Saturday, April 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (131)

SEKADAR PANDANGAN

RAMAI yang hantar SMS minta saya kembali aktifkan semula blog saya yang telah lama tidak dikemas-kini. Keadaan dan masa menterpaksakan saya kena ketepikan blog ini kerana masa kena ditumpukan kepada menyelamatkan perniagaan kerana ramai yang mahu bertepuk tangan melihat kegagalan saya, sebilangan besarnya di kalangan sebangsa dan seagama.

Kalau seseorang usahawan Melayu mampu berdaya maju akan dianggap sesuatu yang luarbiasa dan timbul pelbagai prasangka mungkin ditaja oleh mana-mana supporter yang banyak harta.

Bila runtuh dan gagal, maka akan ditepuk tangan dengan girang beriringkan kata nista, PADAN MUKA. Pelpagai persepsi dibuat, termasuklah kononnya kerana berniaga secara tidak halal. Pembuat persepsi seolah-olah lebih tahu apa yang saya sendiri dan Tuhan tahu apa yang dilakukan oleh seseorang usahawan seperti saya.

Saya sudah kalih dengan itu semua sejak mula menceburi bidang perniagaan nermula pada tahun 1982. Sepanjang tempoh itu belum pernah saya dengar sekali pun yang bertanya tentang kemajuan usahaniaga saya tetapi sering ditanya BUKA LAGI KO KEDAI DEMO LLO NI?

Kebetulan sejak tahun 1982 ke mari saya belum berjaya sebagai peniaga kerana keuntungan berganda bukan matlamat utama saya, malah saya beresdia untuk gagal sejuta kali lagi.

Saya juga reda jika saya ditakdirkan mati sebagai seorang usahawan Melayu yang gagal. Setidak-tidaknya saya telah berusaha, tetapi jaya atau gagal bukan kuasa saya menentukannya.

Alhamdulillah, masih ada harapan untuk saya bangkit kembali dan saya tidak takut untuk nantinya akan kecundang berjuta kali lagi. Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah tetap akan muncul dengan wajah dan tenaga baru.

Pokok pangkalnya saya tidak meminta sedekah dari sesiapa atau pun menyalah-gunakan harta rakyat, termasuk hasil jualan kawasan balak dan sebagainya untuk menafaskan kembali perniagaan saya, untuk meROHkan Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah.

Selepas menyelesaikan tunggakan gaji kakitangan yang tertunggak apabila RM180,000 habis tanpa pulangan dan pengambilan kakitangan baru pula selesai sepenuhnya, Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah akan kembali ke persada pasaran bagi mengubati ribu para pembacanya di samping akan diiringi oleh saudara-saudara Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah yang lain.

Terima kasih kepada mereka yang bersepsi buruk dan busuk terhadap saya. Persepsi anda secara tidak langsung telah membakar semangat saya untuk lebih gigih berusaha bagi membuktikan bahawa anda membuat persepsi yang silap dan berdosa terhadap saya.

Kerana anda semua tidak kenal dengan erti kata sebenart hati budi saya, maka pada setiap kali lepas sembahyang, saya tidak pernah lupa berdoa agar Allah ampunkan dosa anda semua kerana membuat persepsi yang tidak betul terhadap saya.

Yang pasti saya bukan lombong emas untuk sesiapa tetapi semangat dan kesediaan saya berusaha tanpa mengenal putus asa, seringkali menjadikan apa yang saya impikan akan menjadi realiti walaupun kemudiannya acapkali dimusnahkan oleh kalangan yang dimandatkan untuk menambah-baikan mimpi yang telah direalitikan.

Berkat kegigihan, berpasak-paksikan rasa tidak pernah putus asa dan dipermantapkan lagi oleh persepsi buruk dan busuk serta kata nista pihak yang mahu saya gagal dan akan gagal selamanya, peluang baru datang lagi untuk membolehkan saya membuka langkah membina mimpi menjadi realiti kembali.

Peluang itu menjadikan saya turut kembali ada ruang dan peluang untuk menjamah telefon bimbit yang sebelumnya saya tinggalkan dalam laci meja supaya usaha ikhtiar saya untuk bangun kembali dari rebah, untuk demam yang dihidapi kembali kebah, tidak diganggu oleh deringan telefon.

Malah saya berpeluang untuk membaca mesej-mesej yang dihantar, sekaligus membuka peluang saya melayari blog saya walaupun ada komen-komen yang dihantar rata-rata bersifat menghina dan mempersenda saya.

Tak apalah kalau pun saya dihina oleh sesama manusia kerana ianya tidak akan memberi apa-apa bekas kepada saya. Yang saya ketagihkan adalah kemuliaan dari Allah dan yang paling ditakuti dan digeruni adalah kehinaan dari Allah. Semuga saya tidak akan menjadi antara hamba-Nya yang lalai.

