Tidak mustahil Anwar menjadi mangsa 'over confident'
KETIKA Pilihan Kecil Kawasan Pengkalan Pasir dalam Kawasan Parlimen Pasir Mas di Kelantan diadakan kerana kematian wakil rakyatnya dari Pas, hampir tidak ada yang berani ramal, apatah lagi yang percaya bila saya memfirasatkan Umno/BN akan menang.
Ini adalah kerana ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di Stadium Mini Pasir Mas, bukan sahaja padang stadium penuh dengan lautan manusia (seorang rakan kata kalau dikumpulkan sepuluh trelar pun belum tentu muat untuk diisi kopiah mereka yang hadir), seluruh Pekan Pasir Mas sesak.
Tetapi bila keputusan diumumkan, terbukti Umno/BN menang dan Kerajaan Pas Kelantan yang memerintah dengan majoriti dua kerusi sebelumnya, terpaksa memerintah dengan majoriti satu kerusi dan kemenangan satu kerusi itu pula hnaya dengan bermajoritikan dua undi sahaja.
Maka timbul cerita pengundi hantu dan orang mati pun mengundi sehinggakan, kononnya Umno/BN menang kerana perbuatan tidak jujur di samping Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikatakan tidak telus.
Si yang dikatakan mati tetapi mengundi itu kemudiannya telah muncul di mahkamah sebagai saksi dalam pestisyen yang dikemukakan oleh Pas bagi membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan.
Menjelang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pula, ramai yang yakin Anwar akan menang mudah dan mustahil Umno/BN akan menang kerana di mana-mana pun Anwar pergi dan berceramah, kawasan tempat diadakan ceramah akan dibanjiri oleh hadirin, lalulintas akan sesak.
Jumlah kehadiran pada majlis Anwar melebihi jumlah kehadiran pada majlis-majlis yang dihadiri oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri, malah ramai yang yakin Anwar akan jadi perdana menteri selepas 16 September nanti.
Itu yang menjadi ukuran dan timbang tara kebanyakan orang dalam membuat ramalan tentang kalah-menang dalam pilihanraya, lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kecil, jumlah kehadiran yang ramai pada majlis-majlis ceramah diajdikan ukuran.
Macam mana pun keputusn muktamad akan ditentukan oleh 58,449 pengundi berdaftar di Permatang Pauh, termasuk 30,338 yang memberi undi kepada Wan Azizah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Anwar tidak boleh terlalu 'over confident', lebih-lebih lagi apabila Pas Pulau Pinang dikatakan akan memulau pilihan raya berkenaan kerana tidak berpuashati dengan kerajaan PR Pulau Pinang yang bertulang bekalangkan DAP.
Untuk tujuan rekod, sebelum Permatang Pauh dimenangi oleh Anwar (orang Ceruk Tok Kong) atas tiket Umno dan seterusnya diwakili oleh Wan Azizah, ia merupakan kawasan yang diwakili oleh Pas selama 15 tahun dengan wakil rakyatnya adalah Haji Zabidi (orang Sungai Dua).
Jika benarlah Pas Pulau Pinang (Pas dilahirkan di Pulau Pinang) benar-benar memulaukan pilihanraya kecil Permatang Pauh, bukanlah seperkara yang mustahil nantinya Anwar akan menjadi mangsa 'over confident'.
Bilangan terbesar pengundi Permatang Pauh adalah Melayu yakni sebanyak 67 peratus, diikuti Cina (21 peratus), India (11 peratus) manakala bangsa-bangsa lain satu peratus.
Saturday, August 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamuaalaikum...
Dah berapa lama Tan Sri Ramli jadi ahli umno. Ada ke dalam 30 tahun??
Mu asah kapak jangak mu pulok ke Meli? Mu jangan dok bbabat, kalu mu take, payah sekatloh nak berubat.
Ada budok duk ghoyat orang tua dok cerito, mu llo ni jadi agen pasang alat jimat minyak kereta dan kereta pun jadi pick-up.
Kalu aku nak pasang getek lagu mano?
Kalau Anwar kalah di Permatang Pauh tenunya akan timbul pula kes pengundi hantu dan dakwaan SPR tak telus.
Ke mana perginya pengundi-pengundi hantu di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor menyebabkan BN kalah di negeri-negeri berkenaan?
Meli....
mu ni x abih2 nak bobok...
gi mapuh la ngan firasat mu tu, xserik2 lagi ko buat firasat, dlm PRU baru2 ni firasat mu lagu mano???? dan apo terjadi.
mu dok kong2 palu tin kosong, kesudahan habuk pun tarak....
Ambo nak tanya lagu mano ngan bini mu jadi tok ngulu lagi ko... kalu jadi la gak .... soh la mu ni jenih tok laki xdok batu pelir.
Bakpo dok ukit bini Meli jadi tuk pengulu nyo. ko demo nak suruh bini meli bereti pah tu nak latik bini demo jadi tok pengulu. berapo belas ribu keneh gaji tok pengulu sebulan? Pah tu pulok bini demo kkijo kuat staro mano ko parti.
Meli nak buat firasat ko begapo koddoli taik gi la. Firasat dia tu ada dok kekoh batu pelir demo ko guano yang boleh demo besungguh? Nama doh firasat, ada hak betul ada hak tak betul. Demo ni mgaji sekoloh mano yang bengo pelik nah ni?
Bakpo yang dok kait Meli dengan bini dia keneh? Ko demo nak suruh bini Meli bereti jadi tok ngulu, mu nak sumbat masuk binimu jadi tok ngulu. Setara mano binimu kkijo ko parti. Dok eh gaji tok ngulu ni berapo belas ribu nah kenih sebulan.
Meli tak larang bini dia buat kijo ko Pas pun mujur bedo'oh benar doh.
Post a Comment