ENTAH kerana Pas mula dibanjiri oleh golongan profesional, terutama pada barisan kepimpinannya atau pun kerana pimpinan dan ahli parti buta sejarah dan matlamat serta tujuan penubuhannya, maka akhir-akhir ini timbul pertikaian: ada yang mahu Pas terus diketuai kepimpinan ulamak dan ada yang sebaliknya.
Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diperakui oleh majoriti pendukung dan penyokong Pas ketokohannya sehingga ada yang percaya Pas hanya akan kalah di Kelantan bila ketiadaannya: mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden yang disandang oleh golongan ulamak dikekalkan.
Secara peribadi saya berpandangan, tanpa diterajui oleh kepimpinan ulamak, Pas telah dan akan tergelincir dari matlamat serta tujuan penubuhannya, malah tanpa dikepalai oleh kepimpinan ulamak, Pas tidak akan ada apa-apa perbezaannya dengan parti-parti lain yang ada di negara ini, termasuk dengan Umno dan memang layaklah kalau keduanya merancang menubuhkan kerajaan perpaduan.
Macaam mana pun apa yang mesti diperakukan ialah taraf keulamakan seseorang tidak semestinya diukur pada lilitan serban, jubah dan janggutnya atau kerana diberi gelaran 'tok guru' berdasarkan sikap dan sifatnya. Taraf keulmakan bergantung kepada ilmu amal.
Banyak kalangan yang bertaraf ulamak seperti tokoh akademik Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majed yangcukup mendalam ilmunya tetapi tidak membentuk imej peribadi, terutama dari sudut berpakaian sebagaimana menjadi pakaian tradisi tokoh-tokoh yang diberi gelaran 'tok guru' walaupun tahap keilmuan beliau jauh mengatasi sebilangan besar 'tok-tok guru' yang sekaligus akan dianggap ulamak.
Sukar untuk dipastikan mana lebih 'tok guru' dan ulamak antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Dato' Haji Hassan Mohd. Ali atau pun antara Dato' Seri Haji Hadi Awang dan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Dato' Haji Haron Din, Apakah tokoh-tokoh seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman dan beberapa yang lain bukan ulamak.
Sebenarnya bukan mudah untuk dikategori dan distatuskan sebagai 'ulamak pewaris nabi' bagi seseorang tokoh dari kerana keulamakan seseorang itu bukan bergantung kepada cara berpakaian yang pada umumnya menjadi ukuran kebanyakan umat Islam di negara ini sekarang, sebaliknya ianya bergantung kepada tahap pemilikian ilmu serta ilmu yang diamal serta sejauh mana alimnya mereka dalam ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, alim dalam feqah, tauhid, tasauf dan cabang-cabang ilmu yang lain.
Yang pasti ulamak mestilah seorang yang hafal al-Quran dan Hadis serta serta terjemahan dan tafsirannya kerana apabila hafal al-Quran dan Hadis, maka segala macam ilmu akan dialimi secara automatik. Kalau tidak hafal al-Quran dan Hadis, rasanya seseorang itu kena menolak gelaran 'tok guru' supaya bagi mengelak kekeliruan umum yang akan menganggap seseorang itu alim kerana status ketokguruannya.
Kita boleh alim dan berstatus 'tok guru' dalam banyak perkara. Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik, sains, geografi, sejarah dan sebagainya, maka kita juga alim dan 'tok guru' dalam bidang-bidang berkenaan tetapi alim ulamak pewaris nabi adalah merupakan mereka yang alim dalam semua perkara di samping bersih dari sebarang kemungkaran.
Oleh itu tidak mudah untuk dikategorikan yang mana tokoh dalam Pas yang dianggap alim dan tokoh yang mana pula dikategorikan sebagai profesional. Antara alim, profesional dan pakar bagi sama mempunyai maksud yang sama. Cuma bezanya dalam agama dipanggil alim manakala dalam bidang akademiksme disebut pakar atau profesional.
Yang jelas dalam Pas tidak ramai tokoh yang bertaraf alim ulamak pewaris nabi tetapi yang profesional atau pakar memang ramai. Kerana itulah saya menolak, malah seluruh umat Islam kena tolak kepercayaan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas serta kepercayaan bahasa menolak Pas bermakna menolak Islam. Pas barangkali hanya sebuah parti yang didukung dan disokong oleh kalangan yang cenderung kepada politik yang menggunakan pendekatan Islam.
