Potensi produk halal dunia berjumlah AS$635 bilion patut direbut
SELAIN dari tersenarai sebagai negara Islam, Malaysia juga merupakan negara yang buminya subur dan sesuai untuk ditanam dengan apa jua pokok tanam-tanaman jangka pendek atau pun jangka panjang.
Secara tidak langsung Malaysia berpotensi untuk menopoli sebahagian besar dari potensi pasaran dunia bagi projek halal berjumlah AS$635 bilion (AS$635,000 juta).
Apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendapat perangkaan potensi itu, maka pelbagai pihak yang berkaitan dengan pertanian, perladangan dan ternakan perlu mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan sebahagian besar dari AS$635 bilion nilai potensi bagi produk makanan halal dunia dapat dikaut.
Selain dari MITI, kementerian dan jabatan atau badan berkanun yang berkaitan dengan bidang pertanian, perladangan, ternakan dan industri makanan halal patut mewujudkan unit khas yang tugas dan tanggungjawabnya adalah bagi merebut peluang mengaut sebahagian kalau pun tidak keseluruhan AS$635 bilion yang mana jika mampu dieksploitasi, pasti ianya akan dapat merubah hidup para petani, peladang, penternak, nelayan dan pengeluar makanan halal di negara ini.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, sebenarnya sangatr sukar untuk mendapat maklumat bagi memperolehi barangan yang mudah didapati, malah menjadi antara komoditi negara ini bauntuk memenuhi permintaan pembelian dari negara asing.
Pengalaman pertama saya, sebuah kilang sardin di Songkhla milik Thai Muslim yang beroperasi selama 24 jam setiap hari dengan jumlah 5,000 pekerja bagi satu sif, mahu saya dapatkan tanah sekitar satu setengah hektar di Pengkalan Petah, Kelantan untuk dijadikan transit pembekalan sardinnya ke Arab Saudi.
Seorang pegawai kanan kilang berkenaan (wanita berfahaman syiah), pasaran sardin keluaran kilangnya sudah sampai ke hampir setiap pelosok dunia, kecuali di negara-negara Timur Tengah.
Permintaan ada diterima dari Arab Saudi tetapi oleh kerana kilang terletak di negara yang bukan berstatus Islam, maka Arab Saudi meragui status halanya walaupun sardin yang dihasilkan halal
Kerana itu kilangnya perlukan kawasan untuk dijadikan transit pembekalan sardin ke Arab Saudi dan pasaran di negara-negara Arab yang lain menggunakan alamat penghasilan produk di Kelantan (Malaysia).
Bagaimanapun saya gagal carikan tanah untuknya kerana bila ditanya di sana sini, tidak ada maklumat diperolehi bagi mendapatkan tanah yang diperlukan serta prosedur-prosedur yang kena ada bagi membolehkan kilang sardi berkenaan mewujudkan kawasan/kilang transitnya.
Kedua, apabila ada permintaan untuk pembekalan daging kerbau halal ke Brunei pada jumlah 40 kontena sebulan. Saya juga menghadapi masalah untuk dapatkan maklumat bagi mendapatkan bekalan dan prosedur yang kena ada.
Akhirnya saya terpaksa dapatkannya dari Mumbai, India melalui seorang kenalan dan kini urusannya hampir selesai, tunggu selesai tandatangan perjanjian dagang yang dijangka akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu akan datang. Peroekah yang patut mengalir ke negara ini, mengalir ke India.
Ketiga, saya menerima tempahan dari India untuk membeli palm wax (lilin sawit) pada kadar 20 kontena sebulan, tempahan dari Cina bagi pembelian susu getah (5 tan metrik) sehari, getah asap (SMR20) dan getah anjal untuk dijadi komponen penghasilan setoking pada jumlah 20 ke 40 kontena sebulan.
Keempat, saya menerima tempahan dari Cina untuk mendapatkan Cocunnut Hust Fiber (urat sabut kelapa) berjumlah 800 hingga 1,000 tan metrik sebulan dengan harga belian RM450 setan metrik.
Macam mana pun sukar untuk saya dapatkan punca bekalannya. Saya hubungi MIDA untuk dapatkan senarai kilangan penghasilan barangan berkenaan tetapi jawapan yang diterima ialah minta maaf kerana tidak ada maklumat atau senarai kilang mengenainya.
Untuk dapatkan susu getah dan getah asap SNR20 misalnya, saya temui pihak FELCRA dan beberapa agensi rancangan pembangunan tanah tetapi masing-masing mendakwa mereka tidak pungut susu getah setiap hari, sebaliknya dipungut dalam bentuk buku.
Bila ditanya tentang kilang asap getah selain dari kepunyaan Lee Rubber & Co. yang sudah pub ada pelanggan tetapnya , tidak ada yang tahu, malah bila ditanya kilang asap milik agensi kerajaan, saya diberitahu tidak ada.
Bidang-bidang berkenaan sebenarnya bukan bidang saya dan bila menerima permintaan, saya perlukan maklumat lengkap sebelum memaklumkan kepada pihak yang meminta.
Kalau saya menjawab tidak tahu dan tidak ada maklumat, apalah agaknya tanggapan pihak yang meminta bahan-bahan berkenaan sedangkan bahan-bahan tersebut ada di negara ini.
MITI/MIDA dan pelbagai agensi yang berkaitan patut mengambil inisiatif yang proaktif supaya maklumat mengenai hasil komoditi khususnyamudah diperolehi.
Paling penting hendaknya, potensi pasaran dunia bagi produk halal berjumlah AS$635 bilion boleh dikaut oleh para usahawan negara ini.
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment