Monday, December 22, 2008

MUNCUL KEMBALI (123)

Bahana mempermaikan agama, Husam tersungkur buat kali kedua

SAYA adalah antara yang hadir awal pada Wacana Politik Transformasi Politik Negara yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang mesemejakan Naib Presiden Pas Husam Musa yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Naib Ketuia Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan tokoh akdemik Prof. Abdul Aziz bermoderatorkan Prof. Madya Mohd Agus Yusoff.
Kebetulan pada kerusi yang saya duduk, dikelilingi oleh para penyokong Pas fanatik. Mereka bercakap tentang kemustahilan Khairy akan hadi, kononnya tidak akan berani berdepan dengan tokoh sehebat Husam. Ada yang kata kalau Khairy hadir, beliau akan dipecat dari Umno macam Datuk Zaid Ibrahim kerana hadiri majlis anjuran PKR.
Ada yang sampai sanggup potong jari, malah rela dipotong tengkok kalau Khairy berani hadir. Terdetik di hati saya betapa masih ramai orang Pas yang tidak cukup dakwah, yang terseleweng dan tergelincir dari tujuan menjadi orang Pas serta tujuan berpolitik dan berparti politik bersama Pas.
Pada perkiraan saya pada waktu itu, sama ada Khairy akan hadir atau tidak hadir, orang Pas fanatik akan melihat Khairy mengarut dan Husam yang akan serba hebat kerana orang Pas memang telah mefanatikan diri masing-masing supaya melihat orang lain 'debek' belaka, hanya orang Pas sahaja yang serba 'perfect'.
Kebetulan yang paling akhir datang adalah Khairy, mungkin itu politik Khairy untuk membuat kejutan, biar orang Pas sangkakan beliau tidak mungkin berani datang akhirnya akan terlopong dan kemunculannya.
Bila Khairy muncul, penyokong Pas yang tadinya sanggup bertaruh potong jari dan potong tengkuk melaung kuat supaya Khairy masuk Pas. Dewan juga mula riuh rendah dengan gangguan bertujuan untuk memperlekeh dan menggangu emosi Khairy. Terbukti Khairy mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan mantap.
Ketika Khairy memukaddimahkan ucapannya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar pada hemat saya (saya bekas pelajar sekolah agama yang turut mengaji tentang ilmu tajwid) penyokong tadi melaung kononnya bacaan al-Quran Khairy tidak tepat.
Bagi saya laungannya itu penuh prejudis kerana Khairy bukan orang Pas dan orang macam inilah yang boleh terima bila Lim Guan Eng kononya mahu zuhudkan diri macam Umar Ibnul Aziz sedangkan syarat zuhud itu sendiri kena Islam, kena beriman dan bertaqwa.
Islam sahaja tidak menjamin zuhud sebenarnya. Kenapa mereka terima kezuhudan Ketua Menteri Pulau Pinang?. Jawabnya kerana yang mengatakan demikian adalah Husam Musa ytang bagi orang Pas adalah serba perfect.
Tidak hairanlah walaupun dari segi hujahnya Khairy lebih unggul berbanding dengan Husam dan Prof. Madya Abdul Aziz, namun penonton yang sebenarnya tidak patut menghadiri majlis ilmu seperti itu dilihat sama seperti ceramah politik atau persembahan dikir barat terus melihat hanya tokoh Pas yang hebat.
Jerangkap samar yang dipasang oleh Khairy tentang Hudud yang pada jangkaan saya akan menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang tidak pernah setuju dengan Islam telah membuatkan Hsam dalam kedaan muka penuh kecemasan memberi jawapan untuk menyeronokan penonton yang tidak ada nilai-nilai profesionalisme langsung.
Terbukti apa yang dijangkakan telah berlaku. DAP menentang jawapan Husam tentang hal dan sekaligus memaksa tokoh-tokoh besar Pas termasuk Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa ikut campur membuat kenyataan manakala Presiden Pas Datuk Seri Haji Awang menyatakan beliau akan minta penjelasan Husam tentang perkara itu.
Pada saya gara-gara untuk lepas diri dari dimalukan oleh soalan jerangkap samar Khairy dengan memberi jawapan yang sepatutnya presiden yang memberikan jawapannya, PR boleh lebur dan boleh menyumbang kepda kemusnahan kerajaan PR di Perak dan Selangor amnya.
Penyokong-penyokong Pas patut membeli VCD majlis itu dan cuba profesionalkan minda untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih hebat. Kepada saya Prof. Abdul Aziz tidak patut jadi ahli panel, cukup hanya Khairy berdepan dengan Husam sahaja.
Husam pada penilaian saya pernah tersungkur kepada Annuar Musa pada satu majlis debat yang diadakan di Kuaa Lumpur beberpa tahun lepas yang mana saya juga hadir pada majlis itu atas nama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan sekali lagi Husam tersungkur di tangan Khairy di Kota Bharu gara-gara terlalu bermain dengan agama yang sepatutnya tidak dipermainkan.

7 comments:

Anonymous said...