Sayugia diketahui bahawa Pas itu sendiri adalah merupakan parti politik serpihan Umno. Usaha mewujudkan Pas dirintis oleh sekumpulan ahli Umno di kalangan mereka yang berpendidikan dan mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap Islam yang mahukan parti politik yang menggunakan pendekatan Islam dalam perjuangannya, termasuk dalam tatacara berpolitik.
Penubuhan Pas itu sendiri bertunas, bercambah dan merimbun ekoran dari berlangsungnya persidangan ulamak yang diadakan pada 24 November 1951 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah Butterworth, Pulau Pinang. Mudir sekolah bekenaan, Haji Ahmad Badawi Abdullah Pahim (ayahnda kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri ke-5) bertindak sebagai tuan rumah persidangan itu.
Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah adalah antara sekolah agama rakyat terkemuka pada waktu itu yang banyak melahirkan para ilmuan Islam, bukan sahaja di negara ini tetapi juga pada peringkat nusantara.
Selepas ditubuhkan Pas, hampir keseluruhan sekolah-sekolah agama rakyat di Perak, Seberang Prai, Kedah, Selangor, Kelantan dan Terengganu telah menjadi pendukung utama gerakan politik berteraskan pendekatan Islam bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair.
Madrasah-madrasah al-Khairiyah (Pokok Sena), Madrasah Taufiqiayah (Yan), Madrasah an-Nahdah (Bukit Besar), Madrasah al-Akhlak (Gua Chempedak), Madrasah Yahyawiah (Padang Rengas), Madrasah al-Akhlak (Masjid Tinggi), Madrasah ad-Diniah (Bagan Serai), Madrasah al-Ulum as-Syari'yyah (Bagan Datoh), Madrasarh Ahmadiyah (Kota Bharu) dan Madrasah az-Zaininiayh (Dungun) adalah yang menjadi sekolah agama rakyat terawal mendukung perjuangan Pas.
Sebelum tahun 1990, sekolah-sekolah agama rakyat bukan sahaja menjadi pusat gerakan Pas tetapi turut menjadi penyokong utama dan kilang melahirkan pimpinan Pas yang mana sebahagian besar dari pimpinan parti berkenaan yang mana yang meluluskan pendaftarannya sebagai sebuah parti politik yang sah merupakan seorang pegawai beragama Hindu.
Sebelum tahun 1990 juga, pimpinan parti itu pada semua peringkat adalah adalah guru-guru lepasan sekolah agama rakyat. Kebanyakannya pula dipaksa menerima jawatan kepimpinannya, bukannya melalui proses pemilihan dalam pertandingan sebagaimana yang mula menular selepas tahun 1990-an ke mari.
Manakala gerakan dewan pemuda selaku sayap penting bagi menguatkan lagi perjuangan Pas pula bermula di Kedah apabila sekumpulan pelajar Maktab Mahmud yang diketuai Jamaluddin Amini Marzuki menubuhkan Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KEPAK) yang disertai oleh para pelajar sekolah agama rakyat seluruh Kedah pada tahun 1954.
KEPAK kemudiannya dikembangkan menjadi Kesatuan Pelajar Agama Islam SeMalaya (KPAS) yang telah mendapat sokongan guru-guru dan para pelajar sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara. KPAS menjadi gerakan pelajar Islam peringkat kebangsaan pertama ditubuhkan yang berfungsi melahirkan kader-kader parti.
Pada tahun 1956 wujud cawangan pertama bagi KPAS yakni Kesatuan Pelajar Islam Perak (KEPIP). KPAS telah menerima tekanan daripada kerajaan Perikatan (kini Barisan Nasional) selepas merdeka dan ianya berkubur pada tahun 1960.
Bagi mengisi kekosongan itu, pada tahun 1961 bekas-bekas ahli KPAS yang menyertai institusi pengajian tinggi sama ada di Kolej Islam Malaya, Institusi Bahasa, Universiti Malaya, Kolej Pertanian Serdang (kini Universiti Putra Malaysia) dan Maktab Teknik Kuala Lumpur telah mengasaskan Persatuan Kebangsaan Islam Tanah Melayu (PKPITTM).
Jika dilihat kepada perjalanan Pas dari tahun 1951 hingga 1990, Pas dibayangi, ditulang-belakangi, dipasaki, ditunjangi dan ditiang-serikan oleh mereka yang berpenddikan agama yang masing-masing saling tolak menolak untuk diberikan sesuatu jawatan. Masing-masing enggan menjadi pemimpin tetapi lebih suka menjadi yang dipimpin.
