MAGERAN altenatif terbaik pulihkan imej amalan demokrasi di Perak
SAYA tidak berkesempatan ke Perak bagi mengikuti secara langsung apa yang sedang berlaku pada persidangan DUN negeri yang terkenal dengan kekayaan biji timah dan merupakan negeri kelahiran pejuang babil demi agama, bangsa dan tanahair, Allahyarham Rashid Maidin dan Abdullah CD.
Maklumat terkini yang agak kedgila-gilaan, kesasan-sasanan dan kesasau-sauan di sidang DUN Peak saya perolehi melalui blog sahabat se negeri saya yang kini bermastautin di KL yang bukan sahaja memiliki blog yang popular tetapi muncul sebagai antara usahawan media berjaya, Saudara Haji Mohd. Sayuti Omar (MSO).
Berdasarkan apa yang terkandung dalam blognya, terbukti sidang DUN Perak jadi cacamarba. Walaupun mungkin tidak ramai yang sependapat dengan saya, namun pada saya teladan yang ditunjukkan oleh wakil-wakil rakyat di negeri yang terkenal dengan kepahlawanan Tok Perak, Tok Gajah dan Tok Sago itu menunjukkan betapa wabak dan sindrom 'gila kuasa' dan 'orang cerdik jadi ngo lagi gon' sedang menular.
Kalau dulu kalut-ribut dengan isu dua imam sebagai kemuncak kepada pergeseran pendekatan berpolitik Umno-Pas, sekarang ini timbul pula kes dua speaker. Sukar untuk dipercayai tetapi itulah hakikatnya. Amat memalu dan mengaibkan.
Saya bukan orang undang-undang. Tetapi yang menghairankan saya ialah macam mana timbul ketidak-seragaman pentafsiran undang-undang antara pengamal undang-undang yang berpihak kepada Umno/BN dengan yang pro Pakatan Rakyat (PR).
Kebetulan pula kecalaruan dan ketidak-seragaman pentafsiran undang-undang itu berlaku di negeri yang Kebawah Yang Maha Mulia Al-Sultannya bekas Ketua Hakim Negara.
Secara peribadi saya nampak bahawa undang-undang yang diguna-pakai berdasarkan apa yang diimoport dari barat dan bukan dicedok dari al-Quran dan Hadis tidak mutlak sifatnya dan boleh menyumbang kepada kecelaruan dan ketidak-seragaman pentafsiran.
Oleh kerana Menteri Besar dan kerajaan PR yang diketuainya yang ikut amalan demokrasinya hilang hak jadi kerajaan apabila jumlah wakil rakyatnya lebih kecil dari pihak lawan masih menganggap mereka kerajaan yang sah, mahu tidak mahu Perak akan berdepan dengan pelbagai masalah dan musakah dibawah pemerintahan kerajaan baru.
Mahu tidak mahu kerajaan baru tentulah akan mengalami kesukaran untuk menjalankan kerja apabila tidak dapat bersidang kerana speaker yang sepatutnya berkecuali dalam tugasnya lebih menganggap kerajaan baru tidak sah, sebaliknya masih mengiktiraf kerajaan yang lama.
Macam mana speaker boleh mengendalikan persidangan DUN untuk sebuah kerajaan yang dianggap tidak sah. Tindakan kerajaan baru menukar jawatan speraker itu memang betul dan menjadi suatu keperluan apabila speaker yang sedia ada masih berpihak kerajaan sebelumnya.
Soalnya apakah jawatan speaker itu sendiri benar-benar kebal sehingga keputusan istana pun boleh tidak dihiraukan. Persoalannya apakah sultan atau speaker yang kena disembah dan diberpatik bertuankukan?
Mungkin saya dianggap bersemangat perkauman bila berpendapat bahawa melantik bukan Melayu sebagai speaker itu adalah suatu kesilapan kerana orang bukan Melayu tidak akan dapat menilai dengan erti kata sebenar kedaulatan dan raja-raja Melayu kepada negara warisan pertiwi ini.
Kalau speaker DUN Perak berbangsa Melayu, saya yakin apa yang sedang berlaku di Perak tidak boleh dielakan kerana speaker berangsa Melayu akan utamakan tatasusila dan toleran dan akan merasa malu mata untuk terus kekal pada keusi yang majoriti tidak pelahapkannya terus duduki kerusi berkenaan berdasarkan amalan demokrasi.
Jika diperhatikan kepada apa yang berlaku di Perak, masalah dua kerajaan, dua menteri besar, dua speaker akan terus berlaku dan tidak mungkin akan berhujung dan ternoktah.
Kalau pun diadakan pilianraya baru dan ditakdirkan kerajaan baru menang, pasti kemenangan tetap tidak akan diiktiraf kerana akan dianggap kemenangan disebabkan oleh pengndi hati, berlaku penipuan dan SPR tidak telus yang merupakan dakwaan streotaip dan klise.
Sesungguhnya apa yang berlaku di Peak tidak akan memberi sebarang laba kepada rakyat, negeri dan negara, sebaliknya kerana wabak KEGILA-GILAAN itu, amalan demokrasi bukan sahaja akan menjadi bahan ketawa budak-budak tetapi juga akan menyebabkan, kera, beruk, lutung, kakoh, kera duku dan yang sesepesis dengannya pun akan ketawa terkekeh-kekeh.
Lama kelamaan golongan muda tidak akan cenderung kepada pergerakan politik dan melihat demokrasi bukannya suatu tatacara yang boleh membentuk kesefahaman dan toleran bagi kesejahteraan rakyat. Golongan muda akan menjauhi pergerakan politik dan tidak menghormati amalan demokrasi.
Justeru, bagi saya MAGERAN adalah merupakan alternatif terbaik untuk membaik-pulih keadaan di Perak. Keupayaan MAGERAN membaik-pulih kecelaruan politik dan dan ketercalaran amalan demokrasi telah terbukti apabila dilaksanakan di Kelantan.
Kemurnian demokrasi dan penghomatan majoriti rakyat terhadap amalan demokrasi di negara ini perlu dipertahan dan dipulihkan sekiranya amalan demokrasi itu mahu terus diyakini dan dihormati.
Seandainya apa yang berlaku di Perak gagal dibendung, keyakinan terhadap amalan demokrasi pasti akan terhakis, malah adab, kesopanan dan ketatasusilaan yang menjadi teras tradisi bangsa Melayu khususnya dan juga bangsa Malaysia amanya akan lebur!
Wednesday, May 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya sokong keadaan umat Islam makin teruk apabila ada orang kita sanggup bekerjasama dengan kafir harbi yang anti islam.
mereka yang dilarang Allah utk dijadikan teman rapat telah pun dijadikan teman rapat.
adakah orang melayu islam kita sedar hal ini?
kesian....
tapi yang terjadi adalah harga yang kita terpaksa bayar kerana kegilaan politik sesetengah orang berkopiah dan berjubah...
malu!
ayat quran dibaca diguna berceramah pun buat diam....
malu dan malu !
Post a Comment