Fitrah, suratan, takdir dan hikmah
SETIAP manusia dilahirkan ke muka bumi ini lengkap dengan fitrah yang telah disurat dan ditakdirkan kepadanya. Masing-masing lahir dalam keadaan suci dan diumpamakan kain putih yang nantinya akan tercorak berdasarkan cantengan ibubapa dan suasana persekitaran.
Hakikat yang kena diperakukan ialah setiap orang boleh merangka dan mengkerangkakan apa matlamat dan membina cita-cita serta berusaha untuk menjadi apa yang dimahukan, tetapi berjaya atau sebaliknya apa yang dicita-citakan itu, bergantung kepada apa yang telah disurat dan ditakdirkan.
Sama ada perdana menteri, menteri besar atau sebagainya, ibubapa mereka, apatah mereka sendiri tidak tahu pun akhirnya akan menjadi perdana menteri. Macam mana pun oleh kerana fitrahnya memang dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, maka akan ada sebab dan musababnya yang akhirnya membawa mereka menjadi perdana menteri.
Walaupun pelbagai usaha dibuat, termasuk menggunakan berbilion wang oleh individu atau golongan tertentu untuk membeli jawatan perdana menteri, seseorang itu tetap tidak akan menjadi perdana menteri kalau bukan kerana memang itu fitrah yang telah disurat dan ditaksirkan kepadanya.
Kenapa seseorang itu difitrah, disurat dan ditakdirkan-Nya menjadi perdana menteri dari puluhan juta rakyat bagi sesebuah negara, pasti ada hikmahnya, pasti ada keistimewaannya sehingga Allah mengamanahkan tugas yang sangat berat sebagai perdana menteri.
Ada kes menteri besar hanya menjadi menteri besar untuk tempoh yang singkat dan terpaksa menghadapi hakikat yang amat pahit yakni kehilangan jawatan. Ia juga adalah termaktub dalam fitrah, suratan dan takdir-Nya yang pastik ada hikmahnya di sebalik ada sebab dan musabab kenapa keadaan itu berlaku.
Kerana gagal melihat dari sudut hikmah, dari sudut fitrah, suratan dan takdir-Nya, maka apa yang berlaku dilihat sebagai suatu bentuk pengkhianatan oleh kalangan tertentu walhal kalangan tertentu itu endiri sebenarnya tidak ada upaya apa-apa untuk merubah fitrah, suratan dan takdir.
Sebaliknya sama ada selari dengan naluri atau tidak, kalangan yang dituduh mendalangi pengkhinatan itu sendiri sebenarnya terpaksa akur kepada ada yang difitrah, disurat dan ditakdirkan-Nya.
Gara-gara mengenepikan soal fitrah, suratan dan takdir, maka pelbagai tudingan dan prasangka dibuat, malah pihak yang tidak patut dikaitkan dalam sesuatu kemelut pun turut dipalit sama.
Misalnya dalam kes di Perak, kerana syaitan dan iblis telah berjaya merasuk sehingga fitrah, surat dan takdir hilang dari perhitungan dan digunakan sebagai neraca, maka pihak istana pun sanggup dipaliti prasangka.
Ada pihak yang lupa bahawa seandainya tidak difitrah, disurat dan ditakdirkan negeri Perak ada Undang-Undang Tubuhnya sendiri ekoran dari negeri itu ada raja, jawatan menteri besarnya pasti sudah berpindah tangan daripada Melayu kepada bukan Melayu, malah kerananya jawatan menteri besar telah diberikan kepada parti yang mempunyai kerusi paling sedikit berbanding dengan parti-parti lain.
Kenapa berlakunya pertukaran kerajaan dalam tempoh yang singkat juga tentulah kerana memang fitrah, suratan dan takdir yang pasti ada hikmahnya. Pertukaran kerajaan kerana ada wakil rakyat dari parti kerajaan yang dahulu keluar dari parti itu menjadikan kerusi Umno/BN yang asalnya pembangkang di negeri berkenaan melebihi kerusi PR.
Kenapa fitrah, suratan dan takdir sedemikian berlaku, PR yang kena cari puncanya dan istana, khususnya KDYM Sultan Perak tidak boleh dipersalahkan kerana baginda kena memperkenankan pembentukkan kerajaan dari kalangan parti yang mempunyai kerusi majoriti walaupun mungkin hanya satu kerusi.
Yang PR kena salahkan adalah diri sendiri kenapa wakil rakyat dari parti itu walaupun berjawatan exco sanggup keluar dari parti asal. PR kena buat bedah siasat kenapa wakil rakyat sanggup memberi talak yang mana sesuatu perkara tidak akan berlaku tanpa sebab dan musabab.
Mengisytiharkan penderhakaan kepada pihak istana untuk menutup kesilapan dan kesalahan sendiri samalah seperti cuba menyembunyikan bangkai seribu ekor gajah di sebalik sehelai daun lalang.
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil jika pihak istana diserang kerana pihak yang diserang itu tidak boleng meningkah atau membalas serangan kerana istana adalah berkecuali sifatnya.
Kalau Sultan atau Raja enggan memperkenankan penubuhan kerajaan oleh parti yang mendapat majoriti dalam pilihanraya kerana seseorang sultan atau raja itu berpihak kepada parti-parti tertentu dan mahukan parti yang disokong jadi kerajaan walaupun gagal dapat majoriti, maka barulah ianya boleh ditentang.
Hakikatnya sultan dan Raja tidak didaftarkan sebagai pengundi pun, bukannya seperti kebanyakan rakyat jelata, termasuk perdana menteri dan anggota kabinet serta menteri besar dan anggota exconya, masing-masing berdaftar sebagai pengundi dan kena mengundi.
Sebagai pengundi dan orang politik, maka mahu tidak mahu tidak kira ianya perdana menteri, jemaah menteri, menteri besar, barusan exco, speaker dan sebagainya, mereka akan bercakap dan bertindak ke arah melabakan parti sendiri dan merugikan lawan.
Sultan dan raja tidak perlu berpolitik kerana parti mana pun yang jadi kerajaan, sultan tetap akan kekal sebagai sultan dan raja kekal sebagai raja sehinggalah ke akhir hayat kerana memang itu fitrah, surat dan takdrinya.
Oleh kerana menjadi sultan dan raja itu sendiri adalah kerana memang fitrah, suratan dan takdirnya yang pasti ada hikmahnya, maka adalah tidak wajar jika istana, sultan atau raja diserang dan dipersepsikan dengan pelbagai andaian kerana secara tidak langsung ianya akan bersifat mempertikai fitrah, suratan dan takdir-Nya.
Memang kita digalakkan membuat teguran dan saling ingat memperingati sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Asyr tetapi teguran dan peringatan kenalah dibuat dalam keadaan sopan, tertib dan boleh membantu ke arah mewujudkan keharmoninnya, bukannya menyumbangkan kepada perbalahan, apatah lagi di kalangan sesama sebangsa dan seanutan agama!
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kita tak pertikai raja... cuma mohon raja yang rasional... ini tak ... ikut telunjuk umno..
kan dah celaru kat perak sekarang...
kan kah.. mb nizar boleh jatuh mb dengan 3 cara..
1) meletak jawatan
2) undi tak percaya dalam DUN
3)DUN bubar
tapi, tak berlaku... ini sebenarnya punca...
PR rela hilang kuasa jika mengikut lunas perkara di atas....
Ini depa main pintu belakang....
makin menyampah
Sultan Perak tidak sebodoh yang orang PR sangka. Baginda tu lulusan undang-undang, bekas ketua hakim negara. Kalau nak banding dengan Nizar baginda seribu kali lebih cerdik, apatah lagi kalau berkaitan dengan undang-undang.
Kalau baginda mudah ikut telunjuk bukan Nizar yang jadi MB PR di Perak. Parti Nizar ada berapa kerusi kalau bading dengan DAP dan PKR.
Yang buat Umno/BN lebih kerusi kerana wakil rakyat PR tinggalkan PKR dan DAP. Bila keadaan itu berlaku UMno/BN dengan sendirinya miliki lebihan kerusi dan layak tubuh kerajaan.
Sebelum nak marahkan raja atau menganggap tidak rasional, atau nak tuding ikut telunjuk Umno, kena soal dulu kenapa wakil rakyat PR dan DAP boleh tinggalkan parti dan sanggup jadi ADUN Bebas.
Saya nak pinjam kata-kata Encik Ramli...ketika kita menuding sebatang jari ke arah orang, empat batang jari lagi menuding ke arah kita sendiri.
Orang lain kita kena senaraikan pada nombor paling akhir untuk dituding dan dipersalahkan, barulah tidak celaru jadinya.
Saya setuju sangat-sangat dengan Gerik's Boy. Nampak sangat Si Nizar pelahapkan jawatan walhal sebagai Menteri Besar beliau tak boleh buat apa-apa, kena bergantung kepada majoriti exco bila bermesyuarat. Majoriti exonya siapa.
Kalau sekadar jatid MB macam burung belatok buat apa. Masa menang di Bukit Gantang nampak sangat keangkuhan Nizar, sebaik sahaja pengumuman kemenangannya dibuat.
Jangan lupa kemenangan bukan semuanya membawa rahmat, ada juga kemenangan boleh membawa laknat. Manusia ni sentiasa diuji. Pemilikan harta yang banyak, menang dalam pilihanraya, tejulang sebagai seorang tokoh adalah antara ujian-Nya.
Orang yang tawadu' tidak akan tunjuk gembira dan sertonok menerima kemenangan, sebaliknya akan merasa risau dan resah kerana kalau gagal sempurnakan amanah pemberi mandat sebagai pemimpin, dosanya lebih besar dari yang dipimpin.
Kalau bukan kerana Nizar, siapa yang akan berani mencerca dan menghina raja melalui blog dan sebagainya. Yang sedihnya, bukan Melayu jadi berani cerca raja Melayu.
Mujur bukan aku yang jadi Menteri Dalam Negeri, kalau tidak Niza dah aku kenakan ISA, aku rela dianggap kejam demi Melayuku
Post a Comment