Hanya bermula pada tahun 1990, apabila Pas bersepakat dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) barulah parti itu mula dibanjiri oleh golongan yang dikategorikan sebagai golongan profesional dan mula berlaku perebutan jawatan, lebih ramai yang rasa diri sendiri layak menjadi pemimpin sehingga berlaku pertandingan merebut jawatan.
Usrah yang menjadi teras pembentukan kejatian semangat juang dan kader dilupakan, upacara-upacara rasmi parti bukan lagi diadakan di ladang-ladang getah, di tengah sawah atau pelbagai tempat yang serba tidak selesa, sebaliknya mnula diadakan di hotel-hotel mewah, adakalanya siap dengan acara hiburan yang melibatkan artis.
Pada saya Pas kini sedang kehilangan identiti dan tidak hairanlah kalau timbul cadangan supaya Pas tidak semestinya diterajui oleh kepimpinan ulamak, malah semakin hari semakin jelas menampakkan pendekatan Pas berparti politik dan berpolitik hampir menyamai Umno/BN kerana apa yang Pas mahu laksanakan jika memerintah negara, sudah pun dilaksanakan oleh Umno/BN, cuma tidak dibubuh cat atau trademark Islam.
Dalam soal pemilihan kepimpinan, sudah tidak ada bezanya lagi Pas dengan Umno kerana lobi melobi turut berlaku dalam Pas, malah fitnah menfitnah calon turut disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), blog dan sebagainya. Lobi melobi, apatah lagi menfitnah bukannya amalan atau keja alim ulamak pewaris nabi. Ianya hanya sanggup dilakukan oleh 'ulamak celup'
ENTAH kerana Pas mula dibanjiri oleh golongan profesional, terutama pada barisan kepimpinannya atau pun kerana pimpinan dan ahli parti buta sejarah dan matlamat serta tujuan penubuhannya, maka akhir-akhir ini timbul pertikaian: ada yang mahu Pas terus diketuai kepimpinan ulamak dan ada yang sebaliknya.
Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diperakui oleh majoriti pendukung dan penyokong Pas ketokohannya sehingga ada yang percaya Pas hanya akan kalah di Kelantan bila ketiadaannya: mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden yang disandang oleh golongan ulamak dikekalkan.
Secara peribadi saya berpandangan, tanpa diterajui oleh kepimpinan ulamak, Pas telah dan akan tergelincir dari matlamat serta tujuan penubuhannya, malah tanpa dikepalai oleh kepimpinan ulamak, Pas tidak akan ada apa-apa perbezaannya dengan parti-parti lain yang ada di negara ini, termasuk dengan Umno dan memang layaklah kalau keduanya merancang menubuhkan kerajaan perpaduan.
Macam mana pun apa yang mesti diperakukan ialah taraf keulamakan seseorang tidak semestinya diukur pada lilitan serban, jubah dan janggutnya atau kerana diberi gelaran 'tok guru' berdasarkan sikap dan sifatnya. Taraf keulamakan bergantung kepada ilmu amal.
Banyak kalangan yang bertaraf ulamak seperti tokoh akademik Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majed yang cukup mendalam ilmunya tetapi tidak membentuk imej peribadi ketok-guruan, terutama dari sudut berpakaian sebagaimana yang menjadi pakaian tradisi tokoh-tokoh yang diberi gelaran 'tok guru' walaupun tahap keilmuan beliau (Dr Mahmud Zuhdi) jauh mengatasi keilmuan sebilangan besar 'tok-tok guru' yang sekaligus akan dianggap dan dilabel sebagai ulamak.
Sukar untuk dipastikan mana lebih 'tok guru' dan ulamak antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Dato' Haji Hassan Mohd. Ali atau pun antara Dato' Seri Haji Hadi Awang dan Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Dato' Haji Haron Din. Apakah tokoh-tokoh seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman dan beberapa yang lain bukan ulamak.
Sebenarnya bukan mudah untuk dikategori dan distatuskan sebagai 'ulamak pewaris nabi' bagi seseorang tokoh kerana keulamakan seseorang itu bukan bergantung kepada cara berpakaian yang pada umumnya menjadi ukuran kebanyakan umat Islam di negara ini sekarang, sebaliknya ianya bergantung kepada tahap pemilikan ilmu serta ilmu yang diamal dan sejauh mana alimnya mereka dalam ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, dalam ilmu eqah, tauhid, tasauf dan cabang-cabang ilmu yang lain.