SMS yang diterima antaranya bertanya mahu saya buat agakan tokoh mana dari Kelantan yang akan dilantik menganggotai kabinet. Saya yakin Dato' Mustapa Mohamad akan dikekalkan dan Ustaz Affadi Yusoff dari Rantau Panjang akan disenatorkan dan akan dianggota-kabinetkan. Beliau akan dilantik sebagai setiausaha parlimen jika jawatan itu dihidupkan kembali kalau pun tidak dilantik sebagai timbalan menbteri.

Juga diminta komen tentang penarikan balik pergantungan akhbar Harakah (lidah resmi Pas) dan Suara Keadilan (lidah resmi PKR). Bagi saya ianya adalah suatu tindakan yang menunjukkan suatu kebijaksanaan, malah seboleh-bolehnya beri peluang kepada kedua-dua akhbar itu menjadi akhbar harian jika ada permohonan dibuat.

Berdasarkan soalsiasat pasaran akhbar, saya mendapati jumlah jualan Harakah yang diberi permit tiga kali seminggu jauh lebih merosot berbanding dengan jumlah jualan ketika ianya diterbitkan dua minggu sekali, menjadikan pihak pengurusan terpaksa memikul tanggungan yang lebih berat apabila tenaga kerja terpaksa ditambah, kos cetak menokok kerana bilangan terbitannya lebih kerap sedangkan jumlah jualan kian merosot.

Ertinya semakin kerap sesebuah akhbar itu diterbitkan, maka ianya akan mendatangkan masalah di samping isi kandungannya pula akan streotype dan tidak akan membuka selera pembaca untuk terus membaca untuk menjadi pembaca tegar.

Sebaliknya pembaca akan memilih akhbar harian arus perdana sebagai sumber maklumat. Berbanding dengan Harakah, Suara Keadilan lebih laris, malah boleh dikatakan sedang berada di kemuncak.

Untuk tempoh setahun akan datang atau lebih awal dari itu, Suara Keadilan juga akan menghapi fenomena menurun jumlah edaran, apatah lagi jika penerbitannya dikerapkan. Justeru pihak berkuasa, khususnya pihak KDN tidak patut rasa bimbang akhbar berkenaan akan jadi ancaman kepada akhbar-akhbar arus perdana jika permit penerbitannya dikerapkan penerbitannya.

SMS juga diterima meminta saya membuat ramalan tentang pilihanraya kcil di Perak, Kedah dan Sarawak. Saya berani katakan ketiga-tiga kawasan akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).

Di Perak dan Kedah khususnya rakyat telah berpengalaman berkerajaankan PR dan terbukti ianya tidak sama dengan apa yang berlaku di Kelantan yang tidak ada premis perjudian dan pusat-pusat hiburan sedangkan di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR yang lain tidak jauh bezanya dengan ketika era berkerajaankan BN.

Rakyat negeri-negeri yang memberi mandat kepada PR membentuk kerajaan sebenarnya mahukan sebuah kerajaan seperti Kelantan yang dikuasai Pas, bukannya sebuah kerajaan yang pendekatannya tidak banyak berbeza dengan BN. Saya yakin bagi ketiga-tiga pilihanraya kcil itu BN akan menang dengan majoriti yang besar kerana kalau kerajaan yang dibentuk tidak banyak berbeza dengan BN, adalah lebih baik jika BN yang jadi kerajaan.

Juga saya di SMS dan ditanya macam mana Datuk Seri Najib akan susun kabinetnya nanti. Saya yakin paling tidak pun setiap negeri akan ada tokohnya yang akan dilantik sebagai anggota kabinet sama ada dari kalangan wakil rakyat atau tokoh yang akan disenatorkan.

Macam mana Khairy Jamaluddin boleh menang Ketua Pemuda dengan jumlah pencalonan yang diperolehi hanya kecil? Itu juga ditanya. Jawapan saya Allah Maha Bijaksana dan Maha Tahu siapa itu Khairy yang telah ditakdirkan menjadi menantu kepada Perdana Menteri.

Tohmahan-tohman yang dituding kepadanya barangkali tidak betul dan lebih bersifat bersalutkan dengki dan iri hati ekoran pencapaian dan ketokohannya. Khairy seorang yang bijak, sehingga Dato' Husam Musa yang dikagumi Pas pun boleh 'menonye' berbhujjah dengannya di Balai Islam, Lundang, Kelantan, tidak lama dulu.

Untuk rekod, Husam juga pernah kalah kepada Tan Sri Annuar Musa dalam berhujjah pada majlis yang dianjurkan oleh Markaz Siswazah Kelantan di Kuala Lumpur ketika Annuar jadi tamada kerana tidak ada sebarang jawatan ketika itu. Saya hadir pada majlis itu.

Kemenangan Khairy juga seolah-olah suatu hikmah dan semacam Allah mahu menyedarkan mereka yang mentohmah Khairy bahasa hamba-Nya itu tidak seburuk dan sebusuk tohmahan yang diasak kepadanya. Saya yakin beliau akan dianggota-kabinetkan dan akan ditenpatkan di kementerian penting.

