Saturday, February 16, 2008
BERANI TULIS BERANI TANGGUNG (3)
Demi Untuk Kebaikan parti, pemimpin, ahli dan penyokong - Pas kena kalah di Kelantan dalam PRU-12
oleh
RAMLI ADUL HALIM
SEBENARNYA sejak tahun 2004 lagi saya dah nyatakan pendirian saya, Pas akan kalah dan perlu kalah di Kelantan pada pilihanraya umum ke-12 (PRU-12) bukan kerana saya anti Islam atau anti Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa dan mendabik dada serta memukul canang konnnya perjuangannya berlandaskan al-Quran dan Hadis, tetapi kerana atas keperluan untuk nantinya Pas akan kembali ke landasan, tujuan dan matlamat asal penubuhannya.
Semalan ketika ke Masjid Kampung Sireh, saya ditanya parti mana akan menang dalam PRU-12 di Kelantan dan saya jawab: pada sayalah kali ini Umno/BN akan menang dan Pas kena kalah demi untuk kebaikan parti itu dan juga pendukung serta penyokongnya.
Seeorang ahli jemaah agak marah dan anggap saya sudah dibeli oleh Umno. "Berapa Umno bayar ko demo? Kayo macam Khairy Jamaluddin doh la demo lloni?" tanyanya dalam nada marah menyergah.
Macam mana pun ada seorang jemaah lain dengan nada keras menyampuk: "demo ingat syeikh kita ni ikan selar kuning ke boleh dibeli-beli?. Jangan nilai harga diri kita serupa dengan nilai diri kita...nampak pitih macam ikan lampam dan ikan juara bau dan nampak taik".
"Tak payah jemaah masjid kalau tak sokong parti Islam gat. Mari masjid pun mati masuk neraka juga. Tuhan hanya terima amal ibadat orang Islam jah. Tuhan mana nak terima amal ibadat orang Umno...parti sekular" balas jemaah tadi. Nadanya keras.
"Demo berkecek macam demo dengan puak-puak demo ada senarai nama doh dalam syurga. Orang bukan Pas gat tersenarai nama dalam neraka belako. Demo mengaji dengan tok guru mana?"
Saya segera meminta supaya pandangan saya tadi ditolak kalau tidak setuju. Saya juga kata, dalam berpolitik kita boleh setuju dan boleh tak setuju. Saya bimbang nanti bebahas punya berbahas akan bertukar dengan gocoh menggocoh pula. Pecah muka, belog batang erong takdok pasa.
Saya beri alasan ada urusan dan perlu segera pergi. Lagi pun pada waktu itu di perkarangan masjid tinggal kami bertiga saja lagi. Lampu masjid sebahagian dah dipadamkan oleh Tok Siak. Lega saya bila melihat kedua-duanya turut beredar selepas keduanya bersalaman.
Dari reaksi spontan ahli jemaah berkenaan terhadap pandangan saya menampakkan dengan jelas bahawa wabak dan sindrom keercayaan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas begitu menular dalam Pas.
Barangkali kerana kepentingan politik, para pemimpin parti itu sanggup membiarkan penularan wabak yang bukan sahaja boleh mencarikkan akidah itu tetapi juga boleh merosak-jahanamkan akidah.
Beradasrkan catatan yang ada dalam simpanan saya, Pas ditubuhkan pada tahun 1951 ekoran dari satu pertemuan alim ulamak di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah di Butterworth yang mana mudir madrasah berkenaan adalah Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim, ayahnda kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Malaysia sekarang.
Haji Ahmad Badawi bertindak selaku tuan rumah kepada persidangan yang berlangsung pada 24 November 1951 itu. Bagaimanpun Haji Ahmad Badawi kemudian meninggalkan Pas dan menyertai Umno. Pas didaftarkan sebagai sebuah parti politik oleh seorang pegawai berbangsa India beragama Hindu.
Berdasarkan kepada catatan sejarah itulah, maka saya tidak taksub dan melihat ketaksuban terhadap Pas yang dianggap parti Islam dengan mengangap Pas itu Islam dan Islam itu Pas sebagai suatu ketaksuban yang boleh membawa kepada kepunahan akidah.
