Friday, April 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (144)

Rencana Khas sempena bersaraannya Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri


BERBANDING dengan perdana-perdana menteri sebelumnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Kelima (31 Oktober 2003 – 3 April 2009) yang bersara setelah menjadi Perdana Menteri selama lima tahun tiga bulan 28 hari paling banyak menerima sabotaj dan penentangan secara terbuka bukan sahaja dari parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tetapi juga dari dalam Umno sendiri, yang mana beliau adalah Presiden Umno dan juga Pengerusi sewaktu mendai Perdana Menteri.
Selain dari pendekatan dan tatacara keperdana-menteriannya dipertikaikan, beliau turut menerima tikaman-tikaman dari dalam parti sendiri dan parti-pati komponen BN sehinggakan ada ahli parlimen, malah anggota kabinet yang secara terus terang meminta beliau berundur, menjadikan beliau seolah-olah dalam keadaan umpama hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong sebagai Perdana Menteri. Tidak hairanlah kalau beliau memilih untuk bersara awal dari waktu yang sepatutnya.
Demi maruah dan harga diri sebagai seorang Perdana Menteri yang tidak pernah minta dan berusaha untuk menjadi perdana menteri tetapi diminta, malah memang kerana telah disurat dan ditakdirkan-Nya beliau menjadi Perdana Menteri, maka pada penulis, amat wajar beliau membuat keputusan berundur lebih awal dari yang sepatutnya, apa yang dilakukannya amat bermoral dan membuktikan bahawa beliau tidak pelahapkan jawatan. Mudah-mudahan beliau akan kota janjinya untuk tidak menganggu, apath lagi mengacau penggantinya.
Kalau mahu dikira patut, Datuk Seri Abdullah belum patut berhenti dari menjadi perdana menteri pada waktu ini kerana beliau semacam begitu amat dikehendaki oleh parti sendiri walaupun orang parti yang ‘gila dan babukkan’ mahukan beliau bersara supaya peluang untuk menganggotai cabinet baru terbuka untuk mereka.
Sepatunya Datuk Seri Abdullah (kini Tun) kena pastikan Umno/BN kembali meraih kemenangan dengan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum akan datang sebelum berundur. Penulis yakin beliau mampu melakukannya kerana kemampuannya telah dibuktikan pada pilihanraya umum ke-11 dan beliau masih mampu juga mempertahkan Umno/BN sebagai kerajaan walaupun kemenangan yang diraih 2/3 kerana beliau dikepung dan diancam oleh pelbagai sabotaj dari dalam Umno sendiri serta BN yang nampaknya lebih hebat dari angkara pembangkang.
Bagaimanapun oleh kerana orang Umno/BN sendiri terlalu mendesak mahukan beliau berundur, maka beliau tidak boleh dianggap, malah beliau sendiri tidak patut menganggap beliau adalah panglima perang yang lari meninggalkan medan perang kerana terpaksa berundur pada waktu yang tidak sepatutnya yakni selepas meerajui Negara selama lima tahun tiga bulan 28 hari.
Bagi pemulis, beliau bukan lari tetapi diminta, malah ada unsur-unsur semacam dipaksa berundur. Keberunduran Tun Abdullah selain dari mengembirakan musuh-musuh Umno/BN dan di kalangan orang Umno/BN yang tidak sabar mahu mendapat faedah lebih awal dan lebih mudah dari era keperdana-menteriannya, terutama kalangan yang merasa terancam gara-gara beliau membuka peluang kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mencegah dan memerangi rasuah, pimpinan Pas serta ahli dan penyokong parti itu yang tidak buta sejarah pasti akan berdukacita yang teramat sangat.
Ini adalah kerana seingat penulis, pimpinan Pas yang dikategorikan dari kalangan mulut masin dan bertaraf ulamak sering berdoa dan menegaskan dalam ceramah dan kuliah mahukan negara perdana-menterikan seorang yang berpendidikan agama dan tokoh itu tidak semestinya dari Pas.
