Wednesday, September 24, 2008

MUNCUL KEMBALI (82)

Pengakuan melakukan hubungan seks oleh ahli PKR boleh menyebabkan PR menghadapi dilema kronik


DALAM usaha mahu membersih dan mempertahankan diri dari tuduhan dan dakwaan rasuah seks oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita Cina yang dibekalkan kepadanya.
Mengaku melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tidak diikat dengan perkahwinan mengikut hukum syarak bererti mengaku berzina. Azab hukuman berzina kalau tidak segera bertaubat nasuha jauh lebih azab lagi dari hukuman yang akan diterima jika sabit dari pendakwaan BPR.
Menurut hadis Rasulullah s.a.w., hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin adalah direjam manakala penzina yang belum berkahwin pula hukumannya adalah dipukul (rotan) seratus kali dan pembuangan (dipenjara) satu tahun. Dalam kitab Taurat juga ada disebutkan bahawa hukuman bagi pezina adalah rejam.
Walaupun didakwa diperangkap sehingga berlakunya penzinaan/hubungan seks, perlakuan zina/hubungan seks itu tetap tidak halal dan ianya adalah merupakan perlakuan amat keji di sisi agama, moral pelakunya tetap rosak teruk.
Tambahan pula perzinaan itu berlaku bukan dalam bentuk tuduhan dan dakwaan lagi tetapi diperakukan sendiri oleh pelakunya yang nampaknya lebih takutkan hukuman ekoran pendakwaan BPR dari hukuman Allah.
Dengan membuat pengakuan itu, seolah-olah pelaku mahu menjelaskan bahawa jika ada peluang dan kesempatan, penzinaan akan dilakukan tanpa mengambil kira tentang halal haram dan tegahan agama agar menjauhi zina. Dari segi lojiknya, kalau hukum Allah boleh dilanggari, melanggar hukum, pertaura dan perundangan ciptaan manusia bukan seperkara yang pelik.
Kalau demikian halnya, apakah boleh dijamin hubungan antara lelaki dan wanita dalam PKR, terutama apabila yang perempuannya tidak menutup aurat dan pergaulanya pula agak bebas, ianya boleh dijamin PKR bersih dan suci dari kemungkinan berlaku kes-kes zina?
Rakan kepada pembuat pengakuan itu pula berkata" "kita tidak minta, tak cari. Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu".
Persoalannya bolehkah persembahan untuk perlakuan maksiat yang keji disamakan dengan pemberian sedekah yang mulia dan suci. Bukankah penyamaan itu bersifat suatu penghinaan dan mencabar larangan agama, larangan Allah dan Rasul-Nya agar menjauhi zina.
Juga apa moralnya dari sudut Islam dan persepsi umum terhadap kedua-duanya dan juga parti yang dianggotainya di sebuah negara merdeka yang mana Islam adalah agama resminya?
Saya percaya ekoran pengakuan itu dan perkataan: "Kita tidak minta, tak cari. Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu" akan menyebabkan PKR dan PR akan mengalami krisis moral yang kronik.
Mahu tidak mahu PKR sendiri akan berada dalam dilema yang parah. Jika ahlinya yang mengaku berzina tidak diambil tindakan, kecenderungan di kalangan yang beragama Islam untuk terus menjadi ahli dan memberi sokongan kepada PKR akan terbantut kerana mereka pastinya tidak mahu dari segi hukum hakamnya tersenarai sebagai bersubahat dengan perlakuan yang tidak dihalalkan oleh Islam.
Kalau diambil tindakan pula, pihak yang diambil tindakan itu pasti akan bertindak balas dan pastinya akan mendatangkan masalah kepada parti. Ibubapa dan suami yang anak dara dan isteri mereka aktif dalam PKR pula pasti akan mula curi ga tentang kemungkinan anak-anak dara dan isteri mereka boleh terdedah kepada perzinaan jika ada peluang dan kesempatan yang mana peluang dan kesempatan itu sendiri sebenarnya boleh dcipta dan tercipta oleh bisikan syaitan.
Dalam pada itu, berbanding dengan parti-parti lain dalam PR, bagi saya Pas adalah parti yang akan paling tersepit dan terkapit ekoran pengakuan ahli PKR dan kata-kata: "Kita tidak minta, tak cari. Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu" memandangkan Pas mengutamakan keimanan dan ketaqwaan dalam berpolitik dan berparti politik.
Kalau Pas terus kekal dalam PR, imej, moral, prestasi dan rupatasi parti itu akan tercalar kerana secara tidak langsung ianya bersekongkol dengan perlakuan yang ditegah oleh agama. Jika berundur dari PR, maka PR akan lemah dan parti-parti lain akan anggap Pas sebagai pembelot dan tidak setia kepada ikatan pakatan. Ertinya Pas akan berada dalam dilema yang kronik.
Kita yang membaca laporan mengenai pengakuan ahli PKR itu pun merasa amat malu dan sangat aib, macam mana pelakunya boleh bukan sahaja membuat pengakuan tetapi telah mengedarkan pula pengakuan itu untuk dsiarkan oleh media.
Mungkin kepadanya itu adalah antara jalan dan ikhtiar yang ada supaya namanya bersih dari tuduhan rasuah seks sedangkan pada masa yang sama secara langsung telah pengakuan itu telah mendedahkan kerosakan moralnya dengan memperakukan perlakuan doa yang amat keji, yakni berzina/hubungan seks haram.
Pihak berkuasa agama pasti tidak akan membiarkan pengakuan itu tinggal sebagai pengakuan tanpa mengambil tindakan sewajarnya kerana jika tidak ada sebarang tindakan diambil sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak, mereka juga akan tanggung dosa bersubahat, malah seluruh umat Islam di negara ini akan berdosa sama jika tidak timbul rasa benci dan jijik dengan pengakuan itu, apatah lagi terhadap pelakunya.

