Re-Branding DBP
WALAUPUN matlamat asal sekadar memenuhi ajakan Ketua I Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK), Haji Husdani Mamat ke sessi pertemuan bakal penulis remaja dengan editor majalah dan akhbar, tetapi ada sesuatu yang sangat besar, malah saya merasa amat rugi kalau memienuhi jadual memancing dan mencerit burung daripada memenuhi ajakan Haji Husdaini.
Setidak-tidak saya berpeluang bersua muka dengan Editor Dewan Siswa, Puan Zaito Abu Samah dan Editir Tunas Cipta, Puan Noraini Abdul Hami buat pertama kali di samping berpeluang bertemu untuk kali ke bberapa kalinya dengan Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein.
Paling melabakan pada sata adalah kerana berpeluang mengetahui apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) melalui Ketua Pengarahnya yang baru, Dato' Haji Termuzi Abdul Aziz pada majlis ramah mesra beliau dengan NGO yang terdiri dari wakil-wakil persatuan penulis Kelantan dan Terengganu.
Kehadiran saya sekadar ibarat bidan terjun menggantikan Ketua II PPK, Wan Adnan Wan Daud (Wadi Leta S.A.) yang tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain di Perdana Resort.
Sebagai seorang penulis (penulis kecil) yang mana empat novel pernah diterbitkan oleh DBP yakni KULIH KALITO OMAR, PADUKA CIK SITI, WARGA RIMBA dan MENITIP ZAMAN, apa yang telah belaku dan sedang berlaku dalam DBP, sentiasa saya ambil peduli.
Saya tidak berminat untuk terus menulis uuntuk DBP apabila mendapati novel-novel saya dijual melalui talian dengan harga yang lebih murah bebanding dengan yang dicetak dan saya tidak memperolehi royaltinya.
Penulis yang tidak ada masa bermain dengan internet barangkali tidak perasan bahawa novel mereka pun mengalami nasib yang sama. Bagi saya perbutan sedemikian amat tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.
Selain dari merasa amat sedih dengan keluhan Shariff Putera (dari Terengganu) yang mendakwa tidak mendapat satu sen pun royalti dari enam buah bukunya yang diterbitkan oleh DBP kerana jumlah naskah terjual setahun tidak melayakannya menerima royakti di samping ada bukunya yang diterbit oleg DBP dan sebanyak dicetak 5,000 naskah hanya terjual senaskah sahaja setahun yang mana bagi saya masalah ituperlu diatasi oleh DBP, saya rasa buku dan majalah terbitan DBP mesti diluaskan pasarannya dan hak pengedarannya tidak patut ditehadkan kepada Syarikat Muda Osman sahaja kalau di Kelantan umpamanya.
Saya (sebagai penerbit kecil yang menerbitkan akhbar mingguan dan majalah bulanan di samping buku) terkejut beruk apabila mendapat tahu dari Ketua Pengarahnya sendiri penjualan buku dan majalah BDP adalah 30-70 dan 20-80 peratus, satu nisbah yang nampak sangat betapa DBP menjadi 'MENGKORANG' pihak yang diberi hak mencetak, menerbit dan mengedarkan buku/majalah terbitan DBP.
Saya terbayangkan alangkah bertuahnya saya, malah mungkin saya sudah bergelar jutawan jika saya mendapat peluang sebagaimana pihak yang mendapat nisbah laba berganda bagi perjanjian yang menampakan betapa tidak cerdiknya DBP.
Dari apa yang termaklumat kepada saya, maka dapatlah saya agak kenapa buku dan majalah terbitan DBP sangat terhad edarannya, kenapa novel terbitan DBP dicetak sekitar 3,000 atau paling kencang pun hanya 5,000 naskah sahaja.
Janji dan jaminan RE-BRANDING oleh ketua pengarang yang baru diharap jumlah judul buku yang sebanyak ditarget 700 judul setahun akan berada pada status pasaran yang mudah dibeli dan masalah sukar untuk dapatkan buku terbitan DBP dengan jumlah terbitan 230 judul tahun selama ini tidak akan berlanjutan dan berkesinambungan.
Ketua Pengarah yang baru diharap akan tegas dan keras tanpa kompromi bagi menjayakan misinya.DBP kena elak dari kelihatan tidak cerdik dalam memberi hak mencetak, menerbit dan mengedar buku-buk dan majalah-majalahnya.
Mudahan-mudahan apa yang dimatlamnat dibawah tindakan penjenamaan semula DBP termasuk mendenda dan memenjarakan pihak yang menghina dan mencemarkan bahasa yang diharp akan diaktakan, menjadikan bulan bahasa dan sastera negara dan mengembangkan penerbitan majalah DBP akan menjadi realiti. Semua pihak patut membantu apa yang patut.
Sebagai penerbit kecil yang tidak pernah cukup dana pula, saya harap sumbangan untuk penerbit dengan peruntukkan sebanyak RM10 juta tetapi baru RM2 juta dibelanjakan, akan dimudahkan syarat sumbangannya. Saya akan cuba buat permohonan dalam tempoh terdekat bagi merealitikan hasrat mahu menerbitkan sekurang-kurangnya sejudul buku sebulan!
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment