Saturday, May 7, 2011

COME-BACK (9/2011)

Kerana lazimnya anjing makan taik

SAYA mulakan posting ini dengan mengucapkan selamat berkongsi hidup kepada bekas isteri saya dengan lelaki pilihannya yang pasti sejuta kali lebih baik dan lebih berkualiti dari saya. Semoga perkahwinan pasangan ahli syurga itu akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Perkahwinan itu memberi jawapan kepada pertanyaan kenapa bekas isteri saya sanggup nusyuz(menderhakai) saya sebagai suami, malah boleh meminta cerai secara terbuka dan sanggup membiarkan tiang arasy bergegar kerananya ianya juga membenarkan desas desus mengatakan bahawa ia berbuat demikian kerana tergila-gilakan jantan lain.

Itulah harga kebebasan secara pukal yang diberikan dengan membiarkan isteri balik pukul tiga pagi dan boleh bergaul bebas tanpa sebarang rasa curiga dan prasangka dengan segala macam lelaki sehingga ketika masih isteri saya boleh dia mengaku lelaki lain yang asyik berkepit dengannya sebagai suaminya. Itulah ciri-ciri ahli syurga rupanya bagi muslimat Pas.

Apabila sebaik sahaja selesai edah maka bekas isteri saya bernikah baru maka dapatlah dinilai moralnya, apa sebenarnya aktivitinya sepanjang saya sebagai suami memberi kebebasan pukal kepadanya untuk lebih banyak masa di luar rumah dari didalam rumah bersama keluarga. Syukur saya kepada Allah kerana membersihkan najis yang menjijikkan dari kehidupan saya dan anak-anak yang sangat bermakna buat saya.

Saya yakin perkahwinannya akan menggembirakan anak-anak, malah saya juga secara peribadi merasa gembira dan teruja kerana saya yakin perkahwinannya akan membawa ke syurga walaupun bukan atas nama isteri saya tetapi atas nama ibu kepada anak-anak saya. Saya sendiri tidak segera mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun sudah ada pasangan yang dikenalpasti kerana saya dan pasangan mahu memastikan ekonomi kami benar-benar stabil dan mantap demi masa depan anak-anak.

Ekoran daripada perkahwinan kami nanti, kami terpaksa memikirkan keselesaan hidup sembilan anak kami yakni enam anak saya dan tiga bagi anak calon isteri. Matlamat perkahwinan kami bukan kerana runtunan nafsu serakah tetapi untuk mendapat keredhaan Allah.

Walaupun kami bukan pasangan ahli syurga tetapi kami akan cuba berusaha untuk melayakkan kami dan anak-anak masuk syurga. Justeru walaupun kami kehulu kehilir bersama sehingga kami dikecam oleh bekas isteri saya yang kononnya saya menjadi bahan ejekan jiran-jiran sebenarnya kami bukan hilir mudik buat maksiat sebaliknya kami menguruskan perniagaan demi untuk masa depan anak-anak. Kami bukan sahaja menjaga larangan agama tetapi juga menjaga moral dan tatasusila.

Bekas isteri saya tidak boleh samakan bakal isteri saya dengan perangai serakahnya, bila berdua-duaan, maka akan berlakulah maksiat. Itu bukan sifat kami, kami bukan spises anjing makan taik, bekas isteri saya tidak boleh samakan orang lain dengan perut pedalnya.

3 comments:

Anonymous said...

Guano marah nampak??
Jgn tunggu lama2 nanti lama2...

Mat ST said...

Selamat pengantin baru, kawe akan mengelan RM50.00

Anonymous said...

Apo yang molek datang dari Allah belako, sesungguhnya Dia adalah sebaik perancang. Walau apa yang cuba diperkatakan oleh penulis, mungkin betul di hatinya, apa yang cuba di sampaikan oleh 'bekas' isteri penulis mungkin betul dihati bekas isterinya...semoga kedua-dua diampunkan kesilapan masing-masing.