Orang yang anggap semua orang tak betullah sebenarnya yang bengkang
TINDAKAN Pergerakan Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadp Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Kelantan kerana dikatakan menghina Hakim Mahkamah menarik perhatian saya untuk melihat pelbagai perkara yang dianggap tidak betul pada neraca Pas.
Laporan polis itu dibuat ekoran laporan Harakahdaily yang dipetik Salahuddin sebagai berkata, barisan Hakim Mahkamah Rayuan yang terlibat dengan kes Menteri Besar Perak boleh dibeli. Betul atau tidak laporan itu bergantung kepada kebijaksanaan polis membuat siasatan.
Sebelum ini bila kalah dalam sesuatu pilihanraya, Pas lazimnya akan menganggap pihak yang menang menggunakan pengundi hantu, memberi rasuah kepada pengundi/mengamalkan politik wang dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak telus.
Walhal kalah menang itu sendiri bukannya kuasa manusia yang boleh tentukan. Manusia hanya boleh berusaha tetapi apa hasilnya ekoran usaha yang DIbuat akan ditentukan oleh Allah Maha Penentu. Mempertikai kalah menang waloaupun untuK apa tujuan dan kepentingan sekali pun, bermakna mempertikaikan ketentuan-Nya.
Bagi kes-kes penahanan tokoh-tokoh Pas atau tokoh parti-parti pembangkang yang lain kerana pelbagai faktor, termasuk kerana mengadakan perhimpunan haram yang menyumbabang kepada mengancam keselamatan, ketenteraman awam dan sebagainya, Pas akan menganggap polis berlaku zalim.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digunakan sebagai langkah mencegah sebelum sesuatu menjadi parah dalam hal-hal yang membabitkan keselamatan negara dan ketenteraman awam juga dianggap zalim, malah bila seorang mufti yang sebelumnya dianggap berpihak kepada Pas mengulas sesuatu isu yang tidak selari dengan Pas, akan dikecam, termasuk dilabel sebagai ulamak terompah kayu.
Kini barisan Hakim Mahkamah rayuan pula dianggap boleh dibeli. Anggapan itu secara jelas membuktikan bahawa bukan sahaja kedudukan Hakim Mahkamah Rayuan tidak dihormati dan dihina tetapi secara tidak langsung pihak yang melantik dan memberi kepercayaan kepada hakim-hakim untuk menjawat jawatan itu, sistem kehakiman dan perundangan negara serta Maha Penentu juga tidak dihormati dan dihina.
Kalau SPR, polis, hakim, malah dalam kes kemelut Perak misalnya, istana pun dianggap tidak betul, maka apa yang betulnya dalam negara yang berjaya dimajukan, malah berjaya dijaga keamanan serta keharmonian rakyatnya walaupun pelbagai kaum/majmuk sifatnya oleh kerajaan yang organisasi dan kompenen-komponennya dianggap tidak betul belaka dalam melaksanakan tugas yang dipikul dan diamanahkan.
Yang anih, malah amat janggal jadinya apabila polis tidak dipercayai tetapi khidmat polis tetap diharapkan, SPR diragui tetapi pilihanraya disertai, hakim-hakim dicurigai tetapi mahkamah masih digantung harapan agar keputusan yang dibuat berpihak kepada sebagaimana yang dimahukan.
Justeru bila keputusan mahkamah melabakan Pas/Pembankang, keputusan boleh diterima dengan penuh keriangan, malah boleh diiktiraf. Tetapi bila keputusan berpihak kepada lawan dan menyongsang dari yang dimahukan, maka hakim dan mahkamah serta sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang dipertikaikan.
Nampak sangat kecenderungan merujuk kitab pelbagai warna kulit untuk menghalalkan cara yang melabakan diri dan puak sendiri serta mengharamkan pihak lawan menular dan dalam Pas sebagaimana merebaknya virus Nipah, JE dan Inffuenza A (H1N1).
Pada saya orang yang anggap semua orang tak betullah sebenarnya yang bengkang, yang dataran pemikiran, profesinalisme, hati dan perasaan serta pertimbangannya tidak rata. Jika kita perhatikan, setiap kali sebatang jari kita dituding ke arah orang lain, empat batang lagi jari kita secara otomatik akan tertuding ke arah diri kita sendiri.
Falfasah di sebalik tudingan jari patut dikutip sebagai iktibar dan teladan supaya sebelum kita menyalahkan, meragui, mempertikai kualiti Hakin Mahkamah rayuan misalnya, kita kena pastikan diri kita bukan dalam keadaan lebih tidak berguna dan lebih tidak betul dari orang atau pihak yang kita tuding kata tidak betul.
Jangan anggap dan andaikan orang lain macam kita kerana hati budi orang lain belum tentu sama dengan perut pedal kita. Umpamanya kalau kita berada pada kedudukan Hakim Mahkamah Rayuan, mungkin kita sanggup dibeli demi kepentingan-kepentingan tertentu dan sanggup pula mengenepikan profesinalisme serta mengkesampingkan halal haram.
Kerana kita menganggap dan mengandaikan kita boleh melakukan perkara keji itu, maka kita pun anggap orang lain yang berada pada kedudukan itu akan melakukan perkara yang sama dengan apa yang akan kita lakukan jika kita berada pada kedudukan itu.
Sekadar pemilikan ilmu agama yang tidak seberapa, setahu saya berburuk sangka adalah perbuatan dan sikap yang tidak digemari oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ianya boleh menyumbang kepada akan terputusnya silatul-rahim yang sangat ditegah dalam Islam.
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Biso mu Meli. 2 x 5 jugak dengan mu. Mu dok napok hak PR buat salah jah. Hak BN mu wat tok napok. Nak kata tok napok muga mu ada palo otak hak proses mata. Kalu nak jadi kita comel gak tegur hak mana x betul biar puak mana pun. Kalu gini gak napok sangat mu ore cari make.
Setahu aku Meli memang ore cari make, tapi bukan bergayut dengan sapo-sapo, dia jenis berdikari, sebab tu dia boleh tegur belako.
Kerja dia, ore menulis, ialah menulis ikut pandangan dia. Betul ke tak betul....tugas orang bbacolah bezakan pula mugo selero orang tak serupo....dalam pilih budu pun bbbeo doh...ada kata budu cap ttere nombor satu, ada kata budu cap ayam hok paling sedap, ada kata budu raja takleh nak atok dengan semua cap.
Kawe ni ore umno....adakalanya panas cuping telinga baco ulasan Meli...malah adakalanya rasa seram sejuk. Ada ketikanya boleh buat kawe kebah dari deme...malah adakalanya cuba dalam sibuk-sibuk gi sana sini...kena ungga kelik penuh permintaan kaum ibu boktan baca tlisan Meli.
Hak sohnya kalau seduan, gata-gatal, alahan taklh makan sutung, udang, ketam, kepah dan sebagainya, boleh pakai ubat hak Meli jual. Sakit saraf, tidak sedap badan, sakit sendi, sengal tulang, orang baru kemlangan jalanraya, malah kalau jantan mambar pun patut makan ubat Meli.
Terima kasih Meli pasal ubat demo hak demo buat sediri dan demo kata ada baca sepatah selidah, pak sedaro kawe hak patut dibedah kerana batu karang tak payah bedah lepas makan ubat demo. Masa gi scan, batu takdok doh. Doktor pun pelik dan tanyo guna ubat apa.
Betul ko ore kata demo boleh berubat orang hak nak bereti rokok dan ketagih dadah?
Post a Comment