4 comments:

Pok Nik Klate said...

Salam Penghujung Rmadhan...
Inilah dikatakan akhirnya kebathilan itu terserlah jua.. Kalau dah bapak paling besar PKR pun menghadapi tuduhan "ibu kunyit" anak2 lain(pengikut PKR) tentulah mengambil mudah soal2 agama begini. Yalah.berzina disamakan dengan sedekah..nauzubillahiminzalik.. Tak tahulah kalau MB Kelantan boleh keluar fatwa mengiyakannya atas sebab2 tertentu.. MB ni selalu jugak bila nak menyelamatkan pengikut..macam2 fatwa dia belitkan.
Berbalik kepada tercemarnya nama PKR..memanglah tercemar.Tapi mereka ini bukannya berotak sangat..Takkanlah DAP nak menjauhkan diri dari PKR hanya kerana kes zina ini..itu kafir harbi mana tahu hukum hakam.. Tapi kalau PAS pun masih lagi terhegeh2 tak mahu mengecam perbuatan PKR tsb atau MB Kelantan masih nak memeluk lagi PKR..tak tahu la weh apa jadi dengan umat islam di Malaysia..jadilah lagu Pak Pandir..
Alat telinga dengar..
Ada mulut berkecek..
Ada telinga kena pulas..

Anonymous said...

Penagkuan melakukan hubungan seks, apatah lagi kenyataan "Kita tidak minta, tak cari. Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu" hanya tergamak dilakukan dan diucapkan oleh orang Islam yang tohor iman.
Kalau macam itulah gaya orang parti politik yang diharapkan akan membela dan mengembangkan syiar Islam dan mensejahterakan umat Islam, tidak upah sperti beri bunga atau anak ayam kepada beruk.
Mereka yang mahu tukar kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan baru kena berfikir berjuta kali.
Seingat saya (saya orang Pas sejak tahun 1959), belum ada mana-mana orang Umno yang dikatakan berfikiran skularisme yang mengaku melakukan hubungan seks haram atau mengucapakan kata-kata "Kita tidak minta, tak cari. Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu"
Siapa yang ajar semuanya ni. Macam mana pun dari segi hukum lojik akal, macam mana bentuk rupa kueh, akan terbentu ikut acuan dan gerabak kereta akan berjalan kerana ditarik oleh kepalanya.
Kalau anak buah tak berapa betul, tentulah kepala yang menerjui PKR itu seribu kali tidak betul kepala.

Anonymous said...

Boktan nila dua titik, rosak susu sejuta kawah. Pelir tu amanah Allah untuk tuanpunya pelir dan tidak boleh digunakan sesuka hati, kena akur kepada peraturan dan pantang larang. Pelir adakalanya haram digunakan dan adakalnya halal digunakan. Untuk bini halal, untuk bukan bini haram. Sebab itulah lelaki dihalalka kahwin 4 bagi yang pelir keras sokmo.
Pelir bukan sahaja haram disumbat dalam lubang depan atau berlakang manusia yang bukan bini, tapi kalau disumbat alat sulit lembu, kambing babi dan sebagainya pun haram juga.
Taklehlah kalu berasa nak marah bedo'oh ke Tresa pun misalnya, maka bila ada peluang dan kesempatan disumbat pelir ke dalam lubang alat sulit atau duburnya exco kerajaan Selangor tu. Kalau buat juga maknanya tuanpunya pelir pecah amanah terhadap amanah Allah kepadanya.
Doh kuat sangat, doh pelir nak sokmo, bakpo tak menikah sampai 4 orang, bubuh jugak dari pagi ni misalnya sampai pagi esok. Bini pulak jangan malas kengkang...biat tokdan tok laki nak, kena erek sumbat bubuh...biar nyo sendawa gi.

Anonymous said...

Orang politik PKR punah otak doh. Tak peliklah bila projek 916 yang tak masuk akal pun boleh dijaja ke sana ke mari.
Kalau ada lagi hak terus menyokong PKR, namoak sangat penyakit punah otak sudah merebak di negara ni.