Apabila Datuk Seri Abdullah ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, pada penulis doa tokoh-tokoh mulut masin dalam Pas dimakbulkan Allah s.w.t. , sekaligus Allah s.w.t. mahu menguji apakah pimpinan Pas boleh kota apa yang dikata serata apakah boleh menerima suratan dan takdir-Nya dengan penuh redha.
Selain dari titih ulamak, malah bapanya adalah pengasas sekolah agama di Butterworth, Datuk Seri Abdullah adalah Perdana Menteri pertama di negara ini yang memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam dan mengamalkan membaca al-Quran pada setiap lepas sembahyang Maghrib, juga selepas sembahyang Subuh.
Penulis yakin, malah semua umat Islam tulen kena yakin bahawa manusia yang membaca al-Quran sebagai amalan rutin tidak akan kotor jiwa, pemikiran dan perilakunya, ianya juga tidak akan dimusuhi, kecuali oleh kalangan yang terpedaya oleh pujukan syaitan dan iblis kerana syaitan dan ibolis serta manusia yang berperangai syaitan dan iblis sangat memusih mereka yang berjinak-jinak dengan al-Quran.
Justeru itu penulis yakin apabila usaha-usaha me'nyah' dan memberundurkan Tun Abdullah mendatangkan hasil, maka bukan sahaja di kalangan manusia yang tidak sukakan beliau akan berpesta kegembiraan tetapi syaitan dan iblis juga akan bersorak girang meraikan suatu kejayaan bersama dengan manusia yang terpedaya dengan bisikan dan pujuk rayu makhluk yang dilaknati Allah itu.
Penulis juga percaya dan yakin, keberunduran Tun akan ditangisi oleh mereka yang mahukan negara ini diperintah berteraskan Islam yang merupakan agama resmi bagi negara ini, malah untuk suatu jangka masa yang tidak panjang, kalangan yang melakukan sabotaj dan pengkhianatan serta yang bersekongkol dengannya sehingga menjadikan Tun Abdullah merasakan beliau tidak patut terus menjadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong, sekaligus beliau mengambil keputusan berundur pada waktu yang bukan sepatutnya, akan menyesal tidak sudah.
Bagi penulis desakan supaya Tun Abdullah berundur lebih awal dan pelan peralihan kuasa dicairkan adalah merupakan saat yang sangat-sangat diharapkan oleh pihak lawan dan Umno/BN akan terus bergolak dan berkocak, malah bila diadakan pilihanraya kecil Umno/BN akan mencatat rekod kegagalan demi kegagalan. Pihak yang membuat desakan dari dalam Umno/BN itu sendiri sebenarnya telah terpedaya dengan bisikan dan muslihat musuh.
Sepatutnya sebelum mahu memberambus dan menyahkan seseorang peneraju kepimpinan Negara dan parti, orang Umno kena merujuk Terjemahan Hadis Muslim Jilid I,II, III dan IV bernombor 1892 hingga 2028. Dengan itu Umno akan selamat kerana masing-masing akan takut untuk menjadi pemimpin kerana tugas pemimpin terlalu berat kerana dosa yang yang dipimpin pun akan kena ditanggung. Dengan itu akan akan ramai yang merasakan lebih selamat menjadi orang yang dipimpin dari menjadi pemimpin.
Apabila tidak ada wabak dan sindrom berebut-rebut mahu jadi pemimpin, maka dengan sendirinya Umno akan bersih dari barisan pemimpin yang berkepentingan peribadi dan kroni, malah akhirnya BPR pada peringkat kerajaan danb Jawatankuasa Displin Parti pada peringkat parti menjadi tidak perlu kewujudannya kerana bila al-Quran dan Hadis menjadi rujukan, dengan sendiri tidak aka nada perkara mungkar, termasuk amalan rasuah .
Kenyataannya walaupun pahit menjadam untuk diperakukan, demi untuk jangka hayat yang lebih panjang, Umno kena bersih dari kebanjiran pemimpin yang mengutamakan laba kepemimpinan serta yang melihat diri sendiri lebih mampu sebagai pemimpin berbanding dengan pemimpin yang sedia ada kerana mata yang melihat tidak cukup tahu betapa beratnya bahu yang memikul.

