Thursday, February 14, 2008
BERANI TULIS BERANI TANGGUNG (1) - kemaskini dan betulkan ejaan
HADI vs PAK LAH: WHY NOT?
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
PAS Pulau Pinang nampaknya tidak ada masalah untuk mempertembungkan Presiden Pas, Datuk seri Haji Abdul Hadi Awang dengan Peresiden Umno/Pengerusi Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Kepala Batas.
Kesediaan Presiden Pas melawan Presiden Umno yang disifatkan oleh penulis/wartawan Utusan Malaysia Rozaman Ismail sebagai kenyataan bunyinya sangat gah, berani dan ada sedikit gong direspon segera oleh Pesuruhjaya Pas Pulau, Mohd. Salleh Man.
Mohd. Salleh dipetik sebagai berkata, kesediaan Haji Abdul Hadi dialu-alukan. Maknanya sebelum tempoh penamaan calon, terpulang kepada Presiden Pas itu untuk kotakan katanya atau sebaliknya.
Seandainya beliau kotakan katanya, ianya akan menjadi satu catatan sejarah dalam arena politik negara manakala seandainya beliau tidak mengotakan kata, maka secara tidak langsung reputasinya yang berimejkan 'tok guru' dan pejuang Islam akan rosak teruk.
Saya yakin kalau beliau bertanding melawan Pak Lah walapun kalah, imejnya tetap bersinar, apatah lagi jika majoriti undi yang Pak Lah pungut berjaya dikurangkan. Namun untuk menang dan kalahkan Pak adalah seperkara yang amat mustahil.
Kalau beliau tidak melawan Pak Lah setelah menyatakan kesediaan untuk melawan Presiden Umno/Pengerusi BN itu, saya yakin Haji bdul Hadi bukan sahaja akan mngulangi kekalahanya di Kawasan Parlimen Marang jika beliau bertanding di kawasan berkenaan, malah beliau juga akan kalah walaupun bertanding pada kawasan mana pun di Terengganu.
Sama ada kepercayaan (lebih kurang firasatlah juga) saya boleh dipercayai atau tidak, kita tunggu pada 8 Mac nanti.
Pejuang Islam tulen tidak perlu takut kalah untuk bertanding di mana-mana pun kerana kalah menang bukan kuasa manusia untuk tetapkannya tetapi terpulang kepada apa yang disurat dan ditakdirkan-Nya.
Berbanding dengan di Terengganu dan Kelantan yang rata-rata majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan Islam, penekanan untuk memberi kesedaran dakwah dan mengembangkan syiar Islam perlu ditumpukan di Pulau Pinang yang walaupun pahit menjadam untuk ditelan teteapi hakikatnya kena diperakukan bahawa masa depan orang Melayu dan Islam di pulau mutiara itu semakin kelam dan berbalam.
Tenaga-tenaga hebat dan tersohor lagi berpengaruh dalam hal-hal kedaulatan dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz dan tokoh-tokoh lain juga perlu ditumpukan ke Pulau Pinang.
Orang Kelantan dan Terengganu tidak perlukan gerakan dakwah oleh tokoh-tokoh besar dan berpengaruh kerana rakyat di kedua-dua negeri memang sudah 'over' dengan gerakan dakwah, cukup dengan peranan yang dimainkan oleh pendakwah-pendakwah kelas sederhana sahaja.
Untuk tujuan dan maksud itu, maka kesediaan Haji Abdul Hadi untuk bertanding melawan Pak Lah tidak patut dilihat dan dianggap sebagai suatu 'kenakalan dan kelucuan' yang tidak perlu diambil serius.
Sebaliknya ia perlu dialu-alukan, sempit tapak tangan, Lapangan Terbang Bayan Lepas patut ditadahkan kerana kesediaan Presiden Pas untuk bertanding di Kepala Batas.
Di kwasan Presiden bertanding tentulah segala jentera akan digerakkan, maka secara tidak langsung syarahan, ceramah, kempen dan rapat umum yang diadakan akan dapat diselitkan dengan seruan dakwah, sekaligus terlepaslah tuntutan fardhu kifayah.
Soal pengundi akan menangkan Haji Abdul Hadi atau tidak terpulang kepada gerak rasa yang akan ditetapkan oleh Allah Yang Maha Kuasa terhadap setiap pengundi.
