa fardu kifayah kepada umat Islam negara ini sudah terlepas, yang akan terus tanggung dosa adalah pendukung dan penyokong Pas yang bukan sahaja tidak akur kepada permintaan Najib tetapi juga memperlekeh dan mempersendakannya sedangkan apa yang diminta adalah selari dengan tuntutan agama sejar denbgan kedudukannya sebagai pemimpin utama.

Orang Pas yang kononnya pendukung dan penyokong ahli agama tentu arif tentang hukum hakam tentang orang kafir jenis macam mana yang boleh dijalin kerjasama dan kumpulan yang macam mana pula tidak boleh kerana segalanya ada diterangkan dalam al-Quran, di antaranya adalah melalui ayat 51 hingga 66 Surah Al-Maa'idah.

Malah membuat kacau atau rusuhan (demonstrasi jalanan) terhadap kerajaan yang tidak pernah menyekat atau menyulitkan umat Islam menjalankan amal ibadah dengan bebas adalah dilarang dan ini boleh dirujuk kepada ayat al-Quranb Surah Al-Maa'idah ayat 33 hingga ayat 40. Merancang, mengusahakan sama ada secara terang atau tersembunyi bagi menjatuhkan sebuah kerajaan yang kepala pemerintahnya beragama Islam adalah bersifar kacau atau rusuhan yang secara hakikatnya haram dilakukan.

Soal Najib tidak nampak lebih alim adri Nik Aziz, Haji Hadi dan yang kononnya alim ulamak Pas itu hanya pada pandangan zahir dan pengukuran serta peneracaan berdasarkan kepentingan politik dan ianya tidak akan setepat dan sesaksama pengukuran dan peneracaan Allah.

Yang pastinya ada hikmah kenapa Najib, Tun Abdullah, Tun Dr Mahathir, Tun Hussein Onn, Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman jadi perdana menteri, bukan Nik Aziz, bukan Haji Hadi, bukan Fadzil Noor, bukan Yusoff Rawa, bukan Hassan Adli, bukan Burhanuddin Al-Helmy, bukan Fuad Hassan dan lain-lain tokoh Pas yang jadi perdana Menteri.

Banyak sirah yang menceritakan orang yang alim mati masuk neraka kerana doakan kesesatan Nabi Musa a.s. di padang pasir, seorang yang kuat beribdat dan Nabi Musa a.s. sendiri rasa amal ibadat orang alim itu tidak setanding dengannya disenaraikan sebagai ahli neraka kerana dia beribadat dengan niat nak 'kan syurga.

Manakala manusia yang terkenal dengan banyak dosanya disenaraikan sebagai ahli syurga hanya kerana dia pernah mengatur batu tempat beraknya yang ditinggalkan begitu dengan harapan ianya akan dapat digunakan oleh orang lain, seorang yang telah membunuh 100 orang termasuk seorang yang alim masuk syurga kerana berusaha mencari orang yang boleh memberikannnya jalan untuk membolehkannya bertaubat.

Seorang pelacur masuk syurga kerana ketika dia sedang kehausan telah mendahului memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya bagi mencedok air. Maknanya untuk masuk syurga tidak payah sekiranya ada ketulusan dalam berbakti dan beribadat.

Kalau kuat beribadat sekali pun ibabatnya tidak akan diterima kalau dengan niat nak tunjuk hebat sebagai ahli ibadat, apatah lagi kalau ada tujuan politik, banyak sembahyang, banyak berzikir dan bertasbih kerana mahukan sokongan, tempat dan kedudukan dalam politik, ianya bukan ibadah namanya.

Kerana unsur-unsur itulah sehingga sanggup menghalalkan kerjasama dengan DAP yang sebenarnya haram, di samping adanya unsur-unsur memberhalakan sesama manusia yang dianggap alim, kuat beribadat, mulut masin dan keramat, maka Pas terus hanyut dalam khayalan angan-angan mat jenin sehingga sanggup berdosa dan melakukan kerjasama menjalin kerjasama dengan DAP.

