Tuesday, August 26, 2008

JANGAN DORONG SALAH FAHAM MELALUI PROVOKASI

SEBENARNYA saya tidak cukup masa untuk memberi komen balas kepada komen-komen yang dihantar kerana barangkali suatu kesilapan kerana saya mempelbagai perniagaan saya selain dari penerbitan akhbar mingguan, majalah bulan dan buku.

Sekarang ini saya terpaksa kalut untuk dapatkan biji benih kelapa sawit pada jumlah 50,000 hingga 150,000 biji sebulan yang saya anggap mudah dan kacang untuk dapatkannya kerana di negara kita banyak tanaman kelapa wasit tetapi rupanya tidak semudah yang saya sangkakan.

Saya juga terpaksa buang banyak masa untuk dapatkan minyak sawit beku putih yang diperlukan oleh sebuah syarikat di Bombay, India. Sampai contoh minyak sawit beku putih yang dihantar dah mula mengecil, saya masih gagal dapatkannya. Macam mana pun saya kenalah juga berusaha kerana kedua-dua perniagaan membabitkan pembeli dari negara asing.

Kerana itu masa sangat berharga untuk saya dan komen-komen yang dihantar melalui blog saya tidak diberi komen balas, malah isi kadungan blog pun tidaklah diberi keutamaan sangat. Macam mana komen berikut terpaksa saya respon kerana ianya boleh mendorong kepada salah faham:

Anonymous said...
Mu buleh permit majalah baru pulok? Menatangmu Meli. Bakpo aku minta tokleh? KDN pilih kasih ke? Ko mu ada kaki di KDN?Guano yang Global Media aku mintak tak leh. Mu tokleh tulung ko, Meli? Ada so perrmit pun jadilah.


Para penyilau-kelih blog saya boleh komen, seranah dan makin hamun saya kalau dengan cara sedemikian dirasakan mendatangkan pahala dan selari dengan hukum hakam, malah kalau ianya mendatangkan dosa dan bercanggah dengan hukum hakam, saya harap dosa mereka akan berampun apabila setiap kali saya berdoa, saya akan doakan supaya diampunkan dosa besar dan dosa kecil kedua ibubapa saya, dosa besar dan dosa kecil saya, dosa besar dan dosa kecil bini, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu saya serta dosa besar dan dosa kecil seluruh kaum muslim sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati serta yang bakal lahir. Sebagaimana yang tidak mahu ada dosa dengan sesiapa saya juga tidak mahu ada sesiapa pun yang berodsa dengan saya atau kerana saya.

Bagaimanapun saya minta sangat-sangat supaya jangan provokasi yang boleh mendorong kepada kemungkinan timbulk salah faham. Soal saya boleh permit dan pihak lain tidak boleh, itu bergantung kepada nasib dan apa yang tel;ah tersurat yang pasti akan ada hikmah-hikmahnya. Lagi pun dunia kemediaan adalah dunia saya sejak tahun 1973 lagi, mungkin pihak yang gagal dapat itu masih baru atau kepakaran mereka tidak ada kaitan dengan medan kemediaan.

Macam mana pun kegagalan pertama bukan bermakna kergagalan untuk seterusnya. Saya sendiri acap kali gaga tetapi saya tak berputus asa dan saya akan cari punca kegagalan saya, malah saya akan belajar dengan bertanya dengan apa yang saya tidak tahu.

Umpamanya bila saya diminta membekalkan 6 juta biji kelapa sawit dalam tempoh tiga tahun untuk seorang pembeli dan 8 juta biji lagi untuk tiga pembeli, saya ambil masa untuk belajar mengenali macam mana biji benih kelapa wasit dan apa proses yang perlu dilakukan sebelum ianya boleh disemai, malah macam mana mahu kenal jantan betinanya serta kualit benih itu sendiri. Sayab dijanjikan komisyen 5 sen untuk sebiji, bayangkan dalam tempoh tiga tahun berapa yang saya dapat jika 6 juta + 8 juta = 14 juta biji benih kepada yang saya kena usahakan juga supaya saya dapat bekalkan.

Bila seorang pembeli dari Bombay India menghantar contoh minyak sawit beku putih (saya ingatkan sabun mandi pada mulanya kerana itulah pertama kali saya tengok minyak sawit yang selama ini saya ingat dalam bentuk cecair) saya terpaksa hubungi Lembaga Kelapa Kawit malaysia, persatu pengilang sawit dan saudagar industri minyak sawit untuk mula-mula kenal macam mana sebenarnya minyak sawit, dari mana saya nak dapatkan bekalan dan apa prosedur yang kena saya ada untuk bekalkan kepada pembeli di Bombay.

Kenapa saya yang pembeli cari, kenapa tidak terus cari mereka yang pakar dalam bidang berkaitan, saya pun tak reti nak jawab. Mampu ke tidak saya penuhi permintaan pembel juga saya tak tahu nak pastikan. Macam mana pun saya akan berusaha. Demikian dalam soal permit penerbit. Jika gigih berusaha, akhirnya akan dapat dan tidak timbul soal kenapa saya dapat dan ada pihak yang tidak dapat.

Soal KDN pilih kasih tidak timbul. Permohonan ditolak antara faktornya mungkin kerana tidak memenuhi prosedur, yang pasti barangkali belum ada rezeki!

1 comment:

Anonymous said...

Ah orang Global Media Chanel ke yang kuat mengutuk hang Ramli?

GMC ditubuhkan untuk kepentingan seseorang ahli politik tertentu untuk polish dan mendapat populariti dan simpati daripada rakyat.