Hakikatnya Islam jauh lebih awal wujud, yakni ekoran dari Allah menggezetkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul akhir zaman serta penghulu bagi sekalian anbia pada malam 17 Ramadhan bersamaan dengan 6 Ogos tahun 610 Masehi yakni kira 1,341 tahun lebih awal dari kemunculan Pas.
Berparti politik dan berpolitik secara Islam memang boleh, malah memang patut pun tetapi menganggap sesebuah parti politik itu Islam dan Islam itu adalah sesebuah parti politik tertentu, pada saya merupakan suatu kemungkaran yang nyata.
Islam bergerak dan digerak serta berkembang dan dikembangan berpaksikan 6,236 ayat al-Quran dengan 4,780 adalah ayat yang terhimpun dalam surah Makkiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah ayat-ayat terhimpun dalam kategori surah Madaniyyah.
Pas bergerak atas paksi apa? Islam melalui al-Quran mahu pun sunnah Rasulullah s.a.w. melarang umatnya memaki hamun dan mengkafirkan orang tetapi dalam Pas ramai yang terlalu mudah memaki hamun individu atau puak yang tidak sokong Pas.
Secara tidak langsung orang Pas ingkar larangan supaya jangan memaki hamun individu atau puak. Ceramah-ceramah dalam kebanyakan ceramah pimpinan Pas lebih banyak maki hamun dan memburukkan lawan dari memperjelaskan dasar Pas dan apa perlunya serta apa lebih baiknya Pas berbanding dengan Umno/BN.
Mengkafirkan orang dilarang tetapi ada kalangan orang Pas bila jumpa rakan-rakan yang diyakini tidak sokong Pas akan berkata: "bbo la wei...marilah masuk Islam getek" yakni merujuk kepada rakan yang tidak Pas supaya masuk Pas atau supaya sokong Pas. Saya sendiri pernah menerima ucapan begitu.
Mungkin ianya dianggap sebagai suatu gurauan. Soalnya apakah Islam yang sedemikian suci yang diturunkan kepada manusia oleh Allah Yang Maha Suci untuk mensucikan manusia boleh dijadikan bahan gurauan?
Islam melalui hadis-hadis Rasululah s.a.w. tidak menggalakkan mereka yang berkandak kepada jawatan dalam pemerintahan diberi jawatan, sebaliknya jawatan pemerintah digalakkan diberikan kepada mereka yang tidak berhajat.
Tetapi dalam Pas tidak jauh bezanya dengan Umno, bukan sahaja tawarkan diri bertanding merebut jawatan tetapi dipasang kaki dan juru kempen termasuk melalui SMS supaya menang dalam pertandingan merebut sesuatu jawatan, tidak mustahil tukang kempen diberi upah.
Dalam Islam para pemimpin diminta bersedia menerima teguran tetapi dalam Pas kalau ditegur sikit (bukan lagi diletak hujung mata pedang di leher oleh si tempang seperti yang dialami oleh Umar Al-Khattab) dah bukan setakat dianggap agen musuh, bekerja untuk musuh dengan upahnya berjuta tetapi boleh diugut saman, malah blog pun boleh digodam dan dimusnahkan.
Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan rasul berdoa minta baginda hidup dan mati dalam keadaan miskin, khalifah ar-Rashidin dari kaya menjadi miskin ketika jadi khalifah.
Umar Abdul Aziz - dari seorang yang suka bergaya dengan pakaian dan bau-bauan yang mahal hanya memiliki sehelai jubah sehingga akhir hayatnya sebagai khalifah.
Dalam Pas semakin tinggi kedudukan makan semakin hebat tunjuk gaya hidup mewah, macam mana boleh mendakwa mendukung dan menyokong parti Islamik.
Jadi bila direnung-renungkan, mana Islamiknya Pas selain dari namanya yang sengaja dibubuh Partai Islam Se Malaysia/Partai Islam Se Tanah Melayu, lebih-lebih lagi bila melihat kepada penggerak parti itu. Berapa kerat ada orang Pas yang ilmu amalnya macam Tok Guru Nik Aziz dan macam Datuk Dr Haron Din.
Kalau cara hidup pimpinan Pas tidak ada apa bezanya dengan orang Umno, maka mana relevennya untuk mendakwa dan diterima dakwaan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Islam digezet oleh Allah, Pas digezet dan diluluskan oleh pendaftar pertubuhan berbangsa India beragama Hindu, mana layak disama-tarafkan dengan Islam.