Yang pasti ulamak mestilah seorang yang hafal al-Quran dan Hadis serta terjemahan dan tafsirannya kerana apabila hafal al-Quran dan Hadis, maka segala macam ilmu akan dialimi secara automatik.
Kalau tidak hafal al-Quran dan Hadis, rasanya seseorang itu kena menolak gelaran 'tok guru' bagi mengelak kekeliruan umum yang akan menganggap seseorang itu alim kerana status ketokguruannya.
Kita boleh alim dan berstatus 'tok guru' dalam banyak perkara. Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik, sains, geografi, sejarah dan sebagainya, maka kita juga alim dan 'tok guru' dalam bidang-bidang berkenaan.
Alim ulamak pewaris nabi adalah merupakan mereka yang alim dalam semua perkara di samping bersih dari sebarang kemungkaran. Kalau diri sendiri dan anak buah bergelumang dengan kemungkaran, jangan berangan menganggap diri sebagai ulamak pewaris nabi.
Oleh itu tidak mudah untuk dikategorikan yang mana tokoh dalam Pas yang dianggap alim dan tokoh yang mana pula dikategorikan sebagai profesional.
Antara alim, profesional dan pakar bagi saya mempunyai maksud yang sama. Cuma bezanya dalam agama dipanggil alim manakala dalam bidang akademiksme disebut pakar atau profesional.
Yang jelas dalam Pas tidak ramai tokoh yang bertaraf alim ulamak pewaris nabi tetapi yang profesional atau pakar memang ramai. Kerana itulah saya menolak, malah seluruh umat Islam kena tolak kepercayaan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas serta kepercayaan bahawa menolak Pas bermakna menolak Islam.
Pas barangkali hanya sebuah parti yang didukung dan disokong oleh kalangan yang cenderung kepada politik yang menggunakan pendekatan Islam, bukannya Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
Sayugia diketahui bahawa Pas itu sendiri adalah merupakan parti politik serpihan Umno. Usaha mewujudkan Pas dirintis oleh sekumpulan ahli Umno di kalangan mereka yang berpendidikan.
Mereka mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap Islam yang mahukan parti politik yang menggunakan pendekatan Islam dalam perjuangannya, termasuk dalam tatacara berparti politik dan berpolitik.
Penubuhan Pas itu sendiri bertunas, bercambah dan merimbun ekoran dari berlangsungnya persidangan ulamak yang diadakan pada 24 November 1951 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah Butterworth, Pulau Pinang.
Mudir sekolah bekenaan, Haji Ahmad Badawi Abdullah Pahim (ayahnda kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri ke-5) bertindak sebagai tuan rumah persidangan itu.
Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah adalah antara sekolah agama rakyat terkemuka pada waktu itu yang banyak melahirkan para ilmuan Islam, bukan sahaja di negara ini tetapi juga pada peringkat nusantara.
Selepas ditubuhkan Pas, hampir keseluruhan sekolah-sekolah agama rakyat di Perak, Seberang Prai, Kedah, Selangor, Kelantan dan Terengganu telah menjadi pendukung utama gerakan politik berteraskan pendekatan Islam bagi memperjuangkan kemerdekaan tanahair.
Madrasah-madrasah al-Khairiyah (Pokok Sena), Madrasah Taufiqiayah (Yan), Madrasah an-Nahdah (Bukit Besar), Madrasah al-Akhlak (Gua Chempedak), Madrasah Yahyawiah (Padang Rengas), Madrasah al-Akhlak (Masjid Tinggi), Madrasah ad-Diniah (Bagan Serai), Madrasah al-Ulum as-Syari'yyah (Bagan Datoh), Madrasarh Ahmadiyah (Kota Bharu) dan Madrasah az-Zaininiayh (Dungun) adalah yang menjadi sekolah agama rakyat terawal mendukung perjuangan Pas.
Sebelum tahun 1990, sekolah-sekolah agama rakyat bukan sahaja menjadi pusat gerakan Pas tetapi turut menjadi penyokong utama dan kilang melahirkan pimpinan Pas yang mana sebahagian besar dari pimpinan parti berkenaan yang mana yang meluluskan pendaftarannya sebagai sebuah parti politik yang sah merupakan seorang pegawai beragama Hindu.