Analisa yang juga profesional mengenai Wacana Perdana Husam VS Khairy.

Ramai penulis yang bau bacang dengan PAS menulis dengan memberi kredit kepada Khairy.

Sebelum ini kita hanya merasa Husam hebat apabila beliau bercakap seorang-sorang, atas pentas ceramah. Berikan dengan fakta yang entah betul atau salah. tapi apabila jumpa (Budak Umno) Husam dah kelam kabut.

Saya katakan Khairy Budak Umno sebab, dia baru nak cuba rebut jawatan Ketua pemuda Umno. Sedangkan Husam orang no. 3 PAS yang diuar-uarkan akan mencabar Hj. Hadi selaku Presiden pada Muktamar PAS nanti, Kerana Husam lah dikatakan antara tokoh PAS yang berwibawa dan berprofesional. Husam lah didakwa bijak dan pakar ekonomi Kelantan, sehinggakan Hj. Nik Aziz pun tertipu dan tergoda dengan kelicikan Husam.

ANAK PAK ADIK

Anonymous said...

Tak abih-abih meli dengan pendek akalnya...Gi ngaji U lah meli berguru dengan Dr. Agus, baru cerdik sikit bab politik.

Anonymous said...

Kawe rasa Meli tak bodo mano. Dia menguniversitikan jutaan manusia Malaysia melalui tulisannya. Kalau bodo boleh ke Meli terbitkan akhbar mingguan dan majalah bulanan tanpa guna duit hasil balak yang diperolehi entah caranya halal atau haram macam sesetengah orang fanatik Pas. Hak orang mengaji universiti, berapa orang boleh buat macam Meli.
Kerana tidak pendek akallah Meli tidak jumud dan taksub dalam berpolitik. Mengaji universiti pun tak guna kalau jadi tukang angguk. Kawe yakin Dr Agus pun baca hak Meli tulis.

Anonymous said...

husam hantar buah tanggung ko meli nga mso hok lama doh geram..hehehe dan sekian kalinya meli cuba menonjolkan dialah ore paling cerdik dan paling rasional..

Anonymous said...

Ana rasa jolokan KJ dengan galah hudud ke atas Husam tu Husam dah jawab ikut prinsip dia tahu dan mahu.Sewajarnya org Islam jawab gitu secara sepontan tanpa dolak dalik atau terpaksa korbankan prinsip demi jaga hati orang lain dalam PR? Husam benar, sebagaimana kata hatinya. Namun media massa pro-BN telah menggolek-godehkan isu ini demi nak laga2kan puak2 PR. Org2 berita terus berkejar ke DAP dan PKR yg bukan Islam dan tanya ttg ucapan Husam, dah pasti jawapan mereka spt yg diimpikan oleh pencacai BN. Kan? Nasi pulutlah bagi mereka. Tapi kalaulah kita betul2 Islamik, lagu mana lagi nak jawab spontan dalam majlis sebegitu bila berdepan dengan Khairy yg tidak mahukan hudud malah memperlekehkannya? Ana rasa Husam yg sebenar ialah yg menjawab cara spontan di majlis debat itu. Ulasan Husan di luar beberapa hari selepas itu, bukan hasrat hati Husam. Itulah pendapat saya.Husam tidak bodoh dan tersalah ucap! Dia cuba bertegas dengan Khairy dgn prinsipnya walaupun mengguris-lukakan kulit hati rakan2 dalam PR. Sampai bila kena jaga kulit hati mereka dalam hal2 asasi?

Pok Nik Klate said...

Perkara ni heboh doh di Kuala Lumpur weh..Big Brother Husam Musa tersungkur di dalam bilik tidor beliau sendiri.Dimalukan dalam gelanggang sendiri..Ambo tengok Husam selama ni pon bukannya hebat mano pon...Cuma hebat pakaian melebihi pemimpin UMNO. Sut nya menjangkau ribuan ringgit satu pasang..selebihnya auta sahaja. Jadi sekali sekala ada jugak kisah Singapura di langgar todak berlaku di dalam PAS atau erti kata sebenar di Kelantan.

Selama kening ore PAS dok pujo telajok kehebatan Husam..Ambo pikir pulok Husam di persimpangan semasa menjawab soalan Khairy. Nak kata tak mahu laksana Hudud nanti penyokong PAS marah dan lari.Nak laksanakan parti dominan Pakatan Rakyat pulak melenting. Jadi kerana DAP{ tak dak dalam Dewan Husam ambil keputusan untuk menyenangkan hati penyokong PAS dalam Dewan..

Husam oh Husam Mengapa Engkau Jawab?
Bagaimana Aku tak jawab Khairy jerat aku..
Khairy oh Khairy ngapa jerat Husam?
Bila masa aku jerat, Husam sendiri jawab..
Husam oh Husam mengapa tak fikir panjang?
Bagaimana aku nak fikir, aku pun takut Tuhan..

Kickdefella!!! Apa komen anda??

Anonymous said...

hehe
abe meli ni neutral ker ade 'bias'?
ni asyik hentam PAS jah ni...
kalu neutral abe meli tok kecek gini