Bagi saya, berdosa besar bagi mana-mana pimpinan Pas yang membiarkan para penyokong parti itu yang berpegang kepada kepercayaan Pas itu Islam dan Islam itu Pas, apatah lagi jika ada yang taksub dengan anggapan hanya orang Pas sahaja yang layak masuk syurga.
Kerana, bagi saya, pada pilihanraya kali ini Pas akan kalah dan perlu kalah di Kelantan supaya dengan kekalahan itu orang Pas yang dalam keadaan serabut fikiran dan jiwa tertekan nanti akan bebas dari kelekaan, manggak, sombong, angkuh, rasa hebat dan berpengaruh.
Hakikatnya sifat semula jadi manusia akan banyak kalah kepada nafsu ketika diberlawankan dengan akal ketika dalam keadaan sihat walafiat dan dalam keadaan mewah dan hebat sehingga bukan sahaja hukum hakam jarang dipandang tetapi Allah pun boleh dilupakan.
Manusia akan ingatkan Allah, akan rajin beribadah kepada Allah dan akan berusaha untuk mencari-cari apa dosa yang telah dilakukan bila diri dalam kesusahan atau ditimpa musibah.
Dalam bidang politik dan kepada orang politik, menghadapi kekalahan teruk, apatah lagi dengan kehilangan kuasa pemerintahan akan menjadikan mereka akan ada keinginan untuk memuhasabah diri.
Justeru itu demi untuk nantinya Pas akan jadi parti politik yang baik, mantap dan kuat dengan pemimpin, ahli dan penyokong akan menteladani kempinan Rasulullah s.a.w. dalam erti kata sebenar, maka Pas perlu kehilangan kuasa sebagai kerajaan di Kelantan pada PRU-12 ini.
Dengan itu, sikap berebut dan sanggup melobi untuk jadi calon dalam pilihanraya tidak akan berlaku kerana masing-masing akan melihat bahawa para pemimpin walau sealim mana pun akan hanya masuk syurga setelah semua yang dipimpin masuk syurga semuanya.
Sekarang berlaku perebutan sama ada sebagai calon pilihanraya mahu pun untuk jawatan MB, TMB, exco, PM, TPM, menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan sebagainya adalah kerana masing-masing mahukan kuasa, kehebatan dan penghormatan. Soal akan macam mana keadaan di akhirat nanti tidak ada langsung di ruang mata, soal syurga-neraka jarang berputar dalam kepala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
SAH MELI GILA DAH WEI!
Anonymous said...
SAH MELI GILA DAH WEI!
Bukan sah meli dah gila, memang dia kata tu ada benarnya, dan fikrah umnonya kian terserlah. Buat apa nak digegerkan lagi. Kata Mli memang patut pas kalah di Kelantan, kata ambo memang patut BN Kalah Satu malaysia. Koh Guanodemo
Ambo pengundi PAS jugak, tapi loni bila tengok wakil rakyat PAS hidup koho mewah bukan hasil kerja asa; dia ambo rasa PAS lari dan seleweng dari matlamat asal. EXCO tu ada gotu ada goni , naik flight tiap minggu guna duit parti dan Kerajaan Negeri jupa bini ko, saing ko lagu mana lah rasa rakyat marhain???
Anonymous said...
Ambo pengundi PAS jugak, tapi loni bila tengok wakil rakyat PAS hidup koho mewah bukan hasil kerja asa; dia ambo rasa PAS lari dan seleweng dari matlamat asal. EXCO tu ada gotu ada goni , naik flight tiap minggu guna duit parti dan Kerajaan Negeri jupa bini ko, saing ko lagu mana lah rasa rakyat marhain???
February 16, 2008 2:22 PM
Komen Kawe- Jangan berasa-rasa la gu nanti, nok ke alah kebaikan jadi fitnah pulak. Kalu demo tok puas hati baik berdepan dengan ore yg. demo kato tu. Jangan duk main kato belake.Takut pah jong ngato tu pun 2x5, 5x2 saja.Kawe nok tanyo, kalu demo rasa pas dah lari dan seleweng dari matlamat asal, bagaimana pulak parti umno dan pemimpinnya? so pilihanraya ni mana nak pilih? atau tak keluar mengundi?atau rosakkan kertas undi?
