Kelantan bakal jadi macam Palestin?
JANGAN terkejut kalau suatu ketika nanti Kelantan juga akan jadi seperti Palestin, segala tanah milik Melayu akan bertukar tangan. Orang Palestin jadi macam sekarang pun kerana pada asalnya kerana tanah-tanah mereka bertukar tangan kepada Yahudi yang membeli tanah orang Palestin dengan harga yang mahal. Itulah yang sedang berlaku di Kelantan, orang asing beli tanah orang Melayu dengan harga yang mahal.
Tergamam juga saya dengan topik perbualan beberapa orang yang tidak dikenali di sebuah meja berdekatan dengan meja saya yang sedang membaham roti tempayang berlaukkan daging cincang, di sebuah kedai di Jalan Sultanah Zainab, Lota Bharu. Pertama kali saya makan roti tempayang di kedai berkenaan adalah bersama Dinsman Tuan Nordin saudagar besar Gombak yang kemudian disertai sama oleh pelawak Saudara Sabri Yunus, penulis tersohor Sutung Umar RS dan seorang anggota Kopratasa.
Sebagai pengamal media yang sentiasa bertelinga lintah, saya 'bang dengar' dengan kemaruk perbualan benberapa orang (semuanya lelaki) dengan matlamat untuk cuba dapatkan maklumat awal untuk nanti dijadikan bahan tulisan selepas melalui proses mencari maklumat sohih. Ni'mat (kalau dieja n-i-k-m-a-t akan membawa makna celaka) membaham roti tempayang mulai terganggu, barangkali kerana saya orang Melayu sengoti.
Seorang daripada kumpulan lelaki itu berkata penanam sayur yang seratus peratus Melayu dihalau dan kini dibangunkan bangunan-bangunan yang digodam mampus orang Melayu tak akan mampu dibeli manakala penduduk Kamung Seri Bawah Lembah sedang menunggu untuk dihalau ekoran dari pembesaran projek pembangunan Lembah Sireh.
Rakannya kata penanam sayur mahu pun penduduk Kampung Sireh diberi pampasan. Bukannya dihalau macam halau anjing kurap buruk kepala. Tapi rakannya kata tidak mudah untuk penaman sayur dapat kawasan yang baru yang sama dengan kawasan Lembah Sireh. Penduduk Kampung Sireh Bawah Lembah juga tidak mudah untuk membeli tanah lain sebagai ganti. Kalau ada pun di kawasan hulu dan tentunya tidak mudah bagi mereka sesuaikan diri untuk hidup dan mencari rezeki. Kerana itu ramai yang memilih tinggal di rumah sewa.
Katanya yang paling sedihnya, Lembaha Sireh dan Kampung Sireh Bawah Lembah akan bertukar spesis warganya dan kawasannya pula merangkumi kawasan yang cukup besar yakni sehingga bersetentang dengan Tendong Pasir Mas. Banyak sudah kawasan/tanah milik Melayu bertukar status dan di mana-mana pun terpampang projek yang dimajukan sebuah syarikat bukan milik Melayu.
Jurai-jurai tanah dalam kawasan bandar yang kalau orang/pengusaha Melayu pohon untuk dimajukan pasti tidak akan mendapat kelulusan pihak berkuasa, tetapi tidak kebal bagi syarikat yang kononnya kata salah seorang sekumpulan lelaki itu lebih kerajaan dari kerajaan yang memerintah. Kononnya kalau membabitkan syarikat berkenaan, tengah malam pun kakitangan kerajaan yang terbabit dalam kerja-kerja pengukuran akan melakukannya.
Kononnya 90 peratus atau lebih dari itu tanah-tanah milik Melayu di ibu negeri Kelantan kini sudah bertukar tangan. Yang sedihnya apabila dibuat bantahan kepada pihak berkuasa, mereka akan menolak dengan alasan mereka tidak boleh buat apa kerana syarikat berkaitan di bawah bayangan dan naungan 'demo dalam pagar' yakni pihak istana.
Kerajaan yang menerima mandat rakyat kerana terpedaya kononnya parti penunggaknya adalah parti Islam terbukti gagal menyekat atau menghadang penguasaan syarikat berkenaan dan bagi menyembunyikan ketidak-upayaan mengatasi kuasa syarikat berkenaan, pihak yang menerima rakyat 'embas' ke atas batu jemala 'demo dalam par'. Pihak pendukung dan peneraju kerajaan terbuktik lebih takutkan 'demo dalam pagar' dari Allah dalam bagi mempertahankan masa depan agama, bangsa dan tanah warisan.
Kononnya kerajaan yang menerima mandat rakyat telah ditutup mulut oleh sumbangan kebendaan oleh syarikat berkenaan yang akan beri 'samas' sumbangan tetapi yang dibalas bagi sumbangannya itu adalah pertukaran status milik Melayu. Kebetulan penerima mandat rakyat tidak melihat Melayu perlu dipertahankan kerana kononnya Melayu dan bangsa lain tidak ada beza kerana semuanya datang dari baka yang sama.
Sama ada betul atau sebaliknya apa yang dibualkan sukar untuk dipastikan dan saya akan cuba cari maklumat. Mana-mana penyilau-kelih blog yang ada maklumat boleh salurkan ke blog ini kerana tugas mempertahankan hak Melayu menjadi tanggungjawab dan tuntutan ke atas setiap orang Melayu, kecuali bagi mereka yang mahu berhenti jadi Melayu.
Orang Melayu sudah cukup terhina apabila terpaksa menyewa kaki lima gudang milik bangsa lain bagi menjual nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan sebagainya dengan terpaksa membayar sewa setiap hari, sama seperti terpaksa membayar pinjaman dengan ceti. Jangan pula nanti orang Mealyu akan jadi macam rakyat Palestin nanti ekoran tanah milik mereka bertukar status!
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih Meli dan budak yang dalam proses buat Ph D mengenmukakan pertanyaan pada Meli dan kerana ekoran dari itu terhasilnya satu tulisan yang bagi saya sangat berani.
2. Tulisan Meli yang ini sangat mendorong saya untuk memuhasabah diri. Takut juga saya, nanti dok ingat dah buat kerja dan sokong puak-puak yang saya sangka ahli syurga tetapi rupanya sebaliknya.
3. Betul ke kelulusan pendaftaran Pas dibuat oleh seorang pegawai beragama Hindu? Dari mana Meli dapat fakta?
4. Saya sering dengar Tok Guru Nik Aziz kata Melayu tak semestinya Islam, tapi macam mana dengan kepercayaan kalau tolak Pas bermakna tolak Islam sedangkan ikut fakta Meli, kelulusan pendaftaran Pas dibuat oleh pegawai beragama Hindu? Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa sahabat-sahabatku kalau aku selama ini jahil dan termasuk dalam golongan yang memberhalakan sesama manusia!
Post a Comment