Sebelum tahun 1990 juga, pimpinan parti itu pada semua peringkat adalah adalah guru-guru lepasan sekolah agama rakyat. Kebanyakannya pula dipaksa menerima jawatan kepimpinannya, bukannya melalui proses pemilihan dalam pertandingan sebagaimana yang mula menular selepas tahun 1990-an ke mari.
Manakala gerakan dewan pemuda selaku sayap penting bagi menguatkan lagi perjuangan Pas pula bermula di Kedah apabila sekumpulan pelajar Maktab Mahmud yang diketuai Jamaluddin Amini Marzuki menubuhkan Kesatuan Pelajar Agama Kedah (KEPAK) yang disertai oleh para pelajar sekolah agama rakyat seluruh Kedah pada tahun 1954.
KEPAK kemudiannya dikembangkan menjadi Kesatuan Pelajar Agama Islam SeMalaya (KPAS) yang telah mendapat sokongan guru-guru dan para pelajar sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara.
KPAS menjadi gerakan pelajar Islam peringkat kebangsaan pertama ditubuhkan yang berfungsi melahirkan kader-kader parti Pas.
Pada tahun 1956 wujud cawangan pertama bagi KPAS yakni Kesatuan Pelajar Islam Perak (KEPIP).
KPAS telah menerima tekanan daripada kerajaan Perikatan (kini Barisan Nasional) selepas merdeka dan ianya berkubur pada tahun 1960.
Bagi mengisi kekosongan itu, pada tahun 1961 bekas-bekas ahli KPAS yang menyertai institusi pengajian tinggi sama ada di Kolej Islam Malaya, Institusi Bahasa, Universiti Malaya, Kolej Pertanian Serdang (kini Universiti Putra Malaysia) dan Maktab Teknik Kuala Lumpur telah mengasaskan Persatuan Kebangsaan Islam Tanah Melayu (PKPITTM).
Jika dilihat kepada perjalanan Pas dari tahun 1951 hingga 1990, Pas dibayangi, ditulang-belakangi, dipasaki, ditunjangi dan ditiang-serikan oleh mereka yang berpenddikan agama yang masing-masing saling tolak menolak untuk diberikan sesuatu jawatan. Masing-masing enggan menjadi pemimpin tetapi lebih suka menjadi yang dipimpin.
Hanya bermula pada tahun 1990, apabila Pas bersepakat dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) barulah parti itu mula dibanjiri oleh golongan yang dikategorikan sebagai golongan profesional dan mulalah berlaku perebutan jawatan, lebih ramai yang rasa diri sendiri layak menjadi pemimpin sehingga berlaku pertandingan merebut jawatan.
Usrah yang menjadi teras pembentukan kejatian semangat juang dan kader dilupakan, upacara-upacara rasmi parti bukan lagi diadakan di ladang-ladang getah, di tengah sawah atau pelbagai tempat yang serba tidak selesa, sebaliknya mula diadakan di hotel-hotel mewah, adakalanya siap dengan acara hiburan yang melibatkan artis.
Pada saya Pas kini sedang kehilangan identiti dan tidak hairanlah kalau timbul cadangan supaya Pas tidak semestinya diterajui oleh kepimpinan ulamak, malah semakin hari semakin jelas menampakkan pendekatan Pas berparti politik dan berpolitik hampir menyamai Umno/BN kerana apa yang Pas mahu laksanakan jika memerintah negara, sudah pun dilaksanakan oleh Umno/BN, cuma tidak dibubuh cat atau trademark Islam.
Dalam soal pemilihan kepimpinan, sudah tidak ada bezanya lagi Pas dengan Umno kerana lobi melobi turut berlaku dalam Pas, malah fitnah menfitnah calon turut disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), blog dan sebagainya. Lobi melobi, apatah lagi menfitnah bukannya amalan atau kerja alim ulamak pewaris nabi. Ianya hanya sanggup dilakukan oleh 'ulamak celup'
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga klantan trus mekar dengan islam
sebab itulah Pas sudah tak rasa bersalah bersama DAP.
apa jua alasan PAS sudah tidak relevan lagi kerana sudah dicemari oleh kuman2 dari luar.
tahniah tuan atas artikel ini dan moga diberi kelapangan masa untuk terus menulis.
salam.
Post a Comment