Kawe anak kelantan di perantauan ni, duduk kat luar kita nampok keburukan BN, duduk kat kelantan, demo pulok nampok keburukan pas.Biasalah berpolitik. Tu belum lagi rapat atau jadi ore kuat kepada parti umno /pas, mesti lagi banyak keburukan hok kito tahu, contohnya macam sedara Ramli tahu keburukan PAS, contohnya macam hamid derani tahu keburukan UMNO.Bagi kawe tak salah kita ngundi pas atau umno, cumo yg jadi salahnya jangan undi kita tu menyebabkan diri kita ada tempah saham ke neraka?
Takut pah jong ngato tu pun 2x5, 5x2 saja.Kawe nok tanyo, kalu demo rasa pas dah lari dan seleweng dari matlamat asal, bagaimana pulak parti umno dan pemimpinnya? so pilihanraya ni mana nak pilih? atau tak keluar mengundi?atau rosakkan kertas undi?
Seleweng ko ghapo ko.... tak kiro parti ghapo pun, mugo selagi namo manusio belako hok yg duduk situ. Hok Bezonyo... banyak sikit, besar kecik jenis seleweng tu... tapi tetap seleweng jugok.
PAS kata BN seleweng.... mugo tak leh ko dio. BN kata PAS seleweng, mugo tak keno dgn kehandok dio... lagu tu laaa weiii... selagi atas dunia ni gakkk
Janganla kita berfikiran sempit bahwa kalau jadi wakil rakyat PAS tak boleh bermewah. Islam tidak pernah melarang umatnya menjadi kaya.
Cuma yang dilarang adalah berlebih-lebihan. Selagi kemewahan bukan datang dari sumber-sumber yang diharamkan kenapa tidak..silakan.
Kita kadang2 terlalu cepat bersangka buruk dengan seseorang.
Jangan cepat melatah. Takut nanti jadi fitnah. Betul ke kita kata orang tu naik kapal terbang atas urusan peribadi guna duit parti atau duit kerajaan. Kita dah siasat ke?
Saya lihat begini. Sekiranya benar tuduhan salah guna kuasa atau penyelewengan pemimpin PAS saya yakin dalam sekejap masa sahaja BPR akan membuat pendakwaan. Kerana BPR dibawah kerajaan PUSAT. BN tak akan lepas isu ini. Tapi setakat hari ini, isu ini hanya diperingkat cakap2 sahaja.
Dan sekiranya ada bukti maka saya juga bersetuju pemimpin itu dihukum kerana ianya merosakkan perjuangan. Kita tak boleh hukum Parti secara keseluruhan kerana hanya sebagian kecil sahaja yang rosak.
Kalau pemimpin PAS gilakan kemewahan sudah pasti beberapa ADUN yang cuba dibeli tak akan menolak tawaran jutaan ringgit yang pernah mereka terima dari UMNO.
Yang peliknya orang yang mengkritik pemimpin PAS hidup mewah tetapi boleh pula menerima kemewahan pemimpin UMNO yang mega mewah. Malah bukan mereka tidak tahu bahawa kemewahan pemimpin UMNO ini datang dengan cara yang sangat luar biasa.
Sebelum kita membuat keputusan untuk menolak PAS sudah kah kita membuat persediaan menerima UMNO?
Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi kenaikan harga petrol dalam masa 2-3 bulan selepas pilihanraya. Apabila harga petrol meningkat, pasti harga barangan akan meningkat, banyak kilang akan tutup, ramai orang kehilangan pekerjaan dan akhirnya jenayah akan bertambah sebab orang tak ada kerja barang pula mahal dalamasa yang sama pemimpin UMNO semakin kaya raya.
Sebab itu saya kata, orang yang harapkan PAS kalah ini adalah orang yang dikuasai sifat marah sehingga tidak boleh secara rasional berfikir apakah UMNO/BN itu lebih baik dari PAS. Lainlah kalau kita ada pilihan lain.
Buat dulu perbandingan kerosakan yang dibuat oleh PAS dan UMNO. Kemudian baru buat pilihan.
Ingat, sekali UMNO ambil alih Kelantan adalah sukar untuk dirampas kembali. Bukan kerana prestasi baik tetapi kerana penyalahgunaan jentera dan tektik ugutan.
FADZLI
Post a Comment