Tuesday, May 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (183)

Peluang kerja wajar dibina bagi mengurangkan pengangguran
MEMBACA laporan Utusan Malaysia hari ini (20 Mei 2009) tentang 6,000 pencari kerja serbu pusat temu duga di Johor Bharu manakala laporan dari Ipoh pula melaporkan dari 11,000 kerja kosong yang ditawarkan, hanya 1,000 yang diisi, amat menarik perhatian saya.
Pusat temu duga di Johor Bharu diserbu oleh para penganggur dengan harapan akan dipilih mengisi kekosongan bagi jawaatan pegawai tadbir, penolong pegawai tadbir, guru siswazah dan pembantu tadbir. Semuanya adalah perkhidmatan dengan kerajaan/sektor awam. Maka tidak peliklah kalau pusat temu duga menjadi tumpuan kerana perkhidmatan dengan kerajaan merupakan perkhidmatan yang sangat terjamin.
Penjawat jawatan-jawatan di sektor awam tidak terdedah kepada kemungkinan akan kehilangan kerja sebagaimana jawatan di sektor swasta yang berdepan dengan kemungkinan terpaksa menutup operasi apabila suasana ekonomi dunia atau ekonomi negara tidak stabil.
Penurunan atau pemotongan gaji pun tidak akan berlaku bagi penjawat jawatan-jawatan dalam sektor awam, sebaliknya seburuk mana pun kualiti kerja yang disumbangkan, pangkat dan gaji tetap akan naik. Rasanya belum ada kakitangan sektor awam yang kekal pada jawatan dan tangga gaji yang sama sampai pencen.
Tetapi disektor swasta, pemecatan dan pemotongan gaji adalah lumrah kerana majikan tidak akan sanggup rugi, tidak ada majikan yang sanggup dukung biawak hidup semata-mata kerana mahu menanggung kebajikan pekerja dengan.
Kesan daripada masalah ekonomi global, seramai 30,000 pekerja disektor swasta di negara ini sudah diberhentikan kerja dalam tempoh tiga bulan lepas manakala 70,000 lagi diberhentikan kerja sementara atau dikurangkan gaji mereka.
Antara 30 hingga 40 kilang terpaksa membuang pekerja masing-masingekoran permintaan terhadap produk keluaran kilang-kilang terbabit berkurangan kerana ketidak-stabilan ekonomi global.
Tentulah bagi tujuan mengelak dari peningkatan jumlah pengangguran di kalangan mereka yang dibuang kerja yang pastinya akan memasalahkan negara untuk jangka panjang khususnya, maka kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM650 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 bagi menjalankan beberapa program untuk membantu majikan, pekerja yang diberhentikan, sisawazah dan belia yang menganggur.
Kerajaan turut memperkenalkan Program Latihan dan Pengekalan Pekerja (PLPP) dan Program Penggantian Pekerja Asing Kepada Rakyat Tempatan (PPPAKRT). Sebanyak 11,000 peluang pekerjaan yang diuruskan oleh 80 pusat latihan ditawarkan kepada para penganggur tetapi sambutan terhadapnya sangat dingin.
Kenapa walaupun selain dari peserta PLPP dan PPPAKRT ditawarkan kerja, mereka yang mengikuti latihan juga diberi elaun RM500 bagi yang belum berkahwin dan RM800 kepada yang sudah berkeluarga, namun sambutan terhadap program itu sangat tidak memberangsangkan. Kajian terperinci dan proaktif perlu dilakukan segera bagi mendapatkan sebab dan faktor sebenar keadaan itu berlaku.
Jumlah RM650 juta itu bukan sedikit jumlahnya. Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, perbelanjaan wang negara perlu dipastikan tidak terkategori sebagai membazir. Kalau diagihkan kepada usahawan yang menghadapi masalah dana, sebanyak RM650 pada jumlah RM1 juta seorang, maka 650 usahawan berjaya diberi dan memperolehi dana.
Usahawan yang bermodal pusingan RM1 juta setidak-tidaknya mampu menyediakan pekerjaan kepada 20 orang, bermanka dengan pemberian dana kepada 650 usahawan, maka tidak kurang dari 1,300 peluang pekerjaan dapat disediakan
Saya sendiri sebagai usahawan Bumiputera yang tidak pernah cukup dana pada jumlah yang dipelukan mempunyai peluang niaga tetapi belum mampu direalitikan kerana gagal mendapat dan mengumpul dana pada jumlah yang diperlukan.
Untuk dapatkan wang bagi pengambil-alihan kilang penghasilan urat sabut (cocunut husk fiber) bernilai RM180,000 dengan permintaan diterima dari Cina untuk membelian pada jumlah 1,000 tan meterik sebulan bernilai tidak kurang dari RM450,000 masih gagal masalah dana.
Saya juga menerima permintaan daging kerbau halal sebanyak 40 kontena sebulan, permintaan terhadap susu getah cair (latex) pada jumlah lima tan metrik sehari, Raw Rubber Gred SM20 pada jumlah empat kontena sebulan, semuanya untuk pasaran Cina tidak dapat digerakan,juga kerana masalah dana.
Permintaan bagi mendapatkan tahi kelawar untuk dihantar ke Cina dan Taiwan juga masih belum dapat digerakan di samping projek penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan terpaksa dihenti operasinya kerana kegagalan medapatkan dana mencukupi.
Bayangkan kalau saya diberi RM1 juta daripada RM650 juta peruntukkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 bagi menjalankan beberapa program untuk membantu majikan, pekerja yang diberhentikan, sisawazah dan belia yang menganggur, berapa peluang pekerjaan yang terbuka dan hasil yang akan diperolehi oleh negara.
Saya ada surat perakuan (sebagai tertera) dari syarikat yang mahukan barangan itu yang sepatutnya boleh dijadikan bahan bukti betapa saya adalah antara usahawan Bumiputera yang kena dibantu supaya secara tidak langsung saya dapat membantu mengurangkan jumlah pengangangguran.
Untuk mengurangkan jumlah penganggur yang mahu tidak mahu akan mendatangkan masalah kepada negara, peluang kerja wajar dibina bagi mengurangkan pengangguran. Antaranya ialah dengan membantu melahirkan seramai mungkin usahawan.