Wednesday, April 22, 2009

RESPON 1(4)/2009

Saya baru sampai ke rumah kira-kira pukul 1.15 pagi ini . Seperti lazim, sebelum tidur sebagai penamat kepada segala urusan termasuk yang berkaitan fikir memikir pada setiap malam, terlebih dahulu saya berdepan dengan komputer dan menyemak blog saya di samping melayari blog-blog favorites saya.

Saya terkejut, malah terkeduh hati membaca ulasan/komen penuh prejudis bekas pekerja syarikat saya sebagai respon kepada posting MUNCUL KEMBALI (149) saya, gara-gara kegagalan saya menjelaskan tunggakan gaji.

Saya dah hantar SMS pukal kepada semua bekas pekerja syarikat saya supaya SMSkan nombor akaun . Tetapi tidak ada seorang pun yang menghantarkannya.

Oleh kerana kakitangan yang menguruskan akaun dan banyak membantu melancarkan urusniaga saya sebelum saya tambah kakitangan dengan sebilangan besarnya siswazah berhenti kerana berkahwin dan berpindah ke Terengganu, saya kena urus segala-galanya nya buat sementara.

Kebetulan saya tidak terlalu arif tentang akaun. Kalau setelah dihantar nombor akaun sebagaimana yang diminta, saya tidak bank-inkan juga, barulah boleh diprejudis kepada saya, malah boleh diadu ke pejabat buruh yang pasti ianya akan berpihak kepada pekerja berbanding dengan majikan.

Buat apa nak bertemu secara semuka, bercakap melalui telefon atau berbalas SMS. Saya ada banyak kerja lain yang kena dibuat. Penerbitan akhbar mingguan dan majalah kena diteuskan dengan segera. Para pengedar asyik telefon mahukan bekalan.

Beri nombor akaun dan saya bank-inkan tamat cerita dan kalau dah saya ni jahat sangat, anggap saja saya tidak pernah wujud dalam hidup anda. Saya juga akan buat begitu selepas segalanya selesai.

Membuat ulasan/komen dan andaian yang tidak tepat di blog saya atau di mana-mana saluran untuk maksud mengaibkan saya dan menggangap saya hanya beranga-angan tetapi habuk pun tarak...tak mungkin ada yang terpengaruh kerana pencandu dunia persuratkhabaran, majalah dan buku tahu rekod saya sebelum ini.

Bila tidak diSMSkan nombor akaun untuk nak dipastikan sama ada saya akan bank-in atau tidak, macam mana boleh tuduh saya macam-macam. Betullah saya tidak ada ijazah tetapi saya tidaklah bangang sangat pun sehingga saya dicap tak reti langsung dalam pengurusan.

Selama ini pun ketika saya beroperasi di rumah, urusniaga saya boleh saya urus dengan baik dan lancar. Lagi pun kalau saya bahlol macam mana saya boleh wujudkan perniagaan, malah boleh memiliki permit penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan sedangkan orang ada ijazah pun pohon tak dapat.

Hanya tiga pekerja (kini bekas) sahaja yang banyak kerenah dan menyebabkan perniagaan saya punah dan ketiga-tiganya pada kajian rambang saya mempunyai mental probelum (maaf pinjam kata-kata pengirim komen). Mereka mahu masalah peribadi menjadi tangunggan syarikat, seolah-olah mereka bertanya apa sumbangan kepada syarikat bagi yang sepatutnya ditanya apa sumbangannya yang melabakan syarikat telah dilakukan.

Masing-masing gamaknya menyangkakan saya ada wang berjuta, malah ketiga-tiganya yang paling mendesak supaya mereka boleh mulakan kerja lebih awal dari waktu yang sepatutnya.

Lagaknya juga lebih boss dari boss sehingga ada pekerja yang berhenti kerja bukan kerana tidak tahan dengan saya sebagai pemilik syarikat tetapi tidak tahan dengannya yang suka memerintah dan bahasa yang digunakan pula dikattakan sangat menyakitkan hati. Bukan tak boleh tegas tapi jangan sampai orang nampak kita 'agas'.

Saya dimaklumkan hal itu oleh petugas berkaitan tetapi saya diamkan sahaja kerana kebetulan pekerja berkenaan mendakwa mereka dapat kerja yang berhampiran dengan rumah dan meminta untuk berhenti tanpa notis.

Pihak printing juga tidak berminat berurusan dengan pekerja yang hantar komen kerana kononnya terlalu berlagak pandai dalam kerja cetak mencetak dan menjadikan kerja-kerja percetakan terbantut kerana lagaknya mahu mengajar itik berenang.

Sebenarnya pihak kilang perlukan penjadualan kerja supaya majalah dapat disiap dan boleh mula diedarkan pada setiap 28 haribulan sebulan. Tarikh siap 28 haribuan menjadi sangat perlu supaya pengedar dapat mengedar majalah yang diterbitkan dengan majalah-majalah terbitan syarikat lain.

Tidak melabakan pengedar bila dikira kos pengangkutan kalau hanya sejenis majalah sahaja diedar. Kerana itulah bila sampai selepas 28 haribulan, pengedar akan biarkan majalah berlonggok dalam setor mereka.

