Rayuan uduk semeja di kalangan tokoh-tokoh terkemuka negara patut direalisasikan
RAYUAN Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abidin suoaya empat tokoh utama negara duduk semeja untuk berbincang atas semangat ukhuwah Islamiyah tentang masa depan umat Islam negara ini khususnya dan masa depan rakyat keseluruhanya pasti dibuat atas kapasitinya sebagai seorang mufti dan ilmuan Islam yang bebas dari imbasan bayangan atau bias mana-mana parti politik, apatah lagi kepentingan politik kepartian.
Mensemejakan tokoh-tokoh yang dilihat masing-masing mempunyai bilangan penyokong ramai dan sekaligus mampu mempengaruhi dan mencorak penyokonng adalah menjadi satu keperluan kepada negara sebenarnya yang kena direalisasikan agar menjadi suatu kenyataan.
Tokoh-tokoh yang disenaraikan oleh Dr Mohd Asri supaya disemejakan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya merupakan tokoh-tokoh yang berpengaruh dan ada aura tersendiri.
Demikian halnya dengan Mursyidul Am Pas Dato' Haji Nik Abdul Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keduanya merupakan tokoh-tokoh berpengaruh dan beraura.
Jika keempat-empatnya disemejakan, mereka akan mampu berbincang dalam keadaan kepala yang dingin dan dada yang lapang lagfi profesional di samping pastinya akan juga mampu menghasilkan rumusan yang berfaedah untuk agama, bangsa dan negara.
Bagi saya, Dr Mohd. Asri membuat rayuan adalah kerana bersandar dan atas kesedaran perlunya beliau memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan usaha-usaha ke arah merealisasikan rayuannya itu pula menjadi fardhu kifayah kepada orang lain pula.
Dr Mohd Ari juga telah memperingatkan kita dengan Firman Allah melalui ayat 9-10 Surah al-Hujurat yang bermaksud;
"Dan jika dua puak dariaada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara kedua; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka damaikanl;ah antara kedua dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".
Tun Dr Mahathir kecam Datuk Seri Abdullah, Datuk Seri Anwar yang menampakkan keyakinan dan kemarukkan usaha untuk tumbangkan kerajaan dan Dato' Haji Nik Abdul Aziz melihat perjuangan Umno tidak Islamik adalah kerana masing-masing melihat antara satu sama lain sebagai lawan dalam perebutan kuasa.
Orang Umno anggap Pas guna agama bagi kepentingan politik dan orang Pas melihat Umno sebagai parti sekular, juga kerana masing-masing melihat satu sama lain sebagai lawan, bukannya sebagai kawan dan regu untuk bertukar-tukar fikiran.
Kalau saling sentiasa berbincang dari hati ke hati dengan saling duduk semeja, pasti persepsi dan corak komen terhadap satu sama lain tidak akan sama seperti sekarang. Kerana itulah Dr Mohd. Asri membuat rayuan ke arah yang mana Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Melayu perlu kuat dari segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal dan bersemangat waja.
Selain dari ayat 9-10 Surah al-Hujurat, ayat 59 surah Al-Nisa' dan ayat 24-25 Surah al-Anfal juga boleh jika direnung, difahami dan dihayati pasti akan membuatkan masing-masing tidak akan kata 'TIDAK' kepada rayuan yang dibuat oleh Dr Mohd Asri.
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam.ana baca catatan anta ttg gesaan sahibul-fadhilah mufti perlis dr maza. bagus,baik.namun bila keempat2 personaliti politik popular nak disemejakan, ada halangannya iaitu minda, konsep dan matalamat yg berbeda tu.keadaan inilah yg menjadikan lahirnya mazhab2.para imam mazhab dulu, alim2 tawaduk dan ikhlas. adakah keempat2 orang tadi punya etika demikian. sbb itulah parti mereka berlainan. mana boleh bersemeja.akal islamik/pragmatisma/materialisma/kronisma/hedonisma dsb adalah punca berikhtilafnya mereka, matalamat juga berbeda. pantang bersemuka dan beralah walaupun ada pihak yg benar. inilah sebab berlakunya pemisahan agama, mazhab, parti; malah sesama adik beradik pun punya ego masing2.kan syaitan mahukan insan selalu berbalah. kalangan sesama mufti pun tak sekata. contoh di negara kita, pentadbiran agama negeri2 berbeda walaupun ada yang serupa.semuanya aliran sunni; apatah lagi bila ada islam hadhari. entah apa2, ambil nas dari mana munculnya isma baru ni. "Aamanu, amilussalihaat, tawasaubil HAQ,tawasaubissabr".InsyaALLAH kita untung dunia n akhirat.
Post a Comment