Kenali Tun Abdullah

Tidak cukup kenal, maka tidak cukup cinta. Demikian juga dengan Tun Abdullah. Untuk kita semua lebih mengenali beliau, maka diperturunkan maklumat lengkap mengenai beliau sebagaimanab berikut;
Lahir 26 November 1939, kini berusia70 tahun. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia.
Pernah dipecat sebagai menteri kerana dilabel sebagai penyokong 'Team B' pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 Satuk Seri Abdullah dilantik sebagai timbalan kepada Tun Dr. Mahathir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998.
Ekoran kebersaraan Perdana Menteri Keempat, Tun Mahathir Mohamad, pada 31 Oktober 2003, Tun Abdullah dilantik sebagai peneraju negara mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO serta Pengerusi BN.
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Tun Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di universiti, namun setelah gagal dalam kertas statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.
Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.
Datuk Seri Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan mempunyai lima cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang dari tahun tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah (kini Tun) dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Datuk Seri Abdullah dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib dan Subuh, beliau akan mengaji Al-Quran di samping adalah menjadi kebiasaan bagi beliau menulis nota dalam Jawi. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua.
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.
Tun Abdullah juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau bermain golf, melakukan senaman yoga atau meluangkan masa bersama cucu-cucu beliau.
Tun Abdullah gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat I-pod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya politik

Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan dari perkhidmatan awam untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara yang merupakan kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya dan beliau menjadi ahli parlimen kawasan berkenaan sehingga kini.
Sejak 1981, Tun Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Tun Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'.
Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubukan. Oleh kerana Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam cabinet Tun Dr Mahathir.
Tun Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
<> Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
<> Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
<> Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
<> Menteri Pelajaran (1984-86)
<> Menteri Pertahanan (1986-87)
<> Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Tun Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
Seterusnya, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003.
Selain itu, Tun Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Beberapa bulan sebelum bersara jawatan Menteri Kewangan diserahkan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau pula memegang jawatan Menteri Pertahanan yang sebelumnya disandang oleh Datuk Seri Najib (kini perdana menteri)manakala Menteri Keselamatan Dalam Negeri diserahkan kepada Datuk Sayed Hamid Jaafar Albar (tidak disenaraikan sebagai anggota cabinet Datuk Seri Najib).

Atas nama Perdana Menteri

Seawal menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Tun Dr Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.
Tun Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam yang cuba dimanipulasi oleh pembangkang sebagai mazhab baru. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.
Pada 10 September 2004, Tun Abdullah sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah yang merupakan singkatan untuk Pak Cik Abdullah, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Tun Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam media massa.
Bgaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi hingga kini. Sebenarnya, Tun Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam, membuktikan bahawa beliau seorang yang suka merendah diri.
Sejak menjadi Perdana Menteri, Datuk Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Atas nama Pengerusi Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional yang bertunjangkan Umno.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Tun Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional apabila menang 198 daripada 220 kerusi di Parlimen.
Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan itu dianggap secara meluas sebagai tanda berkenannya rakyat Negara ini kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.
Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Faktor Datuk Seri Abdullah diminta berundur lebih awal

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, Tun Abdullah menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya telah gagal mempertahankan kemenangan majoriti 2/3 kerusi Parlimen walaupun kerajaan terajuan tidak tumbang pada pilihanraya Umum Ke-12.
Pilihanraya Umum Ke-12 itu juga menyaksikan Umno/BN kehilangan kuasa pemerintahan di empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan.
Ekoran dari itu bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir berpendapat bahawa Tun Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya berkenaan.
Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Tun Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas.
Masih dibahaskan sama ada Tun Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
.
Kritikan Dr Mahathir

Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, amaran telah diberikan kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006
Pada tahun 2005, bekas Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Mahathir telah mula mensasarkan kritikan terbuka terhadap kepimpinan Tun Abdullah terutama terhadap isu yang dikatakan bahawa di bawah pentadbiran Tun Abdullah, terdapat suatu peningkatan yang nyata dalam kes-kes kronisme mengenai pemberian permit import (AP) untuk kereta buatan luar negara.
Tun Dr Mahathir telah menyahut penyiasatan ke dalam isu tersebut. Bekas Perdana Menteri itu mengkritik Tun Abdullah kerana membatalkan banyak projek pembangunan yang dimulakan oleh Tun Mahathir. Antaranya ialah isu pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak yang menghubungi Malaysia dan Singapura.
Tun Dr Mahathir juga mengatakan bahawa Tun Abdullah telah asalnya memberi kelulusan kepada tentera udara Singapura untuk terbang ke kawasan Malaysia dan menjual pasir kepada Singapura sebagai pertukaran bagi perjanjian untuk pembinaan jambatan. Bekas Perdanma Menteri itu melihat itindakan itu sebagai suatu tindakan yang ‘menjual’ keluhuran Malaysia.
Pada tahun 2006, Tun Dr Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Tun Abdullah, menuduh bahawa kebebasan media di bawah Abdullah telah pun berkurangan. Tun Dr Mahathir juga menambah bahawa media enggan menyiarkan komen beliau. Beliau telah menyalahkan Tun Abdullah kerana memecahkan janji yang dibuat oleh Tun Abdullah berkenaan dasar kerajaan dan dalam kritikannya yang paling kuat setakat ini, mengatakan bahawa Tun Abdullah telah mengkhianati kepercayaannya.
Tun Dr Mahathir telah melahirkan rasa kesalnya kerana memilih Tun Abdullah sebagai penggantinya dan mengatakan bahawa dia pada asalnya inginkan timbalan Tun Abdullah, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikannya. Datuk Seri Najib yang ketika itu pada suatu lawatan rasmi ke India, segera menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Abdullah.
Pada 19 Mei 2008, sebagai tanda kemuncak penentangannya terhadap Tun Abdullah, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan keluar parti dari UMNO di hadapan 1,000 ahli UMNO Kedah di Alor Star serta menyeru ahli-ahli lain untuk mengikut jejak beliau sebagai satu bentuk tekanan agar Abdullah meletakkan jawatan.
Walau bagaimanapun, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan hanya akan menyertai UMNO semula setelah Abdullah meletakkan jawatan dan juga tidak ramai ahli Umno yang ikuti jejaknya.
Pengumuman beliau keluar parti meningkatkan kebarangkalian pemulauan parti secara besar-besaran oleh ahli-ahli lain yang setia, yang berupaya memecah-belahkan parti serta menjatuhkan kerajaan. Macam mana pun keadaan itu tidak berlaku, malah kerajaan pimpinan Tun Abdullah masih kekal memerintahan walaupun menerima pelbagai sabotaj dalam pilihan umum ke-12.

Kebebasan media di era pemerintahan

Tun Abdullah juga sering dikritik oleh penulis-penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Beliau telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.

Anugerah

Sesuai dengan ketokohan dan kebaktiannya, Datuk Seri Abdullah diberi dan menerima anugerah-anugerah berikut:
<> Dianugerahkan gelaran Tun oleh Yang Dipertua Agung pada hari persaraannya, Gelaran yang sama turut dikurniakan kepada isteri beliau.
<> Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia pada tahun 2007
<> Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.) Terengganu (2005)
<> Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India (2004)
<> Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba (2004)
<> Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama Melaka (2004)
<> Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.) Johor (2004)
<> Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi Sarawak (2003)
<> Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja Perak (2003 )
<> Fellowship Kehormat Institute of Engineers Malaysia (2001)
<> Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja Perlis (2001)
<> Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri Utama Negeri Sembilan (2000)
<> Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri Selangor (2000)
<> Fellowship Kehormat London Chartered Institute of Marketing (1999)
<> Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' Seri Pahang (1999)
<> Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima Sabah (1999)
First Class Order Of Friendship Of DPRK Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) tahun 1997
<> Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri Pulau Pinang (1997)
<> A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Thailand (1994)
<> Grand Cross Of The Order Of Merit Chile (1994)
<> Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' Selangor (1992)
<> Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea Republik Korea (Korea Selatan) tahun 1992
<> Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure Jepun (1991)
<> Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat Amerika Syarikat (1987)
<> Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Republik Korea (Korea Selatan) tahun 1983
<> Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk Pulau Pinang (1981)
<> Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang (1979)
<> Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan (1974)
<>Ahli Mangku Negara (A.M.N) Persekutuan (1971)

Pencapaian

* 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
* 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
* 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1971).
* 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
* 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
* 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
* 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
* 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
* 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
* 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
* 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
* 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
* 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
* 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
* 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
* 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
* 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
* 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
* 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
* 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
* 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
Kepada Tun Abdullah diucapkan selama bersara, semuga lebih banyak masa untuk membaca al-Quran dan Hadis serta bebas dari dikaluti oleh pelbagai tekanan sebagai ketika menjadi peneranju kerajaan dan parti!

No comments: