ASM khas disambut dingin bukti Bumpiutera masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi
MANUSIA Bumiputera yang tulen kebumiputeraan pasti bersedih dan berduka apabila hanya 7.65 juta sahaja daripada 1.665 bilion unit-unit dana yang dikhaskan kepada mereka dijual pada hari pertama jualan pada hari Rabu 22 April, lebih dari 1.589 bilion unit lagi belum dijual.
Manakala 999 juta lagi unit-unit yang diperuntukkan kepada kaum Cina habis dilanggan pada hari pertama unit-unit saham yang dikhususnya khas untuk mereka dijual.
Sambutan Kaum India juga agak dingin apabila hanya 35.5 juta daripada 499.5 juta unit yang diperuntukkan kepada kaum berkenaan terjual, sebanyak 434 juta unit lagi belum dilanggan..
Melihat kepada keadaan itu dapatlah dibuat kesimpulan siapa sebenarnya yang menguasai bidang ekonomi negara ini, sekaligus jika mereka mahu, semuanya dapat mereka beli terpaksa kuasa dan kedudukan, terutama bagi jangka masa panjang.
Jika tidak dihadkan mengikut kaum, sudah pasti keseluruhan 3.33 bilion (3,330 juta) tawaran baru unit-unii saham ASM akan disapu bersih oleh kaum Cina.
Ertinya adalah amat tidak wajar kalau ada pandangan dan pendapat dari kalangan mana-mana pemimpin dan tokoh Melayu atas nama kepentingan apa sekali pun yang menganggap bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berperanan menjana bagi merapatkan jurang pemilikan ekonomi kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera sudah tidak perlu lagi diteruskan.
Tidak mustahil sebahagian daripada 7.65 juta saham khas untuk Bumiputera yang terjual itu sebenarnya dilanggani oleh tokoh/pemimpin yang menganggap dan berpandangan DEB sudah tidak perlu, terutama di negeri yang diterajui kerajaannya.
Jurang penguasaan ekonomi yang begitu ketara antara kaum Cina dengan Bumiputera tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ianya akan menyumbangkan kepada kewujudan jurang dalam pelbagai kepentingan, termasuk kepentingan politik.
Justeru itu pimpinan Bumiputera tanpa mengira fahaman politik kena buka mata luas-luas untuk melihat nasib kaum Bumiputera bagi jarak masa pendek dan panjang jika jurang penguasaan ekononi Bimiputera dengan bukan Bumiputera, khususnya kaum Cina, kekal seperti sekarang.
Tokoh dan pemimpin Bumiputera tanpa mengira fahaman politik, kepentingan dan matlamat kena segera mengembleng buah fikiran, usaha, perancangan, rangka, kerangka, formula, blue-print dan pelan bagi mengatasi masalah yang sangat kronik itu serta masing-masing kena kerja lebih keras, tulus dan telus.
Mereka kena berhenti meneruskan perlumbaan untuk mendapat kuasa dan kedudukan yang lebih memberi laba dalam bentuk individu dan kelompok tertentu dengan membiarkan majoriti kaum Bumiputera terus dihimpit sindrom merempat di bumi warisan nenek moyang.
Kalau keadaan itu berlaku dan tidak diatasi sehingga apa yang drangka dan dikerangkakan sebagai matlamat induk DEB, akhirnya akan menyumbang kepada kemungkinan kuasa, pengaruh dan kedudukan milik Bumiputera akan terjual dan terlelong.
Kes sambutan dingin terhadap ASM patut dilihat sebagai suatu petaka yang menjadikan pimpinan dan tokoh Bumiputera kecut perut, khuatir, bimbang dan sesuatu yang meresah serta menggusarkan.
Malah masing-masing kena rasa gagal sebagai pemimpin dan tokoh kerana jualan unit-unit ASM khas untuk Bumiputera begitu rendah dan sangat dingin sambutan., Masing-masing kena berazam untuk menebus kegagalan itu ketika peluang untuk itu masih terbuka.
Juga kena dipastikan baki unit-unit ASM khas untuk Bumiputera yang belum terjual kena dipastikan tidak mengalir kepada kaum lain, termasuk dalam bentuk pengalibabaan. Sebaliknya walaupun payah dan memakan masa yang panjang, hendaklah dipastikan baki unit-unit saham itu akhirnya akan menjadi milik Bumiputera juga sebagaimana yang dimatlamatkan.
Pergeseran sesama Bumiputera kerana ketidak-sehaluan fahaman politik tidak akan membantu mengatasi masalah, sebaliknya masing-masing kena mengurangkan politiking dan kena bersepakat untuk mencari jalan paling bekualiti dan berkesan mengatasinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
isu kerabat raja kelantan dan foto2 manohara ada di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/04/edisi-khas-isu-manohara-odelio-pinot.html
Post a Comment