Sebenarnya saya sendiri pun acap disergah konon oleh pengomen kerana kononnya saya terlalu berlembut dengan pihak kilang sedangkan saya tahu bahawa pihak kilang memerlukan tempoh masa yang mencukupi kerana kerja mencetak majalah berbeza dengan cetak majalah.

Akhbar dicetak memakan masa beberapa jam sahaja tetapi majalah kena ambil masa berhari-hari. Kilang pun tak seronok berurusan dengan pelanggan bermasalah. Lebih baik tak dapat job kalau ada job pun bawa masalah

Saya sengaja banyak mengalah walaupun saya sebenarnya 'mulut uduh' juga, demi kerana dunia perniagaan memelukan banyak diplomasi, tambah-tambah kalau perniagaan kita kena terpaksa menumpang kemudahan milik orang lain
termasuk urusan cetak yang kilangnya milik orang lain.

Lagi pun saya ambil sikap mengalah kerana saya rasa saya tidak akan jadi cerdik untuk bertegang leher dengan orang yang tidak tahu tentang apa yang mahu dibahaskan dengan harapan pengalaman akan mengajarnya akan jadi tahu juga sudahnya. Saya dulu pun dari tidak tahu juga.

Date-line sangat penting. Apa yang ditetapkan oleh pihak kilang, penerbit kena akur, kecuali jika penerbit ada kilang cetak sendiri. Ini antara punca kegagalan, yakni kerana sikap ego petugas berkenaan, barangkali kerana dia ada ijazah dan saya sendiri tidak syaratkan supaya isi kandungan kena saya perakukan dulu baru boleh siar sebagaimana peraturan sepatutnya kerana jika ada sesuatu yang tidak kena dengan peraturan KDN, saya yang kena jawab sebagai ketua pengarang dan pemegang permit, menjadikan dia rasa terlalu istimewa dalam kebolehan dan melakukan kerja.


Saya tak akan bangkitkan hal ini jika saya tidak terus diserang, malah ada penyumbang telefon tanya betul ke Minguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah dah lingkup, dah tidak boleh terbitkan lagu, pintu pejabat dikunci.

Memang pintu pejabat berkunci kerana saya yang kunci. Juga sejak bila saya saya memberi mandate untuk bercakap bagi pihak syarikat-syarikat saya dan memberi kata putus tentang masa depan akhbar mingguan dan majalah terbitan syarikat saya. Kerana itu saya kata dia ni ada mental + qalbu probelum.


Soal bekerja sendirian tanpa bantuan orang bawahan sepatutnya tidak timbul kerana telah disusun jabatan pengarang dan jabatan rekabentuk dan sebagainya.

Masalahnya dia sendiri menunjukkan sikap "temo'on" mahu buat segala-galanya sendiri sehingga petugas unit rekabentuk datang pejabat gigit jari tidak ada kerja, malah mereka yang lebih awal bekerja telah menganggap saya mengenepikan mereka apabila mendapat pekerja yang lebih hebat.

Saya dah wujudkan jabatan/unit yang perlu ada dalam kerja penerbitan yang mana selaku editor sepatutnya kena pandai-pandailah dia mendapat kerjasama unit-unit yang sepatutnya membantu editor.

Kalau editor tidak dapat kerjasama dari mana-mana unit atau semua unit, itu bukan salah saya sebagai ketua pengarang/ketua editor. Yang saya tahu sikapnya tidak disukai oleh semua unit kerana dianggap berlagak pandai dalam semua hal.

Saya menerima aduan itu tetapi saya tegaskan soal nak buat secara solo atau sebaliknya saya tak apa belaka. Pokoknya pada tarikh yang sepatutnya siap kena siap.

Kalau tak siap mahu tidak mahu perniagaan akan lingkup atau saya akan hentikan operasi. Peralatan turut dipersalahkan walhal semasa saya buat di rumah, saya hanya guna komputer yang lebih kecil keupayannya tapi setiap kerja boleh siap ikut date-line.

Saya bukan tak reti buat layout tetapi saya kata tak reti dan barangkali beliau ingat saya tak reti sungguh. Kerana itu dianggap saya lekeh. Saya juga kata saya tak reti mengurus sedangkan saya terlibat dalam urusniaga pada tahun 1982 lagi.

Saya diajar oleh ustaz , ibubapa serta tokcik dan mokwe saya supaya sentiasa merendah diri kerana dengan itu kita akan dapat banyak maklumat tentang orang yang kita lawan bercakap dan bolehlah disimpulkan tahap pemikiran dan gambaran perut pedalnya.

Lagi pun saya dah lantik kakitangan pada semua unit yang diperlukan untuk sesebuah penerbitan dan saya tidak perlu buat sendiri semua kerja macam saya buat di rumah sebelumnya walaupun saya reti. Masa sessi suaikenal saya dah kata, jadikan pilihan terakhir untuk bekerja dengan syarikat saya kerana saya tidak kaya.

Maju mundur perniagaan bergantung kepada sejauh mana kesungguhan kakitangan, merangkumi jabatan pengarang, rekabentuk, iklan dan pemasaran. Tetapi semuanya lembab sedangkan dalam bidang penerbitan semuanya kena cepat.

Saya ambil pekerja kerana saya tak mau terus terbeban dengan tugas berat dan saya mahu dapatkan sumber niaga lain yang lebih melabakan bagi menokok dana perniagaan penerbitan. Kalau boleh saya tak mahu datang pun ke pejabat. Itulah juga antara sebabnya kenapa di bilik saya .....saya tak bubuh aircond.

Antara sebab saya tak jawab telefon adalah kerana saya jarang bawa telefon asal saya kerana untuk urusanniaga bukan berkaitan dengan penebitan, saya guna nombor baru.

Lagi pun sepanjang bulan ini saya agak kalut sikit kerana ada sedikit urusniaga dengan Cina dari Cina yang mahukan daging kerbau, urat sabut, getah cair, tahi kelawar serta mahu bawa tixtile ke Malaysia.

Hari ini Cina berkenaan datang lagi dan saya ke Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai untuk uruskan soal yang berkaitan dengan getah cair (susu getah) dan tahi kelawar. Sesekali Pauzie Hussien dari Jabatan Pengedaran bantu saya.

Urusan daging kerbau (untuk dibekalkan ke Brunei dan ikan ke Cina) telah dikira selesai apabila bekalan kedua-duanya diperolehi dari Mumbai (India).

Insyallah jika tidak ada aral melintang saya akan ke Mumbai (tambang kapalterbang, makan minum dan hotel ditanggung) untuk proses MoU). Pasti ada bahan menarik yang boleh saya tulis nanti. Pasport antarabangsa sudah dibaharui.

Sebelum ini pun saya dah uruskan penjualan biji benih sawit yang merupakan antara sumber perolehan syarikat. Sumber-sumber perniagaan berkenaan dah saya uruskan secara senyap-senyap selama kira-kira setahun dan tidak digegekan kerana keadaan masih lagi samar-samar ketika itu.

Bagi memenuhi keperluan sumber-sumber perniagaan itu, saya telah mewujudkan sebuah syarikat sendirian berhad yakni Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd -827498X yang antara urusniaga yang boleh dijalankan adalah import ekskspot (sila layari
www.linkedin.com/pub/a/70/912) atau taip Ramli Abdul Halim dan search untuk dapatkan maklumat mengenainya.

Kerana mahu mengelak dari terbeban dengan tugas terlalu banyaklah, maka kakitangan diambil bagi mengendalikan penerbitan majalah dan akhbar mingguan, malah kerana itu jugalah Mingguan Wasilah dipindah milik kepada Saudara Yusri Yusoff kerana saya kena tumpukan kepada bidang lain.

Tetapi perniagaan penerbitan yang dibina dengan payah mulai rekah dan punah bila kakitangan ditambah. Kakitangan saling tidak berpuashati antara satu lain dan masing-masing cuba mengelak dari memberikan bantuan dan kerjasama.

Tentang kegagalan saya dapat pinjaman bukan kerana aliran akaun tidak stabil. Tuduhan yang dibuat adalah penuh bau hanyir prejudis dan pembuat tuduhan kena bertaubat nasuha.

Pihak bank tidak dapat luluskan pinjaman saya kerana nama saya disenarai-hitamkan gara-gara saya terlibat dalam pembelian kenderaan yang bukan saya gunakan tetapi digunakan oleh pihak lain yang tak membayar ansuranya. Saya yang diminta jadi penjamin ditukar menjadi pembeli.

Setelah di bawa ke mahkamah di Kuala Lumpur dan saya tidak hadir beberapa kali perbicaraan kerana tidak menerima surat pemberitahuanya, mahkamah telah memutuskan saya kena bayar sejumlah bayaran yang agak besar.

Pihak berkaitan berjanji akan bayar kerana kenderaan berkenaan bukannya saya yang beli tetapi orang berkenaan beli dengan meminta saya jadi penjamin tetapi nama saya muncul sebagai pembeli.

Urusan itu dibuat di Kuala Lumpur. Itu punca sebenar kenapa bank tidak boleh lulus pinjaman saya dan tidak berbangkit soal aliran kewangan syarukat tidak stabil.

Macam mana pun pegawai kepada sebuah bank berjanji akan membantu menyelesaikan masalah itu kerana dia tidak mahu penerbitan akhbar mingguan dan majalah saya lingkup.

Pinjaman TEKUN (kebetuan barangkali status saya gagal dikesan ketika itu) maka permohonan saya diluluskan. Ianya habis dibayar kos ubahsuai ofiice yang melonjak naik lebih dari sekali ganda dari harga asal.

Kenapa keadaan itu belaku saya pun tak tau. Saya bayar apabila saya tanya sama apa yang diminta itu halal atau tidak, taukeh syarikat pengubahsuaian tu kata halal.

Demikilanlah jawapan saya yang sepatutnya saya tak layan terhadap komen yang bermaksud jahat yang hanya sanggup dibuat oleh hamba-Nya dan bermulut dan perut busuk.

Yang setiap orang kena tahu bahawa saya tidak mengharapkan simpati sesiapa. Usaha akan saya teruskan dan itu adalah keupayaan yang saya ada, yakni berusaha. Gagal atau jaya terpulang kepada apa yang telah ditetapkan-NYA.

Pokok pangkalnya cubalah bekas petugas syarikat saya yang tertunggak gajinya SMS atau emailkan nombor akaun masing-masing, dan tengok saya akan bank-inkan ke tidak.

Saya ni pelik sikit, kalau timbul rasa marah, jangankan nak pandang muka, nak sebut nama seseorang yang saya marah tu pun rasa tak pelahap. Kalau saya gagal jelaskan gaji tertunggak, bukankah boleh diadu ke pejabat dan mahkamah buruh???????????????????????????????

13 comments:

Unknown said...

KATA EMPUNYA MELI
“Buat apa nak bertemu secara semuka, bercakap melalui telefon atau berbalas SMS. Saya ada banyak kerja lain yang kena dibuat. Penerbitan akhbar mingguan dan majalah kena diteuskan dengan segera. Para pengedar asyik telefon mahukan bekalan.”

Siapa yg suka bercakap ikut sms? pjg berjela, kerana tuan meli org sastera mmg pandai bermain bhsa. Sy menelefon lebih senang, direct to the point berbincang secara baiok tetapi tak pernah disambut oleh tuan meli..adakah terlalu susah utk berterus terang begitu jika kita bercakap jujur, tak banyak auta dan alasan? Org jujur bila bercakap tak akan tersekat2, kecuali dln tulisan memg boleh ditulis pelbagai kata2 yg sgt bombastik!

KATA EMPUNYA MELI
“Antara sebab saya tak jawab telefon adalah kerana saya jarang bawa telefon asal saya kerana untuk urusanniaga bukan berkaitan dengan penebitan, saya guna nombor baru. Lagi pun sepanjang bulan ini saya agak kalut sikit kerana ada sedikit urusniaga dengan Cina dari Cina yang mahukan daging kerbau, urat sabut, getah cair, tahi kelawar serta mahu bawa tixtile ke Malaysia.”

Panggilan tak berjawab dan sms yg terima akan ada di skrin h/p setelah pulang kerumah setelah selesai urusan bisnes tuan meli? ada ape2 masalahkah utk kembali menghubungi saya sekiranya tuan meli tetap ingt apakah itu perkara yg belum langsai?? Bisnes sudah begitu kencang, ada ape2 masalah lain lagi ke utk bayar kepada saya hak yg sgt sy perlukan itu utk kelangsungan hidup saya?

KATA EMPUNYA MELI
“Beri nombor akaun dan saya bank-inkan tamat cerita dan kalau dah saya ni jahat sangat, anggap saja saya tidak pernah wujud dalam hidup anda. Saya juga akan buat begitu selepas segalanya selesai.”
“Bila tidak diSMSkan nombor akaun untuk nak dipastikan sama ada saya akan bank-in atau tidak, macam mana boleh tuduh saya macam-macam. Betullah saya tidak ada ijazah tetapi saya tidaklah bangang sangat pun sehingga saya dicap tak reti langsung dalam pengurusan.”

Beri no akaun dan akan di bank-in, benarkah? saya telah hilangkepercayaan kepada org yg telah byk buat janji tapi janji atas angin semata2.Sy masih simpn sms2 janji2 tuan meli sebelum ini tentang bayaran gaji tetapi tidak pernah tertunai. Sy menelefon kembali utk berbincang tentang itu dengn baik setelah mdapat sms tersebut tapi pernahkah diangkat panggilan saya? Kenapa terlalu tagkut? Sy menelefon sebaik shj mendapat sms itu, benarkah hp tuan meli tak dibawa bersama ke mana2 pada masa tersebut? Beri no. Akaun dan menunggu bagai buah tak gugurlah seperti janji2 sebelum ini jwbnya...kenapa terlalu takut utk berbincang wpun sekadar dlm tel. Jika benar jujur, sedangkan duit entah ada entah tidak kerana membayar along2 ceti tersebut?


KATA EMPUNYA MELI
“Pihak printing juga tidak berminat berurusan dengan pekerja yang hantar komen kerana kononnya terlalu berlagak pandai dalam kerja cetak mencetak dan menjadikan kerja-kerja percetakan terbantut kerana lagaknya mahu mengajar itik berenang.”

buat pengetahuan semua, kerja mencetak majalah hanya sekali, bilangn pertama dan yg terakhirnya. Kerana sy tidak tahu tentang hal printing, maka saya telah sanggup belajar dengan org printing tersebut cara2nya agar file kerja dapat disediakan utk dicetak. Cetakan pertama tersebut dihantar pada masanya, namun menjadi masalah kerana janji tuan punya printing utk menghantar bekalan tidak ditepati. Tuan punya meli surrender tidak mahu menekan mereka kerana mengaku terlalu lembut (berlembut biarlah ada batas supaya tak dipijak kepala oleh org, bukan berlembut takde hemah..),maka tagnggungjwb itu diberi kepada saya supaya menelefon, menelefon, menelefon dan menelefon lagi dan lagi semata2 supaya mereka dapat menunaikan janji. Tanyalah kepada semua orang yg ada di dalam ofis meli, semua akan mengakui hal ini, tak usahlah tuan meli cuba menegakkan benang basah lagi. Jika tidak kerana sikap lepastangan tuan meli itu, adakah sy sebagai editpor yg sewajarnya dpt memberi komitment penuh kepada kerja2 editorial perlu melakukan tugas tersebut?! Org2 printing tentu tidak mahu berurusan lg dgn sy kerana sikap keras saya setelah didesak oleh tuan meli beberapa hari dlm sehari supaya pihak printing segerakan penghantaran (masalah berpunca dari silap mereka sendiri, tuan melipun tahu bukan...perlukah saya jelaskan segalanya di sini?), sedangkan tuan meli sendiri tidak mampu berbuat demikian, jika tidak kerana saya, adakah bekalan tersebut akan sampai jika saya tidak bertegas terhadap mereka sebagaimana tuan meli sendiri?

KATA EMPUNYA MELI
“Sebenarnya pihak kilang perlukan penjadualan kerja supaya majalah dapat disiap dan boleh mula diedarkan pada setiap 28 haribulan sebulan. Tarikh siap 28 haribuan menjadi sangat perlu supaya pengedar dapat mengedar majalah yang diterbitkan dengan majalah-majalah terbitan syarikat lain.”
“Date-line sangat penting. Apa yang ditetapkan oleh pihak kilang, penerbit kena akur, kecuali jika penerbit ada kilang cetak sendiri. Ini antara punca kegagalan, yakni kerana sikap ego petugas berkenaan, barangkali kerana dia ada ijazah dan saya sendiri tidak syaratkan supaya isi kandungan kena saya perakukan dulu baru boleh siar sebagaimana peraturan sepatutnya kerana jika ada sesuatu yang tidak kena dengan peraturan KDN, saya yang kena jawab sebagai ketua pengarang dan pemegang permit, menjadikan dia rasa terlalu istimewa dalam kebolehan dan melakukan kerja.”
“Soal bekerja sendirian tanpa bantuan orang bawahan sepatutnya tidak timbul kerana telah disusun jabatan pengarang dan jabatan rekabentuk dan sebagainya. “

“Masalahnya dia sendiri menunjukkan sikap "temo'on" mahu buat segala-galanya sendiri sehingga petugas unit rekabentuk datang pejabat gigit jari tidak ada kerja, malah mereka yang lebih awal bekerja telah menganggap saya mengenepikan mereka apabila mendapat pekerja yang lebih hebat.”

“Saya dah wujudkan jabatan/unit yang perlu ada dalam kerja penerbitan yang mana selaku editor sepatutnya kena pandai-pandailah dia mendapat kerjasama unit-unit yang sepatutnya membantu editor.”

Tuan meli bercakap tentang dateline, dateline yg diharapkan oleh seorg bos kepada seorg editor yg membuat segala2nya. Tanyalah kepada mana2 penerbitan majalah, paling kurang pun perlu ada seorg sidang editorial dan seorg pengatur lay-out dan grafik. Apa yg terpampng pada muka editorial di majalah hanyalah gimik semata2 atas arahan tuan meli supanya penerbitgan majalahnya nampak sempurna jabatannya sahaja, hakikatnya tidak begitu..
Unit grafik yg ada fokus pada akhbar dan grafik designernya sendiri tidak menang tangan menyiapkan part mereka utk sipakan dateline akbar, adakah mampu lagi mereka utk membuat layout utk majalah saya?
Saya mula mendapat seorg sidang pengarang yg dipilih oleh tuan meli utk membantu saya, tetapi tuan meli sendiri tahu bagaimana cara kerjanya. kerja yg diamanahkan pada mereka tidak dapat disempurnakan dengan baik hingga saya perlu mengambil masa yg banyak semata2 utk membaiki sedangkan saya sendiri tidak menang tangan utk melakukan kerja saya. Saya bersabar pada awalnya utk memberi masa kepada pembantu saya menyesuaikan diri, tetapi desakan dateline tidak memungkinkan saya dapat bersabar dengan cara kerja yg terlalu slow maka saya mula bersikap tegas, kerana tuan meli sendiri sebagai bos dan ketua pengarang tidak menyelia, hanya semata2 mengharapkan saya. Tidak pernah ada dipanggil semua staf utk round table,berbincang dan mencari penyelesaian terhadap hal2 berkaitan, sedangkan seseuatu organisasi perlu team-work yang kukuh yg hanya dapat duduk semeja dan mendapat arahan yg tegas daripihak tertinggi iaitu KETUA PENGARANG, TUAN MELI sendiri? Jika tuan meli telah tidak dapat tunaikan tugas hakiki itu dan tidak bersiokap sebagaimana yg sewajarnya, kenapa perlu salahkan saya apabila saya terpaksa guna posisisi rendah sy hanya sebagai pengarang biasa utk bersikap tegas kepadapembantu saya? Maaf, sayatidak agas,kerana setiap kali sy meminta pembantu saya membuat sesuatu, saya sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ kerana saya tahu saya juga setaraf dengan pembantu saya, KAMI SAMA2 KERJA MAKAN GAJI DENGAN TUAN MELI MALANGNYA TIDAK DIBERI GAJI... saya semakin tegas bila berkali2 benda sama saya minta dibaiki tapi hasilnya tetap hampa..saya tahu tiada siapa yg suka diminta membuat kerja berkali2, tapi saya sedaya upaya mahu jaga kualiti majalah yg masih baru ini dalam segala kekurangan dan kelemahan syarikat, kerana itulah saya terpaksa membuat sendiri byk benda kerana mengharapkan org lain tapi tak-siap2 sedangkan dateline makin dekat!

KATA EMPUNYA MELI
“Kalau editor tidak dapat kerjasama dari mana-mana unit atau semua unit, itu bukan salah saya sebagai ketua pengarang/ketua editor. Yang saya tahu sikapnya tidak disukai oleh semua unit kerana dianggap berlagak pandai dalam semua hal.”

“Saya menerima aduan itu tetapi saya tegaskan soal nak buat secara solo atau sebaliknya saya tak apa belaka. Pokoknya pada tarikh yang sepatutnya siap kena siap.”

Inilah sikap seorang KETUA PENGARANG MERANGKAP PENGURUS@ BOS, sikap berlepas tangan dan ambil mudah dan cincai segala hal tapi bila bisnes lingkup salahkan staf2..sewajarnya beliau mengambil serius aduan saya dan mengambil langkah proaktif utk menasihati staf2 lain, bukan berdiam diri tapi di belakang tuan meli mengata mereka...masalah tidak cuba diselesaikan sebaliknya dibiarkan.

“Maju mundur perniagaan bergantung kepada sejauh mana kesungguhan kakitangan, merangkumi jabatan pengarang, rekabentuk, iklan dan pemasaran. Tetapi semuanya lembab sedangkan dalam bidang penerbitan semuanya kena cepat.”

Paling perlu, efisien bosnya, efisienlah stafnya. Bila kepala kereta api gelincir dari landasan, terbaliklah semua gerabaknya. Jika hanya seorg yg bersungguh, bolehkah diharapkan kepada seorg itu sahaja utk syarikat mendapat laba??? Tanpa ketegasan seorg bos, tiada bisnes yg boleh mencapai tahap yg membanggakan.. kerjaperseorngn tuan meli sendiri tidak akan sama,kerana hanya tuan meli sendiri yg bertgjwb kpdnya, sedangkan bisnes penerbitan ada org2 bawah yg perlu dimonitor dengan pengurusan yg sgt cekap,

KATA TUAN MELI
“Saya ni pelik sikit, kalau timbul rasa marah, jangankan nak pandang muka, nak sebut nama seseorang yang saya marah tu pun rasa tak pelahap. Kalau saya gagal jelaskan gaji tertunggak, bukankah boleh diadu ke pejabat dan mahkamah buruh??????????????????????????????
?”
Bukan sahaja gaji staf tertunggak, hutang2 org lain pun tertunggak. Sesetengah org sudahlah salah tapi masih bersikap ego, sedangkan jika tidak kerana org2 yg telah jadi mangsa masih fikirkan kebaikannya di sebalik pelbagai ketidakadilan yg telah dilakukan olehnya, telah lama org sedemikian itu telah menerima hukuman. Apa yg saya tulis di sini bukan utk saja2 tetapi supaya org yg telah mengelak dr keadaan itu lebih cakna dan fikirkan juga tentang org lain yg terpaksa menanggung susah kerananya. saya telah memberi terlalu byk ruang utk tuan meli selama ini sebelum terpaksa menggunakan cara ini agar tuan meli akan lebih sedar, kerfana tuan meli telah terlalu mengelak.

Fikir-fikirkanlah...

Masor Semah said...

Dok la nyo ungga mari lagi. Aku baca pun serabut. Doh Meli suruh hantar nombor akaun gat atar la. Berapa puluh ribu menah gajimu hak Meli tak bayar nyo.
Bila menego tak bergerak Meli nak bayar lagu mano. Kalu dia suruh atar nombor akau gat hantarlah. Aku rasa budok ni jenis keras pedal, bokali ada mental probleum sungguh.

Gu Lama Meli Kampung Kijang said...

Kalu Meli ikut ere,lama-lama Meli pun boleh hadap mental probelum. Boleh ke Meli buwi nombor telefon budak ni ke kawe?

Masor Semah said...

Cis! Nak jual minyak doh? Takdik kkijo lain....

Gu Lama Meli Kampung Kijang said...

Kawe niat molek. Jange dok ggaduh saloh anggap. Kawe ni ada janggut mace Meli jugok.
Minta maaf weh, kawe kena gi semayang asar dulu. Kelik tadi tak ingat, main begoni ralik juga. Takut terlepas waktu.

Masor Semah said...

Kawe pun malah dok bertumas lagi eh. Beraso tak cerdik mano dok ikut ere. Mudah-mudahan Meli tambah semangat untuk teruskan perniagannya.
Kalu ssekat lebih kurang, Meli boleh hubungi kawe...bolehlah tukat sikit-sikit. Mugo mulo dia pun tukat kawe.

Gu Lama Meli Kampung Kijang said...

Kawe yakin Meli akan berjaya. Dia bukan baka kaya tapi berdasarkan rekodnya banyak kejayaan yang telah dicapai sebelumnya.
Kawe nampak pekerja yang sekor ni macam kebanyakan orang Melayu kita, suka tengok bangsa sendiri tersembe, bukan nak bantu tapi nak lenyek lagi.
Kawe perit doh tulung orang sesak, orang bermasalah dan terkapik. Orang jenis lagu tu fikir nak senang ko dia jah, susah payah orang lain tak ddoli.
Kalu dengan toke Melayu gat lebat mulut. Kalu kkijo dengan Cina gaji murah pun takpo, buka mulut tak berani sama sekali. Bokali bila Meli tutup operasi dia beraso payoh nak cari kijo. Mula la serabut perut bbulu dalam kain, bereba dalam ppalo.
Kawe kenal Meli. Tunggakan gaji dia bayar. Toksoh goba. Pekerja namapok babuk ni atar dok ke nombor akaunnya ko Meli?

Masor Semah said...

Bbo la we dok ikut erenyo. Tau la tu Meli urusnyo. Meli pun nampoknya tak ambik ere mano. Dia tentu lebih tau pekejonyo sediri.
Nampaknya dia bukan kutuk pasal Meli boktan tak bayar tunggakan gaji dia (tu pun bokali boktan dia tak hantar nombor akaun, nyo kait hutang Meli dengan orang lain. Berniaga memang la kena berutang, kalu tidak dia nak nnego guano.
Yang dia dok ddoli bakpo, orang hok berutang dengan Meli gi katok tangga rumah dia ko cari utang atau dia kena buru ko ceti hak Meli pinje ko guano. Ko Meli cagar dia sebagai cagaran pinje ceti.
Kawe setuju dengan demo, orang hak pantang diambil bekerja ialah dari kalangan yang sesak, terkepik, kita akan jadi macam lepas anjing tersepit. Mujur la kawe tak dok pekeja hak lagu tu.
Hak takleh buwi berutang pun orang sesak, sah tak bayar walaupun lebainya sampai keran dahi boktan banyak sujud. Bukan toksir bayar tapi takleh nak bayar boktan sesak. Sebab tu la bank nak buwi pinje pun nyo buwi ko orang kayo.

Unknown said...

kawan sebenar @ gu ialah kawan yg sanggup berkata benar tentang perkara tak betul yg dibuat kwnnya, bukan tukang bodek yg ibarat sokong membawa rebah.

lagipun, apalah yg dihairankan.ramai juga yg guna mcm2 nick utk backing diri sendiri. biasalah tu...

begitu la manusia.tanyalah org2 yg pernah bekerja di bawah bumbung meli, taula perkara sbnrnya.jgn mudah termakan gebang tuan meli di dalam blog tentang syarikatnya.itulah tujuan asal saya menulis di sini.

tak payah tanya no saya pd tuan meli. tulis sahaja di sini dan saya tidak gentar utk menjawab kepada sesiapa yg mahu bertanya tentang letak duduk perkara sebenarnya,agar lebih ramai yg tahu perkara sebenar. kerana saya berpegang kepada 'berani kerana benar, takut kerana salah'. saya boleh terangkan kepada siapa yg mahu tau temberang sebenar tuan meli tentang perkara tidak betul yg ditulis dan perkara betul yg disembunyikan.silakan. tuan meli sendiri bukan sebab tidak mahu ikut ere tapi bimbang makin byk temberang yg dikelentong kepada org terbongkar bila dia menjawab sendiri.

siapa yg mental problem skrg, lari ke sana sini dikejar along, lari dari sume staf yg cari nk dpt tggakan gaji (sebagaimana yg dia janjikan) sume tak dilayan. ni la manusia yg sebenarnya tidak fikirkan hal org lain.

mahu saya bagi no akaun kepada tuan meli? sedangkan cek yg dia beri ke tangan pun tidak laku!! saya tidak lagi percayakan cek dari beliau, kerana saya ada cek yg beliau beri tidak dapat ditunaikan kerana tiada wang di akaunnya.bahkan2 staf2 lain ada yg diberi post dated check yg sampai skrg tak dpt2 ditunaikan kerana hal yg sama.apatah lagi nk bagi no akaun yg nthkan menunggu buah tak gugur..sekadar utk memberi gula2 setelah saya menghubungi berkali2 tetapi tuan meli tidak berani menjawab.klu benar sebagaimana dikata bisnes kencang, tentu tidak akan teragak2 membayar secara tunai sahaja, kerana bukan tinggal beribu batu pn yg memerlukan transaksi secara bank in. jangan salahkan orang bila org sudah hilang kepercayaan terhadap tuan meli dengan cara tuan meli selama ini.

bukan hanya gaji sy, bahkan semua staf tak dibayar gaji.bukan hanya sebulan, bahkan berbulan2. saya faham kewangan syarikat teruk kerana itu saya telah memberi peluang hampir setengah tahun kerana janji2 beliau yg mahu bayar. saya tidak kisah pun jika hanya dibayar beransur2 sedikit2, saya akan sangat menghormati org2 sebegini yg mengambil tanggungjwb ats ape yg telah berlaku kerana kesilapannya.

tapi saya terlalu kecewa beliau begitu mengelak dan melarikan diri apabila dihubungi. itu perkara pokok. saya membaca begitu hebat tuan meli punya bisnes daging la ape la taik kelawar dll, jadi silakan sekarang, bayarlah secara tunai kerana telah punya wang banyak. jangan mengelak lagi. harap menelefon saya dan selesaikan ape yg belum selesai.jangan cakap tak serupa bikin, tuan meli. saya sudah serik dengan cakap2 tuan meli.

kalau dah berniaga begitu, sudah tentu dia punya pekerja. konsep pekerja yg bekerja sudah tentu utk dapatkan rezki halal. tidak timbul soal pekerja bersalah kerana menuntut haknya walau sesikit mana jumlahnya. klu mahu ada pekerja tapi tak bayar gaji dan bila dituntut melenting itu ini, jangan panggil berniaga, panggil je meli industry sebagai pusat kebajikan, maka org2 yg bekerja di sini akan berkhidmat secara sukarela, tidak langsung akan menuntut hak gajinya.

apa yg lebih penting, bukan nilaian gaji saya yg tidak seberapa itu, tetapi kerana saya mahu org yg tidak sedar tersebut lebih sedar dari menulis ntah ape2 gebang lagi yg sangat memualkan tentang syarikatnya namun tidak langsaikan perkara yg belum slesai.

ade ape2 masalah lagi tuan meli? terima kasih atas segala yg ditulis, saya tidak kisah utk membetulkan ape2 lagi yg akan tuan meli tulis sekiranya tidak benar.sungguh hairan dengan org yg masih berlagak dalam keadaannya yg sebegitu.

kalaulah dikatakan saya tersepit, mahukah anda tahu yg tuan meli sms sy meminta saya kembali bekerja di syarikatnya kerana dia sendiri tau bagaimana cara saya bekerja dan harap kepada saya utk meneruskannya? xmengapalah, terima kasih sahaja,cukuplah jangan sampai jatuh ke lubang sama sekali lagi..

yang penting, sudah2lah tuan meli bergebang besar.harap maklum.

Anonymous said...

PAROH SGUH BAHASO ORE SASTERA DEH...HUDOH BANGA BELAKO..KABA KE DIRI GAK RETEK RUMOH KATO G KUBUR KATO MRI DOH BLAKO..INSAFLA WEI...

Anonymous said...

Guano takdo pasa-pasa gi tiban orang sastera ni? Orang sastera bukannya tua belaka. Lagi pun belum tentu orang tua mati dulu pada orang muda. Jangan dok sedap hati.

Anonymous said...

assalammualaikum....

saya harap apa yg meli kata akan bayar gaji pekerja tu dipercepatkan...x guna nak gaduh2 dalam blog...saya rasa sedih sgt... saya ingat dpat keje kat meli mediaplus ni dapat kurangkan beban saya yang mengandung 7 bln ketika itu...harapan dapat beli brg2 baby... tapi sebaliknya... saya terpaksa tebal muka pinjam duit dengan abah,kakak,abang & ibu mertua utk beli brg2. walaupun dpt pnjm sikit...tapi saya malu sgt...
sy akui saya dan suami belum ada pendapatan tetap..jadi kami terpaksa meminjam... harapan saya sangat tinggi agar meli dapat byr gaji kami secepat mgkn..

dulu sy x nk berhenti kje ngan meli..walaupun tahu sykt ada masalah...saya sabar & tggu je...
tapi saya terpaksa kerana ketika itu dah masuk 9 bulan...slalu sy sorang2 je kat opis..bos pun x de.. suami saya suruh berhenti...takut jadi hal sakit nk bersalin..sape nk tolong???

biarlah...apa yg penting, segerakan byr gaji pekerja..kami dh lama tunggu gaji kami...

wassalam...

Anonymous said...

memang betul meli seorang yang mulia...dulu saya ingat lagi nak gaji saya rm200 dulu, cukup bulan tolak dr gaji sy..tapi beliau x mahu..dia cakap dia sedekahkan rm200 tu utk saya...

saya rasa sgt syukur...walaupun ketika itu saya tahu beliau terpaksa meminjam rm200 dari org lain utk bagi kpd saya...

ada juga mulut jahat kata, apa keistimewaan saya pada meli, hingga sanggup bagi duit pada saya...
saya geram sape yg ckp gitu...

saya serba salah sebenarnya...saya tahu dia ada masalah...tapi saya terdesak...maafkan saya meli..

saya harap pada kwn bekas pekerja meli..bagi la sikit masa pada meli utk selesaikan masalah beliau...

saya yakin beliau boleh bayar..cuma lambat atau cepat je...

saya juga ada pengalaman jadi majikan restoran 3 tahun di KL.. skrg baru buka kat Kelantan... walaupun saya tiada diploma & ijazah...

memang perit & teruk jika majikan tidak dapat bayar gaji pekerja...

pekerja ugut nak berhenti, ada yang masam muka, malas buat kerja & mcm2 lagi...rasa hidup ni dah terumbang ambing sgt...

tapi kami tabahkan juga utk meneruskan perniagaan di sini...
sememangnya rezeki yang ALLAH beri ada dimana2...DIA nak menguji sejauh mana keimanan & ketabahan hamba2nya...

wassalam.....