Juga ditanya melalui SMS apakah nanti Datuk Seri Abdullah (kini Tun) akan kacau ganggu Datuk Seri Najib sebagaimana Tun Mahathir ganggu beliau sebagai Perdana Menteri.

Saya yakin Tun Abdullah bersara secara tulus dan atas kesedaran bahawa sudah sampai masanya untuk beliau bersara, bukan seperti Dr Mahathir yang terpaksa bersara sedangkan beliau masih lagi mahukan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu.

Mampukah Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri? Soalan itu turut ditanya melalui SMS. Bagi saya Datuk Seri Najib mmang ada kemampuan kerana itulah maka Allah mentakdirkan beliau menjadi Perdana Menteri.

eliau tidak akan berada pada kedudukannya sekarang jika beliau tidak ada kemampuan. Beliau pula tidak akan berada pada kedudukan sekarang kalau bukan itu yang ditakdirkan kepadanya.

Mana-mana pihak yang mempertikaikan kebolehannya samalah seperti mempertikaikan takdir oleh Yang Maha Bijaksana kerana mentakdirkan seorang yang tidak cukup kemampuan sebagai peneraju.

Allah tidak akan silap dalam mentakdirkan. Mempertikaikan Datuk Seri Najib yang ditakdirkan sebagai Perdana Menteri bagi saya boleh merosakkan akidah. Mempertikai, mempercemeh dan menidak nasib baik orang lain tidak patut wujud dan berlaku dalam perjuangan Islam.

Perbuatan itu ditegah oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya. Kalau kurang percaya, cuba semak ayat 148 hingga ayat 149 surah An-Nisaa' yang mana kita dilarang melontar kata-kata buruk kepada seseorang.

Pada tanggapan dan penilaian kita, apatah lagi yang tidak separti dengannya (Dato' Seri Najib) mungkin beliau buruk dan tidak layak sebagai Perdana Menteri tetapi belum tentu di sisi Allah neliau seburuk tanggapan dan penilaian kita yang serba terbatas.

Kalau dia buruk dan iman serta takwanya tidak tegar, adalah lebh baik dan berpahala kalau kita doakan agar Allah memberikan hidayah kepadanya agar menjadi seorang pemimpin yang sarat dengan iman dan takwa, jangan buat dosa dengan mendoakan kemusnahan dan kejahanamannya kerana beliau telah ditakdirkan menjadi peneraju negara kita.

Kita kena sedar dan insaf, seandainya kita yang lebih baik dari Dato' Seri Najib, Tun Abdullah, Tun Dr Mahathir, Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak atau Tnku Abdul Rahman, tentulah kita yang akan ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, bukannya mereka.

Apabila ditakdirkan mereka yang jadi Perdana Menteri, maka mahu tidak mahu kita kena kena memperakukan bahawa merekalah yang paling layak dan terbaik pada waktu itu kerana mereka tidak ada kuasa untuk melawan takdir, malah untuk gerakan sebatang jari atau mana-mana anggota badan pun mereka tidak akan mampu tanpa izin-Nya.

Justeru apabila seseorang ditakdirkan menjadi pemimpin kita, maka kita kena cari apa keistimewaannya untuk diteladani kerana mesti ada sesuatu kelebihan yang dimiliki sehingga Allah mentakdirkannya menjadi pemimpin. Kita tidak setuju kerana kita lupakan urusan takdir.

Kita akan anggap kita mampu jadi lebih baik (dari Dato' Seri Najib misalnya) jika jadi pemimpin tetapi kalau ditakdirkan jadi pemimpin belum tentu semua orang akan terima dan setuju dengan kepimpinan kita. Samalah seperti kerajaan PR, para pemimpinnya menganggap semua orang secara solid akan menerimanya dengan seronok tetapi apabila dah jadi kerajaan, barulah diketahui hakikat sebenar betapa beratnya bahu yang memikul berbanding dengan mata yang memandang.

4 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM
ABANG LI

WAK DOAKAN ABG LI AKAN TERUS BERJAYA.

BAB TIPU MENIPU NI PUAK KOPIAH
LEBIH TERUK DARI PUAK SONGKOK.

INSHAALLAH WAK AKAN TERUS BERSAMA ABG LI.

WAK HAMAD
KUANTAN

MyIdea said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

terima kasih lah sokong meli bagi terus jatuh.Meli kalu nak terus idup, mu kena diarus perdanakan dan mengikut rentak majoriti rakyat.

Anonymous said...

Permainan bahasa gagal menyelesaikan masalah selain usaha yang diiringi doa. Gebang saja tidak membawa apa-apa makna tanpa berpijak di alam nyata, jangan menganiayai sesama makhluk, terutama yang bergelar maunusia.