Thursday, May 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (171)

Ulamak: apa kelayakannya?

HANYA kerana Pas - singkatan kepada Parti Islam SeMalaysia, dulunya Parti Islam SeTanah Melayu dan paling asalnya adalah Persatuan Ulamak SeTanah Melayu yang mana pendaftarannya diluluskan oleh seorang pegawai pendaftar pertubuhan beragama Hindu, kini timbul pertembungan sama ada parti itu patut terus dibawah kepimpinan ulamak atau profesional.
Sukar untuk dipastikan atas asas apa maka semacam menjadi suatu kepercayaan kepada pendukung dan penyokong Pas bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas, menentang Pas bermakna menentang Islam. Siapa yang mensetaraf dan menstatuskan Pas sama dengan Islam.
Kalau hanya dengan menjadi Pas baru Islam, apa ke halnya dengan mereka yang hidup dan mati sebelum Pas ditubuhkan pada tahun 1951, malah macam mana dengan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda serta alim ulamak muktabar yang tidak pernah menjadi ahli dan penyokong Pas.
Nabi Adam dan ratusan ribu nabi, termasuk 25 nabi dan rasul utama yang kena dihafal nama mereka juga apa statusnya kerana mereka tidak masuk dan menyokong serta mendukung Pas.
Betulkah Pas itu Islam dan Islam itu Pas, menolak Pas bermakna menolak Islam?. Paling penting kalau itulah yang menjadi pegangan dan keyakinan pendukung dan penyokong Pas, apakah akidah tidak akan rosak kerananya.
Dalam mempekatakan tentang patut atau tidak patut Pas mengekalkan kepimpinan ulamak, siapa di antara tokoh Pas yang layak dikategorikan sebagai ulamak dan memang betul-betul ulamak.
Apakah Burhanuddin Al-Helmy, Fuad Hassan, Zulkifli Muhammad, Asri Haji Muda, Yusoff Rawa, Fadzil Noor dan Dato' Seri Hadi Awang yang pernah dan sedang mengetuai kepimpinan Pas bersatus ulamak?.
Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri selaku Mursyidul Am Pas, betul ke mencapai taraf ulamak dan siapa yang mentauliahkan beliau sebagai ulamak? Seingat saya yang menstatus dan menggezetkan Dato' Haji Nik Aziz dengan 'Tok Guru' adalah Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (kini Dato').
Ketika menjadi Ahli Parlimen sebelum tahun 1990, Tok Guru Nik Aziz dipanggil 'ustaz', bukannya 'tok guru'. Malah saya pernah dengar Tok Guru Nik Aiz membahasakan Tok Guru Haji Hadi dengan 'ustaz' bukannya 'tok guru'.
Dalam Pas sendiri seingat saya hanya Tok Guru Haji Hadi satu-satunya presiden Pas yang betitle 'Tok Guru', yang lain bukan bergelar 'tok guru'
Manakala tokoh-tokoh lain selain dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi yang dipnaggil 'tok guru' dalam Pas ialah Tok Guru Haji Yahya Junid (Kedah), Tok Guru Zakaria Ismail (Meranti), Tok Guru Haji Hassan Ismail (Pasir Mas) dan Tok Guru Haji Harun Sulong (Repek).
Mereka dipanggil 'tok guru' kerana mereka adalah merupakan guru sekolah pondok yang mengajar murid menadah kitab sebelum terlibat dalam politik.
Bagaimanapun tidak banyak ditemui kitab-kitab yang dihasilkan sebagaimana yang dihasilkan oleh alim ulamak Pattani seperti Sheikh Daud Al-Fattani, Syeikh Abdul Samad Al-Palembani dan lain-lain.
Syeikh Daud misalnya menghasilkan lebih 100 buah kitab yang mana kitab-kitab yang dihasilkannya menjadi bahan kitab tadahan di pusat-pusat pengajian pondok hingga kini.
Haji Sulong ada kitabnya, Haji Hussein Parang Panjang ada kitabnya, Tok Bachok, Tok Pulau Chondong, Tok Kemuning, Tok Padang Jelapang, Tuan Guru Abdullah Tahir ada kitabnya.
Apatah lagi Imam Syafei, Hambali, Hanafi atau pun Imam Muslim dan Bukhari, malah Hamka umpamanya ada kitab masing-masing.
Tindak banyak kitab yang ditemui ditulis oleh pimpinan Pas yang distatuskan sebagai ulamak. Kalau ada pun buku-buku bias politik yang dikumpul oleh individu lain berdasarkan kuliah atau ceramah seseorang tokoh.
Tanpa kitab yang boleh dirujuk, apatah lagi yang boleh dijadikan kurikulum untuk melahirkan para ilmuan Islam dalam pelbagai cabang ilmu, apakah layak digelar ulamak yang kena dianggap berkedudukan lebih tinggi dari golongan yang dianggap profesional dalam Pas?
Bagi saya taraf ulamak tidak boleh dimurah dan dipermudahkan. Kalau ada ilmu tetapi tidak beramal tidak boleh dikategorikan sebagai ulamak. Kalau banyak beramal tetapi tidak berilmu, juga tidak boleh distatuskan sebagai ulamak.
Malah, bagi saya ulamak adalah suatu anugerah dari Allah yang diberikan rahmat menghafal al-Quran dan hadis kerana di dalam keduanyalah mengandungi pelbagai cabang ilmu, malah akan mampu pula menghasilkan kitab-kitab untuk dirujuk oleh orang ramai yang tidak fahami isi kandungan al-Quran dan Hadis atau dipanggil orang awam.
Sekadar berpendidikan 4 thanawi (pasti tahap keilmuan saya terlalu rendah), sebenanya saya belum dapat menerima pengiktirafan ulamak terhadap tokoh-tokoh dalam Pas, selain daripada sekadar banyak terdapat 'tok lebai' atau yang bertaraf 'ustaz'.
Jadi soal Pas patut terus dipimpin oleh para ulamak atau golongan profesional tidak timbul kerana Pas tidak ada bezanya dengan parti-parti politik lain selain dari parti itu didukung dan disokong oleh kalangan yang cenderung berpolitik yang menggunakan pendekatan Islam yang kadang-kadang menjadi taksub kerana tidak benar-benar faham dengan pendekatan yang digunakan.
Tok Lebai pula ada macam-macam kelasnya. Yang dibimbangkan ialah kebanjiran'lebai kelaroh' dan 'lebai malang' yang mencari laba dari status kelebaiannya.

7 comments:

abe kapak bukus said...

Ore suruh g mengaji nnadah kitab x sir, pah tu macam2 hujah 'bodoh' yang dikeluarkan. Bo la kecek dengan hujah 'bodoh'.

Bapa kepada bapak kapak binjai manis said...

Hujjah hak cerdik, hak tak bodohnya lagu mana.
Sapo demo, berapa kenaran kitab hak demo tadah, maka hujjjah si Pakcik Meli ambo ni dianggap hujah bodoh.
Biasanya orang yang memperbodohkan orang itulah yang seribu-ribu kali lebih bodoh.
Mana tau Pakcik Meli ambo toksir dan tak tadoh kitab?

Kapak Belah Kayu Api said...

Kawe setuju dengan Bapa kepada bapak kapak binjai manis said..., abe kapak bukus said...patut nukilkan hujjah yang tidak bodoh supaya pelayar blog ni khususnya dan masyarakat terbanyak dapat tumpang ilmu abe kapak bukus said yang nantinya akan dapat dilihat dan dinilai sama ada lebih cerdik atau lebih bodoh dari Meli.
Tulis panjang-panjang, guna nama sebenar (biar gentleman) dan berikan nombor telefon atau alamat email atau pun nama blog sekali supaya kalau ada yang dirasakan pelu penjelasan lanju, pelayar blog boleh minta penjelasan lanjut.
Kawan harap kalau abe kapak bukus said hantar hujah ke blognya ini, Meli siar sepenuhnya, jangan sunting langsung. Saya yakin sebagai pengamal media veteren, Meli akan bersikap terbuka.

Kapak gigi kapak said...

Kenapa orang yang banyak menadah kitab dan hujjah cerdik berbanding dengan hujah Meli yang diktakan bodoh membisu?

Geng AKB said...

Bukankah mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS tak cerdik. Hujah kita 'yang salah' jika dipakai orang...berapa 'saham' yang kita dapat?

aloha said...

relax boss

Anonymous said...

Abang kapak jangat,saya tak mahu berdebat dgn abe tentang ediologi
tapi saya lebeh suka abang kapak jangak menulis tentang royalti petrol hak rakyat kelantan yg dihibuh2 keseluruh 1malaysia.adakah
bloger2 umno dilarang utk menulis
isu ini.atau adakah beghasa segan2 utk menulis, kalau tulis tak kena
dgn hati tok22 nanti kena bedal pula. mana lah tahu kalau di saudi
ada unta di kelantan ada lembu,
takut kena cucut hidung oleh tok22
saya harap abang kapak jangat kena
cucuk hidung oleh kuli lebeh melia seribu kali ganda dri pada kena dgn tok22 lain sekurang2 kuli anak
raja dan lebeh2 lagi kuli berjiwa
rakyat,terpuji bukan terkeji,juju
r bukan pelawak.benar bukan menipu seperti setengah2 tok22 yg abangkapak suka. maaf deh tulung
siar dan jawab tentang isu royalty.