Macam mana pun jika benarlah Haji Abdul Hadi mengotakan katanya, maka ianya akan menjadikan PRU12 yang mana penamaan calonnya adalah pada 24 Februari dan hari mengundinya pula pada 8 Mac yang membabitkan perbelanjaan RM200 juta, akan menjadi satu lakaran sejarah penting tanahair.
Ia juga akan menjadi sejarah penting kepada 10,922,139 pengundi dengan 10,701,054 pemilih awam dan 221,082 pemilih pos serta 30 parti politik berdaftar dan 149,00 kakitangan SPR tidak termasuk 50,000 kakitangan sokongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
HADI vs PAK LAH: WHY NOT?
Memang "Kesediaan Presiden Pas melawan Presiden Umno yang disifatkan oleh penulis/wartawan Utusan Malaysia Rozaman Ismail sebagai kenyataan bunyinya sangat gah, berani dan ada sedikit gong".... (sebenarnya bukan sedikit 'gong' tetapi dah jadi banyak 'gong')
Apa la yang hendak dibanggakan kalau hanya tujuan bertanding saja-saja nak test power. Bertanding pilihanraya ni nak jadi Tok Wakil di kawasan itu, bukan benda suka-suka. Ghapo matlamat, ghapo tujuan kena jelas.... kalau hanya sekadar nak penuhi nafsu saja, baik tak payah!
Apa-apa pun kalau sungguh gak... kepada Hj. Hadi selamat datang ke Kepala Batas. Ore Ghanu memang nak 'peranyut' ke laut dah kali ni. Kat sana nanti, tak payah la 'peranyut' ke laut, pade tambat di gretok (jambatan) Pulau Pinang dah la
http://buletinonline.net
Akibat tekanan berat yang dihadapi, Cikgu Zakaria telah dimasukkan ke wad Psikatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nurzahirah, disini hari ini.
http://www.ganulening.net
Ramai orang dah tau yang Mustaffa Ali pernah gila hingga kena pasung. Tunggu wak akan dedahkan cerita orang mengenai Mustaffa Ali GILA + sijil yang memperakui Mustaffa Ali pernah GILA. Isu rusuhan PAS di Batu Buruk sudah cukup mendedahkan siapa Mustaffa Ali sebenarnya. Rupa-rupanya PAS lantik pemimpin gila.
....................
rupa-rupanya dua beradik ni ada penyakit......
Selamat Datang Nasharuddin Mat Isa
BN Bachok mengucapkan 'selamat datang' kepada pemimpin pusat PAS yang khabarnya hendak mencuba nasib di Bachok. PAS mempertaruhkan pemimpin besar mereka di peringkat pusat dalam usaha merampas Parlimen Bachok.
Kepada orghe-orghe Bachok, kawe nak tanyo.....
"Demo semuo kenal ko sapo dio Nasharuddin Mat Isa ni?"
"Mano demo lebih kenal antara Nasharuddin Mat Isa dengan Dato Awang Adek?"
"Sanggup ko demo mempertaruhkan masa depe Bachok kito ko orghe hok tak tahu di mana rumah-tanggonyo?"
Kita orghe-orghe Bachok pakat-pakat kelih molek laaa, nak pilih sapo jadi Tok Wakil kito! Mari kita pakat peranyut ke laut la kalau Nasharuddin mari tanding di Bachok!
http://orghebachok.blogspot.com/
MSO Kata....
Sehubungan itu tersebar juga khabar mengatakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa tidak akan bertanding di mana-mana kerusi baik Parlimen ataupun DUN pada pilihan raya akan datang.
Langkah itu diambil bagi mengurangkan masalah kepada Umno Kelantan.
Annuar yang dianggap sebagai menjadi liabiliti kepada Umno dikatakan akur dengan kemungkinan strategi itu.
Meli Kata....
Bgi saya nak tahu sama ada Pas dalam keadaan tertekan atau tidak, boleh dilihat sama ada Tok Guru Nik Aziz masih bertanding atau tidak. Kalau Tok Guru Nik Aziz masih bertanding, bemakna Pas dalam keadaan sangat terdesak dan Tok Guru Nik Aziz terpaksa dijadikan denak dan kalangan yang kecewa kerana tidak berpeluang jadi MB kerana Tok Guru lambat bersara, terpaksa berlakun maniskan muka.
Kalau Pas yakin boleh menang, Tok Guru Nik Aziz tidak akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihanraya umum kali ini kerana faktor usia dan serangan yang agak teruk terhadap anak-anak dan menantunya tidak mustahil akan memerosotkan undi yang diperolehinya.
Kawe kata...
Siapa yang dah jadi liabiliti kepada parti sebenarnya? Adakah benar DSP Nuar menjadi liabiliti kepada UMNO, atau pun dia menjadi liabiliti kepada PAS dalam usaha mempertahankan Kelantan?
Begitulah juga sebaliknya dengan kedudukan Nik Aziz.
Cuma.... adakah benar kedudukan Nik Aziz masih lagi menjadi liabiliti dalam usaha BN merampas Kelantan?
Dalam situasi Kelantan sekarang ini... adakah apa-apa lagi yg boleh menghalang kemenangan BN kerana... sudah lama tidak kedengaran tentang kekuatan PAS dengan adanya Nik Aziz.
Reputasi Nik Aziz sebagai tonggak kekuatan PAS sudah semakin terhakis akibat kerakusan orang paling kanan dalam kerajaan Kelantan.
Kalau pun tidak BN..... maka 'orang paling kanan'nya itulah sendiri yang akan melenyapkan Nik Aziz selepas PRU 12 nanti.
Salah satu masalah yang membawa kekalahan mana-mana parti ialah
masalah berebut dan melobi nak jadi calon. Setelah membaca blog
MSO berkaitan masalah di DUN Tendong keyakinan penulis bahawa
Pas akan makan kuah, BN akan makan isi dalam pilihanraya ini makin
kuat.
Penulis yang terlibat secara langsung semasa proses pengisian kertas
penamaan calon seorang calon pada pilihanraya umum 1999 telah
mengalami sendiri kekalutan dan bercelarunya proses pengisian borang
pencalonan tersebut. Selain daripada masalah kakitangan yang
sepatutnya menolong mengisi borang tidak ramai masalah ketentuan
calon juga menjadi punca berselerak dan berserabut pada hari
pengisian borang.
Hari penamaan calon ialah pagi sabtu. Pada pagi jumaat lagi media
menunggu senarai calon tetapi tidak dapat diumumkan. Penyokong dan
pencadang pula datang dari seluruh Kelantan bertumpu ke Kota Bharu
untuk mengiringi bakal-bakal calon maka adalah yang terpaksa tidur
berbantal lengan sementara siap bakal-bakal calon mengisi borang.
Satu calon perlu ada 6 orang penyokong dan pencadang.
Yang bekeng akan di isi dulu oleh kerani yang membantu. Yang tidak
bekeng tunggulah. Kecelaruan pengisian borang tersebut berpunca
daripada ketidak ketentuan daripada awal siapa calon yang patut
bertanding sehingga ada yang datang lewat malam dan khabarnya pada
tahun tersebut yang pernah bekerja sebagai tukang kebun ada juga
diangkat menjadi clon.
Proses yang bercelaru dan tidak sistematik berakhir dengan kekalahan
teruk parti tersebut di Kelantan. Penulis yang menjadi ahli parti A
terpaksa pula menolong kawan dari parti B mengisi borang penamaan
calon beliau kerana masa yang suntuk dan timbul pula karenah
penyokong dan pencadang yang hendak balik cepat, ada kerja dan
macam-macam kerenah. Setiap calon perlu mengisi dua set borang
kerana bimbang penyokong atau pencadang menghadapi kemungkinan
mati tiba tiba atau berubah hati menarik balik sokongan dan cadangan
atau juga diculik oleh parti lawan. Satu set lagi mengandungi borang
yang dikosongkan nama calon bagi menghadapi kemungkinan calon
pertama di tolak kertas pencalonan atau mati atau berubah hati atau
diculik juga oleh pihak awan.
Begitulah pengalaman lama yang datang kembali ke kotak minda
setelah membaca tulisan Tuan Haji MSO sebentar tadi. Penulis yakin
mana-mana parti yang selesai awal soal pemilihan calon InshaAllah
akan berjaya, jika rokrat dari awal kesudahannya pun rokrat dan ghuyup jugalah.
Cerita ada pemimpin Pas gila pernah di beritahu oleh seorang bekas orang kuat Pas terengganu pada wak. Tapi penyakit ni hak tuhan bui bukan dia nak jadi tak leh lah buat isu polotik.
jugalah.
Kepada shifu67 ore kuat cikgu lias jelawat kalau x keberatan bui no tel ka wak.. Mintak dengan abe Li lah deh nombor wak. Sbb Jelawat dgn Peringat ni tak jauh.
Wak Hamad Peringat.
Macam yang abe Li pernah kata Wak Hamad seorang yang sangat 'bermaklumat' dan tentunya Wak Hamad buke orghe biasa-biasa dalam parti. Kawe beraso malu ke diri, kerana kawe sebenarnya tak dok ghapo2 dalam parti... hanya sekadar tolong dato lias buat kerja yg dia arahkan saja. Wak Hamad boleh hubungi email saya.... shifu67@gmail.com atau kunjungi blog saya... http://siapanakjawab.com
KAPAK JANGAK DAH JADI MEDAN PENGOMEN UMNO. MELI DAH GILA.
Nak tau siapa calon PAS di Kelantan?
Datuk Husam tanding di DUN Salor. Buni Amin dinyah seperti diramal.
Tempat Datuk Husam di DUN Kijang diambil oleh Senator Wan Ubaidah, isteri arwah Wan Azim adik Cikgu Wan Rahim.
Ustaz Mat Mustapha bekas Ketua PKR Kelantan tanding di DUN Demit. Ustaz Mat Iraq direhat.
Dr Rosli Allani tanding di DUN Bunut Payong. Datuk Takiyuddin dipindah ke Parlimen Kota Bharu.
Nasaruddin Mat Isa tanding di Parlimen Bachok.
Dr Hatta Ramli tanding di Parlimen Pasir Puteh.
Cikgu Wan Rahim YDP Kota Bharu tanding di Parlimen Rantau Panjang.
Datuk Halim tanding di Parlimen Pengkalan Chepa.
Salahuddin Ayub tanding di Parlimen Kubang Kerian.
Datuk Kamaruddin Jaafar tanding di Parlimen Tumpat.
Datuk Ibrahim Ali tanding di Parlimen Pasir Mas.
Dr Zulkifli Mohamad YDP Gua Musang tanding di Parlimen Kuala Krai.
Bekas Senator Siti Zailah tanding di Parlimen Jeli.
Dah 10 Parlimen, Gua Musang, Tanah Merah, Ketereh, Machang tak relevan. Tak payah tau siapa calon dia.
DUN mana lagi nak tau?
Cukup lah tu dulu. Kalau umum semua kan tak ada benda lagi Tok Guru Nik Aziz nak umum nanti. Kena kesian juga kat dia, he he he.
SELEPAS tujuh hari menyiarkan undian, seramai 740 pembaca KLpos.com memilih Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebagai pengganti yang sesuai kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Husam yang merupakan exco kanan kerajaan PAS Kelantan mendapat 562 atau 75.9 peratus undi.
HA HA HA
UNDIAN BANGANG
562 ORANG NI SIAPA?
ORANG PAS ATAU BUKAN?
ORANG KELANTAN ATAU BUKAN?
BELAJAR TEKNIK PENSAMPELAN DULU SEBELUM BUAT KONKLUSI KALAU TAK NAK KENA GELAK KAT ORANG.
Senarai bocor? Sama ada kapak jangak nak kena hack lagi atau senarai diubah untuk elak malu. Tunggu dan lihat!
Nak hack apa? Lagi cepat umum lagi elok. Sanggah Tok Sago Tarmizi Jam dan Tinta Merah MSO pun duk umum nama calon juga. Mengapa tepat 100% dengan senarai yang dilulus Jawatankuasa Pas Pusat? Anonymous yg hantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat?
Kenali Datuk Husam Musa:
Pendendam besar: Menghambat Buni Amin Hamzah di DUN Salor macam menghambat kucing kurap kerana Buni Amin pernah menghambat Fadli Samat kroninya dari KPK.
Pencatur besar: Memindah Takiyuddin Hassan dari DUN Bunut Payong ke Parlimen Kota Bharu kerana tak mahu disaingi Takiyuddin untuk jadi MB.
Post a Comment