Sunday, July 6, 2008

MUNCUL KEMBALI (31)

Tragedi londeh semula pada perhimpunan protes sejuta rakyat ada hikmahnya

SEMACAM satu resam kepada masyarakat di negara ini yang akan melihat sesuatu tragedi yang tidak selari dengan naluri sendiri hanya dari sudut negatifnya dan jarang yang melihat dari sudut hikmah di sebaliknya.
Sedangkan apa juga yang telah, sedang dan akan berlaku adalah merupkan ilmu dan pengalaman baru untuk diteladani dan disempadani, yakni kena ditiru dan terima-pakai mana yang baik manakala yang yang tidak bak dan boleh memudharabkan pula kena 'di'ahok/tohok' buang.
Demikian halnya dengan tragedi penyanyi melodeh seluar dan menepuk pungguk serta menunjukkan isyarat lucah pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun membantah kenaikan harga minyak anjuran pakatan pembangkang, menyebabkan penyanyi berkenaan dibelasah.
Walaupun perbuatan penyanyi terbabit sangat tidak senonoh dan boleh dikategorikan sebagai perosak majlis, secara tersiratnya juga kebaikannya jika dilihat dari sudut hikmah di sebalik perlakuan tidak senonoh dan rosak moral itu.
Antaranya ialah secara tidak langsung tragedi yang berlaku akan memberi gambaran kepada rakyat negara ini bahawa melaksanakan sesuatu perkara tidak semudah bercakap atau mengkkritik dan menghitung salah terhadap apa yang orang lain buat.
Juga tragedi berkenaan membuktikan bahawa pakatan pembangkang yang sentiasa lantang menyalahkan kerajaan ekoran dari kenaikan minyak juga tidak akan bersih dari melakukan kesilapan kerana mereka juga manusia yang serba lemah lagi serba tidak berdaya.
Pastinya akan timbul pertanyaan kenapa kumpulan underground yang dipilih bagi memeriahkan himpunan itu? Kenapa tidak dijemput kumpulan nasyid yang tentunya bukan sahaja persembahan mereka akan penuh ksopanan tetapi juga cara berpakaian mereka dan cara mereka berkomunikasi dengan audien juga penuh dengan kesantunan.
Umum tidak boleh dislahkan jika mereka melihat dan mengandaikan bahawa tragedi mengaibkan itu berlaku adalah kerana kecenderungan, minat dan cara berfikir pakatan pembangkang juga mirip kepada kumpulan penyanyi underground.
Maka tidak hairanlah kalau polis melarang mereka menganjur dan menyertai perhimpunan itu, namun pengajuran dan penyertaan pada perhimpunan tetap juga berlaku. Manusia yang rosak moral tidak pernah mahu melihat kebaikan orang lain, sebaliknya akan tonjolkan kebaikan sendiri dan pada masa yang sama akan memperburukkan orang lain.
Maknanya antara penganjuran dan kehadiran dengan kumpulan penyanyi yang telah melakukan perbuatan yang dianggap tidak sopan dan bermoral itu secara hakikatnya sama sahaja, bak kata orang antara 2 X 5 dengan 5 X 2 jawabannya tetap sama-sama 10.
Bayangkan kalau pihak polis tidak mempedulikan perhmpunan itu, pasti akan ada kes-kes kematian kerana tidak mustahil pergaduhan yang lebih besar akan berlaku. Bayangkan juga apabila sekitar 700 anggota polis terpaksa di kerah mengawal keadaan bagi suatu perhimpunan yang tidak ada faedah apa pun untuk rakyat dan negara, maka pada ketika itu pihak yang terbabit dengan jenayah mengambil kesempatan melakukan jnayah secara besar-besaran, apa akan terjadi kepada Kelana Jaya khususnya.
Apa kuasa magic yang penganjur dan peserta perhimpunan itu ada untuk menurunkan harga minyak yang merupakan masalah global, masalah yang mencengkam seluruh dunia, bukannya hanya berlaku di negara kita. Sepatutnya segala kebijaksanaan digunakan untuk dapatkan apa-apa altenatif bagi atasi masalah, bukannya berhimpun dan mendedahkan diri kepada kemungkinan berlaku pelbagai malapetaka.
Turut dapat dilihat dari sudut hikmahnya terhadap apa yang berlaku ialah apabila pihak polis yang merupakan pakar, profesional memang diilmukan dalam soal-soal menjaga keamanan tidak mengeluarkan permit untuk sesuatu perhimpunan, maknanya sesuatu perhimpunan itu tidak selamat dari sudut kepentingan keamanan dan ketenteraman awam.
Manakala ibu bagi segala ibu hikmah ekoran dari tragedi itu membuktikan bahawa atas nama pakatan rakyat yang setakat ini asyik gagal dalam menunaikan janji kepada rakyat di negeri-negeri yang dikuasainya bahawa sukar untuk diyakini seandainya diberi mandat menggantikan tampuk pemerintahan negara, kerajaan pakatan rakyat akan lebih baik dari kerajaan yang telah sedia ada.
Yang kena diketahui oleh sekalian rakyat negara ini bahawa menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang kerana tanggungjawab kerajaan jauh lebih berat kerana mereka kena buat apa yang dicakap dan dijanjikan berbanding dengan pembangkang yang hanya boleh bercakap dan berjanji termasuk apa yang memang tidak boleh dibuat jika diberi kesempatan dan mandat untuk realiasikan apa yang dicakap dan dijanjikan

2 comments:

Anonymous said...

Betapa cetek nya pemikiran orang melayu....proteslah pecah lekong pun harga minyak tak akan turun...sbb ia mengikut harga semasa..bakpolah kita tak leh nak terima hakikat tu..basa bodo tak leh ajar cerdik tak leh tupe....pekdoh gapalah nya pakat dok beripun ....

Anonymous said...

apalah program tunjuk punggung....band rock pulak tidak senonoh....itulah gambaran akhlak orang yang bertanggungjawab dengan persembahan kumpulan songsang tu...Adakah ini yang budaya hendak dibawa oleh PKR diatas nama hak asasi manusia?
Mana kaum lain semasa konsert tersebut...yang ada melayu gaduh dan lontar melontar sesama melayu.
APAKAH MAKNA SEMUANYA INI....