Mungkin Pas memberi alasan tujuan bekerjasama dengan DAP kerana mahu dakwah orang DAP. Soalnya berapa orang penduukung dan penyokong DAP yang telah bejaya diIslamkan, sebanyak mana suara, pandangan dan tindakan Pas diterima oleh DAP.

Arak yang diperintah supaya dirampas oleh exco kerajaan Selangor dari Pas telah dikembalikan kepada penjualnya semula atas perintah exco kerajaan Selangor dari DAP. Itukah kejayaan Pas dakwah orang DAP. Di mana tempat Pas dalam Kerajaan Pulau Pinang, malah di Kedah DAP mampu berkurag ajar dengan kerajaan Pas ketika timbul isu premis lapah babi.

Justeru kalau Pas masih mahu terus bersekongkol dengan DAP dalam PR, maka ianya bukan lagi berkepentingan agama seperti yang dilaung-laungkan tetapi lebih kepada kepentingan politik dan mendorong kepada kemungkinan negara akan didominasi oleh barisan kepimpinan yang bukan beragama Islam, termasuk yang akan menjadi perdana menteri serta menteri-menteri besar dan ketua menteri.

17 comments:

Anonymous said...

klu DAP tak sokong islam,ok...bagaimana pula dgn MCA dan MIC adakah mereka myokong islam?MCA myokong judi,siap nak saman lagi kelantan,demo sokong judi juga ko meli?

KAWE RASA DEMO NI RASIS LA MELI

halim said...

maaf....saya rasa saudara telah melampauu didalam memusuhi pas dan pemimpin nya,saya salah sorang peminat akhbar2 yg saudara terbit kan sejak lama dulu...dan sejak kebelakangan ini saya melihat tulisan saudara adalah sangat berlainan dari yg telah baca sejak dahulu....

saya rasa saudara berada didalam keadaan berduka cita yg sangat berat...saya bersimpati dan berharap saudara bersabar dan tabah.

saya takut dengan tulisan saudara yg sebegini akan menambahkan lg duka lara saudara.....mungkin saudara telah berpatah arang dengan pas kerana sikap beberapa pimpinan.....tetapi dengan memcemuh pas sedemikian rupa adalah keterlaluan saya rasa....

saya berdoa diharap kan kita sentiasa dibawah lindunganNYA dan ditambah kan iman sehingga akhir hayat didunia ini....wassalam

Anonymous said...

menyamatarafkan PAS ddengan Islam adalah suatu penghinaan kepada agama dan dianggap mencemarkan Islam sehingga memungkinkan tercabutnya akidah. Mana boleh PAS yang dicipta oleh manusia dianggap sempurna (perfect) dan disamakan dengan Islam yang sempurna itu. Menyamatarfkan PAS dengan Islam boleh menjejaskan akidah disegi usuludinnya. Orang PAS tak boleh menerima ini semua kerana ketaksuban mereka yang sukar dibendung itu dengan melihat dari segi nafsu bahawa Islam itu PAS dan PAS itu Islam. Bagi mereka menentang PAS bermakna menentang Islam. Moga Allah mengampunkan dosa besar mereka ini.

Anonymous said...

Ini merupakan ulasan GreenBoc terhadap kemelut yang dihadapi Najib ketika ini. Ulasan saya menyusul kemudian.

Ternyata kini bahawa UMNO diterima MCA selama ini kerana UMNO menolak dasar Islam. Jika UMNO melaksanakan dasar Islam, bererti MCA akan tolak UMNO juga. Kenyataan ini merupakan satu penjelasan yang terang kepada rakyat bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO kini disenangi oleh MCA lantaran ketidak-pedulian UMNO terhadap dasar-dasar Islam, maka dengan sebab itu undang-undang dan mahkamah syariah tidak berfungsi seperti sepatutnya selama ini. Tahniah UMNO kerana mengikut telunjuk dan kehendak MCA yang hampir pupus itu.

Najib memang sedang pening habis sekarang ini. Pelawaannya kepada DAP ditolak mentah-mentah. Dalam BN dia dibelasah oleh MCA dan Gerakan yang tidak setuju dengan Konsep 1 Melayu 1 Bumi. Utuseks Meloya memang celaka membawa isu itu. Konsep 1 Malaysia tajaan Najib habis terbarai. Banyaknya masalah yang dihadapi UMNO dalam rumah tangganya.

DAP tak mau masuk BN. MCA dan Gerakan menyakitkan hati Najib. Sudahlah begitu, orang Cina pula tak mau sokong MCA dan Gerakan. Senang saja tak tenangkan MCA, ugut orang Cina. Kalau Cina tak sokong BN dalam PRU Ke-13, tiada wakil Cina dalam kabinet. Aktor Porno MCA pun setuju dan akar umbi MCA pun setuju. Nampak macam dah selesai.

Pelawa pula PAS tinggalkan DAP masuk BN. Dia tersasul sebenarnya. Ubah kenyataan. PAS tak masuk BN pun tak apa asalkan keluar dari Pakatan Rakyat. Memang sah Najib takutkan MCA. Esoknya MCA kata dia takkan terima PAS masuk BN kalau masih berpegang kepada konsep negara Islam. Ingat! UMNO sudah iktiraf PAS sebagai parti Islam! Kalau Najib berani, dia akan marah habis kepada MCA dan tendang parti itu macam PAS ditendang dari BN dulu. Semua ahli UMNO akan berarak sekali lagi ke Bangunan MCA kerana marah MCA tak bagi UMNO tegakkan Islam. PERKASA pun mesti buat demonsrasi. Najib kecut. Semua ahli UMNO menikus. PERKASA pun jadi setan bisu. UMNO pertahankan Islam konon!!! UMNO pertahankan sekularisme. UMNO pertahankan machiavellinisme. UMNO pertahankan Yahudi APCO.

Malaysia sedang menuju ke arah negara porno di bawah pemerintahan UMNO. Parti itu boleh dipanggil UMPORNO ketika ini. Porno ada di mana-mana. Hishammuddin yang jadi menteri di Kementerian Dalam Negeri tengok saja tanpa buat apa-apa. UMNO memang tidak layak mengaku dirinya memperjuangkan Islam. Mereka sedang mempersendakan undang-undang Islam. Kes video seks digunakan untuk kepentingan politik mereka walaupun Najib tak mengaku. Kalau tidak masakan ada pegawai kerajaan menjaja Anwar pelaku dalam video itu kepada orang Kelantan. Kalau tidak masakan dijemput orang menyaksikan video itu di Pulau Pinang. Mungkin ada institusi kerajaan lain lagi yang turut jadi barua UMNO berbuat demikian. Cuma tembelangnya saja yang belum pecah. Fitnahlah yang disebarkan kerana mahkamah syariah belum buat keputusan hingga sekarang.

Mereka sokong Eskay yang kini keislamannya pun mulai diragui. Jamil Khir alu-alukan. Bos JAWI ikut serta. Polis bukan saja bagi Datuk T pakai baju kalis peluru malahan juga kawalan keselamatan. Segala-galanya dirancang dengan begitu teliti. Dr. M kata Eskay betul dan secara tersirat salahkan Anwar. Apa semua ini kalau tidak berhajat untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar?

Sumpah yang tidak laknat itu (lebih tepatnya dipanggil sumpah jahiliah) diharap menjadi penyebab Melayu-Islam kembali kepada UMNO. Propaganda itu bukan sahaja tidak menjadi malahan juga mulai makan tuan. Demikianlah kebesaran Allah. Allah timpakan kehinaan kepada pemerintah yang enggan membicarakan kes tuduhan zina ini di mahkamah syariah. Mereka berhajat nak timbulkan sangka buruk orang ramai terhadap Anwar yang tidak mahu bersumpah, tetapi sangka buruk itu kembali kepada mereka. Memang patut pun kerana semuanya tidak ikut syariat Islam. Beranikah UMNO menafikan kebenaran ini ? Oleh sebab berpegang kepada matlamat menghalakan cara, UMNO tidak peduli undang-undang Islam itu. Sekularisme lebih bagus bagi UMNO. Itulah hakikatnya.

http://bilahrotan.blogspot.com"

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu BN menutup pintunya kepada PAS kecuali PAS sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islam terlebih dahulu sebagai keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan dengan umat Islam di negara ini.

Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, presiden MCA itu tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen keagamaan dan perkauman dalam negara ini.

Katanya, umat Islam adalah sebagai golongan majoriti di negara ini, bahkan agama Islam juga dijadikan sebagai agama Persekutuan.

“Apakah masalahnya sekiranya PAS meletakkan prinsip Islamnya yang sememangnya bertepatan dengan agama persekutuan ini?

“Persoalannya sekarang adakah MCA mahu bermusuh dengan PAS atau bermusuh dengan umat Islam di negara ini?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan Presiden MCA juga menjelaskan siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN.

Tambahnya, ternyata kenyataan Soi Lek membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam.

Menurutnya, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu.

“Mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan Umno mahu melaksanakan Islam,” ujarnya.

Ini, tambahnya menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang.

Ini, jelasnya berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) bilamana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR.

“DPPP menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan.

“Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini,” katanya.

DPPP juga, katanya menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah.

PAS, tegasnya tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR.

“Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat,” katanya.

Anonymous said...

sebab tu kawe kata...meli kaki belit,set makan pitis broko tanoh mmg gitu...gelap hati.

Anonymous said...

SIFIR POLITIK CETEK & MURAHAN UMNO:

Najibul ketua UMNO parti sekular minta PAS parti Islam berpisah dengan DAP....... kerana melayu @ Islam..

Najibul ketua UMNO tak arahkan UMNO berpisah dengan MCA, MIC, Gerakan, PBS, SUPP, ....... kerana melayu @ Islam..??? heheheee bukti politik bengap Najibul@UMNO....

UMNO kata mereka perjuang agama, TAPI UMNO tolak Hudud & perundangan syariah, suburkan kilang arak, kembangkan pusat pelacuran,karaoke, perjudian/ kasino.....

UMNO kata mereka perjuang bangsa Melayu, TAPI UMNO tindas dan 'aibkan bangsa sendiri .....

UMNO kata mereka perjuang bahasa, TAPI UMNO lenyapkan tulisan Jawi & tolak bahasa Melayu dalam pembelajaran sains, matematik (PSMI).....

UMNO kata mereka perjuang tanah air, TAPI UMNO jual/gadai pulau Singapura, Pulau Batu Putih, Pulau Kuala Kedah, Stesen KTM Tanjung Pagar, Woodlands, ..... demi fulus...

UMNO kata mereka perjuang hak rakyat, TAPI UMNO rampas hak rakyat: royalti minyak, boloti kontrak kerajaan, tol tinggi, .....


LIDAH BIAWAK, PEPAT DILUAR RUNCING DIDALAM, TALAM DUA MUKA @ MUNAFIK KAH UMNO????? Melayu BERUBAHlah...

Anonymous said...

Kebenaran akan menjelma juga akhirnya.

Solat hajat telah diadakan oleh puak PAKATAN RAKYAT di Stadium. Tapi mereka tidak minta kebenaran. Mereka mohon Anwar diselamatkan. Allah maha mengetahui dan Allah hanya beserta dengan pihak yang benar. Maka kebenaran dipertontonkan. Tetapi pihak PR tidak mahu menerimanya.

Anonymous said...

Meli Kapak Jangak teruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

Sudah lama benar saudara ditipu oleh pemimpin2 PAS.

Letak calon pun tidak cukup untuk memerintah negara tetapi janji macam macam.

Anonymous said...

