Sunday, April 26, 2009

MUNCUL KEMBALI (157)

Bumi Malaysia kaya dengan pokok ubatan-ubatan

SETIAP ciptaan Allah ada guna dan menfaatnya jika ada usaha dan ikhtiar untuk mencari kesesuaian kepenggunaan dan keemenfaatannya, terutama yang ada kaitan dengan kerperluan penjagaan kesihatan dan pengubatan pelbagai penyakit, sesuai dengan kata-kata yang sering jadi sebutan umum bahawa setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati.
Pada saya memang wajar dan amat kena apabila Pameran Perdagangangan Herba Antarabangsa, Herbal Asia 2009 di adakan di negara ini bermula 30 April hingga 3 Mei nanti kerana sama ada disedari atau tidak, sebenarnya Malaysia adalah antara muka bumi ciptaan-Nya yang mempunyai pelbagai pokok, tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya yang boleh dijadikan ubat bagi pengubatan dan pencegahan pelbagai penyakit.
Sekadar untuk mengubati anak kecil kembung perut, yang mengalami luka kecil, sakit gigi atau pun untuk hilangkan sakit pinggang, lenguh-lenguh, cegah darah tinggi, kencing manis, kurangkan kolestrol, resdung, barah, ketagih rokok, ketagih dadah, pecah batu karang, pengubatan penyakit kuning, awek muda dan lemukan kulit bagi kaum wanita dan sebagainya tidak perlu pun melangkah jauh untuk mencarinya kerana tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat bagi penyakit-penyakit itu ada di sekitar rumah, terutama di kawasan perkampungan.
Sesetengah tumbuhan-tumbuhan yang sangat mustajab untuk ubati sakit gigi, penyakit kuning dan lenguh-lenguh badan misalnya, hampir setiap hari dipijak dan disepak tanpa sengaja dan tidak tanpa disedari bahawa yang disepak dan dipijak itu adalah merupakan ubat yang sangat mustajab seperti pokok rumput ulu sambal, pokok dukung anak, bunga pepulut, pohon bau kentut, telinga kambing dan sebagainya.
Saya sendiri adalah antara hamba-Nya yang diuji dengan pelbagai penyakit. Bagaimanapun setelah dewasa dan pada usia 53 tahun sekarang, badan saya belum pernah disuntik kerana setiap penyakit yang dihadapi diubati menggunakan ubatan-ubatan dari herba atau tumbuhan-tumbuhan liar hasil maklumat dan pengesyoran orang tua-tua.
Bukan saja saya yang sembuh, malah orang lain yang saya sarankan agar menggunakan sesuatu jenis tumbuh-tumbuhan untuk sesuatu penyakit turut sembuh dengan izin-Nya, malah sekarang ini orang mula berjumpa saya untuk cuba menadaptkan jenis tumbuhan yang sesuatu digunakan bagi pengubatan sesuatu penyakit.
Batu karang, resdung, gaut, kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang, hilangkan ketagihan rokok, ketagihan dadah, penyakit kuning, barah buah dada, pemulihan tulang dan saraf, uluran, lemah tenaga lelaki, jadikan isteri yang sudah beranak pinak macam anak dara semula adalah antara yang saya ada maklumat penguunaan herba yang mana percubaan yang dibuat mencapai kejayaan.
Bagaimanapun oleh kerana saya bukan pakar perubatan, maka saya tidak berani mengkomersialkannya. Jika ada pakar-pakar yang mahu membuat kajian secara ilmiah tentang tumbuhan-tumbuhan itu, saya bersedia untuk memberikan kerjasama dengan menyenaraikan nama tumbuhan-tumbuhan yang mustajab untuk pengubatan sesuatu penyakit.
Malah saya sangat mengalu-alukan mana-mana pakar untuk melanjutkan percubaan saya bagi mencegah ketagihan dadah menggunakan sejenis ubi yang mana daunnya pula boleh mencegah ketagihan rokok di samping isinya sedang dimakan bila direbus atau dibuat kuih muih.
Dulu saya merokok dan menghabiskan empat hingga enam kotak sehari yang bagi kotak rokok yang mengandungi 12 batang setiap satu kotaj. Saya kuat merokok ketika masih bertugas dalam bidang kewartawanan sehinggakan saya menjadi bahan guraun rakan-rakan sealiran, kononnya kalau mahu cara saya di tengah-tengah orang ramai mudah saja. Kalau ada nampak asap rokok tujulah ke arah itu , saya pasti ada di situ.
Tetapi selepas menggunakan daun ubi berkenaan atas cadangan seorang tua (tukang urut) dengan mmasukkan adun ubi berkenaan yang dikeringkan ke dalam dalam rokok yang dihisap, saya jadi hilang selera untuk merokok dan sampai sekarang saya sudah tidak ada kecenderungan untuk merokok.
Isinya pula boleh hilangkan ketagihan dadah. Saya rasa kajian secara ilmiah patut dibuat untuk dikenalpasti kenana ianya boleh hilangkan ketagihan. Di samping itu kajian secara ilmiah juga patut dibuat bagi mendapatkan jawapan ilmiah kenapa pokok bau kentut boleh hilangkan kembung perut kanak-kanak.
Ranting campur daun dan putik jambu butir banyak (jambu liar) boleh sembuhkan kencing manis, perahan air sejenis ubi boleh pecahkan batu karang, air rebusan daun senduduk boleh menjadikan isteri-isteri kembali jadi macam anak dara semula di ranjang, daun celagi boleh kempiskan perut dan sebagainya patut juga dibuat kajian secara ilmiah.
Anak saudara saya boleh sembuh penyakit jantung berlubang dengan mengamal memakan pucuk ketereh (gajus), buah bacang muda boleh sembuhkan luka dalaman, pucuk pokok ketapang boleh hilangkan bengkak, isi buahnya boleh tambahkan tenaga kelakian dan sup serati boleh sembuhkan penyakit lelah juga patut dibuat kajian.
Hendaknya Pameran Perdagangangan Herba Antarabangsa, Herbal Asia yang di adakan di Kuala Lumpur nanti akan menjadi titik permulaan untuk menarik kecenderungan mereka yang pakar membuat kajian tentang pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan herba supaya dapat dikomersialkan.
Dengan itu mudah-mudahan tumbuh-tumbuhan yang pada waktu ini kebanyakan orang tanpa sengajak menyepak dan memijaknya setiap hari di halaman rumah masing-masing kerana tidak tahu nilainya akan bertukar menjadi tumbuhan-tumbuhan dijaga dan disayangi kerana ianya boleh dikomersialkan, malah boleh menjadikan mereka yang mampu mengeksploitasi kemujarabannya sebagai ubat boleh menjadikannya sebagai punca pendapatan.

No comments: