PETIKAN DARI SIRI MBI................
Pendapat, pendirian, kepercayaan, pegangan dan ketaksuban boleh merosak dan mempunah-ranahkan akidah, malah secara tidak langsung patut dibimbangi akan menterencatkan keimanan dan ketakwaan Tok Guru Nik Aziz sendiri yang turut terdedah kepada godaan syaitan dan iblis lkanatullah yang dari segi kesarjanaan dan powernya akan seimbang dengan tahap pe-milikan ilmu amal Tok Guru Nik Aziz itu sendiri dalam usaha untuk menyesat-baratkan anak cucu Adam.
Ketaksuban yang melampau boleh mendorong orang yang ditaksubi itu menjadi riak dan takbur dan nanti akan menjadi tokoh atau individu yang tidak boleh ditegur ketika ianya patut ditegur.
Ianya tidak mustahil boleh berlaku kepada Tok Guru Nik Aziz kerana beliau juga adalah manusia seperti manusia lain yang akan meng-hadapi zaman kelemahan fizikal dan mental kerana dimamah usia.
Tok Guru Nik Aziz disayangi oleh setiap orang yang impikan sebuah kerajaan dan tatacara politik yang benar-benar berteraskan Islam dan kalau boleh beliau kena gagah perkasa dan kekal sebagai Mursyidul Am Pas dan menjadi Menteri Besar, malah kalau boleh biar beliau menjadi Perdana Menteri sampai kiamat.
Tetapi hakikat kejadian manusia kena diteri-ma.
Sampai masanya pendokong dan penyokong Pas akan terpaksa berdepan dengan kehilangan Tok Guru Nik Aziz tetapi biarlah pemergiannya, seboleh-bolehnya dalam keadaan tidak dibebani dengan rasa riak dan sombong kerana ketaksuban melampau para penyokong.
Mudah-mudahan beliau dikurniakan kekuatan tahan diuji oleh Allah dari gangguan rasa riak dan sombong dari bisikan syaitan dan iblis yang sesat lagi menyesatkan.
Para pendukung dan penyokong Pas yang benar-benar sayangkan beliau mesti doakan kelurusan jalan dan kesiroo-tol-mustaqian untuknya.
Celaka yang amat sangat bagi mana-mana pendukung dan kesempatan yang terlibat secara langsung menjadikan beliau yang begitu berjasa dilihat seabagai tamak dan gila kuasa pada penghujung hidupnya.
Penulis sangat sedih dan tersentuh kerana akhir-akhir ini, terutama dalam tempoh Kerajaan Membangun Islam di Kelantan goyah gara-gara keputusan Pilihanraya Umum Ke-11 yang tidak menyenoronokk, nama Tok Guru Nik Aziz men-jadi bahan sendaan sebagaimana orang pernah sendakan Ku Li dan Ibrahim Ali di kedai-kedai kopi, malah ada orang Pas sendiri sudah tergamak mencaci beliau.
Melalui blog kelolaan saya, pelbagai tohmahan, caci cerca dituding kepada beliau, anak-anak dan menantunya.
Kononnya ada individu tertentu yang lebih berbisa dalam menentukan suara Tok Guru Nik Aziz khususnya sebagai Menteri Besar.
Gara-gara sindrom yang serupa kini mula melanda, maka penulis mengambil risiko me-nerbitkan SIRI MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ini walaupun isi kandungannya mungkin agak pahit.
Anggaplah ianya sebagai pahitnya ubat, semakin pahit semakin mustajab.
Sayangilah beliau dengan berusaha untuk me-mastikan agar syaitan dan iblis tidak mudah memperdayakan beliau pada hujung usianya setelah banyak jasa dan baktinya ditabur tanpa takbur.
Sunday, May 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jom kite sama sama tumbangkam kerajaan pas- Parti Anak Syaitabvn
Post a Comment