Monday, March 9, 2009

MUNCUL KEMBALI(129)

BERKABUNG


LAMA saya tidak muncul melalui blog ini, malah Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah juga tidak diterbitkan buat sementara, mungkin akan kembali ke persada pasaran atau juga mungkin sebaliknya.

Sebenarnya saya kini dalam proses berkabung dan berperang dengan perasaan sendiri untuk hilangkan rasa kecewa, dukacita, sedih dan perit TETAPI BUKAN PUTUS ASA kerana saya bersedia untuk GAGAL SEJUTA KALI lagi.

Bagi saya tidak ada kejayaan bagi mereka yang tidak pernah gagal. Kerana itu saya bersedia gagal untuk mencipta jaya, kalau pun bukan saya yang mengecapinya sebagai printis tetapi akan dikecapi oleh anak cucu saya.

Sebenarnya saya bukan pertama kali gagal untuk merealisasikan apa yang dirangka dan dikerangkakan. Kegagalan adalah antara asam garam dalam hidup saya kerana masalah dana yang tidak mencukupi.

Saya tidak pernah minta, mengharap atau diberikan kawasan balak, tongkat atau pun dana support dari mana-mana pihak, selain dari saya tidak layak, tidak ada jasa untuk memungkinkan saya menerima kemudahan itu, saya juga mahu mencipta kejayaan yang benar-benar bersih, suci dan murni.

Dengan menggunakan khidmat para sisawazah sebagai petugas dan saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan untuk Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah, nampaknya saya masih juga gagal.

RM180,000 hangus tanpa pulangan. Untuk menerbitkan akhbar mingguan dan majalah bulanan, RM180,000 itu satu angka yang lebih kecil dari tahi mata sebenarnya, tetapi bagi orang macam saya RM180,000 itu sudah merupakan satu jumlah yang cukup besar.

Bagaimanapun saya telah mencuba dan boleh berbangga kerana Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah berjaya sampai hingga ke Sabah, Sarawak dan Brnunei dan mempunyai pembacanya yang tersendiri.

Justeru walaupun terpaksa diberhentikan kerana perlu distruktur semula, namun kalau saya masih diberi kudrat saya akan bangkit semula dalam tempoh terdekat walaupun dalam menghadapi kegagalan kali ini, saya kehilangan eamai rakan-rakan akrab yang rata-rata ketika Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah berada di pasaran, masing-masing anggap saya hebat.

Sikap tidak jujur (terutama para pengedar) serta tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dari sikap serba selamba dan mudah berkira saya menjadikan saya MANGSA KEGAGALAN.

Atas hasrat mahu membuka peluang lebih ramai anak bangsa mendapat peluang menumpang mencari rezeki, maka saya sanggup menjual maruah, prinsip dan harga diri dengan menukar milik Mingguan Wasilah kepada satu syarikat dengan nilai perpindahan yang SANGAT TOLAK ANSUR dan MUDAH BERKIRA, berjumlah RM300,000 tanpa surat cap.

Dengan harapan RM180,000 akan mendapat sambungan modal jualan Mingguan Wasilah sekitar RM240,000, Mingguan Konsep dan Wasilatul-Ummah mampu dirangkakkan, saya mulakan langkah. Pun begitu langkah saya tersangkut apabila lebih RM200,000 yang diharapkan tidak kunjung tiba, malah harapan untuk ianya tiba semakin kelabu, malah kalau pun ianya tiba, ianya sudah tidak memberi makna lagi.

Saya tersungkur dan lebur. Pun begitu saya masih cuba membina sisa-sia runtuhan untuk kembali bangkit dan bersedia untuk gagal lagi. Ada yang mahu memindah milik Mingguan Konsep pada kadar harga RM500,000 dan Wasilatiul-Ummah RMN250,000. Namun apa yang telah berlaku dalam pemindahan Mingguan Wasilah menjadikan saya sukar untuk percayakan sesiapa lagi.

Itulah antara faktor kenapa saya tidak lama tidak muncul. Kalau saya muncul dalam keadaan serba tertekan, pasti akan banyak maklumat-maklumat dan perkara-perkara yang tidak patut disebut akan tercatat. Biarlah saya teraniaya asalkan orang yang menganiaya saya hidup bahagia.

Apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah pastinya tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak sanggup ditanggung oleh hamba-Nya yang diuji. Saya bersyukur kerana saya menjadi hamba-Nya yang terpilih untuk diuji dan saya akan sentiasa redha dengan ujian ini.

Saya yakin sebagai seorang hamba-Nya yang cetek ilmu dan kualiti iman dan dan takwa tidak akan melayakkkan saya untuk ke syurga kerana ilmu dan amalan yang tidak seberapa. Keredhaan menghadapi ujian barangkali akan membantu saya untuk layak ke syurga dan jika memang saya ditakdirkan masuk syurga yang mana syurga atau nerakanya seseorang hamba-Nya bergantung kepada apa yang telah ditetapkan-Nya.

Manusia hanya boleh berusaha untuk dapat syurga tetapi masuk syurga atau neraka Dia yang akan tentukannya. Demikian juga dalam apa juga usaha yang dibuiat didunia ini, yang mampu dilakukan adalah berusaha, gagalk atau jaya Dia yang akan tentukan.

2 comments:

Anonymous said...

abes kami yang teraniaya ni ape cerita?
ble nk byar gaji weh????
igt kami ni bodo ko bleh wat maen gini..igt kami budok kami senang di perbodohkan..jgn hrp....!!!

Anonymous said...

Apa sebenarnya dok cerita ke orang luar pasl diri sendiri, kalau nak mampus jahanam piilah. saa nak tahu. Buat kejo tak betul dgan tuhan dengan manusia