KAWE JAMIN MELI AKAN BELA DIRI DIA SENDIRI PAH NI,MESTI DAH...BLOG DIA KER,DIA KATA KO ORG SEDAK,BILA ORG KATA KO DIA, DIA JAWAP SLALU...GERENTI SEMUA YG DIA JAWAP AKAN JADI BETUL,SEMUA2 DIA BETUL,ORG LAIN SALOH BELAKO.
HIDUP MELI!! HIDUP...MELI!!

Anonymous said...

Komen meli kepada PAS melalui neraca perasaan amarah' bukan lagi mengikut fikiran yang waras

Anonymous said...

bakpo ok komen pasal chua soi lek terang2 hino islam tu.... umno duk saing buak gapo.. apo meli ni..

Anonymous said...

Ni lah bangsatnya orang PASik yang dibutakan mata hatinya dan enggan menerima kebenaran walapun didepan mata. Perjuangan yang tidak tahu hala tujunya. Hudud dan negara Islam dijaja dan dilelong main-main. Lo ni dah tak sebutpun lepas berkawan dengan PKR, Parti sekular dan DAPig parti kapir laknatullah. Konon utk berdakwah. Berapa ekor pemimpin PKR yang diislamkan PASik ?. Berapa ekor pemimpin DAPig yang di Islamkan PASik. Dok Nyohor PASik berjaya mengislamkan seorang Iban masa di Sarawak dulu. Tapi PASik ini tak kabar yang mereka berjaya mengkafirkan berjuta-juta orang UMNO. Dasar PASik bila ditanya tak ngaku. Serupa jah dengan Tok Gurunya yang banyak mungkir janji.

Anonymous said...

Anon di bawah ni agaknya jenis babuk.Dok wat pertuduhan hak sama yang berlandaskan nafsu dan kebenciannya. Walapun tuduh tanpa bukti tapi dia terlepas dari menerima hukuman diakhirat nanti sebab Tok Guru dia dah jamin dia ni masuk Syurga. Bakali dia ni takdak point dah kot nak nulis gapa. Isu negara Isle dan hudud PAS tak main wayang dah. Mungkin Isu ni jah hak dia boleh buat tohmohan. Salah takpa sebab dia dah dalam senarai syurga :

1) Kata Anonymous pada 3 May 2011 jam 12:27 AM :

sebab tu kawe kata...meli kaki belit,set makan pitis broko tanoh mmg gitu...gelap hati.


2) Kata Anonymous pada 1 Mei 2011, jam 8:36 AM :

meli mmg kaki belit...gu2 dia ko kuat belit,set2 broka tanah mmg gitu,klu kecek gak,lubang jubo sero manis,ngejas ko tu ngejas ko ni,agak2 set2 broka tanah ni,makan suak ko dok eh?aku sero mcm mkn suak juga la...tok pun berehi holo pitis bawah mejo,pah badi nk make komesin,patut la hati makin gelap,kecek ko jadi belit...ko gano meli broka tanah?

Anonymous said...

Bila masa PKR dan DAPig menerima negara Islam dan hukum hudud?. Hudud dan negara Islam kepada PAS adalah mainan politik jah.

Anonymous said...

khas untuk MUSLIM dan MUSLIMAH:
ISLAM itu tetap ISLAM...
PAS itu tetap PAS....
ALLAH melihat apa yg ada di dalam hatimu...bukan perbuatanmu....

Anonymous said...

KERAJAAN YANG ADA SEKARANG KITA NAMPAK TAK BERAPA BAIK DARI SEGI AMAL ISLAMNYA, JADI KITA PERLU LAKUKAN SESUATU SUPAYA ISLAM DAN UMAT LEBIH BAIK. LIHATLAH MACAM MANA KITA SEKARANG, DARI SEGI FAHAM ISLAM DAN AMALANNYA.. KALAU REMAJA CUKUP2 LEMAH.. NAK BAGI PELUANG BN 50 TAHUN LAGI... HANCUR LEBUR ISLAM JADINYA..