Kesediaan Dr Mahathir untuk didakwa, kerja suruhanjaya lebih mudah
DALAM pada bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya semua pihak tidak melakukan perbicaraan ke atas individu-individu terbabit atau dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Dijraja berhubung klip video V.K. Linggam, saya juga tertarik dengan kesanggupan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk didakwa berkaitan itu isu berkenaan.
Kesedian Dr Mahathir untuk didakwa, secara tidak langsung akan memudahkan kerja Suruhanjaya Siasatan Diraja yang mungkin sebelumnya teragak-agak untuk kaitkan bekas Perdana Menteri keempat bagi negara itu yang mungkin dilihat sebagai berimuniti atas nama bekas peminpin dan tokoh utama negara.
Jika diperhatikan kepada ketegasan bahawa pendakwaan terhadapnya akan memberi peluang kepada beliau untuk memberi keterangan di mahkmah mengenai pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim termasuk usaha melobi, bermakna jika Dr Mahathir didakwa, isu berkaitan akan selesai dengan lebih mudah.
Beliau yang menaruh harapan agar siasatan itu tidak ditamatkan dengan akhirnya diputuskan 'tiada kes' kerana ia akan menyebabkan beliau tiada peluang untu menerangkan apa sebenarnya berlaku, secara tidak langsung dapat dimengertikan bahawa beliau adalah antara individu yang boleh membantu memecah kebuntuang kes apabila beliau berkata;
"Saya nak cerita berkenaan hakim yang melobi saya dan kalau melobi ini adalah satu perkara yang salah, maka hakim ini juga patut disiasat" juga berkata; :Saya tidak buat salah, saya tahu. Tetapi kalau saya tidak didakwa di mahkamah, maka saya tidak verpeluang untuk mendedahkan segala-galanya".
Bagi saya kata kunci 'maka saya akan tidak akan berpeluang untuk mendedahkan segala-galanya' patut dijadikan penyebab untuk mendakwa Dr Mahathir Mohamad supaya kes klip video V.K. Linggam dapat diselesaikan dengan adil dan saksama serta reputasi institusi kehakiman dan perundangan negara sentiasa terpulihara di mata umum.
Bagi saya juga ibusawat kepada kes berkenaan adalah Dr Mahathir dan dengan mendakwa beliau, maka ibarat seorang doktor yang berjaya menemukan punca penyakit pesakit yang dirawat dan dengan itu maka kerja-kerja merawat akan jadi lebih mudah.
Saya yakin seandainya Dr Mahathir didakwa, soal tudingan ke sana sini dan masalah terkaitnya nama-nama invidu tertentu berhubung dengan kes itu yang terkategori dalam pelanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak akan berlaku lagi dan media yang tersepit antara tuntutan umum untuk disogokan dengan maklumat terkini berkaitan dengan kes berkenaan serta OSA tidak akan terdedah kepada kemungkinan terlanggar OSA. sama secara sengaja atau tidak sengaja.
Pihak media tidak mungkin dapat mengepikan isu berkenaan kerana ianya adalah isu yang mahu diketahui oleh masyarakat tentang perkembangannya dari semasa ke semasa. - RH/kj
Sunday, May 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment